Bismillah.
Haritu, kita jalan-jalan cari kedai makan yang belum pernah pergi lagi sekitar Taman Melati. Akhirnya, Ica ter-tengok kedai makan Upin & Ipin. Dalam deretan kedai sebelah MRR2, dekat Taman Melati. Kita ni bukanlah suka sangat dengan watak kartun ni. Ica pun kalau kena buat pilihan antara Upin Ipin dengan Oggy, tentulah Ica pilih Oggy & The Cochroaches tu. Tapi Oggy tak bukak restoran lagi kat sini kan? :-)
Tengoklah siapa yang paling excited? Sampai duduk pun tak boleh nak still. Kejap nak jalan. Kejap nak tengok barang-barang yang displayed kat kedai tu. Kedai ni kecik saja lotnya. Agak sempit untuk kedai makan family. Tapi, orang dalam ni bukan main ramai walaupun masa ni dah pukul 9 malam.
Jap jap. Ayah confuse, apa yang dia buat kat sini. Haha.
Kat pintu masuk kedai ada tv besar yang dipasang cerita kartun tu. Dahlah tu, kuat gila dia buka sound. Maybe sebab nak lawan bunyi bising anak-anak yang ada dalam ni. Memang ramai sangat budak kecik. Pendek kata, kalau takde budak kecik, memang mak bapak tak makan kat sini.
Kat tepi dinding semua ada lukisan macam dalam kartun tu. Konon ada warung Muthu dengan Atuk pun menjual makanan kat situ.
Kedai ni jadi sempit sebab selain makanan, ada banyak almari kaca yang pamerkan merchandise Upin dan Ipin ni, as sovenir. Banyak sangat sampai macam kedai cenderamata aje nampaknya. Pelayan nak lalu pun susah.
Elok pulak, bila diorang ni dah sudah makan, masing-masing dok terbelek-belek kat sovenir-sovenir ni, sambil anak-anak masing-masing dah tergolek-golek nak beli, memang ada yang tergolek-golek, percayalah, tapi mak ayahnya masih nak pertimbangkan lagi, nak beli ke tidak, sebab harganya mahal.
Ala, beli ajelah... bukan selalu. Belikan 1-2 barang yang menarik, cukuplah. Bukan mahal sampai macam nilai isi petrol kereta pun kan? Kalau tak nak belikan, tadi buat apa layan masuk sini.
Bingit juga dengar budak terjerit-jerit nak beli!nak beli! betul-betul kat tepi meja kita kan. Nak suap makan pun terbenti-benti. Sib baik tak tercekik. Siap ada budak jerit kat telinga Ica lagi sebab maknya blah macam tu aje. Duhhh....
Bila dah kena jerit kat telinga tu barulah ibu ambik kesempatan membebel kat Ica, haaaa ibu dah kata, jangan masuk kedai ni, tak best pun... bla bla bla...kan kena jerit kat telinga....blablabla...pot pet pot pet..... Ica pun tercengang aje lah :-D
Sambil tunggu order. Boleh terus tercengang tengok tv. Aduhai.... Tapi ada satu budak lelaki tu, lagi teruk. Terus tak nak makan, tak nak apa, sebab nak concentrate tengok tv.
Nasi ayam madu ni, ibu order untuk ibu sendiri. Tapi sebab lama sangat order nak sampai, yang ini yang sampai dulu, maka, yang inilah yang dibalun oleh 3 perut lapar ni dulu... Rasanya, sedap, tapi ayam tu agak manis. Madu katanya....
Minuman, ayah dengan teh o ais dan ibu dengan soya cincau. Soya tu sedap, tapi cincau tu dah hapak sikit, may be sebab stok lama.
Siap bungkuskan untuk embah, nasi putih dengan lauk ayam percik. Beg plastik pun gambar dak 2 orang ni. Mana la tak teruja Ica dibuatnya...
Tak lama lepas tu ayam goreng Ipin pun sampai. Memang besar la peha ayam ni. Berbaloi dnegan harganya RM3.80. Sikit hari lagi mahu jadi RM5. Tapi seriously, portion makanan memang besar. Pendek kata, memang sesuai untuk order mak ayah, sambil makan, sambil suap anak-anak. Kira kongsi-kongsi makan lah.
Ayah punya, nasi lemak rendang daging. Sedap katanya.
Tapi rendang daging tu macam sikit sangat kan? Sambalnya pulak yang over.
Menu ni untuk Ica, tapi dia dah kekenyangan dengan nasi ayam tadi, terpaksalah ibu yang makan. Nasi goreng Atuk namanya. Sedap boleh tahan. Tapi banyak sangat sampai tak terhabis.
Kalau perasan, semua makanan kat sini ni, mesti ada tomato yang jadi perhiasannya. Kalau nasi ayam tu dah memang biasa. Tapi nasi lemak dan nasi goreng pun nak letak juga. Memang kaya tomato tempat ni. :-D
Sebelum balik, menelek dulu Upin & Ipin kat depan kedai.
Lepas tu ambil gambar kenangan. Suka lah tu...
Semua sekali harga makanan tadi RM50++.
Selamat mencuba.
Lepas makan di sini, kami datang lagi cuba makan di Leha KELFOOD pulak. Tapi tak sempat nak snap gambar sebab datang masa lunch hour. Memang orang ramai sangat sebab kedai makan ni ada banyak pilihan 1Malaysia. Daripada menu sarapan pagi yang nasi lemak dan segala jenis nasi dari pantai timur, hinggalah ke menu lewat malam macam roti canai mamak, semua ada. Yang dibakar, direbus, digoreng, semua ada. Lain kali lah kita cerita pasal kedai Leha ni.
Semalam, balik dari kelas, terasa lapar yang amat. Jadi ayah makan di De Templer. Kedai ni sebelah menyebelah aje dengan kedai-kedai makan yang lain. Rupanya kedai ni menyediakan menu Chinese Muslim Food. Itu pasal nak kasi try. Kalau best dan berbaloi, bolehlah repeat.
Restoran ni agak besar dan lapang. Dia ambik 2 lot kedai dan susunannya memang sesuai. Taklah crowded macam Upin Ipin tu.
Yang ini jurucakap tua.
Yang ini jurucakap kanak-kanak.
Ahak!
Entah kenapa nak kena juga snap dengan buku menu yang dah lencun tu?
Menu biasa yang kita order, mulanya mestilah sotong goreng telur masin. Yang ni saiz M. RM28.
Rasanya, sedapppp....
Yang ini Daging Sizzling saiz S, tak ingat berapa harganya. Tapi rasanya tak sedap. Betul. Entah apa yang tak kena. Kicapnya atau sosnya rasa dan bau hapak. Dagingnya pun agak liat.
Order nasi untuk 3, naaah, sebekas ni dia bagi. Hehe. Kalau tak habis, diorang boleh la recycle buat nasi goreng lepas nih. hihi bijak.
Ini specialty kat sini. Thai Style Beancurd.
Gambar nampak macam erm sedappppnyaaaa... :-)
Bila dah sampai, macam ini. Tauhu goreng dengan kuah sos thai dan bawang-bawang. Kalau bawang-bawang ni digoreng sekali, tentu lebih sedap.
Sup bebola ikan dan sayur. Sedap dan menyegarkan. Ica banyak makan sup ni.
Bismillah....
Ok, sedap. Semuanya edible dan boleh lah repeat. Harga makanan ni RM83. Agak mahal berbanding Sharin Low. Tapi kalau nak kelainan, bolehlah cuba.
Selamat mencuba.














No comments:
Post a Comment