Bismillah.
Hari Sabtu baru ni, kita dijemput memeriahkan kenduri kahwin Kakak Eli dan Abg Fuat, sepertimana yang diceritakan dalam entry yang ini. Kiranya, kesinambungan kenduri lah ni. Haritu menikah, hari ini bersanding pula. Sanding kali ini sekali berempat, sebab yang adiknya, Kakak Eli sudah menikah pada bulan September lalu.
Ini gambarnya... Yang baju putih bunga hitam tu Kakak Seha. Kita tak pergi majlis nikah ini sebab ibu ada kerja nak disiapkan. Lagipun, tak ada siapa yang betul-betul menjemput. Diorang ni menikah pada Hari Malaysia. Lepas-lepas ni, tiap kali 16 September aje, diorang anniversary lah ya. Semoga panjang jodoh dan dimurahkan rezeki. Ameen.
Kenduri kali ini bak kata orang jawa "Kenduri Besar"nya sebab ada katering, pelamin, sanding, hantaran semua. Salute pada Kak Eli sebab semua perbelanjaannya dia tanggung sendiri. Banyak juga tu. Kos kemah, katering, PA system, hantaran, jamuan makan sehari sebelum kenduri untuk saudara mara, baju dan mekap. Kalau diikutkan dengan harga pasaran sekarang, tentu lebih RM20 ribu belanjanya.
Ibu dulu, majlis kahwin sekadar untuk penuhi kewajipan saja. Dibuat pada hari yang sama. Hanya tukar pakaian sekali saja. Pagi majlis akad nikah, tengahari ke petang kendurinya. Tanpa kemah, hanya katering, sewa dewan sekolah, dan goodiebags. Ini pun dah lebih RM10,000 belanjanya. Dewan saja RM800, makan pula sekepala RM10. Haih. Itupun ibu dah cukup berjimat cermat. Tak ambil mak andam, tidak make-up, pakaian upah jahit sendiri, tiada fotografer berbayar, dan hantaran pun yang simple-simple saja. Bukan kedekut, cuma nak elakkan pembaziran. Wang yang banyak lebih diperlukan selepas kahwin. Nak tinggal berkeluarga perlu ada rumah, perabot di dalamnya, makan minumnya selepas itu, dan persediaan untuk anak.
Kita bertolak ke kampung tak terlalu awal. Pukul 10 pagi. Itupun embah dah call dua kali nak tanya kita ada di mana. Alhamdulillah perjalanan pun smooth saja, pukul 12 lebih kita dah sampai ke tempat yang dituju. Rumah kampung kita.
Sawah padi tengah musim baru keringkan air. Jadi nampak hijau terbentang, sesejuk mata memandang. Dari jauh dah nampak kemah yang didirikan disebelah tepi rumah. Kali terakhir ada kemah kenduri kawin kat rumah ni ialah masa kenduri kahwin Wak Hajar tahun 1998 dulu. Lama gila kan.
Ica dengan minie mouse tak dapat berpisah. Kenduri pun nak dibawanya.
Jalan nak masuk ke rumah memang agak jauh. Tak tahulah apa sejarahnya dulu kala. Sebab jauh, dah tu kena parking lebih jauh sebab tak ada jambatan nak masuk, dan kereta dan motor punya banyak, jadi kesian jugalah pada jemputan yang dah tua tu.
Mengabadikan kenangan 2013. Lepas ini dah tak tahu bila lagi nak ke mari musim padi menghijau macam ni.
Sesampainya di tempat kenduri, kenalah salam-salam dengan semua saudara mara, jiran-jiran yang dah lama sangat tak jumpa. Semuanya nampak kurus-kurus, tua-tua. Hahah. Ibu saja yang gemok kot. Paling tak best bila kena jawab soalan, anaknya sorang aje ke? Grrrr... tapi layankan sajalah. Nasib baik ada suami dan anak. Kalau masih single, lagi berdesing telinga kot? Hahahah.
Lepas salam-salam, kita pun makan dulu. Masa ini, kenalah hidangkan makanan untuk embah, Ica dan ayah. Ke hulu ke hilir ibu ambik nasi dan lauk. Makan dalam dapur, walaupun semua tetamu basically makan di bawah kemah. Bukan apa. Peak-hour ni, takde tempat kosong. Embah pulak nampak tak larat sangat nak berasak-asak dengan tetamu yang ramai tu. Jadi, kita buatlah rumah kita yang jadi bekas rumah kita ni, macam rumah sendiri. Hahah.
Selesai makan, kita pun tengok pelamin di rumah atas.
Pelamin buat sendiri saja ni. Mungkin nak jimat kos. Elok juga. Elakkan pembaziran. Lagipun nak pakai 10 minit saja. Itupun mungkin tak sampai. Cuaca panas gila masa ni, sebab tengahari rembang.
Ica, macam biasa, melawat kawasan. Siap nak bawa main lantern yang jadi hiasan pelamin tu.
Ok pengantin sedang bersanding dalam kepanasan. Yang hijau tu macam dah tak senang duduk aje? Hehe... Inilah kekurangannya kalau tak ada professional fotografer, sebab takde siapa yang nak lead bagi arahan tengok ke kamera. Masing-masing pandang ke mana-mana sudut yang diorang suka. Haih. Kenapa tak upahkan ibu ni.... Hahaha...boleh bagi komisen. Bukan susah nak ambik gambar dan edit kasi cantik. Takpe. Lain kali k.
Ok ini masa makan beradap di kemah pengantin. Amboi yang hijau bukan main malu ye, tengok lauk macam nak siang balik. Hahah. Gambar ni abg Suhaib yang ambik. Dia tak biasa dengan iphone5 ibu, jadi gambar gelap sangat. Nasib baik Camera360 boleh edit sampai jadi terang.
Ini pun gambat edit juga dengan Camera360 upacara makan beradap. Lagi sekali kekurangan tak ada fotografer pro ni, takde orang yang nak capture moment indah macam ini dengan baik. Momen istimewa macam ni memang takkan berulang kembali. Kecualilah kalau kahwin lain. Hehe.
Eh. Ini sesudah siap majlis. Pengantin bersalaman dengan tetamu dan sanak saudara. Yang baju uniform biru tulisan "Deen" ni pekerja kateringnya. Tengah kemaskan meja sebab dah pukul 2.30petang.
Ini Kak Ely dan suaminya Samad.
Ini Abang Fuat dan isterinya Liza.
Ini juadah ter-best untuk kenduri kahwin orang jawa, iaitu tumisan tempe dan tahu kering.
Selain itu ada nasi putih dan nasi rempah, kuah lemak nenas dan ikan masin, daging rendang, ayam goreng rempah, cendol dan buah oren. Ayah makan 2 round sebab sedap katanya. Ibu makan sekali saja. Sengaja ibu tak tapau lauk sebab tak nak membazir takde siapa nak makan kat rumah nanti. Memenuhkan peti sejuk saja.
Sebelum beredar, ambil gambar kenangan dengan pengantin baru.
Masa kita dah nak ballik, saudara mara masih ramai di bawah rumah. Mungkin selesa, dengan cuaca yang tak panas dan tiupan angin yang menyegarkan. Masa ini dah pukul 2 lebih.
Selepas bersalaman dengan saudara mara dan jiran-jiran semua, kita pun minta diri pulang ke KL.

No comments:
Post a Comment