Bismillah...
Jam sekarang dah pukul 3.35pagi, tapi ibu masih belum tidur lagi. Tak boleh lena. Masuk bilik tadi pukul 12.30. Ingatkan boleh terus lena. Tapi sampai pukul 1.55 tak boleh lena. Makin cerlang mata. Sebenarnya tadi tak siap baca kes. Memanglah bukan untuk kerja. Hanya untuk pemahaman dan untuk presentation dalam kelas. Tapi sebelum tu nak kena uplod dalam FB untuk semua orang baca awal-awal sebelum masuk kelas hari Selasa ni. Sebab tak habis baca, tu yang tak boleh tidur. Haha. Patutlah. Selalunya orang yang susah tidur ni, orang yang ada perkara dunia tak langsai. Ikutlah apa petua sekalipun, macam mana nak dapatkan tidur yang lena. Tetap takkan menjadi.
Ibu pulak, kebelakangan ni macam dihantui satu ketakutan atau kerisauan pasal nak kena tukar tempat kerja. Haritu mimpi, kena transfer ke ceruk mana entah. Lepas tu pejabat baru ibu tu, kelam saja. Ada lampu pun tinggal 1 aje yang nyala. Lepas tu tengah buat kerja, terpadam pulak. Terus jadi misteri macam cerita hantu. Lepas tu petang tadi, mimpi pejabat baru lagi. Siap dengan rumah sewa dengan rakan pejabat yang baru. Rumah sewa tu dekat tengah sawah. Tak jauh daripada sawah yang embah tengah kerjakan. eh macam lah embah masih terdaya nak buat sawah. Ada pulak arwah bapak ibu kat dalam mimpi tu. Terasa macam dia masih hidup lagi :-( rindu kat dia kot. Al-fatihah...
Ica pulak tiba-tiba batuk-batuk keras, lepas tu lelah petang tadi. Sebabnya, jiran belakang bakar duit kertas halau hantu dia tu, asapnya masuk dalam dapur kita. Pedih-pedih mata nak kasi habuk tu keluar balik. Seharian kipas tu tak ditutup. Itupun asapnya masih ada melekat kat langsir dan dalam bilik belakang :-( macam inilah kalau dah hidup berjiran. Nak marah pun macam mana. Kalau tak suka, kena pindahlah agaknya. Kalau kaya, boleh lah pindah tempat yang jauh sikit dengan jiran tetangga. Barulah aman dan privasi. Eh itu cuma dalam mimpi.
Lagipun Ica ni suka sangat makan cokelat. Lepas cokelat M&Ms, Cadbury. Lepas tu Kisses. Minum pulak Solivite sehari 2-3 botol. Memang jenis tak dengar kata, memanglah macam tu. Cokelat tak elok untuk budak kecik yang lelah. Sebab bila makan banyak-banyak, nanti tekak tu jadi gatal. Terus nanti dada tu jadi berkahak. Itu yang batuk tak henti. Bila dah lelah, tahu pulak nak ambik gas. Lepas tu bila dinasihati, boleh pulak menjawab, habis tu kenapa ada je cokelat dalam peti ais tu? Kalau Ica tak makan, siapa nak makan? Ewah! Padahal, atas meja ada je roti dan kismis. Memang susah kalau asyik menjawab cakap ibu. Semua nak dilawannya.
Lepas ambit gas, ambit ubat lelah dan paru-paru, barulah Ica berhenti batuk. Lepas solat maghrib, mengaji, terus masuk bilik, tidur. Alhamdulillah. Hopefully Ica sihat. Esok ada sesi ambil gambar kat tadika. Hari Khamis pulak, ada konsert. Ica dah berlatih bersungguh-sungguh nampaknya. Siap dengan hafal lirik lagu, siap dengan tarian. Amboi.
Isi surat dari tadika, maklumkan tarikh konsert dan minta bayaran untuk makan malam. Mahal pulak tu. Haih.
Kalau waktu lapang, Ica suka melukis dan diwarnakan sekali. Kalau cantik, terus tunjuk kat ibu. Aktiviti bosan ni sebab tv takde cerita best dan ibu tak kasi asyik main tablet saja. Jadilah lukisan ni. Banana. Suka sangat dengan kartun minion ni.
Maghrib ni tadi, lepas makan, Ica baca buku cerita. Wah... Ica dah pandai baca buku cerita... Ibu happy sangat sebab impian ibu nak tengok Ica boleh membaca masa umurnya 5 tahun dah pun tercapai. Alhamdulillah...
Ok dah habis baca case laws. Yang 22 muka surat tu dah dipendekkan jadi 4 muka saja untuk bacaan kawan-kawan nanti. Hopefully betullah tu. Hehe. Jom cuba tidur. Nak dekat pukul 4 nih.


No comments:
Post a Comment