Sep 24, 2013

Birthday ke 5 Ica

Bismillah..
Alhamdulillah... Ica dah pun menyambut harijadi ke 5 pada 24 September 2013 yang lalu. Syukur ke hadhrat Ilahi kerana dikurniakan anak yang comel dan baik macam Ica. Alhamdulillah, pada harijadi ini, Ica sihat. Cuma, hidung berdarah sikit masa ayah dan ibu datang ke tadika bawa kek harijadi dan goodies petang tu. Boleh dikatakan minggu ini Ica asyik berdarah hidung. Tapi ayah dan ibu tak risau sangat sebab ayah pun asyik berdarah hidung. Mungkin cuaca panas sangat dan Ica pun aktif lompat sana sini. Oleh kerana baju Ica dah kena darah, ibu tak ambil shot dekat-dekat masa birthday party kecil-kecilan ni. Tapi yang penting, Ica tersangat happy... Alhamdulillah...

Jom tengok kek Harijadi Ica yang dia pilih sendiri ni :-)
Beratnya 2.5kg, kek choch moist yang kurang manis tapi sangat choclatey!
Di atasnya dipenuhi patung kecil-kecil bears, pooh, kitty, angrybird, spidey, butterfly, yang kononnya sedang berkelah di pergunungan, dan ada air terjun mengalir ke bawah. Amboi!
 Tempah di Pistachio Danau Kota, dengan harga RM189.00 tapi after diskaun ahli RM169++
Shot tepi. 
Warna-warna hijau kuning biru tu adalah jelly gula. Yang tepi-tepi ni memang bunga gula lah. 
Ayah yang settingkan meja dan kek ni, letak lilin sekali.  
Sebelum kena potong, kena ambik shots banyak-banyak dulu :-) 
Ok gerombolan sudah sampai. Tapi hari ini ramai yang tak ada. Orangnya tak sampai 20 pun. Tapi, selalunya kalau ada kek lebihan sekolah petang akan diberikan pada murid belah pagi esoknya. Simpan dalam fridge. 
Ica seronok sangat tengok keknya sampai lupa yang hidung tu baru je lepas berdarah. 
Amboi... siap tunduk nak kira jumlah binatang dalam tu. 
Ini rakaman video yang ibu snapkan. Masa nyanyian selamat hari jadi. 
Lepas tu, Ica tiup lilin dan potong kek, ayah yang tolong. 
Lepas blow candles je, semua kerumun. Susah nak ambik shots masa nih.
Eh, ayah dah macam cikgu tadika lah. :-) 
Lepas tu teacher Yati terus tolong potongkan kek untuk semua orang.  
Dan Ica pula tolong agihkan pada kawan-kawannya... 
 Amboi sibuknya Ica macam mak pengantin pula :-)
 Kawan-kawan minum petang dengan kek harijadi Ica...
 Yang Ica ni, off course disuapkan oleh ayah... grrrr manja punya budak.
Kawan-kawan tengok saja adengan ayah-anak nih. Macam drama.

Lepas habis kek yang ayah dan ibu jamah, kita pun minta diri. Nanti bila nak balik, baru goodies tu diagihkan. 

Tapi, ada something yang ibu rasa kureng. Sebab ayah dan ibu tak ambik gambar pun dengan Ica kat depan kek tadi. Laaaa... awat lupa pulaknya...? Ibu yang lupa, atau tak biasa? Kalau di tadika comelku, teachers yang akan suruh parents ambil gambar dengan murid, lepas tu teachers ambil gambar dengan murid, dan lepas tu murid-murid bergambar kenangan beramai-ramai. Kat sini takde ek? (-_-)

Eh takpe, takpe... Ibu faham. Teachers dah kurang. Dulu ada 4-5 teachers. Sekarang tinggal 2 orang aje. Yang sorang tu berhenti sebab sakit. Yang sorang tu tukar sekolah lain. Yang sorang lagi, mengajar belah pagi saja. Habis dah. Masa ini pengetua teacher Rosma pun takde sebab jaga daycare kat atas. Ada murid tengah tidur. 

Tak apa. Yang penting, sedekah kita kepada kawan-kawan Ica dan tadika ni, dah pun kesampaian. Alhamdulillah...

Nampaknya, ini sajalah gambar kenangan birthday Ica di tadika. Insyaallah, kalau ada rezeki lagi, kita beli kek lain, ambik gambar bertiga pula di rumah. Okey? Hehe.

Till then.

No comments: