Bismillah...
Waktu ni kita baru je balik dari K Klub di Taman Melawati selepas mengikuti hari konsert & graduasi Tadika Smartreader untuk tahun 2013. Alhamdulillah, meriah. Macam jamuan makan malam tahunan orang pejabat saja nampaknya. Maklumlah, yang datang memriahkan bukan calang-calang jemputan. Ada yang keturunan pak syeikh, kerabat diraja, orang kenamaan. Ibu dan ayah ni, orang biasa saja. Tapi Alhamdulillah ada rezeki nak join. Baguslah kan.
| Tiba di KKlub pukul 7.40 malam. Bersemangat ayah dengan kamera dan tripodnya. |
| Ibu pun semangat jugak, siap snap gambar dengan patung kuda. |
| Ok jom naik. |
| Dah macam tangga pengantin nak turun akad nikah jap lagi. Aspek hiasan tak kalah |
| Ada yang bagi jambangan sempena majlis ni untuk support bisnes sesama mereka. Biasalah. Nak maju kena selalu congratulate org yang dah maju :-) |
| Mangkuk cabutan bertuah. Memang dah agak. Ayah dan ibu bukan tergolong dalam kelompok yang bertuah :-) |
| Meja 11. Jauh dibelakang. Tapi takpelah. Bila Ica perform, ibu ke depan. Tart atas meja tu, memang sedap sangat... |
| Sementara tunggu semua tetamu hadir termasuk vip yang dijemput, badut ni menghiburkan kanak-kanak. Elok la jugak ada diorang ni, takdelah kanak-kanak bosan sangat. |
![]() |
| Sementara tu ayah dan ibu pun makan dulu. Lauknya banyak sangat.... |
| Ibu tengah cari Ica... Yang depan ibu ni si Qasih tu. |
| Ha... jumpa pun anak ibu ni. Tak jumpa sejak pagi sampai malam... Amboi singkatnya skirt!!! |
| Lepas sembang sikit-sikit, Ica ambil tempat semula, dan ibu pun duduk kat kerusi ibu balik. |
| Persembahan pertama tarian dikir puteri. Ibu tak teruja sangat kali ni, sebab dah 3 tahun tengok konsert, sama aje. Bosan. |
Ini konsert pertama Ica di Smartreader ni selepas 8 bulan Ica belajar kat sini. Secara keseluruhannya, acara yang dipertontonkan memang meriah. Tapi disebalik itu, takde keistimewaan apa pun berbanding tadika comelku yang Ica ikuti konsertnya 2 kali masa Ica berumur 3 dan 4 tahun. Cuma yang ini, ibu bapa dan keluarga murid-murid lebih terkawal dan berdisiplin. Tak adalah tiap kali anak-anak diorang perform, diorang dengan selamba ke depan ambil video ke gambar ke, lepas tu berdiri sesuka hati macam takde dah tetamu lain yang nak tengok performance tu. Mungkin kelebihan pada pengacaranya yang bijak kawal situasi. Sesekali ibu bapa diingatkan supaya jangan terlampau mengganggu tumpuan orang lain. Bagus.
Tapi ada banyak aspek yang tak bagus mengenai malam konsert ni yang ibu tak boleh nak pendamkan langsung, dan ibu rasa macam nak register Ica kat tadika lain mulai esok jugak! Haha.
(1) Aspek persediaan yang melampau.
Ica mula terpaksa hadir kelas pagi sejak minggu lepas. Maknanya 2 minggu sebelum konsert. Jadual harian Ica langsung berubah, especially jadual tidur, rehat dan makan.
Ica dah tak makan masakan ibu lagi, sebab pagi-pagi Ica memang susah nak makan. Hanya ambil air madu dan kismis sebagai lapik perut. Kat tadika memang ada makanan, tapi makanan yang diberikan pada murid-murid bukannya makanan yang dimasak segar. Kejap-kejap roti canai. Ada masa sandwich tuna. Tapi selalunya nugget dan fries, tak pun roti sosej dan fries. Sedangkan makanan inilah yang ibu cuba hadkan pada Ica untuk jaga dietnya. Tengahari pun makan di tadika. Tak tahulah apa yang Ica makan. Tiap kali tanya, nasi dengan ayam.
Belah petang selalunya Ica di tadika. Bila Ica di tadika belah pagi, jadi belah petang di rumah, Ica tak rehat pun. Naik bosan Ica tengok tv, main dengan Noneng, buat coloring, baca buku dan main tablet. Memang tak bermanfaat langsung. Malam pula Ica bukan senang nak tidur awal. Bila ibu balik kelas, Ica join tengok tv dengan ayah pulak. Tidur lewat juga. Tapi pagi kena bangun awal. Sebab tu Ica lelah. Nasib baik tak jadi demam.
2 hari sebelum konsert lebih teruk Ica punya latihan. Hari Selasa dan Rabu Ica kena duduk di tadika dari pagi sampai pukul 5 petang. Hari Khamis pulak, dari pagi sampai malam. Bayangkan, budak-budak ni dipaksa beraktif sampai lewat malam. Dan ini nasib baik ibu gesa ayah balik cepat. Lepas habis je majlis ditutup, kita laju-laju blah. Pun sampai rumah nak dekat pukul 12mlm! Ibu tahu Ica penat sangat tu sebab mustahil Ica ada rehat tengahari tadi. Mesti asyik main dan kena berlatih.
(2) Waktu dan hari yang tak sesuai.
Di adakan pada hari Khamis malam Jumaat, bermula jam 8 hingga 11 malam. Mungkin gurubesar dan guru2 di Smartreader ni jenis tak kisah pun pasal hari Khamis malam Jumaat. Yelah, tak semua kita ni buat lebih ibadah pada malam Jumaat. Baca Yaasin di rumah, solat Maghrib berjemaah etc. Tapi diorang ni langsung tak sensitif dengan ibu bapa yang beragama Islam. Takkanlah diorang tak tahu langsung? Sekular sangat ke? Padahal semua cikgunya orang melayu, semua murid pun melayu. Haritu ada nampak seorang murid India. Tapi malam ni tadi, takde pun. Semua melayu. Jadi kenapa tak boleh nak jadi sikit sensitif dengan sesama melayu yang Islam ni? Malam Jumaat, buat konsert tergedik, terlompat, langsung takde ciri-ciri kemelayuan (kalau tidak pun keislaman). Sedih ibu dibuatnya. Lagipun, majis yang melibatkah budak-budak sepatutnya dibuat siang hari. Lebih elok pada hari cuti. Tapi mungkin pihak penganjur ni tak dapat sewa dewan pada masa yang lebih baik sebab cuti sekolah dah mula dan dewan selalunya fully booked untuk kenduri kahwin. Fine. Tapi, takkanlah ini kali pertama diorang buat konsert macam ini. Kalau booking awal, tentulah ada kelebihannya.
(3) Sumbangan yang terpaksa dibayar.
Untuk melihat konsert ini, ayah danibu kena bayar satu kepala RM60. Maknanya kami bayar RM120. It's sound so ridiculous macam nak tengok artis perform saja padahal ini kan konsert anak. Kawan ayah yang di tadika smartreader lain kata dia tak perlu bayar pun. Semuanya sepatutnya dah termasuk dalam jadual pembayaran awal tahun haritu. Ye. Memang sepatutnya begitu. Tapi nak buat macam mana, dah dikenakan bayaran. Takkanlah Ica nak datang konsert sorang-sorang tanpa ibu dan ayah datang menonton sekali?
Ingatkan ke mana duit sumbangan kita tu dilaburkan. Rupanya mungkin untuk sediakan hadiah-hadiah cabutan bertuah yang berupa barangan letrik yang kecil-kecil macam seterika, juice-maker, bread-toaster/oven, etc. Ibu pun tak hadap lah barangan letrik kecil-kecil ni. Sebab hadiah kahwin yang dah bertahun-tahun pun masih ada yang tak pakai. Ada juga hadiah cabutan berupa basikal mainan dan teddy bear besar-besar. Yang ini agak meralatkan ibu, sebab Ica tengok macam teringin sangat :-( Persoalannya perlukah majlis macam ni siap ada cabutan bertuah? Ada satu keluarga tu yang datang tengok adik bongsunya buat persembahan ialah 4 orang kakak. Termasuk ayah dan ibunya dah 6 kepala. Kali kan dengan RM60, berapa banyak yang dia kena bayar? Nasib baik dapat cabutan bertuah, motosikal mainan. Masalahnya anak yang bongsu pun perempuan berumur 6 tahun. Yang lain semuanya kakak-kakak. Boleh bayangkan tak kesesuaian cabutan bertuah tu? Tak sesuai! Lebih baik buat macam sportsday haritu. Sumbangan yang melambak tu dibelikan sesuatu yang semua orang boleh dapat dan rasa. Contohnya hamper makanan. Memang bosan. Tapi praktikal. Semua orang dapat at least macam buah tangan untuk dibawa pulang. Takdelah kosong sangat.
(4) Aspek persembahan yang lemau. Balik-balik menari.
Memang bukan kerja mudah nak latih anak-anak kecil menari, ikut step, ikut irama lagu. Paling susah nak suruh diorang dengar kata. Mostly budak-budak tahu main saja. Ada 12 persembahan semua sekali kalau tak silap. 1 drama pendek dengan pencerita, berbahasa Inggeris. 1 nyanyian sambil duduk seorang budak yang sangat berbakat dan 1 lagu terakhir tu sepatutnya nyanyian tapi jadi tak nyanyian sebab lagu asal kuat sangat. Yang selain daripada tu asyik lah menari. Ibu ingatkan adalah yang akan menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris, atau bercerita dalam bahasa melayu, menunjukkan kepetahan murid-murid smartreader ni. Kalau macam ni, tak jauh beza pun dengan tadika lain yang sekular.
Masa ini Ica perform. Ibu pun ke depan lah nak snap gambar Ica. Tapi Ica kat tepi sekali. Tak nampak dalam gambar yang ini. Tapi lihatlah pakaian adik-adik ni. Semuanya singkat!! Sedih ibu tengok. Tapi nak buat camna. Ini bukan tadika Islam pun. Tadika sekular saja...
Okey bila dah perform, tengok Ica yang kanan sekali. Bersungguh-sungguh dia mengayuh!
Itu diaaaaaa.... dengan drumstick besar yang seksi. Hahah...
Ewah...eheh..... Ica dan kawan-kawan 5tahun ni menari mengikut lagu Korea. Patutla skirtnya pendek!!! Ica tak pernah pun bagitahu kat ibu pasal ni. Ingatkan dia menari lagu dikir puteri tadi. Tidak rupanya. Walaupun nampak meletihkan tarian ni, tapi muka Ica happy. Mungkin dia happy sebab dapat ikut arahan teacher dan dah buat sehabis baik. Kalau boleh uplod video memang ibu nak tunjuk betapa bersungguh-sungguhnya Ica menari.
Ini tarian kedua, lagu Inggeris untuk tema perkahwinan. Ini snap daripada video yang ibu ambil kat depan tadi. Ica nampak sweet comel sangat!
Ini part yang ibu tak suka langsung. Sebab ada adegan pegang-pegang tangan dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Isk isk isk... haram... haram.... Jenuh ibu nak ajar Ica pasal hukum hakam kalau kat sekolah, teachers tak ambil peduli. Tarian ni memang la cantik. Kemas dan berdisiplin. Tapi hakikatnya?
Patutlah Ica awal-awal lagi dah warning, "Ibu dan ayah kalau tengok Ica, jangan panggil-panggil tau, nanti tecaher marah. Duduk senyap-senyap aje ye..." dan Ica tak cerita sikit pun pasal tarian macam ini. I feel so bad... Cer tengok muka Ica tu. Macam pengantin yang dipaksa kawin aje. hahahaha...
Persembahan akhir, lagu Guruku Tersayang. Lagu dari Indon yang popular pada hari guru di Malaysia dan di tadika-tadika sebab iramanya yang simple tapi sweet dan liriknya yang mudah. Ica di tengah. Amboi langsung tak nak tengok kat ibu walaupun perasan ibu melambai. Hai anakku dah besar....
Cari siapa tu Ica?
Waktu ni Ica dah nampak ibu tapi sengaja tak nak tengok. Kenapa?
Pengacara majlis malam ini, yang sangat bijak mengawal keadaan. Maklumlah. 4 tahun jadi pengerusi tadika Kemas. Tahu sangat masalah belakang pentas bila konsert melibatkan anak-anak. Tapi tak perlu asyik memuji-muji Smartreader dan memburukkan tadika kemas/kerajaan. Tengok bayaran la bang. Kalau kita bayar mahal tapi standardnya sama je macam yang murah, apa barang???
Majlis ditutup oleh guru besarnya yang mengumumkan esok tadika ditutup untuk cuti rehat, dan semua orang dapat 3 batang aiskrim murah. Terima kasih kakak untuk acara dan keriangan malam ini. Anak saya happy. Tapi saya tidak. Sebab saya dah bosan dengan acara yang sama macam ini untuk tahun ketiga. Lebih menyedihkan saya, ialah, anak saya jadi seksi sangat malam ni, dan mungkin sebab dia takut saya marah dengan dia kerana berpegangan tangan dengan kanak-kanak lelaki bukan muhrim, jadi dia resistant dengan saya dan tak nak bercakap dengan saya sepanjang konsert sampai la ke rumah. Haih, lepas ni banyaknya kerja-kerja "pembersihan dosa" yang saya kena buat. Ahak!
Alhamdulillah dah selesai dengan jayanya. Ralat sikitlah. Walaupun semua yang hadir adalah melayu, termasuk badut dan juruteknik dan penyedia makanan, tapi majlis ni tak langsung dimulakan dengan bacaan doa atau sekurang-kurangnya al-fatihah. Tidak juga ditutup dengan apa-apa tasbih dan surah. Sekularisme. Memanglah. Siapa suruh masukkan anak ke sini kan? Nasiblah. Allahummaghfirlana, warhamna, wa'afina, wa'fu'anna...
Wallahua'lam.



No comments:
Post a Comment