Sep 23, 2013

Persiapan harijadi Ica.

Bismillah...
Dear Ica.

Pejam celik, pejam celik, Ica dah pun cukup 5 tahun. Syukur kepada Allah yang memberikan kita nikmat hidup ini. Alhamdulillahi robbil 'alameen...

Kali ini entah kenapa Ica sangat tertunggukan tarikh 24 September tu. Tiap hari tanya, bila harijadi Ica? Sampailah ke hari Ahad, 2 hari sebelum harijadi Ica. Kali ini harijadi Ica jatuh pada hari Selasa. Jadi bolehlah celebrate di Tadika dengan kawan-kawan. Insyaallah...

Di Tadika SmartReaderKids, kalau ada sambutan harijadi, Ica akan bawa balik banyak makanan ringan yang diisikan dalam goodiebag yang bermacam warna. Dalam satu goodiebag tu ada lebih daripada 4-5 jenis makanan ringan. Kadangkala ada mini present macam set alatulis, warna, sticker, mini magazine, ataupun sebatang pensil yang ada perhiasan. Kalau pensel dan alatulis tu memang sekejap sajalah Ica gunakan. Lepas tu dia kecahkan, lepastu hilang begitu saja. Jadi sampah bila ibu sapu.

Kebanyakan makanan ringannya pula ibu tak kasi Ica makan sebab terlalu manis. Macam coklat, gula-gula, jelly, keropok cikedis. Takut nanti Ica lelah pulak lepas dah seronok makan. Ibu tahu, kat tadika, Ica mesti dah makan kek banyak kan... Bila dah makan makanan ringan, Ica mesti tak nak makan nasi pula. Lepas tu sugar-rush... Jadi nakal dan tak reti diam.

Ibu tak nak biasakan Ica makan makanan ringan terlalu banyak. Ibu dah berjaya mengurangkan pembelian stok makanan ringan untuk ayah dan ibu. Barulah ibu dapat kurangkan kesukaan Ica pada makanan ringan macam Twisties, Chickedis, Coklat, Jelly dalam tube yang manis sangat tu, kek manis, keropok-keropok lain dan gula-gula. Ica pun dah faham, kalau makan banyak sangat makanan ringan, nanti Ica senang batuk dan lelah. Paling teruk, susah nak ingat masa mengaji :-)

Tapi, ibu tak nak pisahkan nature Ica dengan jiwa kanak-kanaknya. Jadi, bila Ica tengok kawan-kawan ada goodie bag untuk birthday, ibu pun layankan juga kehendak Ica. Hari Jumaat malam, sebelum pergi dinner nasi ayam, kita ke Kedai Kek Pistachio Danau Kota untuk buat booking kek Harijadi pilihan Ica. Ica nakkan kek bentuk Minion kesukaannya. Tapi candy bergambar minion belum sampai lagi daripada supplier. Jadi, Ica pilih yang ada patung kecik banyak-banyak dalam kartun Doraemon tu. Amboi...seronoknya dia dapat beli kek yang dia idamkan.

Hari Sabtu tengahari pula, kita meredah terik matahari siang untuk beli barang-barang goodie bag di kedai sebelah NSK Wangsa Maju. Banyak pilihan ada kat situ. Memang rambang mata dibuatnya tak tahu nak pilih yang mana, semuanya cantik dan sedap :-) Akhirnya, inilah pilihan kita..
Air kotak ribena, sekotak jatuh RM1. Beli di NSK. 
Lollipop bentuk AngryBird satu kotak ada 30 biji, harganya RM33.00.
Biskut Garfield, sekarton ada 10 kotak, beli 3 kotak, sekotak jatuh RM1.20.
Beg plastik happy birthday said sedang, satu pek ada 12 beg plastik RM2.50, beli 3 pek.
Keropok Corntos mini satu pek ada 30 mini corntos, sebungkus jatuh 30sen. 
 AngryBird kesukaan Ica... Ayah yang pilihkan.
 Biskut Garfiel, ibu yang pilihkan...
 Keropok mini corntos ni nak buat masin-masin tekak saja...
Air ribena ni air kesukaan kanak-kanak.. 
Beg plastik goodie... 
 Nak tengok apa isinya Biskut Garfield nih?
 Ica pun try satu kotak. Habis dia makan... Sedap katanya. Hopefully kawan-kawan Ica pun sukakannya...
Biskut garfield. Dalamnya ada filling mengikut warna kotak sama ada strawberry, vanilla atau coklat. 
 Kalau tak silap mengikut perkiraan ibu, satu goodie bag ni bernilai RM5.
Alhamdulillah, puasa hati bila dapat membuatnya sendiri.
Tahun lepas, masa harijadi 4 tahun, ayah dan ibu kena sediakan 70++ goodiebags untuk murid-murid tadika Comelku. Kali ini, sebab Ica sekolah belah petang saja, ada 20++ murid saja. Jadi kita sediakan dalam 25 goodiebags saja. Seronok masa proses pembungkusan. Macam nak kenduri pulak :-)
 Jadi, dalam satu goodie bag ada rasa manis, masin, masam dan taklah kesemuanya makanan ringan semata-mata, sebab biskut garfield tu rasanya macam makanan bayi.

Lepas beli isi goodie bag, kita ke KLFC pula, sebab Ica nak sejukkan badan dulu sambil cuci mata. Biasala dia tu kan... 

Tiba-tiba di Kaison, kebetulan diorang tengah susun stok patung baldu minion pelbagai saiz. Orang ramai berkerumun macam tengok show. Ibu pun pergi tengok sekali. Ica tercengang, lepas tu terus merengek nak satu minion. 

Minion paling besar, harganya RM79.90. Ibu nak beli yang tu sebab kalau di kedai lain harganya lebih RM100++. Consider murahlah kat Kaison ni. Tapi susah nak peluk pula sebab terlalu besar. Susah nak cuci dan jaga sebab nanti senang berhabuk. Ica pula merengek nakkan yang saiz sedang saja. Jadi pilihlan saiz yang kedua besar. Harganya RM39.90. Ayah cek dulu material dan jahitan, kot-kot ada part yang terkoyak. Selesai sempurna semuanya, ibu pun beli yang ini.
Memang happy yang teramat lah Ica. Tak dapat kek bentuk/gambar minion, dapat patungnya pun jadilah. Boleh dibawa tidur. Ica dan minion ni pun dah sama besar.
Noneng : Makhluk apa kuning besar sangat nih??? 
Minion : Relax la beb. I kawan baru uols. Hihi...
Ica : Noneng... ini minion, kawan baru kita...
Noneng : Habisla aku...lepas ni dah tak glamour...
Noneng muka bosan...hihihi...

Nanti lepas harijadi Ica, ibu buat satu lagi entry kenangan untuk Ica.
Till then :-)

No comments: