Nov 19, 2013

Makan : Lauk ekzotik.

Bismillah...
Bulan lepas kita ada pergi makan kat satu kedai ceruk kampung ni sebab ayah nak sangat makan daging rusa dan landak. Dah macam tahap orang mengidam pun ada (-_-). Jadi kita pun pergi makan kat sini.

 Nama kedainya, Selera Rimba (Sajian Banjar dan Jawa). Lokasinya, Sg. Panjang, Selangor. Macam dekat, tai sebenarnya jauh ke dalam, dekat hutan nun. Tak jauh dah dengan Tg. Malim. Patutlah senang dapat haiwan ekzotik!

 Wall of fame. Banyak gambar-gambar konvoi dan rombongan yang datang makan sini. Sebab kita tak berkonvoi, jadi, takde sapalah yang nak snap gambar kita. Hehe.

 Kedainya taklah ekzotik pulak ya. Biasa-biasa saja. Mungkin kebanyakan yang datang makan sini adalah orang tempatan sini jugak. Sebab diorang macam dah biasa aje. Datang, ambik makanan, duduk. Yang kita ni dok terbelek-belek nak makan apa.

 Ada jual buah mangga juga.

 Bangga dah sampai sini. Kat belakang ayah tu, yang ada bungkusan plastik dan ada yang dalam pinggan tu, ialah bubur sum-sum, atau orang melayu panggil lompat tikam (ganas betul).

 Macam kedai biasa, ada tempat lauk-pauk juga. Tapi sorilah lupa nak ambik gambar lauk. Tapi yang ada ialah masak lemak pedas ikan keli versi jawa, ikan sepat/puyu goreng, ikan keli/haruan goreng, sayur-sayur celur, masak lemak pucuk ubi dan sambal belacan. Lauknya biasa-biasa aje, macam yang kita masak kat rumah. Tapi mungkin tak ada kat kedai makan kat KL.

 Menu hariannya, kalau nak yang dimasak on the spot. Sorilah gambar tak terang sebab kes malas nak berdiri. Segan pun ya jugak. Orang datang nak makan, kita datang nak snap gambar. Macam lah wartawan ke apa.

 Tadaaaa! Yang ditunggu pun tiba. Tak lama tunggu menu ni. Tapi sempatlah Ica habiskan sebiji bahulu sebesar tapak tangan tu. Yang ini namanya rendang daging landak. Bayangkan landak macam mana?

Ergh! Bila teringat rupa dia, rasa macam tak lalu pulak nak makan. Kan? Apa hukumnya makan landak ni? Mazhab Maliki dan Syafi'e kata, harus memakannya kerana walaupun dia ni spesis merayap macam tikus, ia bukan jenis yang menjijikkan dan orang Arab memandangnya sebagai makanan yang elok. Boleh refer lebih lagi di laman ini. 

Apa rasa dagingnya? Rasanya...erm sedap! (surprisingly) ada rasa macam ayam sikit, tapi manis natural dan kuahnya (rendang) memang sesedap rasa. Maklumlah, lidah jawa yang makan masakan ala jawa. Memang kena la... :-) 

 Yang ini daging rusa masak pedas. Rasanya macam daging lembu yang batang pinang tu, dimasak lemak pedas, tapi kuahnya dikeringkan. Memang sedap dan pedas. Kalau suka makan lauk pedas-pedas, memang inilah tempatnya. Takyahlah visualizekan rusa kan. Sama je macam lembu. Tapi dagingnya lebih lembut.

 Lepas makan pekena pula bubur sum-sum yang manis ni. Memang nyaman di tekak... Siap bungkus lagi bawa balik. Lepas 2 hari dalam fridge, rasanya masih sedap, elok tak basi.

 Airnya pula kopi ais. Sesuai sangat time panas-panas macam ni.

Pedas ya... Sedap ya.... Sengih manjang... Lepas tu hilang sengih bila kena bayar harga makanan ni RM140. Mak aih! Ini macam makan kat Victoria Station aje?

Yang tak bestnya, bila nak keluar dari area ni, GPS tunjukkan jalan singkat yang teruk. Jalan tar tu sedang dibaiki, nak diturap baru. Jadi tar yang lama dikerik dan diletak batu kecik-kecik. Kesannya, jalan yang panjang, berlubang dan berkerikil. Kesian kat kereta kena lalu jalan ni.

Jalan yang berhabuk... Kiri ladang estet, belah kanan pulak hutan.

Tengok kat langit yang cantik, cerah. Awan pun macam terbentuk elok. Subhanallah. 

Melepasi jalan teruk ni dalam setengah jam, ibu dan ica tak senang duduk dibuatnya. Tapi elok aje jumpa jalan yang lurus bertar licin, kita terus terlena kekenyangan... Alhamdulillah...

No comments: