Bismillah.
Hari Sabtu lepas, 2 Nov 2013, ialah hari pernikahan anak sedara ibu. Namanya Mohd Fuat b. Anuar. Dia anak sulung kakak angkat ibu, Wak Chah. Wak Chah ni, anak angkat embah yang embah bela sejak lahir, sebab arwah embah lanang (datuk) mahukan anak, dan anak lelaki pertama diorang meninggal dunia selepas 13 hari dilahirkan. Jadi Wak Chah jadi anak pertama dalam keluarga embah.
Ada sekali ibu ada menulis tentang Wak Chah dan keluarganya dalam blog ini. Sejak arwah embah lanang meninggal dunia, embah mengizinkan Wak Chah dan suaminya tinggal di rumah kampong kita. Ini sebab diwasiatkan oleh arwah embah lanang supaya rumah kampong tu dibahagi dua. Bahagian depan untuk adik beradik ibu yang 6 orang ni, dan bahagian belakang dan dapur untuk Wak Chah dan keluarganya yang masa itu takde rumah dan asyik menumpang tinggal di rumah orang. Ada rumah yang hampir roboh pun diorang boleh tinggal. Dahlah buruk nak roboh, takde bilik. Tapi boleh diorang survive. Suami Wak Chah tak bekerja masa tu. Malas buat kerja kampong, katanya tak larat.
Dipendekkan cerita, rumah kampong kita tu dah pun jadi milik diorang sekeluarga. Kita pun tak balik ke sana lagi kecuali raya lepas. Itupun sebab ibu nak ziarah Wak Chah yang baru baik eksiden patah kaki di tulang betisnya. Sekarang dia dah sihat tapi biasalah dah tua dan tak berdaya. Rumah kampong tu dah jadi sejarah dalam hidup kita. Sedih juga bila dikenang. Tempat kelahiran kita, sekarang jadi hak orang, tak berjaga pula tu.
Sebenarnya, ibu malas nak campur urusan keluarga diorang ni sebab anak-anak Wak Chah pun bukannya ada tanyakan khabar kita. Jauh sekali nak berbaik-baik dan datang ziarah ibu kat rumah kita ni. Telefon pun tak. Takpelah. Kita bawa haluan masing-masing. Tiada dendam di hati. Cuma ibu terkilan bila rumah kampong tu tak dijaga dengan baik walaupun dah jelas, embah hanya bagi tumpang saja, dah ia masih hak kita. Tapi bagi Wak Chah sekeluarga, rumah tu dah jadi hak diorang sepenuhnya. Biarlah. Kita pun bukan nak tinggal situ lagi.
Anak Wak Chah ada 5 orang. Anak keduanya Rafizan dah lama kahwin dan ada 3 anak. Sekarang menetap di Taman Melati/Gombak. Macam tak jauh aje dari rumah kita ni. Tapi, tak pernah terjumpa pun. Jauh sekali nak jenguk rumah. Takpe.
Anak ketiga Wak Chah yang namanya Laily, baru saja bernikah dengan jejaka pilihan hatinya bulan September lepas. Masa cuti hari Malaysia. Suaminya muda 5 tahun, dari Perak. Kita tak pergi. Tak ada siapa adik beradik yang pergi melainkan Wak Haji sekeluarga. Bukan sebab nak pulaukan ke apa. Ibu tak pergi sebab tak dapat jemputan daripada pengantin. Seganlah. Lagipun kita ada hal masa tu. Tak ingat apa. Tapi untuk kenduri besarnya 9 November nanti, tahu pula Laily tu menjemput elok. Agaknya nak meriah-meriah kot?
Anak ke empat Wak Chah, namanya Lia, dah lari dari rumah bertahun-tahun. Tak balik semula dan hilang. Missing In Action. Hasil bergaduh dengan bapanya Anuar tu. Dua-dua pun panas baran. Eloklah tu. Sekarang tak tahu apa perkembangan Lia ni. Entah hidup entahkan mati. Naudzubillah.
Anak bongsu Wak Chah, namanya Sahibul. Sudah putus tunang. Kerja dan tinggal di Shah Alam. Kerja dengan orang kaya kampong kita. Baguslah. Ada masa depan cerah. Lagipun dia memang ada kelulusan sijil teknikal. Taklah teruk sangat. Dalam 5 anaknya ni, Laily lah yang paling tinggi. Ijazah Perguruan dan sekarang mengajar di area kampong.
Untuk majlis pernikahan Fuat ni, mulanya ibu malas nak pergi. Alasan sama, sebab takde jemputan daripada pengantin. Yang menjemput hanya Wak Haji, itupun menyampaikan pesanan daripada Wak Chah. Eh malas lah. Kita pun bukannya rapat. Ibarat jiran jauh. Kalau takde kad jemputan, macam mana nak datang?
Tapi lagi 2 hari nak menikah, tahu pula Fuat ni menjemput dengan call. Mulanya ibu tak angkat. Tapi lepas tu dia text. Menjemput dan mudahan ibu free. Kalau dah orang jemput elok-elok, tak logik kalau tak dipenuhi. Jadi, pergilah kita ke rumah pengantin perempuan. Kononnya mengiring. Alhamdulillah. Okey di bawah ni ialah ceritanya. Untuk kenangan kita nanti :-)
![]() |
Kita keluar rumah pukul 7.45 pagi. Sarapan dulu roti canai dan nasi lemak. Sebab ingatkan nanti risau lapar sementara tunggu jamuan tengahari. Jadi, bila perut kenyang, hati pun lapang. Berjanji dengan rombongan untuk tunggu di Tol Bt. 9 Cheras dalam lingkungan jam 8.30-9 pagi. Kita tiba jam 8.30 pagi tepat. Hebat betul timing ayah!
Tiba di rumah pengantin perempuan pukul 9 pagi. Awal sangat. Keluarga pengantin pun belum habis kemas. Jadi diorang jemput kita sarapan dulu sementara tunggu Imam dan Kadi datang pukul 9.30pagi.
Ibu dah sarapan. Jadi, kenalah tunggu kat depan pelamin yang simple ni, untuk jaga duit hantaran dan barang-barang lain termasuk handbeg orang-orang yang pergi sarapan dulu.
Okey sedang menunggu Kadi. Kiri sekali tentunya pengantin. Pakai baju warna gold gitu. Sama macam baju kahwin ayah dan ibu dulu. Disebelahnya, Sahibul, adik bongsunya. Belakang Ebol tu, suami Laily, namanya Samad. Sebelah Ebol ni, BangChik Hazeeq, anak Wak Haji Nordin. Belah sini yang tak nampak tu, ayah dan Ica lah.
Rombongan pengantin lelaki yang perempuan ialah Wak Husna, Wak Laila, yang tepi dinding tu Wak Chah. Yang tak nampak tu Laily.
Tengah diperdengarkan khutbah nikah. Semua orang pun senyap.
Wak Haji Nordin dan Wak Hajah sampai lambat. Abg Syafeeq pun ada. Masa ni dah nak akad nikah. Sikit lagi nak habis khutbah.
Keadaan memang kurang selesa lah. Rumah kecil. Orang ramai. Ibu termasuk dalam jemputan sedara mara lelaki. Tapi ibu buat derk saja. Pulak tu, khutbahnya slow motion je suara kadi. Dengan bau-bauan kurang menyenangkan. Bau peluh busuk. Bau asap rokok lekat kat baju. Bersatu dalam himpitan bau kaki. Huh... Boleh pulak Ica kata nak terberak....Aduhhh... Sib baik main-main aje. Ibu dah kebas kaki berkali-kali nih.
Saat yang ibu tunggu-tunggukan. Ceh. Bukan pengantin aje yang tertunggu-tunggu yer. Tak tahan dah kebas kaki :-). Alhamdulillah dengan sekali lafaz, sahlah nikahnya. Dinikahkan oleh abang pengantin perempuan.
Selepas siap nikah, pengantin perempuan pun muncul. Ohh hi there! :-) tu anak sedara ipar angkat ibu..
Okey, dah selesai semuanya. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada Allah. Yang baju hijau dan gold ni, semua abang-abang pengantin perempuan. Ibu masih tak tahu apa nama pengantin ni. Dia ni janda. Takde anak. Dia anak bongsu. Abang-abangnya semua dah beruban belaka.
Ini suasana di belakang ibu duduk bersila. Semua lelaki berumur. Yang baju gold tu abang pengantin perempuan juga. Dialah pengerusi majlis. Yang baju merah tu kenapa senyum sokmo tengok ibu snap gambar? Yang baju biru muda tu pulak macam marah saja? heh relax. Masa ni pengerusi majlis umumkan untuk menikmati jamuan makan di kemah yang disediakan.
Majlis batal wudhuk. Eh eh. Malu pulak. Oklah... Yang masa salam salam, ibu tak snap. Bagi fotografer dan adik beradik pengantin peluang la. Kalau nak menyempit jugak kenapa? Ibu bukan ada kena mengena pun :-D
Hah masa ni barulah boleh menyibuk snap gambar juga. Alhamdulillah dah selesai menjadi yang halal. Mudah-mudahan berbahagian selamanya...
Hantaran dari perempuan ke lelaki. Kek fondant kuning, kasut coklat, wallet, buah-buahan, coklat, sirih junjung, baju kemeja.
Hadiah daripada lelaki ialah sejadah, handbeg, buah anggur, sirih junjung, tuala, duit mas kahwin dan cincin.
Ambil gambar dalam bilik pengantin pulak.
Dari kiri sana tu baju hijau Wak Umi, anak sedara embah, Laily, pengantin, oren ni Wak Hajah, Ica, Ibu dan Wak Chah. Gambar ni clear tapi Wak Hajah pejam mata pulak...
Satu lagi pic, Wak Hajah tak pejam, tapi gambar gegar sikit.... Adeh...
Gambar kat luur pulak, letak kerusi. Baru besar sikit ruangnya nak bergambar dengan keluarga. Tapi oleh kerana banyak sangat kamera, sampai hp ibu, diorang semua tengok ke lain :-( sabo jelah. Yang Fuat pangku tu anak Ijan yang bongsu.
Ini family Ijan.
Family Laily dan suaminya.
Stok bujang. Bangcik Hazeeq, Ebol dan Suhaib.
Okey dah habis event ambik gambar, kita lepak pulak kat beranda, sebelum pergi makan lauk kenduri. Slack nya, tak ambik pula gambar nasi dan lauk pauk. Hahaha... Manakan tidak, sebok makan.
Alhamdulillah yang bujang dah pun kawin. Yang kawin dah pun bahagia. Kita tunggu kenduri resepsi minggu depan pula. Insyaallah...




No comments:
Post a Comment