Sep 3, 2013

Bila ayah ber-ekspedisi.

Bismillah.
Ayah ber-ekspedisi bermakna ayah tak ada di rumah la untuk beberapa hari. 

Alaaaa... Sedih betul bila ayah tak ada di rumah. Kalau ayah kena out-station untuk kerja, boleh tahan sabar jugalah. Kerja - untuk dapat duit - untuk keluarga juga. Kena redha. Tapi, kalau ekspedisi, dengan konvoi motosikal, dan ambil masa beberapa hari pula tu, nak redha pun rasa berat sangat.
Ibu risaukan keselamatan kita di rumah. Lebih lagi, risaukan keselamatan ayah di atas jalanraya. Mudah-mudahan semuanya akan selamat. Ameen... Hanya Allah tempat bergantung harapan.

Ini menunjukkan betapa ibu terlalu dependant dengan ayah untuk kehidupan seharian. Ecewah ayat...
Eh betul. Kalau ayah tak ada, memang susah. Walaupun kalau ayah ada, serupa macam tak ada. Keluar pagi, balik petang, malam keluar lagi. Tapi sekurang-kurangnya ibu tahu, ayah ada dekat-dekat. Cuma tak nampak. Bila ibu call, nanti dia balik lah. Kalau kita lapar, nanti dia beli lah apa-apa yang best untuk dimakan. Pulaknya, ayah ni jenis suka manjakan kita. Itu yang jadi terbiasa. 

Jadi, entry yang ibu membebel kat ayah pasal terlupa anniversary tu, bukannya nak ceritakan semua keburukan ayah, macam langsung takde yang baik. Eh, tak. Semua yang ditulis tu ada kaitan dengan keterlupaan tarikh anniversary. Tapi tak pula kata, yang ayah ni serba serbi teruk. No. Not at all. Kalau ada yang baca dan fikir macam tu, tu salah besar namanya. Apa yang ibu tulis dalam entry tu, semuanya dah berulangkali ibu cakap dan bebel kat ayah. Tapi, tak jalan. Takpelah. Lain kali repeat lagi. Hahaha...

Ayah, punya lah bersemangat nak ke Phuket kali ni, sampai buat senarai panjang apa benda yang nak dibuat. Motosikalnya tu dah beberapa kali cuci dan baru semalam tukar handle lah. Hantar service lah. Test-ride lah. Jap ni tadi, ibu baru perasan, dia dah tukar profile picture FB dia. Daripada muka dia, menjadi ini.
Ha apa tu? Ingatkan binatang ape nih. Terus tengok dekat-dekat.
Ohh itu ker... Ride from KL to Phuket.

Kan main semangatnye dia. 
Pakaian pun dah dapat. Siap ada aktiviti mandi manda lagi tu. Ibu is jelez. :-D

Ayah akan bertolak pada Selasa malam, 3hb, pukul 9. Dan Insyaallah akan balik KL pada hari Ahad 8hb. 

Hoh 5 hari ayah takde??? Termasuk cuti weekend pulak tu! Hah rasa macam nak pengsan.

Mulanya memang ibu tak nak kasi. No. No. No. Tapi ayah bijak. Dia dah confirm siap-siap, bayar yuran semua, then barulah dia bagitahu ibu. 

Tapi, walaupun ibu nak gantikan duit yuran dia tu dengan jumlah yang lebih besar supaya dia tak pergi, pun dia tak nak.

Dalam FB pun asyik dok cerita pasal Ride dia ni aje. Bosan betul. Minyak dah naik 20 sen pun sibuk gak nak ride jauh-jauh.

Melihat kesungguhan ayah tu.
Jadi, akhirnya, ibu pun...terpaksalah redha....
Bukan selalu pun kan. 
Memang la selalu dia pergi jauh-jauh. Tapi itu tak fun
Kali ni, biarlah dia cari FUN dia tu, walaupun tanpa KITA... sobs...sobs..


Oh disebabkan dia nak pergi have FUN dengan kawan-kawan, balik je dari cuti-cuti semalam, dia yang begitu rajin kemas kain baju kotor. Semua baju kotor dia basuh, sampai 3 round. Lepas tu dia goreng keropok lekor. Tak bising pun ibu bangun lewat. I jet-lag okey. hihi... 

Eh. Baiknya dia? Tak pernah-pernah pun...Selalu tu ibu yang buat semua. 
Heh. Buang tebiat ke? Hoi. Naudzubillahi min dzalik.

Cumanya, bile ibu bangun je tidur, ibu jugalah kena kemaskan balik dapur tu, dan sapu lantai, dan kemaskan beg yang dah tak pakai. As always...

Kita sama-sama doakan keselamatan dan kesejahteraan kita di rumah, dah ayah di jalanan. Semoga semuanya kembali seperti biasa bila ayah balik nanti. Insyaallah. Ameen.
 Ini masa malam diorang nak bertolak. Ada brifing di W. Maju. 14 Motosikal dan 1 Jip akan mengembara dalam 5 hari ini.
Ni, muka hepi sangat. Walaupun semalaman tak tidur. Kalau dah kata hobi tu, sampai bila2 pun tetap suka nak repeat.

Ini excerp yg ibu dapat daripada FB ayah. Kawan-kawannya tag. Jadi ibu pun dapat tahu perkembangan perjalanan ayah. Tak lah risau sangat kan...
 Ini sebelum gerak. Sempat picture-snapping dulu.
 Ambik gambar lagi. Goyang pulak. Ape daaaa...
 Tengok ayah yang kiri sekali. Bangga betul dgn TZM merah-putih dia tu.
Belum sampai sempadan. Ada motosikal yang rosak. Tergendala sampai terlalu lama menyebabkan timing hentian jadi lewat.
Sudah melepasi sempadan. Katanya sedang berehat-rehat. Separuh daripada team dapat meneruskan ekspedisi, semetara separuh lagi sedang tunggu motosikal yang rosak tu dibaiki di Kedah. 
Akhirnya ekspedisi dah sampai ke Phuket. Ini pada hari Khamis. Amboi ayah terus lost contact dgn ibu...

No comments: