Dear Ica.
Minggu ini Ica exam di Tadika. Macam exam yang lepas-lepas sejak Ica 3 tahun. Bila siang nak exam, malamnya, Ica mesti susah lena. Bila lena pun mesti mengigau. Entah kenapa. Ikut style ibu ke? Tak jugak kot. Sebab Ica malas belajar. Hahaha. Tapi nasib baik Ica tak demam. Pagi pun bangun awal, walaupun malam tak tidur panjang. Ibu pun kena bangun awal, sebab nak masakkan makanan 'brunch' untuk kita. Alhamdulillah diberi kekuatan. Ibu harap Ica boleh jawab exam dengan baik. Jangan asyik lupa saja.
![]() |
| Gambar hari Jumaat, dapat goodiebag happy birthday kawannya, ada gigi harimau. Terus testing pakai tengok macam harimau ke tak. Yang ibu nampak, macam langsuir baik adalah! |
Hari Sabtu tu kita mengiring rombongan abang Fuat menikah dengan isterinya di Cheras. Ahad pula kita menghantar embah balik kampung dan temankan ayah makan rendang landak dan masak lemak kering daging rusa di Sg. Panjang. Isnin hingga Jumaat, memori ibu langsung tak recall apa-apa. Hah!!! Apa dah jadi dengan ibu nih?
Dulu, ibu akan jadikan rutin untuk ambil gambar setiap hari, supaya bila ibu nak recall sesuatu, ibu just refer pada gambar. Tapi bila dah tua-tua ni, terasa malas nak ambil gambar selalu. Tapi ada juga yang boleh buat recall.
Isnin.
Tak ada gambar. Jadi tak recall. Ayah kata, kitorang pergi tengok wayang, Thor, di KLFC. Ica sekolah ler...
Selasa.
| Ohh...ini kita kat foodcourt AEON Wangsa Maju. Kita datang minum kat situ hari Selasa tu. Sebab tu ada Ica sekali. Baring kat kerusinya ni, macam baring kat rumah sendiri. |
| Ohh ya. Kita makan ABC, dan ayah makan hotplate sorang-sorang sebab ibu dah kenyang. |
Rabu.
Tak kemana-mana sebab cuma ada gambar ini saja.
| Nasi panas dengan kicap. |
![]() |
| Ica makan dengan lahapnya depan tv. Takde lauk lain lagi dah. |
![]() |
| Pun tak ingat kenapa ambil gambar ini. Sebab pakai baju ni ke? |
Khamis.
Pun tak kemana-mana. Ibu buat puding ni. Dah tentu ibu masak juga. Tapi tak ada dalam gambar.
| Puding karamel yang menjadi kesukaan ayah sepanjang masa. Ini kali yang ke entah berapa ibu buat puding ni. |
![]() |
| Noneng menguap. Tak tahulah apa kepentingan gambar nih. Hahahaha... |
Lepas solat Jumaat, terpacak dalam kereta tunggu ayah. Nak ke KLFC, Parkson. Nak belikan Ica Minnie Mouse. Penting betul. Sebab dah berjanji.
![]() |
| Panas terik masa ni, muka pun dah berpeluh sakan. |
| Okey dah dapat Minnie Mouse yang Ica idam-idamkan tu... |
| Ayah kepenatan, tidur sebelah Noneng. |
| Ica yang happy.... Koleksi patung yang belum disimpan dalam almari. Yang kuning oren tu bukan patung yer. |
Sabtu.
| Balik kampong. |
Ahad.
Takde gambar sebab ibu sibuk ada kelas.
Isnin.
| Ini baru kejap tadi. Lepas Ica ke tadika, ibu main dengan kucing, sementara tunggu masuk waktu zuhur. |





No comments:
Post a Comment