Bismillah.
Tak tahu sejak bila Ica mula sukakan maskot/patung besar yang jadi lambang sesuatu tempat. Ada yang pegun tak bergerak, ada juga yang ada orang di dalamnya.
Masa kecil, Ica memang penakut dengan maskot. Dengan McD dan Uncle KFC tu pun Ica takut. Apatah lagi dengan watak-watak lain. Tapi mungkin Ica takut sebab masa tu Ica kecil. Bila Ica dah besar, Ica rasa seronok nak berkawan pula. Mungkin.
Masa ni, Ica baru 3 tahun. Jalan-jalan di Singapura sekitar Universal Studio. Bila terlihat patung yang menyerupai coklat M&M's ni, Ica langsung suka nak bergambar dan 'berkawan' dengannya.
Esoknya ketika dalam USS, Ica terus suka dengan karektor kartun ini dan minta digambar dengannya sampai 2 kali. Ini gambar kali kedua tanpa ibu dan ayah.
Ini masa Ica berumur 4 tahun lebih dan kita tengah tunggu ayah solat. Kita lepas makan di Old Town White Coffee dalam Berjaya Times Square dan di depan restoran tu ada restoran steamboat non-halal yang maskotnya naga hijau ni. Berulangkali Ica ke hulu ke hilir 'cek kawasan' dulu sebelum 'line-clear' dan terus naik atas patung naga. Tak tahu apa yang 'lawa' sangat naga ni selain ia adalah watak dalam kartun.
Pororo the Little Peguin. Hero kartun ni yang pakai topi kuning. Yang hijau tu kawan baiknya. Ia tak sama dengan maskot naga restoran tu, tapi warnanya seakan-akan lah.
Masa ini kita bercuti di the Lost World of Tambun. Di pintu masuk nak ke dalam Taman Tema, ada deretan patung kucing. Bukan main erat dipeluknya kucing besar tu.
Ini yang terbaru. Dalam 2 minggu lepas, kita jalan-jalan di AEON Wangsa Maju sebab nak beli baju baru Ica untuk hadiri birthday party Nufa. Tiba-tiba terserempak dengan promosi brand Carrie Junior. Ica memang gunakan semua barangan Carrie Jr ni macam mandian, syampu, losyen dan bedak. Jadi bila tengok ada maskot Carrie Junior, Ica terus nak ambil gambar dengannya. Mula-mula malu. Tapi bila ibu suruh Ica beranikan diri dan ikut berebut dengan kanak-kanak lain, Ica pun terus serbu. Ambil belon dan terus ambil giliran berdiri tepi Jumbo ni.
Tak cukup dengan sekali snap gambar. Bila orang dah mula kurang, Ica datang semula, kali ni tanpa ibu suruh. Terus peluk perut Jumbo yang belah sini pula. Suka sangat lah tu. Nasib baik tak minta nak bawa balik!
Hari yang lain pula, masih di AEON Wangsa Maju juga, sementara ibu rehat minum di Old Town (masa tu kopi dalam kedai ni dah habis, entah apa-apa. Padahal kedai kopi tu), Ica main di Molly Fantasy bersebelahannya. Tengah-tengah main tiba-tiba datang maskot AEON ni kat situ. Apa lagi. Menggedik la Ica nak peluk. Tapi Ica malu. Terus rasa rendah diri.
Akhirnya... Dapat juga dia ambil gambar dengan maskot ni. Tak tahu apa namanya, tapi memang comel. Beberapa gambar selepas itu, Ica tak nak bergerak ke tepi pun daripada maskot ni walaupun ada budak lain tengah ambil gambar (-_-). Anak sapalah nih.
Bukti 1.
Bukti 2.
Yelah. Kadangkala gambar boleh disalahtafsir. Mungkin budak dua orang ni nak rebutkan maskot tu sebelum Ica ambil gambar. Tak tahulah. Yang penting, Ica sangat happy dengan maskot warna pink ni.
Agaknya, kalau ayah atau ibu kerja jadi maskot, tentu Ica sanggup temankan dari pagi sampai petang.




No comments:
Post a Comment