Bismillah...
Pada masa menulis ini, esok adalah cuti umum sempena Maal Hijrah, atau tahun baru Islam. Muharam datang lagi, kali ini tahun 1435 hijrah. Tadi petang, lepas solat Asar, sempat juga baca doa hujung tahun. Alhamdulillah. Dengan adanya kecanggihan teknoloji IT, FB, Instagram, blogger ilmuwan, dapat juga berkongsi peringatan ini, dan isi doa tu sekali.
Lepas solat maghrib pula, sebab solat dengan Ica, maka tak sempatlah ibu ni nak berdoa panjang sikit, dapat sipi-sipi saja. Jadilah... Alhamdulillah...
Sempena permulaan tahun baru ini, ada eloknya kita mencipta resolusi baru. Kalau tahun baru Masehi tu, cita-cita berderet yang sekular belaka. Nak lebih kaya, nak lebih berpangkat, nak rumah lebih besar, nak kereta lebih hebat, nak melancong mengelilingi dunia, nak buat birthday party terbest, nak tambah anak lagi sebab orang lain semua anak dah berderet-deret lepas tu asyik share kegembiraan dalam FB. Hahaha.
Tak mengata orang lain. Tengok diri sendiri saja dulu. Memang selalu nak share benda-benda happy kat internet. Entah kenapa? Saja nak buat orang lain cemburu ke? Masya Allah.
Tapi Alhamdulillah, ibu dah dapat mengurangkan sikit hobi tu. Kalau ada pun masukkan gambar gembira dalam insta dan FB, hanyalah dengan niat nak tunjukkan pada adik beradik, anak-anak sedara dan sedara-mara tentang perkembangan kita sekeluarga. Means, we are still alive! Sebab kalau nak jumpa-jumpa selalu tu, payah sikit. Raya pun kadang tak sempat sebab kejar masa. Mudah-mudahan niat tak disalah erti. Untuk kawan-kawan yang masih nak in-touch dengan ibu. At least bila berjumpa nanti, tahulah perkembangan tentang diri masing-masing. Takdelah sampai berkecil hati sebab dah lost contact, sebagaimana ibu pernah berkecil hati dengan seorang kawan sekolah menengah yang jawab PM 'hai' ibu dengan ayat "Sorrylah, aku memang tak ambil tahu pun pasal perkembangan ko..." (-_-) well, it's never too late to get connected tho. Sekarang ni lagi senang nak ambil tahu perkembangan kawan-kawan. Thanx to FB. Birthday kawan-kawan dihujung jari!
Takpelah. Ibu pun selalu lupa kat orang. Hopefully ibu tak dilupakan Tuhan dengan rahmatNya yang banyak. Mudah-mudahan, Ameen....
So, resolusi tahun baru hijrah, ialah nak berhijrah hati ini supaya lebih telus dan baik. Nak berusaha supaya mengurangkan tahap cemburu pada kejayaan orang. Menerima takdir Tuhan dengan sepenuh redha. Ok lah, tak boleh nak sepenuh redha, tapi sebaik-baik redha yang mampu. Ameen...
Macam mana boleh timbul resolusi ini?
Kan sejak semester lepas, ibu asyik cemburu dengan kawan-kawan ibu yang sambung master di UiTM ni, dengan subjek yang diorang suka, jadual waktu yang diorang boleh pilih-pilih, rumah dekat dengan uni. Tak risau langsung jem atau perjalanan yang panjang. Sedangkan ibu asyik melihat kekurangan diri berbanding rahmat yang Ilahi dah beri. Dahlah pilih program yang susah, tak ramai yang enroll. Ada subjek yang tak di offer. Markah lulus tinggi. Selain itu, cabaran perjalanan yang panjang dan jem. Kat rumah, penat. Datang uni pun penat. Dalam kelas pun penat otak. Hai ada-ada saja yang dikeluhkan.
Sem ini, Allah bukakan mata ibu. Kawan sekelas dengan ibu sem ini, semuanya memberikan inspirasi baru bagi ibu. Farah, bekerja di Petronas KLCC. Datang kelas naik teksi tiap hari. Balik tumpang Dya, naik LRT dari Bangsar. Mesti penat gila bila sampai rumahnya di Putrajaya. Anaknya masih kecil pula tu. Dya pun bekerja, sebagai Pensyarah di Kolej Swasta di Batu Caves. Dia akan drive dari Batu Caves pukul 4.30 petang tiap hari. Untuk kelasnya 4x seminggu. Diorang ni bekerja, tapi gigih menambah ilmu dan kebolehan diri. Nak prepare untuk kelas bukan mudah. Nak-nak pula untuk kelas Dr. Irwin Ooi, Carriage dan Marine Insurance. Tiap kali nak pergi kelasnya, nak kena baca dulu. Kalau tak, memang naya. Memalukan diri sendiri sebab dalam kelas mesti kena tanya. Haih.
Seorang lagi kawan, Jia, walaupun firm sendiri, tapi baru aje set-up, ibu faham sangat keadaannya. Mana nak ada gaji lagi macam masa bekerja dengan orang. Nanti nak bayar yuran sekolah, sewa rumah, transportation, buku-buku belajar, etc. Rumah sewa dan juga firmnya beroperasi dari Sentul. Dia ke kelas naik bas. Jalan kaki dari bus-stop seksyen 2 ke dalam fakulti bukan dekat. Turun naik bukit jugalah. Dulu dia montel. Sekarang dia dah kurus. Hilang 15kg untuk jangkamasa beberapa bulan saja. Hanya dengan berjalan kaki. Itu bagus. Tapi, penat lah dia nak jalan hari-hari. Nanti dalam kelas mengantuk pulak. Tapi sekarang ibu tumpangkan dia. Walaupun dia kena berjalan kaki ke Jalan Pahang di mana ibu boleh ambil dan hantar dia balik. At least, taklah kena jalan dalam gelap malam-malam dari fakulti nak ke seksyen 2 tu. Heee scary...
Jadi, senario mereka ni telah membuka mata ibu supaya bersyukur dengan apa yang ada. Ibu tak perlu bekerja. Ada gaji penuh. Ada elaun belajar. Memang perjalanan yang jauh, tapi hanya 3x seminggu. Jem memang tak dapat dielakkan tapi sekurang-kurangnya ada kereta sendiri. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana membukakan mata ini, dan menjadikan hati ini bersyukur.
Hijrah yang kedua, ialah nak lengkapkan solat dengan menunaikannya di awal waktu. Tahun lepas, solat asyik dihujung waktu. Kerap kali terlajak waktu sebab leka dengan duniawi. Paling kerap terlajak ialah solat zuhur. Sebab tak tunaikan masa lunch-break. Lewat tunaikan, ada pula hal penting. Taklah penting sangat. Semua tu duniawi. Tapi selalunya ibu ni lebih takutkan manusia daripada Allah. Nak pergi mesyuarat, bukan main nak cepat, nak punctual. Tak nak lambat. Tapi nak jumpa Allah, sanggup lambat-lambat. Subhanallah... Mudah-mudahan Allah mengampuni dosaku..
Hijrah ketiga, ialah kalau boleh nak tambah amalan sunat. Yang mudah-mudah saja dulu. Macam solat sunat. Puasa sunat. Kali ini yang lebih kerap. Insyaallah. Mudah-mudahan diberi keringanan. No. Ibu yang harus mendapatkan keringanan tu. Tak boleh ada alasan. Ica pun dah besar dan boleh berdikari sendiri. Jadi, hampir tiada halangan untuk amalan sunat ni. Insya Allah.
Hijrah keempat, ialah nak didik Ica jadi anak yang lebih solehah. Sekarang ni Ica dah pun jadi anak yang solehah dan bijak. Masya Allah.... Ibu bersyukur sangat.
Puteri ibu yang nak sangat jadi Princess nih... Ica lupa, Ica ni dah pun jadi Princess pada ibu...
Sering menggambarkan dirinya selalu ada dengan keluarga yang sempurna, ada ayah dan ibu yang Ica sayang, ada rumah, ada 2 bilik tidur yang dia selalu lepak, ada kucing sekali :-) sweet lah Ica ni. Tengoklah betapa mudahnya memberikan kesempurnaan pada Ica.
Hari ini juga Ica dah habiskan Iqra' 4, Alhamdulillah. Ica dah agak lancar mengaji dan dah kenal huruf berserta barisnya. Malam ni tadi, kita dah mulakan sikit dengan Iqra' 5. Cara membezakan alif bertanda sukun (mati) yang mana alif tu seolah-olah tak wujud dalam 2 perkataan yang bersambung. Alhamdulillah, Ica ni cepat tangkap. Cuma mungkin rezeki Ica kurang sikit. Kat tadika Smartreaders, Ica cuma belajar membaca bahasa Melayu saja. English dan lain-lain tak ada.
Ibu sedih juga. Kuranglah kemahiran Ica. Bab solat dan agama pun tak diajar. Jadi, Insyaallah tahun depan, ibu nak masukkan Ica ke tadika yang lebih baik, dan ibu masih mencari-cari tadika yang mana. Nampaknya, ayah dan ibu kenalah keluar dari comfort-zone kita, yang hanya nak cari tadika yang dekat dengan rumah. Kena berkorban sikit demi masa depan Ica. Insyaallah.
Ibu juga berazam nak bagi Ica makanan yang berkhasiat. Ibu dah berjaya buat Ica kurangkan makanan manis-manis. No way! kepada gula-gula dan coklat. Sesekali okey lah. Kena lebihkan nasi dan khasiat makanan yang lain. Madu dan kismis, masih diteruskan walaupun lelah Ica belum baik terus, dan ekzema masih sesekali keluar, tapi kita dah pandai menanganinya dengan tenang.
Tapi yang membuatkan ibu agak terkejut ialah sejak semalam Ica suka sangat makan nasi panas lauk kicap semata. Tengahari tadi dia makan nasi dan kicap sendiri. Bila kita keluar makan ke Jusco dan Taman Melati pun Ica tak nak makan dah. Balik je daripada jalan-jalan, Ica kata lapar nasi semula. Nal makan nasi dan kicap.
Senang sangat kan? Nasi panas dengan kicap, minuman air suam. Memang makanan paling murah dan mudah. Tak nak telur tak nak ikan. Sayur dah memang susah nak makan. Sepinggan penuh ni, iaitu 3x nasi yang selalunya ibu suapkan Ica, barulah kenyang. Makan sendiri. Depan tv. Lepas kenyang nasi, minum air suam. Pandai pula Ica bawa pinggan dan cawan ke singki. Mungkin ini perubahan lepas demam panas haritu.
Dah lama Ica tak demam panas yang melebihi 37degree. Haritu Ica demam panas sangat walaupun dah makan ubat demam tiap 4jam sekali, demamnya tak kebah.
Ini masa menunggu di Klinik Izham. Punyelah lambat klinik ni nak panggil masuk. Orang ramai walaupun dah dekat pukul 11 malam! Doktornya muda macam doktor pelatih. Sabar sajalah. Bila cek, rupanya tonsil bengkak, jadi dia bagi Ica antibiotik untuk seminggu.
Ini masa di Singapura. Kan kita bercuti walaupun Ica belum baik sangat lagi. Mungkin kesan demam. Kuat merengek. Takde mood. Makan takde selera dan keletihan ikut ayah dan ibu berjalan. Bila malam, mata Ica jadi merah macam ni. Kesian Ica...
Alhamdulillah sekarang Ica dah sihat sepenuhnya. Cuma sesekali batuk dan bersin tu biasalah. Ayah pun dah baik demamnya. Bila baik demam ni, perangai Ica ada lain sikit. Suka cakap banyak-banyak-banyak.... Suka menyanyi yang takde lirik, main hentam asalkan ada nada lagu. Suka minta ibu cerita pasal Allah, nabi dan alam semesta ni. Tak kisah walaupun berulang kali yang sama.
Ada satu haritu, Ica tanya pasal Rasulullah.
Ica : Rasul tu apa? Dia ada magic tak? Dia kuat tak? Boleh lawan syaitan?
Ibu : Rasul tu nabi. Nabi kita Nabi Muhammad. Dia manusia macam kita juga. Tapi dia lebih baik.
Ica : Dia macam mana?
Ibu : Macam orang. Dia lelaki. Tinggi... Putih...
Ica : Macam ayah?
Ibu : Tak... Dia lagi putih dari ayah. Dia hensem...
Ica : Hensem macam ayah?
Ibu : Tak.... Nabi Muhammad laaaagi hensem daripada ayah.
Ica : Lagi hensem dari ayah? (dengan muka tak percaya sebab ada orang lagi hensem daripada bapa Ica....hahahaha)
Bila ibu ceritakan pada ayah, bukan main bangga lagi ayah. Ayah kata, sekurang-kurangnya ada juga orang yang nampak dia hensem. Tapi, ibu lagi kesian. Takde orang pun yang nampak ibu ni cantik, walaupun Ica (-_-) Hehehe....
Bila ibu take-over remote tv, Ica pun bosan dan baca majalah kesukaannya.
Eh eh. Macam pandai aje baca semua kandungan majalah. Muka poyo tak ingat! :-D
Penat membaca, main pula dengan segala mainan yang ada. Ini lepas Ica main dengan Noneng.
Tak banyak aktiviti malam ini. Ibu tak pula paksa Ica study untuk examnya minggu depan. Sengaja nak bagi Ica rehat. Maklumlah cuti sekolah. Itupun Ica dah tak sabar nak pergi sekolah. Tak sabar nak menunjukkan beg barunya pada kawan-kawan (-_-) Beg baru tu ibu belikan dari Sungai Besar semalam, masa menghantar embah balik kampong. Beg murah saja.
Rasanya, buat masa ini, itu sajalah resolusi tahun hijrah ibu. Mudah-mudahan terlaksana dengan jayanya, Insya Allah...
Selamat Tahun Baru Hijrah!








No comments:
Post a Comment