Sep 17, 2013

Kifarah.

Bismillah...
Dear Ica...

Dua-tida hari ni hidup penuh dengan cobaan... Alhamdulillah setakat ini masih berjaya mempertahankan keimanan kepada Allah, Qada' dan Qadarnya. Kita mesti percaya bahawa setiap dugaan adalah kerana Allah mahu meningkatkan martabat kita sebagai mukmin. Insyaallah dengan kifarah (ujian) ini, sedikit dosa-dosa kita diringankan hisabnya nanti. Mudah-mudahan.

Mula-mula insiden rumah banjir. Subhanallah. Banjir lah situasi yang paling ibu takuti. Tapi, selalunya yang paling kita takuti itulah yang bakal terjadi. Nama pun dugaan Allah. Tapi Alhamdulillah takde lah teruk sangat. Takde kehilangan harta benda pun. Mungkin Allah nak mengingatkan pada kita, jangan sombong dengan apa yang kita percaya. Dugaan Allah tu tidak ada yang mustahil. Sambil jeling pada ayah.

Bukan apa. Bila lalu kawasan Danau Kota ni, dan especially bila nak dekat sampai ke rumah, ibu selalu tanya dengan ayah, kalau banjir, ke mana kita nak lari? Semua tempat takde yang lebih tinggi daripada yang lain. Setara aje. Takde bukit ke, gunung ke, tanah tinggi ke. Lagipula rumah kita dengan jiran sebelah, beza ketinggian lantainya dalam 4-5kaki, sebab jalanraya menurun dibahagian rumah kita. Maknanya, kalau belah jalan atas kiri kita banjir, kita lah yang akan tenggelam dulu. Heeeee takutnya!

Tapi, ayah positif. Katanya, tak mungkin banjir. Amboi, siap tak mungkin, mustahil, semuanya keluar demi nak meyakinkan ibu yang penakut ni. Memanglah kawasan rumah kita ni dulu bekas tapak lombong dan pernah tenggelam beberapa kaki hingga pihak pemaju terpaksa membuat kerja pembaikan yang maksima untuk menaikkan tapak rumah, tapi itu berlaku lebih 15-20 tahun dulu. Lepas tu dah takde banjir dan isu rumah tenggelam atau terbenam lagi. Alhamdulillah.

Tapi, di suatu petang yang damai tu, ketika hujan lebat sangat, sampaikan kucing-kucing pun takut nak keluar sangkar, diam membatu tidur dari tengahari sampai malam, dan masa tu ibu dan ayah sedang bersembang di meja makan ketika ayah baru balik dari kerja dengan lencun basah satu badan, tapi terus temankan ibu lunch yang lewat, tiba-tiba, bahagian dapur kita dinaiki air dari belakang, tempat mesin basuh. Waaaa....panik...panik....

Ayah bila panik, mulutnya yang terlebih laju beri arahan berbanding perbuatannya.
Yang! Ambik kunci pintu belakang! Ambik penyedut air bawah singki! Ambik penyapu!
Tapi, dia masih kat pintu, dok tengok ibu buat arahannya. Huuuuu... Ibu pulak kalau panik, memang jadi slow, semua tak boleh. Haih! Nasib baiklah banjir ni banjir air hujan yang tak lepas kat saluran paip rumah kita. Mesti tersumbat dek nasi ke, minyak masak ke, lemak ayam ke... Siapa yang suka sangat buang sampah kat dalam singki tu kalau bukan A.Y.A.H.

Ayah cuba pump kan air dalam lubang belakang. Tapi tetap tersumbat tak mahu jalan. Lepas tu kami hanya tengok saja air banjir tu masuk dalam rumah dan terus ke depan. Sebab dah tak boleh nak buat apa. Bila buka bilik air belakang pun sama. Tersumbat juga, sebab saluran bilik air, mesin basuh dan singki menggunakan saluran yang sama. Defect masa renovation dulu lah ni.

Bila dah renyai, dan air dah mula berkurangan, barulah ibu ambil gambar dan ayah ambik penyapu air.
Aliran air dah sampai ke depan. Dah selamat.... Nasib baik sempat naikkan carpet ni.
 Nasib baik banyak 'lencongan' di dapur tadi, juga yang berjaya dikawal dengan tuala, tshirt, kain selimut, dan segala jenis kain pengelap kaki, jadi yang sampai ke depan tak berapa banyak airnya..
 Messy! Nasib baik rak Ica ni tak tenggelam. Tapi basah bahagian kakinya yang pendek. Almari buku pun basah dibucu saja. Alhamdulillah...
 Laluan ke bilik tidur kita berjaya ditahan dengan pengelap kaki, selimut, tuala dan tshirt tebal-tebal.
 Bilik solat memang tak dan nak tengok sebab sibuk dengan dapur. Tapi amazed juga dengan air ni, dia stop setakat carpet tu saja. Berhenti dan bertakung di situ. Macam faham saja carpet tu tempat kami sujud...
Geologically, mungkin lantai belah dalam tu lebih tinggi dari belah pintu. Tapi, mungkin juga Allah nak tunjukkan, tempat yang selalu dijadikan tempat ibadat, solat, mengaji, takkan dirosakkan oleh apa-apa elemen pun. Subhanallah.
 Bahagian dapur. Ini dah tak bergenang lagi sebab sebahagian air dah terserap dekat carpet bawah meja makan, dan ayah dah tolak sikit ke bahagian belakang semula. Asalnya, memang pijak air saja..Huhu

Nasib baiklah kabinet kita ni tinggi beberapa inci dari lantai, sama juga dengan mesin basuh dan peti ais. Cuma peti ais lama saja yang takde platform, air masuk kat belakangnya. Tapi peti ais tu jadi tempat storage bahan makanan kering saja. Tak function pun...
 Tempat almari yang dialihkan bila nak sapu air. Penuh dengan habuk yang dah basah. Tuala semua jadi mangsa. 
Toilet belakang. Masa ni air masih bertakung. Kotor gila dengan habuk dan pasir dari bumbung. Nasib baik saluran najis lain-lain. Gelinya kalau nampak najis bertimbulan...huhu
 Air banjir dari toilet ni masuk sikit setakat carpet hijau ni, melepasi lapik kaki. Nasib baik ada lapik kaki basah yang tebal tu. Sekurang-kurangnya dia dapat halang air daripada masuk banyak sangat.
 Air yang bergenang di depan pintu peti ais. Ini masa belum disapu kebelakang. Gambar pun dah tonggang terbalik.
 Ini masa air masih bergenang.
Haih. Dahlah banyak menda ada kat bawah. Dengan makanan Noneng, stok air 7-up ayah, stok kordial yang tak dimasukkan dalam kabinet. Oven tu ada je kat situ sejak puasa dulu, konon nak buat kuih raya lagi kan. Tapi malas... Baju sebakul tu baru nak sidai, dah basah semula yang belah bawahnya... Kena basuh lagi sekali.
Haaa... sinilah punca banjir tu. Kat saluran belakang, dekat mesin basuh. Kotor dengan segala habuk dan pasir.

Bukan banjir saja, rupanya bumbung tempat laluan hud asap dapur pun dimasuki air, dan hud jadi penuh air. Tak boleh guna untuk sedut asap keluar. Lepas tu dek kerana air hujan yang terlalu banyak, ada yang masuk ke celahan kabinet menyebabkan bahagian bawah dekat dengan pintu kabinet dapur, dah kembang dek air. Tunggu masa nak reput lah tu. Ala sedih pula...

Nak membersihkan banjir ni pun satu cabaran juga. Dalam keadaan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya. Asal pegang mop dan penyapu saja, tangan kanan cramp. Kena duduk dulu, bertenang. Ayahlah hero. Siap kasi kering satu rumah, ayah mop pula dengan pencuci lantai, kasi wangi sikit. Lepas tu mop lagi kasi kering. Ibu tolong cuci semua kain yang dah digunakan untuk tahan air tadi. Ampaian penuh, dan hujan masih mencurah ketika siap semua kerja mengemas. Rasa nak pengsan pun ada.

Bila rumah dah siap kering dan kemas semula, ingatkan itu saja lah kaffarahnya. Masa ayah tengah ambil Ica dari tadika, ibu ke dapur nak goreng keropok lekor. Selalunya ayah yang goreng keropok lekor ni sebab sampai tahap nak garing tu dia meletup-letup. Tapi ayah kata, kalau potong serong, dia tak meletup. Jadi, masa goreng kali pertama tu memang tak meletup. Tiba-tiba gorengan kedua, dia meletup pula. Bila ibu tengok ke dapur, dan pelahankan api, dan nak angkat, dia meletup lagi paling kuat, sampai kena muka ibu, leher, lengan dan jari. Adoi...memang panas gila! Cari telur untuk redakan panas terbakar ni, tapi telur dah habis, ayah belum beli. Bila lalukan kat air, masih panas. 
 Ini kesan terbakar tu selepas sekali letak krim.
 Agak teruk kan...
Sedih... Dahla muka tak lawa, kena minyak panas pula tu. Last kena minyak panas rasanya dah lama gila... Sampai tak ingat bila.

Yela... Kena bersabar... Sedih bukan sebab muka jadi semakin tak lawa. Tapi sedih memikirkan apalah agaknya dosa yang telah dilakukan tanpa sedar hingga Allah memberi peringatan kecil sebegini :'-(

Ayah kata letak krim luka Bepanthen. Selalunya cepat dia sembuh. Bepanthen ni krim untuk luka-luka ringan macam crack nipple, luka tergaru, atau tergores. Bila luka terbakar, dia memang tak berkesan menghilangkan rasa terbakar tu. Ayah pun terus ke farmasi dan beli krim yang lebih baik.
 Muka sedih, tapi berharap luka cepat baik...
 Inilah krimnya yang ayah kata mahal tu.. Paling mahal yang ada. Sulcoseryl Jelly. Teksturnya sama macam putih telur. Bila sapu kat tempat terbakar tu, lega sikit. Tak la rasa sakit berpanjangan, dan sejuk aje. Macam mask bila dah kering.
 Harganya RM24.30 kat farmasi Constant dekat Medan Idaman.
 Lepas kering aje, letak. Kering aje, letak, kering aje letak. Bila dia masih ada rasa terbakar, krim ni tak sempat kering jadi mask. Dia just kering saja. Bila kita letak lagi, dan lagi dan lagi, sampailah rasa terbakar tu dah hilang, barulah dia jadi mask. Macam ada plastik kat kulit.
Kesannya dalam masa beberapa jam, dan asyik letak balik bila dah kering. Tak boleh biarkan kering gitu aje. Kena letak lagi, dan lagi. Bila dah beberapa kali tu, inilah kesannya. Lega la, walaupun masih ada kesan luka tu sebab kesan terbakar tu agak lama kat pipi, sampai masuk dalam kulit. 
Begitupun, dengan muka agak cela ni, sempat jugak mengikut si ayah, manjaku beli barang dapur di Big AEON Wangsa Maju. Pastu, asal jalan sikit, tengok muka kat HP. Nak make sure kesan tu taklah obvious sangat sampai orang ingat jerawat ke apa. Ayah siap kata macam kena cucuh rokok aje. Ade ke.... :'-( 
 Beli barang sampai 2 troli macam nak menghadapi musim kemarau ke apa. Mulanya nak stock-up minyak masak saja. Tapi lepas tu macam-macam pun dibeli sebab nak stock-up untuk menghadapi kenaikan harga barang ni.
Oh ya, dalam pada muka ada cela, Allah masih izinkan pergi kenduri kahwin lagi...Haha... Masa ni macam lupa sikit yang muka tua da cela. Kih kih. Kuasa Allah... 
 Kenduri di Kampung Olak Lempit, Banting. Pengantin lelaki tu adik pada Wak Jenal, suami Wak Husna. Kita dijemput Wak Jenal. Jadi kenalah pergi sebagai tanda penghargaan adik beradik. Lagipun mak Wak Jenal ada datang masa kenduri ayah dan ibu kahwin 6 tahun dulu. Alhamdulillah dia masih sihat, bertenaga macam orang muda.
Gembira dengan hal memasing. 
Yang Ica happy dengan bunga manggarnya. Yang ayah happy dengan pulut intinya. 
Sempat ke tebing laut Morib. 
Melayan karenah budah yang jakun dengan playground. Setiap kali.  
Bertabahla ayah dalam panas ni menunggu. 
Rehat pekena sotong bakar kacang. 
Teh o ais gelas besar RM2. 
Mahal gila sotong bakar kacang ni. Sekeping RM2.50. Satu tepek pinggan ni RM10! 
Air kelapa muda sebiji RM4. 
Melayan budak kecik ni. 
 
 
Lepas snap gambar aje, terus tengok. Kat mana kesan terbakar tu :-) 
Sambil-sambil tazkirah diri :-) 
Yela, kalau tak hadir kenduri, tak sampai kot kat pantai Morib nih.

Balik je rumah, semua dah letih. Terus masuk tidur. Solat jamak di Shell sebelumnya. Alhamdulillah. Tidur nyenyak sampai pukul 8.30. Mujurlah ibu sempat bangun solat maghrib. Elok je selesai maghrib, terus azan Isyak.

Ibu pun terus ke dapur uruskan makanan berkat (orang jawa) nasi minyak, daging dan ayam kenduri tadi untuk dinner. Elok saja siap dihidang, Abang Suhaib pulak datang...

Ibu memang suruh abg Suhaib datang sebab nak bagi dia biskut-biskut raya, dan barangan makanan kering yang tak terhabis di rumah untuk dia bawa ke rumah sewanya nanti. Jadi taklah membazir. 

Elok pula dia sampai masa lapar. Kesin pula ibu tengok dia, bibir kering saja. Teruslah ibu jamu dia sebahagian nasi minyak yang tak seberapa tu. Lepas tu ibu goreng telur, panaskan kuah mihun, dan masak nasi untuk kita pula. Ayah dah jeling-jeling masa tu, sebab dia pun lapar dan nak makan nasi kenduri. Hahaha...

Elok lepas makan dan berbual-bual dengan Abg Suhaib, dia nak ke tandas. Nak berry. Ibu pun bagi dia tuala. Macam biasa.

Elok aje dia masuk ke tandas, pranggggg! Bunyi pecah. Mangkuk tandas pecah dan abg suhaib berdarah. Ingatkan berdarah kat punggung ke, bibird ke. Nasib baik berdarah kat kaki saja. Banyak gila darahnya. Nak muntah ibu tengok. Dah macam ada kes bunuh diri ke orang lepas beranak ke dalam toilet nih...huhu.
Heeeee... jangan muntah tengok darah ni....

Nasib baik ayah tak panik tengok insiden ni. Sebenarnya ayah kata mangkuk tandas ni dah bergoyang. Jadi kena hati-hati. As long as kita duduk elok, dia masih kukuh. Tapi jangan panjat dan cangkung. Ica pun kena hati-hati. Takut mangkuk tu tumbang.

Tak sangka pula turn abg suhaib, mangkuk tu tumbang macam tu. Tapi abg suhaib kata, dia tak cangkung. Dia duduk macam biasa. Tapi macam mana dia boleh pijak pulak kaca seramik yang pecah tu smpai berdarah? Ayah kata, memgikut pengalamannya, kalau abg subaib duduk, memang takkan tumbang. Ini kes dia nak panjat. Entahlah. Ibu pun baru aje lepas gunakan tandas tu balik dari kenduri. Ibu memang suka guna toilet yang ni sebab dia lebih luas daripada yang dalam bilik kita, dan ada paip untuk wudhuk. Ibu guna, ok aje. Bila abg suhaib guna pulak jadi kemalangan macam ini.

Ayah pun balut bahagian tapak kaki yang luka sepanjang seruas jari tu. Lepas tu ayah, ibu dan Ica, bawa abg Suhain ke Klinik Izham di belakang OTK. Nasib baik 24jam klinik tu. Sambil register, sempat call Wak Laila dan Wak Mat Sah. Terus diorang pun nak datang tengok. Lepas habis cuci dan bayar RM86, kita pun hantar Abg Suhaib. Sekerat jalan aje, Abah ngan Uminya dan menunggu.

Haih. Begitulah kisah kiffarah kita kali ini. Lepas satu, satu... Pendek kata, selagi kita ni namanya Muslim yang Mukmin, memang takkan sunyi daripada cubaan. 

Lepas insiden ini, banyak kerja nak kena buat. Mulanya kena bersihkan dulu bilik air ni. Ibu memang nak muntah dengan darah yang banyak-banyak ni. Nasib baiklah ayah baik hati tolong ibu. Ayah lah yang beli kampit guni, kutip pecahan seramik bowl tu, dan bersihkan bilik air. Lepas tu kena contact contractor pulak, untuk gantikan dengan bowl baru. Bakal melayang lah modal beli bowl baru dalam RM500 ke atas. Kiffarah lagi....

Mudah-mudahan kita terus tabah dan sabar. Kiffarah kecil-kecilan saja. Alhamdulillah...



No comments: