Oct 15, 2013

Raya Qurban 2013 dan lain-lain.

Bismillah.
Hari ini, 15 Okt 2013, Hari Raya Haji tahun ini. Alhamdulillah...masih ada umur untuk melaluinya. Tapi kali ini lain sikit. Selalunya, kalau perayaan mesti ada je cerita dan gambar pasal makanan. Hari ini tidak. 

Ibu tak masak apa-apa yang special. Kita tak pula beraya ke rumah Mak Ngah Intan kerana nenek ada di sana. Tidak juga kita ke rumah mana-mana Wak. Diorang ada menjemput. Nanti petang Insyaallah. Malam ni nenek dah nak bertolak mengikut Mak Ngah Intan dan Kak Nadya seisi keluarga bercuti di London. Lepas balik cuti seminggu nanti gerenti nenek boleh speaking London :-)

Sebab utamanya tiada kisah makanan ialah sebab Ica demam. Ayah pun demam. Ibu rasa, Ica demam sebab dah kena virus bawaan ayah. Ayah dah 2-3 hari tak sedap badan. Tapi dia tak makan ubat dan berehat. Keje berjalan saja siang-malam. Tidur lewat tiap hari. Bila bangun pagi terus tak nak rehat semula. Bila dah teruk sangat demamnya, barulah tidur. Masa ini dah terlambat. Kuman pun berterbangan menjangkiti orang lain. Kali ini, Ica yang kena :-(

Ica demam agak teruk malam tadi. Ibu pun tidur-tidur ayam saja sebab nak pantau suhu badan Ica. Cooler yang tampal kat kepala tu dah habis stok. Jadi, kenalah pakai sapu tangan, celup air sejuk dari peti ais. Lepas tu pantau masa makan ubat dan ambik gas. Nasib baik tak lelah. Cuma, bila ambil gas, Ica cepat selsema. Maknanya, kahak dari dada dah naik ke hidung. Alhamdulillah. Nasib baik Ica nak tidur. Sikit-sikit tidur. Lepas makan malam semalam, tidur. Bangun kencing, lepas makan ubat tidur balik. Siang ini pun sama. At least cepat sikitlah Ica jadi baik.

Dah dua-dua demam, tinggal ibu dan embah saja, jadi sarapan pagi, ibu cuma gorengkan nasi semalam. Lepas tu buat puding karamel. Itupun belum dimakan lagi. Nanti untuk lunch, ibu ingat nak masak bubur nasi dan goreng ikan saja. Ica tak berselera makan. Ibu buatkan sup megi ayam kegemaran Ica yang selalu tu. Tapi Ica makan sikit sangat. Memang betul-betul untuk alas perut. Lepas tu Ica tidur. Ibu ada la sikit susah hati. Sebab esok kita nak ke Singapura. Kalau ayah belum booking hotel, memang ingat nak batalkan saja. Tapi sebab dah bayar hotel untul 2 hari. Sayanglah kalau biar macam tu saja. Membazir.

Nasib baik Ibu tak demam sekali walaupun semalam ada rasa pening kepala macam lepas kena hujan. Dahlah asyik bengang dengan kucing. Cari pasal dengan ibu. Si Bebel dah bersalin. 4 ekor anaknya. Ibu memang tak nak ambik gambar sebab benci sangat dengan Bebel. Dia tak nak susukan anaknya. Sudahlah lepas beranak dibiarkan saja anaknya bergerak-gerak sendiri. Dia tak jilat dan putuskan urinya. Lepas tu ayah dan ibu pula yang tolong selamatkan anak-anaknya daripada mati terjerat kat besi sangkar. Bodoh punya mak kucing!
Ni Bebel. Yang jalan belakang dia tu, kucing Bohjan, sebab lepas satu betina, betina lain pulak jadi mangsanya. Bohjan ni lah bapak anak-anak Bebel. Dah 2 hari Bebel beranak. Ibu asyik berdoa, cepatlaj mati anak-anaknya yang 4 ekor tu. Kesian sangat sebab masih terlalu kecil kalau nak dibela. Dahlah lendirnya dah kering. Lapar. Lepas tu bila Bohjan datang, dia nak makannya. Bila Boboi dilepaskan, dia nak makannya jugak. Baru 2 ekor mati. Ada 2 lagi yang masih berbunyi. Si Bebel pulak, gila gatal. Dah panggil-panggil Bohjan datang. Nak kawin lagi lah tu. Haish. Badannya pun masih lemah. Makan pun ibu yang kasi. Ada hati nak kawin lagi. 

Habis cerita pasal kucing, cerita pasal harijadi Nufa Alayna pula. Hari Sabtu yang lepas, kita pergi ke majlis harijadi Nufa yang pertama. 
 Ini keluarga Nufa. Kakak Nadia, Abg Fadzil dan Numa Alveena. Siap ada pentas utama dan kain rentang lagi tu.
 Nufa Alayna dan Babahnya.
 Kek Harijadi.
 Meja kek dan manisan. Memang banyak pilihan. Manis-manis semua ni, Ica tak boleh makan.
 Belon melambak. Masa ini tengah potong kek dan suap menyuap. Adoi la dah macam pengantin.
 Eh, Ica kenapa tu? Sedih?
 "Ica takde pun majlis macam ni kan?" - Jangan sedih. Ica tak perlukan semua ni pun, sebab Ica dah buat di Tadika. Itupun dah cukup seronok kan?
 Masa ini baru sampai. Kami sampai lewat. Dah pukul 9 malam masa tu. Elok je sampai, tengah nyanyi lagu happy birthday. Apa lagi, Ica pun menonong la masuk ke dalam.
 Tema malam ni ialah putih dan pink. Jenuh kita cari baju putih. Ibu pakai baju mengandung ibu dulu, warna putih. Untuk Ica, kita singgah shopping di Jusco dulu. Sempat! Ayah punya lagi best. Bau kedai terus pakai! Beli di Giant Tmn Permata. Memang last-minute semuanya.
 Beratur ambil makanan. Ada nasi goreng kampong yang pedas, spagetti goreng seafood, garlic bread dan sup ekor, nasi himpit cicah rendang, kambing panggang dan lasagne.
 Badut sedang menggembirakan tetamu cilik. Numa duduk depan. Sebelah Numa tu makcik dia. Adik bongsu Kakak Nadya, belah mama tirinya.
 Ica berseronok dengan cara tersendiri.
 Pertama kali jumpa benda ni dalam beg goodie. Bukan main jakun. Tapi kejap aje.
 Ayah melantak. Tak dilupanya, hp kesayangan. :-(
 Ica dan nenek.
 Ica Zorro.
 Kami yang serba putih.
 Ica jakun dengan badut.


 Haih...sudah-sudahlah tu Ica wei.
 Bila event dah berakhir, tetamu pun dah habis balik, kita dalam rumah, main benda ni. Entah apa namanya.
 Jakun kali dua.
 Sambil makan-makan manisan yang banyak. Cuppies ni nampak cantik. Tapi tak sedap. Bentuk burger tu gula. Manis saja lebih.

Besok paginya, kita ke Jusco lagi sekali. Bukan untuk shopping, tapi untuk jalan-jalan sambil cuci mata. Sebab Sabtu petang tu ke sana memang nak beli baju Ica. Kali ni cuma jalan-jalan kosong sambil belikan embah punya baju dalam baru yang mahal.
 Minat gila Ica dekat benda alah ni. Dahlah memang minat dengan sabunnya sebab pengaruh iklan.
 Siap 2 kali ambik gambar daripada angle yang berbeza.
 Lepas dah penat jalan, Ica gi potong rambut pulak. Dah rimas sebab bila berpeluh aje, ekzemanya naik.
Dah siap. Muka gemuk gila. Takpelah janji berangin dan senang nak uruskan.

Baiklah, rasanya itu saja cerita kita kali ini. 

No comments: