Sep 3, 2013

Cherating. Day 2. And back to KL.

Bismillah...
Apa yang dicita-citakan telah pun dinikmati dengan bestnya sepanjang percutian kali ni. Tempat yang cantik. Ada pantai. Laut. Ikan bakar. Jadi, apa lagi? Balik KL la pulak...

Alhamdulillah.

Pagi-pagi ayah volutere pergi beli sarapan di luar sebab nak jimat belanja makan di hotel. Padahal tak la mahal pun. Kalau breakfast hotel, 3 kepala baru RM70. Tapi kalau beli di luar lagi murah. Dapat pula local delicacies kan.

Ayah beli nasi dagang, nasi goreng, ayam bakar dan keropok lekor. Kenyang kita. Alhamdulillah. Dah sudah tu, terus bersiap-siap nak balik lah.
 Kapten sedang beri arahan supaya bersiap dan berkemas dengan kadar laju. Ok ok ...
 Ica mengabadikan kenangan di sini. 
 Sebab ada patung ayam tu...
 Ok to Teluk Cempedak we go!
 Saya nak tidur dulu ya... Amboi selesanya dia. Siap ada toto jadi lapik.
 Lembu melintas dengan selamba rock nya! Dah sampai belakang bas.
 Yang lain dah tak sempat. Menyesal la tu.
 Kita nak meneruskan perjalanan ni. Smile...
 Benti sat kat Warung Kak Nab ni. Ayah nak makan laksam dia.
 Kenapa happy je tu?
 Yang ni bengan pulak. Sebabnya, laksam belum sampai. Baru pukul 10 kan...
 So, beli lah sata yang pedas ni. Jaga-jaga cilinya memang pedas gila.
 Peminat Ica. Nakmintak autograf le tu. Kalau tak kenapa asyik tengok kat Ica aje? hihi...
 Laksa kuah putih. Erm tak sedap. Sorry. Sebab takde rasa apa.
 Mi kari ayam. Pun tak sedap. Terlalu cair.
 Aik. Dia habiskan juga baki laksa putih tadi tu. Maknanya, makanan ni hanya sesuai untuk baby. Takde rasa apa. Pedas tidak. Manis dan masin pun sikit saja.

 Karipap inti ikan. Sebelahnya, err apa tah.
 Alahai inti... mana dianya??
 Yang ni padat la jugak isi ikannya...

Ok dah kenyang Alhamdulillah. Maka singgah nak beli keropok lekor untuk buah tangan.
 Hamboi siap kira 2 tangan tu. Banyak beno nak beli yer yeop?
 Stok keropok kering yang pelbagai.
 Pening adik ni keluar-masuk ambik order ayah yang tak final-final!
 Ok selamat tinggal....

Dalam sejam perjalanan, sampaila ke Teluk Cempedak yang sangat hebat perkembangannya. Orang pun ramai gila ni. Ada aktiviti budak Universiti pulak tu. 

Mula-mula hantar Ica ke toilet dulu. Lepas tu ayah ajak dia jalan-jalan.

 Dulu cuma ada KFC aje. Tu pun orang tak la ramai. Sekarang ni ada McD.
 Chatime.
 McD punya 'rumah' besar gedabak. Full house pula tu...
Apsal diorang ni tak sensitif dengan Palestine? Ecewah.
 Ada larian merdeka anjuran Politeknik.
 Ica tengah merajuk la tu, tah apa kali nih. Ibu rasa Ica lapar.
 Kan betul. Dia nak ke KFC.
 KFC pun siap ada pandu lalu.
 Ada Old Town White Coffee...
Ada kedai 7Eleven.
 Modern interior dalam KFC. Dulu manade.
 Monyok tunggu ayah beli makanan.
 Now dah ada makanan suka la dia. 
Belakang tu, seats yang kat luar tu, ha dulu ibu dengan ayah makan kat luar tu lah. Sambil ditiup angin pantai. Syahdu...
 Senang je ambil hati budak. Bila lapar, belikan makanan kegemarannya. Bila kenyang, layan aje dia nak kemana...
 Dah siap jalan dulu.
 Lama ibu stop kat sini. Tukang buat lukisan inai ni. Very talented dan hasilnya cantik memuaskan. Satu tangan lukisan RM10. Ibu tak cuba lah. Malas nak tunjuk tangan gempal nih. Hehe.
 Beli sovenir fridge magnet dengan pistol buih untuk Ica. Kat sini RM14 aje. Teringat yang kat Hadyai dulu, sampai RM18 tak boleh kurang. haih.
 Playground plastik.
 Aktiviti bola pantai budak Universiti.
 Aktiviti menunjuk-nunjuk namanya...
 Aktiviti buang masa. 
Makan ais krim takde snap eh? Lupa lah tu. Sebab kelam kabut makan tak nak kasi comot. Cuaca panas, aiskrim lekas cair.

On the way balik ke KL, lalu Tg Lumpur lagi, ayah tapau ikan bakar lagi. Tapi Ana Bakar Petai belum buka. Baru pukul 3.30 ni. jadi, beli di Super Top. Ala sama aje.
 Jeles tengok diorang ni. Sambil bakar boleh makan.
 GPS iphone ibu. Dalam jarak perjalanan macam ini. Berhenti dulu solat jamak Zuhur dan Asar sebab dah agak lewat. Lepas tu berhenti lagi solat Maghrib Isyak di RnR Temerloh yang cantik ni.
 Koridor yang cantik macam rumah mewah. Sejuk je.
 Ke surau wanita.
 Mak aih kasut banyak ni, ada ruang lagi ke? Selalu surau RnR sempit tak selesa.
 Surau yang ni lain sangat...
 Luas, dan selesa.
 Kan?
 Berhenti nak minum dulu. 
 Makan nasi lemak dan kuih-kuih.
 Dah sampai KL, mula-mula ambil Noneng daripada Hotelnya dulu di Old Klang Road.
Noneng layan jalan.

Lepas tu hantar keropok lekor dan baju ke Sentul Kondo, rumah Abang Suhaib. 
Lepas tu balik rumah, hantar Noneng.
Lepas tu, keluar semula, hantar keropok lekor dan baju ke rumah Aiman di Klang Gate.
Lepas tu, ayah lapar. Singgah makan di Periuk Belanga Danau Kota, makan nasi lauk asam pedas ikan kembung. Dan ibu beli ais jagung ni. 
Eh. Ica pulak yang eksaited.

Segala urusan selesai lewat malam. Pukul 2 pagi tidur keletihan.
Alhamdulillah.

Terima kasih Allah di atas nikmat perjalanan yang best ini. Mudah-mudahan ada rezeki lain di masa akan datang. Ameen.
Till then :-)

No comments: