Sep 19, 2013

Semalaman di Genting Highlands.

Bismillah...

Dear Ica...

Kita memang bukan orang kaya. Tak mampu nak jalan jauh-jauh semata-mata nak penuhi hajat Ica merasai kedinginan salji di negara barat. Tapi, ibu dan ayah tak sampai hati tengok Ica, hari-hari tanya, bila kita nak pergi main salji macam yang dalam iklan tv tu. Jadi, alang-alang kelas ibu dah dibatalkan untuk hari Khamis, dan ibu memang takde kelas hari Rabu, manakala ayah pula tak sibuk, ibu pun ambil kesempatan ajak ayah ke Genting Highland. Kat sana ada Snow World kan. Ini sajalah yang paling dekat dengan KL kan. Kalau nak ke I-City Shah Alam, macam-macam hal, dengarnya. Tak berbaloilah, mahal sangatlah, tak bermutu lah. Lagipun, time takde kelas, takyahlah ke Shah Alam. Pergi sana time ada kelas dan hal yang berkaitan dengan kelas sajalah ok? :-) 

Nak ke London ke, UK ke, Switzerland ke, Aussie ke, tu entah bila la kan... Nenek pun dah tempah tiket pergi London bulan depan. Insyaallah lepas raya haji dia dan rombongan Mak Ngah Intan nak fly ke Amsterdam sebelum ke London dan last sekali ke Paris. Larat ke tidak aje lah nenek tu. 

Ala nenek ada orang kaya yang sponsor. Best lah. Seronok kalau jadi Numa, Nufa dan mamanya, Kakak Nadia. Ikut saja takyah keluar belanja ya. Haha. Itu rezeki diorang. Rezeki kita, kita lah yang tentukan. Insyaallah. Jadi, jangan jeles meles, jom le ke Genting saja. Ini pun Nenek tak kasi. Sempat pulak dia takut-takutkan kita, sebab banyak kemalangan bas kebelakangan ni. Yang jatuh gaung, eksiden, dan sebagainya, dekat jalan naik-turun Genting. Gulp!

Eh, kita tak naik bas kot. :-) Insyaallah takde apa. Ayah akan jaga kita. Allah ada. Jangan risau...

Mulanya, ibu ajak ayah bertolak hari Khamis, stay Genting 2 hari. Amboi... Ambitious nya!! Banyak kot duit ayah yang nak dibazirkan kat situ? Dahlah bulan depan plan nak ke Singapore. Pastu ayah kata, duit dalam CIMBbank dia tiba-tiba dah habis. Apa??? Eh, ibu terus pening dibuatnya. Hahah.

Ayah ajak pergi hari Rabu aje. Takyah buang masa. Oklah.

Hari Rabu tu kononnya nak berangkat pagi-pagi. Tapi, lepas solat subuh, ibu ingat nak lelap seminit-dua, tapi jadi 3 jam pulak terbabasnya. Ah sudah... Ayah dah keluar jumpa kawan dia, dan dah balik semula, dah pukul 11, ibu baru terkedek-kedek siapkan Ica dan pack baju. Ala tak bawa banyak pun. Sekadar sepersalinan. Kalau nak stay sana, ada la pakaian nak bertukar. Kalau tak nak stay pun sebab dekat sangat macam tak berbaloi nak bayar sewa hotel, kita balik lewat malam pun boleh. Lagipun, ini kali ke3 kot kita ke sana. Tahun lepas, bulan Disember pun dah ke sana. Konon nak sejukkan badan lah. Hai, badan mat salleh la sangat...tak tahan cuaca bahang KL :-)

KL-Genting cuma 45km saja. Jadi, tak sampai sejam, dah pun sampai. Bila sampai tu, dah tak tahu pulak nak buat apa. Nak baring-baring, kereta kecil. Lainlah kalau Alphard kan. Boleh golek-golek. Tempat sejuk camtu, aktiviti yang best ialah makan dan tidur saja. Haha. Nak main segala permainan tu, maaf cakaplah, orang tua yang ada potensi sakit jantung macam ayah dan ibu ni, memang takkan pernah teringin okey. Baik permainan indoor mahupun outdoor, memang ayah dan ibu tak minat. Jadi, bila datang Genting ni, apa yang kita selalu buat ialah cuci mata tengok suasana dan merasai kenyamanan udaranya. Tapi kali ni sebab ada matlamat, kena laksanakan dulu misi utama. Ayoh kita!
 Oleh kerana masih awal lagi, dan kita pun takdelah nak terus terjah Snow World tu, jadi, kita decided untuk stay semalam kat Hotel yang ada kat sini. Mulanya ke Resort World dulu, sebab ingatkan dia sama macam yang kat Singapura dulu. Tapi rupanya, tak boleh stay situ sebab dikhaskan untuk yang nak gunakan Kasino dia aje. Adeh. Boleh camtu? Macam pelik kan. Negara Islam ke ni? Hehe. 

Jadi, kami pun ke First World Hotel lah. Kenapa hotel yang ini? Entah. Sebab ayah kata, dia terdetik nak ke sini. Ok lah...

Macam biasa kita stay bilik Deluxe tanpa sarapan, RM195 semalaman. Boleh tahan mahal la.
 Dan biliknya, boleh tahan sempit. Eh, salah masuk ke? Ni macam bilik single bed aje? TV pun ala-ala zaman silam punya. Kalau zaman la ni, ni saiz CCTV je kot. Nasib baik katilnya boleh tahan besar.
Tu beg pakaian kami. Bag-pack aje.
Ayah cek semua lampu hidup, kipas pun ok. Cuma suis plug kejap on kejap off. Pastu kejap black-out. Lepas tu ok balik.
 Oklah rehat jap, sambil komplen pasal bilik yang terlalu kecil ni. Kalau deluxe room dah kecik secoet macam ni, nak jalan pun kena me-ngetam (mengiring), apatah lagi kalau bilik standard? Nak tukar ke bilik super deluxe, mahal sangat RM350++ macam tak berbaloi kan. Takpelah. 
 Dan komplen-komlen tu dizahirkan dengan tulisan dak kecik ni kat buku memo hotel tu. Haha.

Eh tak lah. Ica kalau sampai je kat hotel memang hobinya terus tulis kat memo-pad hotel tu yang dia dah sampai ke sini :-) maklumlah, orang dah pandai menulis dan mengeja...

Toto pink tu kita memang bawak travel selalu. In case katil kecil sangat tak muat tidur bertiga sebab Ica tidur lasak, ayah akan tidur bawah. Masa kat Terengganu, Ica yang tidur bawah.
Tempat penginapan kita di Tower 2 tingkat 7. Ini Tower 2 yang satu lagi. Tower 1 untuk bilik standard.
 Tak jauh dari lif lobi tadi ialah kafenya... Tapi sebab kita tak makan kat sini, ambik gambar sajalah. Makanan kat sini boleh tahan mahal. Roti biasa, kat sini, dua kali ganda harganya dengan roti di KL. Contohnya Chicken Floss favourite ayah dan ibu, kat Pavilion, kat Bread Talk, RM3 sebiji, kat sini RM5.50 satu. Terus tak jadi beli. Takut tak sedap nanti, sedeyh.

Eh bukan roti aje. Semua harga makanannya begitu. Maklumlah. Sini ni kan kat puncak kayangan katanya. Haha. Kos pengangkutan nak naik sini, mesti mahal. Nak-nak pula lepas harga petrol dan diesel mahal 20sen ni. Air mineral Spritzer botol besar yang kat petronas tu RM2.50, kat Watson sini RM5.50. 
 Kat depan lobi hotel tu ada hutan tiruan macam ini. Kononnya bergayutanlah ular sawa...
 Monyet.... dan macam-macam lagilah. 
Ok lepas ni ke mana kita?
 Kita nak naik ke tingkat 2A, tapi lif tu benti kat 2B saja. So, kita jalan-jalan la kat level nih. 
 Kalau datang hari cuti, kan ramai gila pengunjung, sampai tak ter tengok pun pemandangan kat sini sebab nak elakkan berlanggar dengan orang ramai.
Ada boling centre. 
Ada pameran daripada Ripley's Believe It or Not.... 
...yang membawakan kisah panjang Dinasour... Tapi kita tak singgah sini sebab Ica takut (-_-)  
 Ada watak kartun dalam Pooh...
...dan karakter seram... off course Ica takutkan yang ni juga (-_-)  
 Lif yang ulang-alik bawa kita dari hotel ke aras lain. Ala-ala lif kat KLCC yang transparent dan boleh tengok luar. Tapi pendek saja perjalanannya...
 Chatime pun ada...
Kalau suka boleh masuk Funtasy World tu. Ada permainan di situ. Tapi kita tak minat.
Belakang ayah tu ialah booth yang menjual pelbagai cenderamata mengikut karakter show batch kali ni. Tapi kita tak singgah beli pun. Tengok pun tak. Sombong betul kita ni. 
 Terasa macam di mana? US ke UK? Ececeh...perasan. 
Ala, gambar dah clear, sekali ada orang lalu pulak... 
Time takde orang lalu, tak clear pulak... Ica snap. 
Kononnya kat taman bunga. Klasik betul.
Macam gambar studio pulak.
Kononnya ada di N.York.
Tanglun yang banyak..
Tak dapat ambil gambar berdua, macam ni pun ok..
 Biasa tengok kan? Orang kalau datang sini, mesti capture yang ni dulu. Kita je yang baru kali ni nak capture. Oh ya, sebenarnya masa ni dalam pukul 3.35pm macam tu. Kita dah pun ke Snow World tu. Tapi waktu operasinya pukul 4.30pm. Jadi, sementara nak tunggu 4.30pm tu kita jalan-jalan dulu.
Singgah makan di Marrybrown. Orang kata, fast food kat sini paling murah kalau dibandingkan dengan yang lain-lain macam KFC, Burgerking, PizzaHut, McD, etc. Iya ke? Entahlah. Mungkin jugalah. Pekerja kat sini mostly Bangla.
 Okey dah pukul 4.20pm. Jomlah kita.
"Inilah...barisan kita...." Masa ni orang yak ramai. Tapi ada satu bas pelancong dari mana tah, berketurunan India.  
 Masing-masing dengan sari, kurta, etc. Kat depan cashier tu ada tulis waktu operasinya kalau pagi pukul 10.30-1100 dan kalau petang pukul 4.30-5.00. Ini kali kedua ayah dan ibu masuk Snow World ni. Dulu tiketnya murah aje RM18 kalau tak silap.
Selepas ditutup selama 8 bulan untuk renovation, tiket masuk dah jadi RM30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Jadi semua sekali RM85 untuk main ais dalam 30minit. Jadilah, daripada takde langsung kan. Next time bila Ica dah dewasa, boleh la further studies ke UK ke, Australia ke, kita main snow kat sana pula. Main sampai beku :-D

Nak masuk dalam peti ais besar ni kena la pakai pakaian yang sesuai. Baju sejuk tebal, sarung tangan dengan kasut but. Seingat ayah dan ibu, dulu, kalau pakai kasut butnya, memang geli sebab basah melekit aje, bekas-bekas kaki orang, dah campur dengan air dari ais tu. Tapi kali ni diorang dah gunakan kasut but yang cepat kering. Buktinya, kasut yang ibu pakai, walaupun ibu tak pakai setokin, tak rasa basah pun. Kering saja. Alhamdulillah.
 Tak sangka betul Ica 'hidup' dalam ais. Bukan main happy nya dia. Lari sana sini. Naik kereta gelongsor. Ada 3 jenis kereta gelongsor, semua dia cuba. Ayah jadi tukang tarik. Tak lama lepas tu ibu pulak. Lepas tu ajak naik atas. Paling atas sekali. Lepas tu main gelongsor menurun bukit. Langsung tak takut. Siap ulang lagi sekali. Ibu pulak yang semput. Sejuk sangat sampai ayah kata muka ibu naik salji. Memang sejuk. Ibu berteduh bawah bumbung ni, sebab hidung dah rasa kebas, walaupun baru 5 minit.

Sebenarnya nak masuk dalam salji tak boleh bawa beg dan handphone. Semua kena simpan dalam loker. Tapi ibu tetap nak kepit juga beg dan dapatla curi-curi snap gambar Ica ni.
Kat sini, Ica pandai bawa diri. Ikut suka dia lah nak ke mana pun. 
 Masa ni kami duduk di satu sudut dinding yang ada tempat duduk. Tapi Ica tak duduk langsung. Siap baring terlentang buat aksi peguin ke ikan. Lepas tu dia berlari satu tempat ni.
 Langsung tak pedulikan kita...
 Kami kesejukan...
 Cantik kan. Lightingnya macam-macam warna ada. Muzik pun dipasang kuat. Agaknya boleh memanaskan badan kot?

Kenapa kita tak boleh bawa masuk hp dan especially ambik gambar, ialah sebab diorang sediakan jurukamera di dalam. Bila kat luar nanti, boleh beli gambar yang kita nak. Sama ada nak cuci biasa saiz A4, sekeping RM50, atau nak ambik semua gambar yang ada muka kita, maxima 10 keping RM125 dalam CD.

Oleh kerana kita dah snap 6 keping gambar, ralat jugalah tak snap 10 terus. Tapi kita pun beli lah semua 6 keping tu dengan harga RM125.
...macam ini CD nya...
Dan gambar-gambarnya... 
 Masa berteduh di aras paling atas.
 Ini masa kat bawah sekali, depan tulisan Snow World. Tapi tak nampak sebab kita ni semua saiz giant :-)
 Weeho! (Cameraman yang suruh buat camni)
 Dak kecik yang happy sangat...
 Berteduh lagi sekali dalam bilik yang takde ais. Ketebalan lemak tak cukup untuk memanaskan badan :-)
 Dah habis masa setengah jam tu, kita pun keluar dan, muka Ica jadi blushing macam ini.
 Ibu pun sama...
 Cer bandingkan muka siapa paling blushing?
Sampaikan ada pasangan arab ni yang pinjam Ica utk bergambar. Ingat kami ni dari Korea ke? tihtihtih... Nampak tak bekas ala-ala Happy Meal tapi daripada Marry Brown tu? Bukan main menyimpan benda ni, last-last hilang entah kat mana. May be masa makan ais krim kat Booth Baskin Robin (-_-)
 Kat luar snap gambar kat papan gambar ni pulak. Hehe.
Kat kaunter gambar/sovenir Snow World.
Booth-booth cenderamata tadi. 
 Ok kami nak balik dah nie... Lalu kat jam ni semula. Tengok jam tu. Baru 5.20pm. Rasa macam dah lama sangat ada kat sini.
 Escalator nak ke lobi Hotel First World. tata...
 
 
Nak ke mana? HArrods? duit banyak? hihi
Pesta tanglun. 
 
 
Pentas pertunjukan pentas/konsert/show. 
Statue of Liberty? 
 Kereta terbang? Kepala dinasour?
Makan BR sementara tunggu ayah ambik barang kat parking lot kereta. 
...sambung makan dalam lif... 

Belah malamnya, lepas mandi dan solat maghrib, kita keluar lagi untuk dinner. Tak jauh dari lobi hotel, dalam aras 3B, kami ke FoodCourt nya. Status halal takde. Tapi semuanya pork-free. Boleh? Kat Malaysia ke kat Thailand ni? Rata-rata pelayan hanya cakap mandarin. Yang Cina Malaysia pun cakap  melayu tak fasih sangat. Tukang masak rata-ratanya macam Bangla, Nepal, Cina. 
 Muka nak terkam orang sebab lapar. Ye ke?
Kami berhenti kat depan kedai Thai. Tapi ayah order makanan daripada kedai Chinese tu juga.
Lapar, penat dan mengantuk. Layan 8th TV. 
Pengunjung mostly chinese. 
Menu selamat. Kangkung goreng belacan, sotong tumis sambal. Sedapppp. Nasinya gebu panas-panas. Makan 2 orang memang sedang-sedang. Nasi RM2. Sotong RM18.90. Kangkung RM14.90. 

Tak ambik gambar air tin teh bunga. Air tin RM5 satu. Milo ais secawan pun RM5. Cawan kecik saja.
Nasi goreng udang RM10.90. Udang  tersembunyi 3 ekor bawah nasi. Portion besar, makan share 3 orang. Ica pun suka sebab tak pedas. 
Jumlah makanan RM51.40 tak termasuk air tadi. Mak aih... Mahal boleh tahan. Maklumlah... Kat puncak... (-_-) Oh Malaysiaku... 
 Lepas makan, lepak depan balkoni food court ni. Cuci mata melihat keindahan rekabentuk arca dalam bangunan ni. Semuanya cantik-cantik. Cuma dari dalam bangunan yang tertutup ni, kita hanya merasai sejuk aircond saja. Tak natural. Mungkin masa mula-mula dibina bangunan ni dulu, tujuan dia buat tempat hiburan tertutup ni ialah untuk jadikan dia kalis cuaca. Kalau hujan ribut ke, asalkan duduk dalam bangunan, aktiviti tetap boleh dijalankan. Tapi, ada ramai yang suka mencemarkan udara dalam bangunan ni. Dengan asap masakan dan asap rokok. Jadi, bila asap-asap tu tak disedut ventilation dengan baik, ia meninggalkan kesan kepam pada keseluruhan tempat ni. Itu yang rasa tak begitu nyaman. Untuk kita yang ada astma ni, rasa macam nak batuk selalu, dan tak selesa sangat.
 
 
 
Muka ibu ni dah memang semulajadi poyo kot? Haha. Dahlah pakai juga tudung berkedut sejuta nih. Pemalas gosok punya pasal. Pastu nak juga pakai tudung ni sebab tudung yang satu lagi dah busyuk. Hihi.
 Untuk mendapatkan udara fresh dari puncak bukit yang nyaman, ayah pun bawa kita mendaki ke sini. Bukan kena daki apa pun. Just naik escalator saja dari hotel ke dataran Genting yang mengadap Hotel Genting, Resort World, dan Hotel Maxim. Kat sini barulah nyaman udaranya... Lapang dadaku.
 Masa ni sejuk sangat. Ica tak pakai baju sejuk dia. Nasib baik pakai baju lengan panjang. Bolehla labuhkan lengan bajunya.

Simbol GH di atas bangunan Hotel tu, yang ada tulisan sekali 6000feet, hanya bernyala penuh setiap setengah minit. Jadi, tiap kali dia nyala penuh, baru snap gambar.
Dibelakang kita ialah pintu masuk Taman Tema Genting bagi yang parking di parking lot 8 tingkat de belah kanan kita.
Lepas tu, lepak kat depan tv gergasi ni pulak. Sponsored by Panasonic Malaysia. 
Bila iklan tv tu terang, ayah terus snap gambar ni. Happy gila budak kecik ni... hihi
Ayah try nak tolak batu ni. 
Pastu giliran si anak pula. (-_-) 
Oklah dah jemu menyejukkan badan, jom balik hotel. Tadi masa nak pergi, kena naik 6-7 escalator untuk sampai ke puncak. Ini nak turun pula. Memang cerun lah. 
 Ini nak turun...
err...cerun...cerun... 
 Bunga-bunga yang diletakkan sepanjang tepi escalator.
 Kita tak terus balik bilik. Singgah beli kudapan dulu di Burger King. Ayah beli burger yang RM20 lebih tu, pastu ibu minta add-on onion ring dan cheezy wedges. Semua sekali RM42! Hah!!! Mahal betul. Terkejut ibu. Tapi dah terbeli, takkan nak pulang balik kan... :-) Nasib baik semua makanan ni luar biasa sedapnya berbanding yang biasa kita makan kalau kat KL tu. Kenapa ya? Sebab sejuk-sejuk ni ke? Onion ring tu siap berebut dengan Ica lagi. Haih.
 Sementara menunggu, ibu tengok kat sebelah Burger King ni ada Galeri Palace. Di dalamnya ada Pizza Hut.
 Cantik rekaan bangunan ni. English style. Mengingatkan kita pada USSingapore kan. Semua kedai direka mengikut situasi dalam filem.
Ok dah siap. Kata ayah. Jom balik.

Malamnya tidur tak berapa lena. Sejuk sangat kot? Tak juga. Entahlah. Bertukar bantal agaknya. Apa pun, esok paginya kita dah siap-siap awal dan check-out pukul 11.30 pagi.
Tinggallah hotel ni jadi kenangan kita. 
 ...dan pemandangan yang indah, nyaman, sejuk mata memandang. Tapi sayangnya...
Nak check-out tak payah ke kaunter pun. Guna aje kiosk yang disediakan. Mudah kan. 
Ok, jom naik lif ke parking lot. Tata...

Pukul 11.30am check-out, pukul 12.30pm dah berhenti makan di Taman Melati. Pukul 12.45pm hantar Ica ke Tadika. Habis sudah percutian singkat kita ke Snow World kali ni. Alhamdulillah...

Ulasan untuk percutian ringkas kali ni, kata ayah, Snow World tu best sangat. Cuma terlalu pendek masa yang diberikan. Eh, ibu okey je, setengah jam tu dah cukup. Takut lagi lama, beku pulak ibu :-)

Bilik hotel terlalu kecil walaupun mahal. Tapi ayah kata, next time kalau nak ke Snow World lagi, tapi entah bila kan, kita booking bilik online dulu. Selalunya boleh dapat diskaun 50%, dapatlah kita book bilik superior deluxe atau suite yang lebih besar dan request aras yang lebih tinggi. Lebih senyap dan lebih dingin. Insyaallah...

Makanan yang terlalu mahal kat sini. Ini pertama kali kita berlamaan kat sini, menyebabkan kita asyik nak makan, dan terpaksa beli di sini. Sebelum ini kita cuma datang sekejap, sekejap. Jadi kita hanya makan sekali. Tak terasa membayarnya. Kalau dah makan full-range sampai 4-5 kali, memang terasa poket menipis. Oleh itu, lain kali kita bawa bekal saja. Makanan macam roti, keropok, jajan-jajan ringan hanya untuk kudapan, kita boleh beli dari bawah. Takdelah terasa sangat keluar duit 2-3 ganda di sini.

Disebabkan kita hanya datang sini untuk Snow World saja, jadi lain kali, kita bawa duit lebih sikit untuk 2kali main kat situ. Barulah betul-betul puas. Insyaallah.

Apa pun, kita hanya mampu merancang. Semua yang lain Allah yang tentukan. Inipun syukur Alhamdulillah diberi kesempatan datang ke sini dan merasai pengalaman baru ini. Insyaallah, lain kali kita fikirkan percutian yang lebih grand pula. Mana tahu di negara bersalji terus! :-)

No comments: