Bismillah.
Alhamdulillah kita dah pun berada di hujung-hujung Ramadhan. Terasa sekejap je masa berlalu. Sedih ditinggalkan ramadhan? Rata-rata yang kerap uplod status banyak solat dan ibadat di mesjid tu, tentu uplod juga kesedihan nak mengakhiri ramadhan kareem. Bagi ibu, biasa saja. Setiap bulan ada kelebihannya, walaupun ramadhan ni bulan paling 'generous' pahala. Tapi, kita beribadah bukan kerana pahala semata-mata, tapi keredhaan Allah juga. Kalau Allah tak redha pun, apa yang dikerjakan tak jadi apa. Tak memberi kesan pada jiwa dan keimanan kita.
Insyaallah kalau panjang umur, akan jumpa lagi ramadhan. Kalau dah tak jumpa, mudah-mudahan apa yang telah dilakukan sepanjang hidup ni ada keberkatannya di sisi Allah.
Insyaallah dalam 3 hari lagi kita nak raya. Persiapan? Masih belum selesai sebab nak hujung-hujung ni lah badan jadi sangat lesu dan letih. Jalan sikit, penat. Buat keje sikit, letih. Mengantuk. Tidur macam tak puas-puas. Yang Alhamdulillah tu, waktu tidur ibu dah betul semula. Maknanya tidur malam hingga awal pagi. Bangun awal untuk solat dan sediakan sahur. Lepas sahur tak tidur semula. Lepas tengahari tidur sekejap. Dan petang masuk dapur. Harap-harap rutin ini akan berterusan sampai mula kuliah nanti.
Sebut pasal kuliah, keputusan peperiksaan dah pun diumumkan pada 1 Ogos. Alhamdulillah ibu lulus semua matapelajaran. Tapi ada rasa kecewa sikit sebab matapelajaran yang ibu target nak dapat A tu, Law of The Sea, jatuh tergelincir teruk, dapat B saja. Mungkin ibu over-confident sangat. Haih. Selalu macam tu. Yang tak disangka-sangka pula yang dapat A. Subjek yang pensyarah tak disukai tu, Legal Research & Methodology dapat A pulak. Manakala subjek paper 2 yang agak payah tu, Admiralty Law II, pun dapat A. Tapi, syukur alhamdulillah. Bak kata kawan ibu, bukan pointer tinggi yang kita dambakan. Tapi lulus semua paper. Kalau dapat Distiction List pun takde makna, sebab tempoh pengajian yang ibu pilih ni dipanjangkan. Dalam kata lain, takyah la berangan nak dapat award ke apa... Hihi.
Sebut pasal persediaan tadi kan. Sepatutnya nak raya ni lah, sibuk tukar langsir yang baru/bersih, vakum/sapu/mop apa yang patut, tukar cadar tilam semua, lap habuk kat kabinet tv, cuci toilet, buat menu raya, sediakan balang kuih raya, etc. Tapi yang si ayah tu relaks aje. Siap tidur lewat, bangun lewat walaupun tak pergi kerja. Ibu tahan sabar ajelah. Takkanlah semua benda pun ibu yang nak settle kan. Ibu pun buat derk jugalah...
Kuih raya, kan dah buat 3 jenis. Tapi cornflakes madu dengan choc cookies dah tinggal sikit aje :-) kalau tak ayahnya yang malam-malam me-nye-snek dpn tv, anaknya lah yang mengunyam sambil main game. (-_-) Almond London tu pun akan mengalami nasib yang sama beberapa hari lagi...tihtih... tapi takpelah asalkan tidak membazir.
Jadi, hari ahad, ibu dah memporak-perandakan tidur pagi ayah dan anaknya, ajak cari bahan tambahan untuk buat biskut almond dan semperit. Pergi mana lagi kalau bukan di AEON Big/Carrefour Wangsa Maju. Pagi-pagi lagi kami dah tiba, punya semangat kan. Sebab kononnya tak nak nanti tengahari orang dah ramai, susah parking.
Termenung nampak? Maklumlah blues pagi buta... Lengkap baju lengan panjang dan tudung sebab tengahari nanti nak tengok wayang. Bila dressing macam ni dah nampak macam darjah 2 je.
Dah masuk keta, kena air-cond, barulah senyum...
Mata besar sebelah. Haih. Tapi kulit muka licin. Alhamdulillah. Semua pun anugerah Allah.
Orang kata Ica ikut muka ayah. Cer tengok sikit tang mana? Mata sepet dan hidung kembang kot? Hihihi.
Ok Ica siap tolong tengokkan katalog barang murah. Cepat sikit kita shopping jap lagi. Hihi. Poyo.
Alamakkkk. Tutup aurat dah betul. Sekali tak puasaaaa? Amaigaaaadddd..... Hahahaha. Menikmati pulak tu Twiggiesnya. Minum pulak milo ais yang vending-cup tu. Ibu dan ayah tertelan liur jelah tengoknya...
Masa ni kami dah nak gi bayar barang-barang. Tapi Ica buat perangai pulak. Yelah, tidur tak cukup, mata masih mengantuk dan lesu. Perut pulak lapar, tadi alas perut dengan air madu dan kismis saja... Itu yang ibu singgah bagi dia makan dan minum dulu. Bila dah kenyang, barulah mood dia ok balik.
Keluar dari AEON, kita ke KL Festival, sebab ayah ajak tengok wayang di MBO aje. Dekat sikit nak balik nanti. Badan pun dah sengal-sengal letih lepas me-round satu market.
Kat KL Festival City's MBO, kita pun nonton the handsome Hugh Jackman dalam The Wolverine.
Cerita Wolverine ni mengisahkan Logan yang masih bersedih sbb kematian Jean. Jadi hidupnya tak happy dan dihantui mimpi-mimpi dengan Jean. Masa mula2 cerita, dia jadi tawanan perang di Jepun, tapi sebab letupan bom, dia survive dgn seorang tentera Jepun namanya Yashida. Lepas tu dia pun bawa diri jadi orang gua, mengembara dan tak pernah berubah, tak tua. Sementara tu Yashida yg kat Jepun dah jadi nama besar dalam bidang teknologi. Datanglah Yukio ni, cucu angkat Yashida utk jemput Logan jumpa Yashida yang dah nak mati tu untuk ucapkan goodbye. Bila sampai aje Logan kat Jepun, maka bermulalah kisahnya yang penuh dengan adegan orang bergaduh dan elemen ninja.
Si Yashida ni dah tua kerepot nak mati, sempat dia jeles dengan Logan yang tak berubah langsung. Jadi, dia offer teknologi yang membolehkan Logan jadi macam manusia biasa sbb Yashida belum nak mati lagi, tapi dia nampak Logan macam sedih sangat sebab tak boleh mati, sedangkan org yang dia sayang dah pun mati.
Yashida ni ada cucu nama Mariko. Dia nak wasiatkan semua harta dan kekayaan dan kemasyhuran kat Mariko ni. Sementara anak Yashida, Shingen jadi jeles sebab dia selalu diketepikan ayahnya sendiri. Jadi, plotnya ialah Shingen nak bunuh anaknya sendiri, sementara Yashida nak Logan bagi dia immortaliti tu supaya dia boleh terus protect Mariko. Kenapa dia pilih Mariko berbanding Shingen? Sebab, ala biasalah datuk selalunya sayang cucu lebih daripada anaknya sendiri kan? Tihtih...
Mariko ni, ditunangkan oleh Shingen dengan Noburo, Minister of Justice (klakar gila sempat masukkan elemen politik kat sini), untuk memudahkan karier politik Shingen. Dia pun nak glamor jugak macam apak dia kan. Mariko ni dah ada bf sejak kecik, Harada yang berjanji dengan Yashida tuk jaga/protect Mariko forever. Yukio dan Mariko ni membesar bersama dan Yukio ni dikutip oleh Yashida sebab makpaknya dah mati. Yukio ni terror fighting dan boleh meramal kematian orang.
Yukio.
Masa Yashida sakit, Dr Viper yang jaga dia, dan berusaha memanjangkan hayatnya. Sampailah dia mati. Masa malam Yashida tu mati, Logan mimpi Jean kiss dia, tapi sebenarnya Dr Viper tu yang kiss dia dan masukkan sesuatu dalam badan Logan utk control power Logan. Pada hari pengkebumiannya, grup yang nak culik Mariko tu buat kacau. Logan cuba protect, tapi tiba2 dia tak boleh healed sendiri dan berdarah bila kena tembakan dan senjata. Pendek citer, akhirnya dia dan Mariko dapat melarikan diri ke tempat terpencil. So, they all pun macam suka sama suka dah. Pulak...
Logan dan Mariko masa scene larikan diri daripada orang yang nak culik Mariko.
Walaupun dah duduk terpencil, Mariko tetap berjaya diculik. Fed-up gila si Logan ni, dia dengan Yukio pergi tanya dengan Noburo, siapa yang nak culik Mariko ni sebenarnya. Barulah Noburo bagitahu, Shingen lah dalang tu. Nak bunuh anaknya sendiri demi empayar Yashida.
Tapi, bila Logan jejak ke rumah Shingen, kat rumah Shingen tu Mariko dah kena pulak culik dengan Viper dengan bantuan Harada dan ninja. Sementara tu, Logan pun gunakan scanner (Mcm MRI) peninggalan Yashida untuk cek badan dia sebab nak tahu kenapa dia dah takde power dan nampaklah ada sejenis 'lalat' dimasukkan dalam jantung Logan yang menyebabkan dia jadi mortal. So, dia pun keluarkan benda tu dan jadi Wolverine semula. Pastu dia lawan dengan Shingen sampai mati orang tu.
Logan pun menjejak la Mariko ni ke makmal sains yang dibangunkan Yashida untuk mengkaji macam mana Logan boleh jadi immortal. Dalam perjalanan nak ke sana, habis dia kena tembak dengan ninja. Akhirnya dia kena tangkap. Rupanya... Mariko ni hanya jadi umpan untuk Viper tangkap Logan ni atas arahan Yashida, sebab Yashida nakkan power yang hanya boleh disedut daripada blade yang kat tangan Logan tu. Rupanya Yashida ni belum mati lagi. Dia duduk dalam robot titanium pulakkk. Adoi lah semua cerita nak tiru transformers ni kenapa?
Adengan si Viper mujuk Logan keluarkan blade untuk kerat dan ambil sum-sumnya.
Logan berlawan dengan Yashida dalam suit besi tu.
Bila terbukak aje helmet robot tu, terkejutlah Logan sebab dalam tu ada Yashida. Dalam berlawan tu dapatlah Yashida sedut sikit sum-sum kat tangan Logan tu, tapi si Mariko tikam kepala dan leher Yashida dengan blade Logan yang dah terputus. Matilah Yashida...
Begitu akhirnya si Logan pun tinggalkan Mariko di Jepun untuk uruskan Yashida Industries dan jadi antara orang paling berkuasa di Jepun. Ok jalan ceritanya macam putar belit sikit sebab nak nampakkan yang tak lojik tu jadi lojik sikit. Daripada Pacific Rim yang tiru Ultraman tu, better la Wolverine ni.
Tempoh masa filem ni dalam 2 jam lebih. Ica sempat tidur. Eloklah, sebab ada few adult scene yang kissing-kissing tu, tak seshuai!
Lepas nonton, kita off to rumah nenek sebab nak ambik baju raya recycle Ica yang nenek tempahkan kat kawannya. Kita tak minta nenek tempahkan pun, sebab kain pasang tu tahun lepas punya. Baki baju kurung Ica. Tapi dah nenek beriya nak tengok Ica pakai, kita layankan ajelah. Sampai rumah nenek pukul 3.30pm. Ayah on aircond, lepas tu terus tidur. Ibu pun ikut je sekali. Ica sibuk main dengan nenek. Makan twisties dan minum vitagen. Langsung dia tak nak tidur. Nasib baik tak sibuk kejutkan ayah dan ibu tidur.
Punyelah syok tidur petang sampai terlajak ke pukul 6. Sudah. Kelam kabut nak gerak ke pasar malam, sekali nenek minta tolong pasangkan langsir pulak. Tadi tak disuruhnya. Terpaksalah ayah pasangkan dulu langsir. Elok sampai kat pasar malam ayer panas tu, dah pukul 7. Itu pun sempat jalan belah depan saja. Beli ayam uncle bob, ayam golek, nasi kerabu (beratur panjangggg), keropok lekor dan kuih tepung lilin yang katanya from Paya Jaras. Air, beli soya panas. Sampai rumah, tepat-tepat letak je makanan atas meja, azan maghrib. Nasib baik sempat. Malangnya, embah tak masak nasi. Walaupun beli lauk, dia tak dapatlah nak makan sekali dengan kami ni. Nasib baik ibu terdetik nak beli keropok lekor dengan tepung lilin tadi. Embah makan kurma, minum milo suam, keropok lekor dan tepung lilin tu je. Ibu tanak nasi dan suruh embah solat maghrib dulu, nanti boleh makan nasi. Tapi dia tak nak. Merajuk lah kot seharian ditinggalkan kat rumah.
Balik dari rumah nenek, mesti ada buah tangan. Kali ni kuih-kuih raya yang nenek buat sendiri. Katanya, untuk makan-makan sebelum raya.
Tumpi yang rangup.
Kuih bakar yang manis dan rapuh.
Tart nenas yang sedang-sedang tak manis sangat. Jemnya nenek buat sendiri. Kadangkala nenek buat tart nenas ni tak menjadi. Tahun lepas, terkeras tepung biskutnya. Ada kalanya termanis sangat jemnya. Kali ni just nice.
Kuih sepit pun manis dan rangup rapuh. Makan sekeping mesti nak lagi. Itulah yang best.
Last sekali kuih batang buruk. Ini bukan nenek yang buat. Tapi nenek tempah dengan jirannya. Pun sedap. Alhamdulillah.
Kami sempat merasa semua kuih ni masa sahur tadi. Itupun kelam kabut sebab sambil makan, sambil menyembang, tahu2 dah nak azan. Hihi. Tumpi tu, Ica pun suka.
Nenek kata, bila buka puasa sorang-sorang ni selera tak ada sangat. Beli kuih 3 ketul pun tak termakan. Nasi lagilah susah nak masuk. Sebab tu nenek nampak susut banyak. Dahlah sahurnya pun tak seberapa. Berbeza dengan embah.
Walaupun embah ni serba serbi tak larat, tapi bab makan buka dan sahur, dia okey saja. Berbuka nasinya mesti sesenduk setengah. Tak kisahlah lauknya apa. Kalau makan nasi sikit, dia top-up dengan kuih-kuih manis atau biskut manis. Kalau lauknya sedap, biasanya sedap aje sebab masak sendiri kan, makan laju, tak berbaki. Lepas tu makan kuih lagi. Minum air manis lagi, tak kisahlah apa saja yang kami minum, soya ke, teh o ke, sirap selasih ke, tebu ke, semua embah minum. Kuih manis tu tak kisahla agar-agar yang merah tu ke, hijau ke, kuih talam ke, kuih lapis ke, puding jagung ke, karamel ke, semua dia suka. Kalau lauk tu, rasanya belum ada yang dia kata tak sedap. Cuma embah ni tak makan berkuah dan yang pedas. So kalau masak lemak sayur dan ayam goreng, dia cuma ambik ayam dan sayurnya saja. Kalau sahur tu, selalu orang tak berselera, nak habiskan sepinggan pun susah, embah siap boleh minta tambah lagi. Orang lain puasa susut badan, embah pula, puasa jadi berisi kot?
:-)
Alhamdulillah embah sihat saja, walaupun batuk agak teruk dan berkahak, tak boleh tidur malam, tapi tidur sepanjang siang, tapi embah okey je tu.
Oklah dah panjang sangat nih.









No comments:
Post a Comment