Nov 27, 2013

Release stress di rumah dengan kucing.

Bismillah...
Alhamdulillah.. hari ini ibu dapat berehat kat rumah, tanpa gangguan apa-apa kerja sekalipun. Sengaja ibu tak buat kerja rumah. Makan pun minta tolong ayah tapaukan sebelum dia keluar tadi. Terima kasih Allah. Banyak sangat nikmat, sampai nak tulis keluhan tak jadi. 

Mulanya nak mengeluh, pasal subjek yang susah, lecture yang demanding, masa belajar yang singkat, jarak perjalanan yang jauh. Tapi teringat pula, bukankah ni semua suatu nikmat yang Allah beri. Peluang untuk sambung belajar, mengetahui benda baru walaupun susah, berkenalan dengan rakan dan guru pada usia semakin banyak ni. Tak semua boleh merasainya.

Lepas tu, dapat berita gembira teman-teman. Yang bercuti ke luar negara, dari satu negara ke satu negara. Menerbitkan iri di hati. Teringin tapi kurang mampu. Tapi, kelebihan kita, boleh menabung dan membuat koleksi lain yang lebih berguna untuk masa depan, Insya Allah...

Dapat pula berita teman-teman yang sudah melahirkan anak. Anak kedua, ketiga, keempat... Syukur Alhamdulillah bertambah ramai umat Muhammad di muka bumi. Semoga semuanya sihat dan baik baik saja. Membesar menjadi umat berguna kepada agama. Cemburu tu memang la. Ada yang mahukan anak perempuan, terus dapat pula anak perempuan. Ada yang impikan anak lelaki, dikurniakan anak lelaki. Yang kita ni, nak tambah ahli keluarga asyik ada halangannya. Tapi, dari sudut lainnya, tengok ni. Ibu boleh rehat-rehat dirumah tak perlu serabut nak siapkan baby mandi, makan, susu, dan sebagainya. Boleh tidur, bangun, makan, tengok tv sesuka hati. Sebab Ica dah besar. Dah pandai mandi, makan, main sendiri. Cuci berak kencing pun dah pandai. Leganya! Memang lah lebih ramai anak yang kita ada, lebih besar pahalanya. Tapi itu bermakna, lebih juga kerjanya. Pahala tak datang bergolek kalau bab-bab penjagaan anak. Usaha dan pengorbanan tu kena lebih. Alhamdulillah. Ibu kalah dalam satu bab, tapi ibu selesa dalam bab yang lain. Mungkin belum rezekinya. Biarlah kalau orang nak mendabik dada tentang bilangan anak yang sudah dikandung. Orang tu sebenarnya menunjukkan kehebatan kuasa Allah. Kita yang tak nampak.

Santai-santai sambil mengelakkan diri daripada baca buku dan case law, ibu baring-baring di atas sofa depan tv. Siaran waktu siang tak seronok sangat. Tapi siaran waktu malam ibu jarang dapat tengok.
 Jadi tengok sajalah channel AFC yang tak pernah menjemukan ni. Baik masakan timur, barat, scandinavian, semua nampak sedap. Ibu tak pula meniru masakan ni untuk dimakan sendiri :-) cuma suka tengok rancangan masakan, tapi tak rajin nak memasak :-) elok pula chef sekarang ni yang popular mestinya lelaki yang hensem. Memang tahanlah tengok lauk pauk yang sedap tu. Erk. Kecuali makanan yang haram lah. 
 Kat luar rumah, si Boboi manja sangat kalau kita layan dia. Tengok kaki depannya tu, yang terkembang sikit tu. Tengah mengurut lantai sebab nak manja dengan ibu.
 Ha tengok. Kalau kita tunduk nak usap kepala dia, terus dia terlentang camni, minta diusap perut pulak. Manja sangat dia ni. Sekarang manja dengan ayah lebih lagi sebab bila ayah balik aje, dia mesti mengiyau banyak-banyak tu. Nak minta ayah usap dia. Pernah sekali dia naik kat bakul motosikal ayah, terus ayah bawak dia dan Ica ronda satu round kawasan rumah. Elok pulak dia tak terjun dari bakul motor tu. Memang manja sangat...
 Muka garang, tapi perangai macam baby. Mungkin manja terlebih sejak Bebel tinggalkan kita. Boboi takde kawan nak main, nak gaduh n berebut makanan.
 Muka mengharap. Kalau dengan ibu, memang ibu tak manjakan sangat dia ni. Setakat top-up air dan catfood aje. Ibu tak suka kalau dimanjakan, nanti dia nak cium muka, mulut, hidung ibu. Pastu dia bersin, keluar hingus. Ei!
 Kat dalam rumah pulak ada si kuning Noneng ni. Hari ni tak tahu kenapa manja sangat dengan ibu, asyik mengekor aje kemana pun ibu duduk. Masa depan tv, dia duduk kat kaki. Masa ibu masuk bilik, dia lepak bawah meja macam ni. Wetfood dah habis setin. Tak tahu apa yang dia nak. Tadi dah bagi keluar, dia yang masuk sendiri. Takut kena libas dengan ibu. Dia kalau keluar, memang asyik nak ke jalanraya. Ibu takut nanti dia kena langgar kereta. Dia kan kucing dalam rumah. Manalah tahu nak elak kereta ke. Kalau kena curi pun sedih jugak.
 Noneng ni manja bila lapar aje. Pastu bila kita tak layan, dia merajuk macam ni. Tengok kaki depan dia yang dia bengkokkan tu.
 Paling selalu dia buat aksi macam nak terbang nih. Dahla gemuk, badannya berat. Bila nak usap-usap bulu, dia rimas, asyik nak lari saja.
 Selalu kalau merajuk tu macam mana muka dia? Ha mcam ni lah. Muka ala-ala kucing alim gitu.
 Pastu ekor dia kembang aje macam kipas, takpun macam gaun princess. Eh. Macam cantik aje?
 Ini muka manja+garang=manjarang. Sebab kononnya nak bermanja dengan ibu, tapi bila diusap aje, dia nak menggigit. Terus hilang sebelah telinga sebab ibu jentikkan. Ha padan.
Kaki depan tu dah kenapa? Nak solat ke nak minta maaf? :-D
Bila siang, dia akan tidur bawah meja ni. Dalam bilik kita, tepi pintu. Sebab apa. Sini sejuk. siap tidur macam-macam gaya lagi. Yang putih kat perut tu kesan dia kena operate untuk mandulkan bulan lepas. Dah baik. Cuma tunggu bulu tak keluar lagi.
 Close-up perut Noneng yang dah baik tu. Ni bulu halus dah penuh, takdelah dia sejuk sangat kan.
Close-up muka manja nak mintak gosok perut :-)
 Muka macam tanya "Kenapa? Ada apa? Apa masalahnya?" Hihihi.

Kalau ada orang yang kata dengan membela kucing ni akan dapat membantu memanjangkan hayat manusia, pun ibu percaya. Sebab? :

(1) Boleh hilang stress bila pegang bulu dia.
(2) Boleh naikkan imuniti badan. Dulu ibu kuat lelah. Sekarang, dah kurang sangat-sangat kan.
(3) Lepas gomol badan kucing ni, ada rasa lega yang amat.

Kalau pahala tu, memang lah. Insyaallah dia boleh jadi bukti amalan kita di akhirat nanti. Tapi tak perlu nak naikkan taraf dia sama macam manusia pula. Dia tetap binatang. Binatang letaknya lebih bawah daripada manusia. Kalau dia mati, nak buat macam mana, dah ajalnya. Ke syurga menjadi perhiasan atau sekadar menjadi abu tanah, itu hak Allah sebab Dia yang mencipta binatang ni. Tak perlu nak bersedih sangat. Menangis. Meraung. Tak dapat terima hakikat. Menyalahkan takdir. Kucing mati, bukan macam manusia mati. Manusia tak boleh diganti. Kucing boleh aje. Ambik aje kucing yang baru. Start all over again. macam buka buku baru lah, jaga dan pelihara dia sampai Allah kata, cukup.

No comments: