Bismillah.
Kebelakangan ini memang malas betul nak update satu entry. Memanjang tak ada mood. Tapi mood nak tengok drama-drama melayu, ada pulak. Hihi.
Entah macam mana, terperangkap dengan drama melayu soap-opera bertajuk Teduhan Kasih. Ayah dan ibu dua-dua terjatuh-suka dengan drama ni. Terpaksa menonton online di blog. Ayah sampai tidur lewat pagi sebab nak tengok setiap episod. Ibu pulak mulanya lompat-lompat episod sebab nak tengok hujungnya. Tapi bila bersembang berdua pasal semua episod, eh, tak best pulak sebab lompat-lompat episod, ada bab-bab penting yang best, yang ibu tak tengok. Eh tak boleh jadi. Terus lah ibu pun tengok juga semua episod. Itu yang jadi timing lari. Tidur lewat. Bangun lewat. Lepas tu kelam kabut masak dan kemas-kemas. Lepas tu siapkan Ica ke sekolah. Tak berapa jam lepas tu, ibu pula ke sekolah. Tiba-tiba hidup menjadi sangat sibuk pulak, hanya kerana drama tu. Hahah.
Mungkin dek kerana asyik sangat tengok drama tu, tidur pun ibu termimpi-mimpikan pelakon lelakinya. Siapa lagi kalau bukan Adi Putra. Hahah. Gila kan. Dah tua-tua macam ini boleh jadi minat balik kat benda-benda hiburan ni, rasa macam buang tebiat pulak. Tapi serius. Kalau dia putih, handsome kan mamat atas tu? Tihtihtih....
Selain daripada tu, setiap petang Isnin, Selasa dan Khamis, ibu tetap ke kelas seperti biasa. Kelas Isnin tak begitu stressful. Tapi kelas Selasa dan Khamis tu agak menyeramkan. Mulanya, kami ada masalah tak cukup students. Kalau kurang 5 orang, alamat kelas tu dibatalkan dan kami terpaksa tukar program. Ibu sayang nak tukar program sebab ibu dah habiskan satu semester dengan program ni. Tapi kalau dah terpaksa, ibu kenalah akur.
Dalam batch kali ini ibu dipertemukan dengan 3 lagi students yang ambil program yang sama. Seronoknya!
At least, ibu tak keseorangan macam sem lepas. Kebetulan semuanya baik-baik belaka. Noor Najiana (Jia), peguam. Dulu dia selalu hadir di depan ibu. Mulanya dia nak panggil ibu 'Puan'. Eh, takkanlah! Buat malu aje kan.
At least, ibu tak keseorangan macam sem lepas. Kebetulan semuanya baik-baik belaka. Noor Najiana (Jia), peguam. Dulu dia selalu hadir di depan ibu. Mulanya dia nak panggil ibu 'Puan'. Eh, takkanlah! Buat malu aje kan.
Farah dan Hidayah, ibu baru kenal dalam kelas. Kedua-duanya peramah. Farah Legal Advisor dengan Petronas. Hidayah fresh grad dari USIM. Ibu suka kalau semuanya boleh bekerja sama sebab lecturer yang mengajar 2 kelas yang menakutkan ni, ada potensi menyusahkan hidup kita. Oh tidak.
Inilah beliau yang ibu maksudkan. Ala dia tak garang pun. Dia baik, dan ada sense of humor sikit. Namanya Prof Dr Irwin Ooi. Berkahwin tapi takde anak. Masa ibu final year di UiTM dulu, dia mengajar Opinion Writing. Kelas malam yang membosankan. Tak ingat ibu dapat gred apa masa tu. Tapi semua orang kata kalau dapat A, wajib sujud syukur, sebab dia tak semudah itu nak bagi A. Tak sangka berjumpa dia lagi walaupun ibu dah grad degree sejak 2003. Dan katanya dia masih ingat lagi dengan batch ibu yang tu.
Dia kata, subject Admiralty dah susah. Tapi subjek Carriage by Sea lagi susah. Walau apa pun, subjek Marine Insurance adalah yang paling susah. Berita buruk untuk ibu, walaupun subjek Admiralty II ibu dah berjaya lulus dengan A, tapi 2 subjek later ni, adalah subjek core untuk sem ini. Gagagagagaga....
Dia kata, seubjek yang 2 ni memerlukan kerja keras, berjaga malam untuk baca buku, dan banyak bertanya dan membuat latihan. Ahhh sudah. Ibu berjaga malam hanya untuk tengok youtube!
Walau apa pun, ibu sedar, musim cuti ibu dah pun berakhir sepenuhnya...dan ibu bakal berdepan dengan sesuatu yang lebih serius.
Ini serious...!(ikut nada nyanyian Wonderpets!)
Ini serious...!(ikut nada nyanyian Wonderpets!)
Dan oleh kerana tahap keseriusan itulah, ibu terpaksa beli ipad gen 4 baru ini untuk mudahkan ibu merujuk akta dan documents semasa belajar di dalam kelas. Eh takkan lah nak print-out semuanya? Takkan juga nak kena angkut macbook pro yang berat berkilogram tu 2x seminggu semata-mata nak mudahkan reference? Tak larat lah bahu ibu yang tua ni.
Alhamdulillah, bila nak sangat beli, rezeki tu ada pula. Syukur...
Ibu tak delah teringin sangat nak beli gajet ni. Dulu dah beli Galaxy Tab 7.7, jadi dah tak heran sangat dengan ipad. Tapi kali ni kena guna. Yang Galaxy Tab dah jadi milik Ica sepenuhnya...
Begitu pun tengoklah, siapa yang tumpang guna ipad ibu nih...isk isk isk tamak betul budak kecik nih.
Ibu dan gajet-gajet ibu. Nasib baik masa ni tak bawa sekali Macbook pro. Kahkah. Baru la complete nak menunjuk-nunjuk ya? Actually ni masa makan di restoran Sharin Low Ampang haritu. Sementara menunggu order, Ica guna ipad. Ibu pun gunakan Tablet Ica tuk main swipe fruit. Yang putih tu iphone5 ibu, dah buruk, takpe, ibu sayang sangat kat dia. Yang besar sikit hitam tu, Note2 ayah. Pun dah buruk.
Tak sangka juga sekarang ni ibu dah ada 3 barangan apple. Kawan ibu ada sorang tu baru beli ipod untuk dia dengar muzik masa travelling. Ibu tetiba teringin juga nak ada Ipod tu suatu hari nanti. Mana tahu, berguna untuk hafazan ayat suci Quran ke. Ia ringan dan muatannya luas. Nanti dululah.
Tapi apple ni, satu je yang leceh. Semua eksesori kena beli dengan dia. Even kalau beli wayar/cable charger yang RM19 kat AEON Big tu, dia boleh tahu wire tu tak ori. Siap keluar warning macam ini.
Padahal, nak guna untuk charging dengan transfer gambar aje pon...
Kalau beli yang ori, charger cable tu RM80... beza kan...? Huh.
Kalau beli yang ori, charger cable tu RM80... beza kan...? Huh.
Tapi iphone5 yang ibu dah guna 2 tahun ni, memang memuaskan hati. Dah jatuh berkali kali kali kali... tapi takde apa pun. Sebab ia ringan dan tak licin macam Samsung. Lagipun mudah sangat penggunaannya. Sangat sesuai untuk orang yang tak pandai gajet macam ibu ni.
Haaaaa tengok ni carian youtube Ica. Budak 5 tahun pun boleh guna iphone5... haaaa caner tu? Mana tak berebut? Grrrrr...
Nak eja My Little Pony pun tak pass lagi. Ada hati nak bolot iphone5 ibu.... (-_-)
Lagipun gambar dengan Iphone dan Ipad ni sangat kemas dan sharp. Ni contohnya...
Noneng.
Muka depan ipad dengan gambar Noneng. Ini tak edit.
Gambar pertama dengan ipad tanpa edit.
Gambar pertama dengan ipad yang terus di edit warnanya. Yang ni tak sharp lah sebab first time kan. Macam susah sikit sebab bendanya besar.
Gambar dengan Samsung Note 2 ayah. Warnanya kurang menyerlah. Kalau ambik gambar jauh yang kemudiannya di crop, pixel daripada Samsung jadi pecah. Itu bezanya...
Lagi satu, dengan jenama apple, kita takkan ketinggalan zaman dengan teknologinya. Macam ios7 haritu. Bukan main lagi semua orang tayang dah upgrade belaka. Ibu relax je, tak cari pun. Tahu-tahu, apple sendiri yang hantar mesej suruh update dan ikut stepsnya. Mudah kan...
Sem ini juga, ibu tukarkan set bilik tidur bilik belakang tu dengan katil baru yang besar. Tak payah almari. Cukup dengan rak saja. Untuk letak baju-baju embah dan beg dia. Set yang lama, ibu jual ke kedai perabot terpakai dengan harga RM80. Murah gila. Tapi takpelah. At least tak payah sewa lori nak angkut buang keluar. Dapat duit lagi.
Tinggal kenangan. Katil dengan tilam lembik yang telah membuatkan embah dan ibu sakit belakang. Juga meja solek yang berat gila...
Dan almari pakaian yang dah rosak slidingnya, lepastu kakinya dah kembang kena air.
Baju embah masuk dalam kotak dulu.
Beg embah dan toto ibu.
Bantal-bantal kabu embah dan bantal span nenek bagi.
Tadaaaa! Dah tukar dengan katil besi saiz King ni, beli di Perabot Brilliance dekat Setapak. Tepi jalan saja. Ini perabot ke 3 beli dengan nyonya tu. Harga RM600. Beli dengan dia boleh tawar harga dan minta kualiti terbaik. Sebelum ini meja makan dan almari buku pun beli dengan dia. Memang puas hati. Katil ni lantainya besi rapat-rapat, jadi dia kukuh. Insyaallah...
Tilam pula tilam king herbs, pemberian Mak Ngah Intan. Memang keras banget tapi bila dah 2 kali tidur atasnya, dah boleh adjust. Ohh ya. Dah 2 malam kita tidur bilik embah ni sebab sengaja nak resmikan katil dan tilam. Lagipun aircond bilik ni kuasa kudanya lebih rendah, jadi lebih jumat letrik.
Katil ni cukup besar untuk kita 3 orang. Tak sempit langsung. Best-best lah kata orang. Alhamdulillah... Bilik ni dah pun sedia untuk embah datang bila-bila masa.
Oklah itu saja update kali ni. Till then :-)
Oklah itu saja update kali ni. Till then :-)



No comments:
Post a Comment