Bismillah..
Tajuk macam tak kena sangat. Tapi ah biarlah. Pada hari-hari akhir menunggu kepulangan ayah dari konvoinya, hati terasa hiba dan sunyi. Sebab teman bersembang dan bergaduh tak ada. Balik-balik muka Ica saja. Haha.
Ica ni, kalau kita pandai entertain, baiklah dia. Kalau kita pun bosan aje, dia pun mulalah buat hal. Main tablet 24jam. Tak pun tengok DVD silih berganti. Tak pun kacau kucing sampai terjerit-jerit dia. Nak-nak pula bila dia dah pandai membaca kebelakangan ni. Boleh mengeja. Kalau setakat carian youtube dan google tu, hujung jari gerenti jumpa apa yang dia nak. Sesekali kena kerling juga. Sebab takut entah apa yang dia search kan. Nasib baik masih di tahap budak-budak lagi. Search youtube untuk tengok kartun Banana atau My Little Pony. Paling teruk pun Princess. Oklah lagi.
Ini baru seorang. Punye dekat ibu jaga. Kalau ada 2-3 orang, macam mana? Memang betul-betul nak kena ada bantuan. Tapi itu bukan masalah pun.
No. Bukan tak nak ada lebih daripada 1 anak. Tapi, dengan 1 ni pun rasanya buat masa ini dah cukup dunia ni. Gembira. Sedih. Semuanya dia. Rasa tak sampai hati nak bahagikan kasih antara 2-3 orang. Memang. Tentu boleh kalau dah anak-anak sendiri. Tapi, ada sesetengah orang tu lebihkan yang bongsu berbanding yang sulung. Terutama bila sumber terhad. Adilkah?
No. Bukan tak nak ada lebih daripada 1 anak. Tapi, dengan 1 ni pun rasanya buat masa ini dah cukup dunia ni. Gembira. Sedih. Semuanya dia. Rasa tak sampai hati nak bahagikan kasih antara 2-3 orang. Memang. Tentu boleh kalau dah anak-anak sendiri. Tapi, ada sesetengah orang tu lebihkan yang bongsu berbanding yang sulung. Terutama bila sumber terhad. Adilkah?
Tapi, ibu akui, sunyi bila lama tak ada baby. Ibu memang nak tambah anak lagi. Kalau boleh nak ambil anak angkat. Ibu nak sangat pergi register dengan JKM. Kalau dapat baby girl lagi, bertuahnya. Boleh minta tolong kakak Nadya susukan, sebab dia masih breastfeed kan Nufa. Kalau dapat baby boy pun okey. Alhamdulillah. Asalkan sihat, selamat. Tapi ayah tak setuju. Sebab kita belum usaha betul-betul lagi. Takkan la nak berputus asa.
Bukan ayah dan ibu tak mampu nak ada anak lagi. Dari sudut kewangan, Insyaallah, mampu. Dan kalau tak cukup pun boleh adjust lagi. Dari sudut kesihatan, ibu tak ada masalah. Ayah pun. Cuma masa yang terbatas...
Dalam FB, ada je orang mula mengandung. Kongsikan gambar-gambar baby dalam kandungan. Cemburu? Geram? Aha...perasaan tu macam dah lali. Tiap kali orang mengandung dan bersalin, ibu pasti cemburu. Ada orang yang merancang dan apa yang berlaku ikut perancangannya. Tapi ada yang merancang lain, dapatnya lain pula, malah lebih baik daripada yang dirancang.
Macam kawan ibu yang namanya H. Dia kawin sama umur dengan ibu. Tapi lepas kawin dia dan suaminya merantau seluruh dunia. Ada yang berbagasi. Ada yang backpackers saja. Perancangannya, 2 tahun tak boleh mengandung. Lepas 2 tahun, baru mengandung. Memang jadi betul. Lepas tu dia merancang lagi, lepas anak tu 2 tahun, baru nak ke Mekah buat umrah, sebab sepanjang 2 tahun mengelilingi dunia, diorang tak ke Mekah. Memang jadi perancangan tu. Lepas balik umrah, dia pun dah berhenti kerja sebab suaminya mampu biaya keluarga. Dia merancang nak bagi adik pada anak sulungnya. Tahu-tahu, baru beberapa bulan, dah mengandung. Subhanallah... Alangkah murahnya rezeki beliau. Ibu tertanya-tanya apakah amalan mulianya yang menjadikan perancangan dan doanya dimakbulkan begitu cepat. Ibu nak sangat ikut jejak langkah.
Ada pula kawan ibu ni S namanya. Kwin lewat 30an. Lepas kahwin terus mengandung baby girl. Tapi meninggal. Lepas beberapa bulan mengandung lagi baby boy. Dia merancang nak jarakkan 2 tahun sekali. Tapi jadi setahun sekali bersalin. 3 tahun berturut-turut bersalinkan 3 baby boys. Hebat kuasa Allah. Ada yang kawin awal, sampai sepuluh tahun tak ada zuriat lagi. Yang kahwin baru 4 tahun, dah ada 3 anak lelaki. Memang Allah lah yang Maha Merancang dan Maha Memberi Rezeki.
Ibu berdoa juga, mudah-mudahan rezeki ibu sebaik itu. Ya Allah. Jadikanlah kami hambaMu yang selalu bersyukur dengan kurniaanMu. Dan kami mohon perelokkanlah lagi kurniaanMu kpd kami. Ameen...
Ada pula jenis kawan yang, mentang-mentang anak dah 3-4 orang, bila tengok anak kawan tu dah besar sikit, mula la nak challenge dia tambah anak. Jual vitamin itu ini. Supplemen itu ini. Kononnya usaha untuk suburkan badan. Subhanallah... Tak perlu. Kalau nak berniaga, nak tambah sales, nak naik rank, atau cuma sekadar share, tak payah beriya. Sakit pula hati kita ni. Awk tak tahu apa masalah dia. Tak perlu buat dia rasa tertekan mahukan anak. Biarlah dia yang research sendiri. Sekarang zaman moden. Bukan satu jenama saja yang bagus. Malah mungkin bukan itu yang dia sedang amalkan.
Eh. Membebel sendiri. Sebenarnya nak rakamkan tentang hari jamuan Aidilfitri MerdekaRaya Tadika SmartReaderkids Ica hari ini. Akhamdulillah ibu berjaya mingle-mingle dengan semua yang ada, despite perasaan malu dan segan ni. Ehehehe. Tahun lepas jamuan raya di Comelku, ibu ajak nenek temankan. Masa tu ayah kerja. Kali ni ayah ber-ekspedisi. Tak ada juga dia. Tapi ibu tak pulak ajak nenek temankan. Sebab nenek sejak semalam sibuk di rumah Mak Ngah Intan. Dia nak train orang gaji baru rumah tu sebab katanya kali ni dapat maid Indon yang jauh dari pendalaman Surabaya. haih, gudluck la pada Mak Ngah Intan.
Malam tadi ibu tak dapat lena, sampai lewat pukul 5 pagi. Ica pula terjaga, batuk-batuk dan lelah. Ibu sempat urutkan perut dan dadanya. Nasib baik tak heavy sangat. Bila dah lambat tidur, ha pukul 10 baru terjaga. Jadi sedang eloklah kita pun terus mandi dan bersiap.
Ok tak kita?
Baju dan tudung tu memang tak bergosoklah ya. Ibu ni pantang menggosok. Haha.
Eh eh Ica... Naik syok pulak ey...
Inilah tadika SRK Setapak Indah.
Dah sampai dan dah salam-salam dengan semua, duduk dan makan la kita. Mula tu Ica malu-malu. Tapi kejap saja. Dia nak makan coklat rice yang colorful tu. Ibu testing, Subhanallah manis gila. Tak boleh!
Simple saja juadah makan-makan ni. Lemang yang lembut dan sedap, dengan daging rendang yang di masak sendiri Guru Besarnya, Puan Rosma. Bihun goreng dan ada kuih muih dan kurma. Air minuman pula 2 jenis, sarsi dan anggur. Mudahnya buat open house ya.
Lagipun parents datang bukan untuk makan-makan saja. Tapi untuk beramah mesra dengan teachers dan anak-anak murid.
Masa kita sampai, tak ramai yang ada. Tapi masa kita balik, ramai yang baru sampai. Kita sampai tadi pukul 11.30pagi.
Ica di Tadikanya. Amboi. Muslimahnya dia...
Mula-mula malu-malu dengan teachers.
Lepas tu, selamba. Teachers Fara, Era dan Nani. Ica dan Kaseh.
Teacher Yati nampak belakang saja. Teacher Yati ni pregnant 7 bulan, baby boy. First baby. Bestnya dia! Sebok melayan parents makan dan bersembang.
Ica dengan kawannya, Baby. Baru 4 tahun.
Bila dah jumpa playground, lupa tengah ayu pakai peplum.
Masa ni dah tak dengar kata ibu dah...
Ini apa, Ica?
Ini tempat gantung drawings. Paint station.
Oohhh yeke...
Ini gambar students lama.
Student 2009.
Bilik matematik.
Main dengan haziqah dan Kaseh pulak...
Haziqah ni baru 4 tahun. Dia anak Puan Rosma.
Kaseh tu kawan masa di Tadika Comelku. Dia datang SRK dulu daripada Ica, masa 4 tahun.
Kaseh ni baby premature dulu. Jadi dia hyperactive. Suara kuat. Pergerakan laju.
Masa konsert di Tadika Comelku dulu, Kaseh berlari tak henti satu dewan tu sampai penat cikgu nak kejar.
Kata mummy Kaseh, dia pindahkan kasih sebab masa di Comelku, Kaseh asyik gigit budak lain. Mummy dia pernah kena tegur dengan parent yang anaknya kena gigit. Entah-entah Ica pun jadi mangsa gigitannya kot? Biasalah kalau anak kena gigit. Tapi cikgu kenalah tolong tengok-tengokkan. Kalau anak yang menggigit anak lain, seganlah ibu bapanya. Kalau anak yang kena gigit pula, kesianlah kat dia...
Kaseh ni duduknya di Gombak. Nenek Kaseh duduk sekali. Jadi, pagi, Daddy Kaseh hantar ke Tadika, tengahari Dato dan Nenek mummy nya datang ambil dan letak di rumah, dijaga oleh Nenek belah Daddynya. Untung betul Kaseh ni. Semua orang nak jaga dan sayangkan dia.
Rumah Kaseh ada buaian. Jadi bila bosan main dalam rumah, dia main buaian di luar rumahnya.
Ibu pun cakap dengan Ica.
Ibu : Ica tahu tak, rumah kasih tu besar.
Ica : Iya ke? Cantik?
Ibu : Cantik. Rumah dia ada buaian.
Ica : Hishhh! Kaya sangat Kaseh nih!!!
Ibu : ???
Bila dah cukup korum, bukan main ligat main.
Dari belakang Ica nampak macam dah berumur 10 tahun saja.
Ada aje idea nak main apa... Nasib baik tempat ni agak sempit, jadi tak boleh main kejar lari-lari.
Main nenek-nenek. Ica jadi harimau dalam kandang.
Masa ni juga Pn Rosma maklumkan pada ibu tentang prestasi Ica yang baik, dan advance. Oleh itu, mereka akan melompatkan Ica ke step 4, instead of step 3 saja. Tapi ini perlukan approval ibu sebab nak tukar buku, bayarannya boleh tahan mahal. Ibu okey saja. Selagi mampu. Insyaallah... Mudah-mudahan Ica rajin belajar dan jadi budak yang baik dan bijak.
Lepas itu teacher bagi priviledge card ni pada Ica. Tak lama lagi, alumni card pula. Amboi...
Kad ni gunanya boleh dapatkan diskaun di beberapa tempat terpilih, dan untuk acara/aktiviti tertentu.
Ini pampletnya. Ibu tengok mostly tempt yang provide discount ni, tempat orang kaya-kaya :-)
Oklah, insyaallah ada gunanya kad ni nanti kalau kita mampu. Haha.
Masa ni juga Pn Rosma maklumkan pada ibu tentang prestasi Ica yang baik, dan advance. Oleh itu, mereka akan melompatkan Ica ke step 4, instead of step 3 saja. Tapi ini perlukan approval ibu sebab nak tukar buku, bayarannya boleh tahan mahal. Ibu okey saja. Selagi mampu. Insyaallah... Mudah-mudahan Ica rajin belajar dan jadi budak yang baik dan bijak.
Lepas itu teacher bagi priviledge card ni pada Ica. Tak lama lagi, alumni card pula. Amboi...
Kad ni gunanya boleh dapatkan diskaun di beberapa tempat terpilih, dan untuk acara/aktiviti tertentu.
Ini pampletnya. Ibu tengok mostly tempt yang provide discount ni, tempat orang kaya-kaya :-)
Oklah, insyaallah ada gunanya kad ni nanti kalau kita mampu. Haha.
Oklah, dah sejam kat sini. Perut pun dah kenyang, duit raya pun dah dapat, kita beransur lah dulu...
Masuk je kereta terus buka tudung. Hah!
Pergi KLFC, tempat pertama yang dia jejak ialah Molly Fantasy.
Memang tak ingatla tu tengah pakai baju peplum raya. Hish hish hish...
Sampai terselak-selak melompat.
Tunggu turn melompat...
Lepas puas main lompat-lompat sampai rasa macam nak lelah, masuk ke dalam pulak. Inilah permainan yang dirindukannya. Gegelung plastik giant...
Ini ialah mainan yang paling dia rindukan. Last time datang, menda ni under maintenance.
Time main benda nib, kenalah buka kain tu. Kalau tak nanti berselirat. Nasib baik pakai underwear labuh sikit.
Yang eloknya main di indoor playground ni ialah menanam sikap timbangrasa. Sebab mainan ni semua kena kongsi dengan orang lain. Ada masa kena let go.
Bila dah kosong baru boleh main semula :-)
Amboi bersungguh-sungguh!
Lepas tu main block pula. Tapi sekejap aje.
Lepas tu main jentolak pulak. Tadi sekali jalan main gelongsor. Dia nak melongsor dengan meniarap. Mana boleh. Nanti tercabutla mutiara yang ibu jahitkan kat baju tu...
Muka ibu bosan menunggu...sabo je lahhhhh.
Lepas tu dia main menda ni pulak.
Last sekali dia main benda ni.
Memang menggunakan sepenuh peluang yang ada untuk main.
Siap tulis nama ayah. Rindu la tu...
Dah alang-alang ada dekat Parkson, teruslah singgah ke dalam. Tengok tempat pakaian kanak-kanak.
Cer tengok siapa yang beriya memilih tu? Amboi dia...
Sebab 70% discount, so beli la 2 helai T-shirt.
Satu yang besar dan labuh terus pakai sebab dia tak larat nak heret kain pelum yang labuh tu.
On the way balik rumah.
Selai lagi t-shirt Princess. Murah aje RM19. Kainnya sejuk.
Sebenarnya lepas habis shopping di Parkson tu, kita ke Econsave pula. Beli barang-barang yang ber tag harga kuning (ada diskaun) saja. Memang tu lah hobi ibu bila jalan hari Sabtu. Beli barang yang ada diskaun, sebab selalunya diskaunnya boleh tahan banyak. Tapi, walaupun beli pada harga diskaun, tetap rabak juga dalam RM150.00. Haih... Duit dah makin kecik sekarang.





















No comments:
Post a Comment