Oct 4, 2013

Riwayat student-suri-rumah.

Bismillah..
Bila stress aje kena menulis. Asal stress aje laju otak ni suruh tangan menaip. Nak buat camner. Dah ini je yang boleh dibuat. Nak jalan kat luar, panas terik sangat. Nak ke shopping mall, aih tak boleh selalu nanti duit cepat habis.

Pagi ini bangun awal. Pukul 9 pagi semua dah bangun. Eh awal ke? Untuk yang tak bekerja, kira awal lah ni. Jadi, boleh la yang student ni mulakan study lebih awal? Yeke?

Macam biasa, yang emak ni, terus lah kemas katil, bilik tidur, lepas tu laju ke dapur. Yang ayah pula ada hal di bank. Berdesup menghilang. Yang anak pula, tahu ada kerja sekolah yang belum langsai, cepat dia buka bukunya. Alhamdulillah. Tahu pula tanggungjawab. Tak perlu la dipaksa-paksa lagi. 

Hari ini, menu kesukaan si ayah.
 Sawi pendek tumis dengan hati ayam yang siap direbus terlebih dahulu.
Taklah sedap sangat. Tapi boleh lah :-)
 Ikan sardin dan kembung goreng. Eh, ada yang dah terluak isi? :-)
 Dan ayam kurma kegemaran ayah masa bulan puasa haritu. Sengaja buat pekat sikit. Takde kentang, carrot pun boleh... Bagi rasa manis-manis carrot lekat dikuahnya. Hmm..boleh tahan :-)
Begitupun, Ica hanya dibenarkan makan nasi dengan sup ayam, carrot dan ikan goreng (yang luak tadi) hehe... Sebab emaknya masak sup ayam tu memang untuk lauk 3-4 hari. Cuma ikan saja bertukar ganti jenisnya. Semalam kerisi. Harini kembung. Esok, ayam goreng kot? 2 senduk kecik ni memang habis untuk Ica. Sebab Ica suka makan berkuah sup macam ini. Kalau kuah sup sikit-sikit pun susah nak habis. 

Hari ni makan nasi awal, pukul 11 dah siap makan. Harapnya, tak lapar la dia sampai waktu rehat pukul 3.30ptg nanti. Dan harap sangat Tadika tak hidangkan dia menu nugget dan sosej macam selalu. Setakat nasi goreng kicap, mihun atau mi goreng tu, emaknya ni tak kisah sangat. Tapi kalau nugget, memang pesanan berbakul-bakul pada anak, jangan makan nugget tu okay!

Lepas anak ke tadika, dan suami keluar entah ke mana, emaknya ni pun ingat nak sambung study. Tapi, eh kenalah sambung kerja kemas rumah dulu. Sapu lantai dihalaman. Betulkan tong sampah yang dah terbalik :-( Keluarkan Boboi dan Belang dari sangkar, dan beri mereka makan. Angkat kain di penyidai. Sambil berhibur dengan dendangan lagu hindustan Mohabbatein dari Hypp-TV-Youtube. 

Tiba-tiba, masuk je dalam rumah menjenjet pakaian, kena mop rumah pulak. Sebab apa, terjumpa calitan berak cair Noneng kat lantai betul-betul depan pintu masuk. Ah sudah... Hilang terus mood nak meng-hindustan sebab kena mengemop :-(
Tadi, Noneng tak mahu disuap ubat. Habis calar tangan emaknya ni, dia meronta, ganas punya. Langsung si ayah pun naik berang, ha berlakulah penindasan kucing. Tak sanggup nak cerita. Pendek kata, dek ketakutan, mungkin dia terkincit ke apa kat lantai tu. Takkan nak dibiarkan saja najis mengering. Kenalah mop lantai satu rumah.

Memang selalu begini. Si Ayah yang buat onar, si emak yang kena penangannya. Noneng pun satu. Macam tak biasa makan ubat. Melentik-lentik tak mahu. Padahal masalah sakit perut cirit biritnya belum habis. Siap terkincit atas sofa. Sabar sajalah.

Dulu, masa dia demam selsema, berbulan-bulan makan ubat pil. Hari-hari tanpa gagal. Boleh pun. Sekarang ni, mentang-mentang dah lama tak makan ubat, menggedik pulak.
Haritu masa makan ubat dengan Vet, elok saja. Takdelah menggeliat sangat. Haih kucing...kucing...

Usai mengemop lantai, terus ke meja study. Konon nak study. Tapi biasalah, ada je benda lain yang nak dibuat. Ke dapur semula, kemas barang-barang di meja kabinet, terjumpa ini.
Sekarton air kotak ribena yang masih elok.
Dan sebalang peyek kacang tanah yang tak begitu sedap di tekak si ayah. Padahal dia yang nak beli haritu :-( Takkanlah nak buang begitu saja. 
Langsung whatsapp anak buah yang boleh kasi perabih.
Mengemas alat tulis Ica pula. Sebab dia dah syok pinjam alat tulis maknya ni, yang lengkap semua ada. Siap pinjam bekas pensel tu ke hulu ke hilir. Bekas pensel dia sendiri hanya diisi dengan benda-benda ini. 2 biji cincin mainan, satu subang, dan satu mini-crown. Dulu dia sayang benar benda-benda ni. Yang rantainya hilang entah ke mana.
Rantai tu RM9. Semuanya beli di Sinma. Tapi mini crown paling mahal. Harganya RM15. Membazir? Memanglah. Baik beli ikan. Kembung dapat sekilo. Haha. Anak punya pasal, terpaksa maknya turutkan. Kang bergolek-golek menangis depan Sinma, haru pulak.

Siap kemas alat tulis Ica, baru nak buka buku nota, terpandang pula pamplet umrah ni. Alamak belum call lagi ejen tu, nak pilih tarikh sesuai. Cari-cari kad nama yang dia bagi hari tu, tak jumpa pula.
Kalau lambat sangat call, nanti tarikh dah penuh pula. Macam mana.

Haaaa.... tengok jam dah pukul 3pm. Tak buka lagi buku nota, kata nak study tadi. Haih.

No comments: