Sep 7, 2013

Aktiviti bebas tunggu ayah balik.

Bismillah...
Malam dah lewat tapi entah kenapa mata ni tak mahu lelap. Badan dah penat. Sakit pinggang. Nak jalan pun susah. Tapi sebab mata tak lena, buatlah satu entry mengenai hari ini dan semalam.

Alhamdulillah... Dah bayar pun yuran tadika Ica. Semua sekali, yuran semester ketiga ini, iaitu untuk bulan Sept - Dis 2013, dan tunggakan hutang daycare tempohari, RM1750.00. Jumlah yang boleh dikatakan besar juga. Tapi Alhamdulillah, ada rezekinya. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa ibu supaya Ica rajin belajar dan bijak di sekolah. Tapi, ibu mula bimbang memikirkan, lagi setahun saja Ica nak masuk darjah 1. Ibu risau kalau cuti sekolah nanti, nak diletak di mana pula anak ibu nan sorang ni? Takkanlah hari-hari ke rumah nenek? Kalau ada macam ala-ala summer-camp ke, elok juga. Sekurang-kurangnya ada ilmu yang boleh dikutip sepanjang cuti sekolah. Nanti nak kena bincang dengan ayah.

Nak kena uplod gambar, baru ingat apa yang berlaku semalam dan hari ini. Sebab ibu ni jenis pelupa. Bila ada gambar, barulah recall. Insyallah.
 Haritu, ibu jalan sorang-sorang kat WangsaWalkMall. Purposely sebab nak cari selipar dalam rumah dan getah rambut Ica. Jumpa ini di kedai kasut croc tiruan. Sepasang RM10 saja. Terus beli 2. Yang merah hitam tu, nampak macam strawberry. Tapi bila Ica pakai baru nampak. Epal rupanya :-) Puas hati dah ada selipar dalam rumah. Mudah-mudahan berkuranganlah pecah-pecah kaki ibu ni.
 Lama betul ibu cari getah rambut yang sesuai masa kat Sinma. Last-last bila nak blah tum tangan terus capai getah rambut berbulu-bulu, warna hijau ni. Turns out, memang elok kat Ica. Alhamdulillah. Murah je. Sepasang RM3.
Personally tak berapa suka menonton drama petang-petang sebab tak nak terambil waktu solat maghrib, pastu jadi solat lambat. Tapi minggu ni, ibu period. Jadi waktu maghrib tu tak buat apa. Lepak depan tv saja, lepas mandikan Ica. Terus tertengok drama Cinta Jannah ni, dan ada scene kat depan Tadika Comelku. 
 Patutla haritu teacher Ain kesayangan Ica haritu uplod gambar dia dengan pelakon ni. Rupanya memang diorang shooting kat situ. Pelakon ni kononnya cikgu tadika kat Tadika Comelku tu. Terus Ica pun tengok ada kawannya yang nama Baby, belakon sekali. Amboi. Advance Tadika Comelku ni. Dulu Miasara yang berlakon sini. Sekarang, Nelydia pula. Tentu masyukkk ni. Tambahan pula bila tengahari tu tengok kat depan pintunya, ramai betul budak-budak transit. Maju ya perniagaan teacher ni.
 Semalam, kita ke Mydin sebab ibu nak beli ayam dan sikit sayur untuk masak hari ini. Bila Ica ikut sekali, ada aje benda yang tak perlu tapi dibelinya. Ni sepit rambut Hello Kitty pulak. Dahlah mahal. Sepasang RM6. Kalau ayah, takdenya nak melayan. Tapi sebab ibu, ikutkan sajalah selagi mampu.
 Siap suruh close-up lagi sebab nak tunjuk kat ayah. Suruh what'sapp kat ayah pula tu. Aih...
 Semalam tengah goreng-goreng ayam, belum masak pun lagi, tiba-tiba dapur mati sendiri. Gas habis pula. Nak angkat yang baru tak terlarat. Oleh itu, hari ini, nak masak sup dan nak tumis sayur, kenalah gunakan dapur kecik ni. Asalnya dulu, beli dapur ni sebab nak bagi embah senang kalau nak goreng telur masa ibu kat ofis. Tapi embah tak nak pun gunakan sebab katanya takut terbakar la, meletup la, pastu duduk rumah sensorang pula tu. Last-last tak terguna. Jadi, bila macam ni, boleh juga dijadikan pengganti. Satu tong kecik gas dalam tu boleh pakai 3 jam. Setakat nak masak sup dan menumis, memang boleh sangat... 
 Ya Allah. Dah 3 minggu kot tak lipat kain baju. Aci ambik aje mana yang nak pakai balik. Haish. Pemalas tahap apa nih? Pun tak tahu. Tapi tadi, alhamdulillah selesai semuanya...
 Hari ni dapat bil-bil sekali harung. Masaklah nak membayarnya. Bil letrik sampai RM356.30. Bila masukkan dalam FB status bil mahal ni, ramai yang kata mahal gila macam bil untuk 2 bulan. Padahal bil sebulan lebih aja nih. Tak tahulah kenapa yang mahal sangat. Mungkin sebab sepanjang bulan puasa tu, embah buka aircond siang-malam? Tak pun, musim puasa memang panas, kita pun gunakan aircond tu lebih 9 jam sehari. Entahlah apa penyebabnya. Tapi redha sajalah...ayah yang bayar nanti. Haha.
 Balik je dari ambik Ica tadi, nampak 2 ekor ni sedang bercumbuan. Cium mulut. Amboi... mentang la dah kawin. Kucing putih muka hodoh tu rumah tuannya di belakang rumah kita. Tapi siang malam lepak rumah kita sejak kawin dengan Puteh dulu. Bila Puteh dah hilang, dia kawin pulak dengan Bebel. Tapi Bebel ni tak berapa nak layan dia sangat. Bebel lebih teruja nak manja-manja dengan kita.
 Tengok Bebel tu. Pantang kereta berhenti depan pagar, mula la nak masuk dalam. Ni pun tingkap kereta kena tutup lekas. Sebab, dia boleh panjat bila-bila masa aje.
 Bosan duduk rumah petang-petang, ibu ajak Ica jalan-jalan ke Wangsa Maju punya AEON. Dulu Jusco. Saja tengok-tengok. Tapi hajat di hati nak beli bra. Entah kenapa bra ibu banyak yang hilang, especially yang baru-baru beli awal tahun tu. Takkanlah kena curi masa kat ampaian kot? Bra saiz giant tu... haha.

Ica dah penat shopping baju-baju dia, dan temankan ibu shopping bra dan baju-baju ibu, kita benti makan dulu kat KFC ni.
 Lepas makan, jalan-jalan... 
Eh, rambut Ica jadi kembang bila buka ikatan tu :-) 
 Ini baju yang Ica baru beli tadi. Baju proncess Snow White dengan seluar besar. Bolehla dipadankan. Suka betul dia dengan baju ni. Ibu tengah sibuk-sibuk kat luar rumah tadi, bagi makan Boboi dan Bebel, masukkan diorang dalam sangkar, dan bersihkan najis diorang. Lepas tu sapu laman, dan masukkan kereta dalam porch. Ica kat dalam rumah, dah siap-siap try baju tu :-)
Baju princess RM20.
Seluar baggy RM10.
Baju oren RM15.
Seluar polkadots RM7.90.
 Seluar hijau RM7.90.
 T shirt hijau ibu RM19.00.
 Tshirt pink RM19.00.
Blouse kuning cair RM49. 
 Noneng cuma tengok saja.
 Pastu datang main.
 Jumlah kerugian RM320.50.
 Untuk bra saja RM162.70.
Satu bra RM33.90. Ada 20% discount. So beli 6. Haha puas hati.

Lepas Ica mandi dan minum susu, ibu mula kemas rumah. Sebab memang niat nak kemas rumah tu dah lama. Cuma malas sangat. Malam ni kena buat juga.
 Ok dah siap bahagian almari buku. Cuma satu gambar yang kat atas almari tu dah jatuh ke belakang almari dan tak boleh ambik sebab almari buku terlalu berat...
 Selalu orang datang tak dapat nak duduk 'round' jadi letakkan sofa lama kat tepi tv ni. 
 Sofa hitam susun sederet macam ini. Walaupun satu set, sebab yang belah depan tu dah lama guna, yang belah belakang ni tak pernah guna, nampak perbezaan yang ketara. Yang lama tu berkilat. Tapi tilam duduknya dah tak empuk. Terasa kayunya. Yang belah tak pakai ni kusam. Tapi tilam duduknya masih utuh. Menyesal juga beli sofa ni kat Courts Mammoth. Tak murah pun. RM2700. Kononnya masa tu on sale. Tapi pakai tak sampai setahun dah kemik tilamnya. Nak kena hantar repair dalam 5-6 ratus modalnya. Huh. Baik kumpul duit beli yang baru di ikea. 
Carpet tu beli kat ikea awal tahun tu. Jenis tebal tapi bila sale, dapat murah. Tak ingat pulak berapa. Haritu gulung, now pakailah, gantikan tikar oren yang dah lusuh dan simpan habuk.
Rumah kecik aje. Sekali snap dah nampak semuanya. Bila kereta dua-dua parking dalam, nampak crowded sangat kat luar tu. Tapi memang tujuannya nak bagi tertutup sikit dalam rumah ni. Sebab ayah takde. Bila malam, rasa kecut perut juga kalau kat luar tu lapang aje. Benda hitam yang didirikan tu, treadmill ayah. Beli mahal-mahal tapi tak pakai. Macam mana nak pakai. Penat. Haha. Pemalas betul. 
Snap dari depan. Alhamdulillah nampak kemas... Habuk pun dah habis sapu dan mop.
Sambil mengemas ni sambil tengok Spiderman 3.
Ini bahagian yang paling ibu suka sebab nampak kemas teratur. Cuma buku-buku dalam almari tu nak kena susun balik. Ica dah sepahkan. Rak pink tepi almari tu asalnya kat depan. Nampak serabut. Letak situ, macam sepadan pula dengan almari. Isinya barang-barang Ica. Tapi ada kasut sukan ayah pulak. 

Selain tu, helmet Ica. Pensel. Buku-buku latihan Ica. tapi ada jugak terselit buku belajar ibu. hehe. Ni mesti kes nak cepat aje. Main letak-letak. Esok nak kena susun balik semua tu dalam almari. Insyaallah.

Eh, dah lewat ni. Dah dekat pukul 3pagi. Esok nak bangun awal, sebab nak hadiri jamuan raya kat tadika Ica. Beriya dia mengingatkan tadi. Walaupun raya dah habis :-)

No comments: