Dear Ica.
Sejak ibu berkawan dengan Jia, budak lawyer yang dulu pernah 'appear' di depan ibu untuk submit kes di mahkamah, tapi sekarang dah jadi kawan rapat, ibu jadi seorang semakin menghargai masa dan peluang yang ada. Jia ni masih muda. Baru 28 tahun. Tapi dia nampak matang dan sangat berdikari. Kami jadi rapat sebab ibu tumpangkan dia pergi dan balik kelas. Sebab rumahnya di Sentul. Alang-alang dah satu jalan, ibu bawa dia sekali. Kalau tak, dia naik LRT ke Bangsar, lepas tu naik teksi ke UiTM. Tak pun dia kata, ambik satu bas daripada Stesen Bas Klang terus sampai ke Shah Alam. Dari seksyen 2, dia jalan kaki ke fakulti. Agak jauh, tapi mungkin berbaloi bagi dia. Kenapa dia tak beli aje kereta? Kalau dah ada 4 tahun pengalaman bekerja, dan pernah beberapa kali naik gaji, tentulah dia mampu. Tapi katanya, dia jadi trauma memandu sendiri sebab pernah langgar orang. Oh teruk juga tu.
Gambar tak terang. Tapi bolehlah. Untuk diabadikan dalam blog ni. Untuk kenangan masa depan. Walaupun dia ni jauh lebih muda, tapi ibu banyak belajar untuk lebih sabar dan kuat semangat daripada dia. Jangan cepat menyerah kalah. Yang penting, jangan suka buang masa. Ibu tak ingat pun masa ibu baya-baya dia dulu ibu ada prinsip macam dia ke tak. Contohnya, bangun pagi mesti pukul 6 pagi. Lepas tu jangan tidur semula. Kalau mengantuk, tidur sebelah tengahari. Walaupun malamnya tidur lewat pagi. Ibu susah betul nak bangun pagi sekarang ni, lebih-lebih lagi kalau malam tidur lewat. Kalau bangun pun, lepas solat subuh, mesti tidur semula dengan hebatnya sampai ke siang. Haih.
Bila makan pula, dia selalu ambil peluang untuk makan lebih sayur. Walaupun tinggal seorang, dia tetap akan memasak, sebab katanya, sayur lebih segar. Kalau makan dengan kawan-kawan, bagi yang tak mahukan sayur, dia yang akan kutip sayur tu. Jauh beza dengan ibu ni. Sayur tu jadi sampingan saja, itupun kalau ada yang nampak sedap. Kalau takde sayur pun masih okey. Ica memang ikut jejak ibu. Sayur sangat memilih!
Tapi, nasib Jia masa masih bujang ni, memang jauh beza dengan nasib ibu masa bujang dulu. Sekurang-kurangnya, emak-ayah Jia masih muda, sihat, bertenaga. Rumah di kampung masih hingar dengan adik-adiknya. Dia ni anak kedua, ada 2 lagi adik di bawahnya. Kakaknya dah ada 2 anak. Dia tak risau pun status masih bujang. Mungkin sebab dia ada kawan-kawan sebujang yang jadi geng bersosial. Ibu dulu, rata-rata kawan-kawan dah kahwin. Kawan baik pun duduknya jauh. Dapat kawan serumah pun jarang dapat jumpa sebab dia terlalu kuat bekerja siang dan malam. Dah tak ada ayah, ibu cuma ada embah. Tapi embah dah tak duduk di kampung lagi. Embah tinggal ikut giliran di rumah wak. Lepas satu, satu wak. Paling betah di Melaka. Rumah kuarters Wak Haji Nordin. Masa tu diorang di Poli Merlimau. Jadi, ibu takde kampung yang ibu nak balik tiap hujung minggu. Ibu takde kawan untuk bersosial. Hidup jadi bosan sangat. Cuma ada kawan-kawan maya saja, yang dalam internet. Sosial ibu, sosial di meja komputer saja. Haha. Kesian kan. Sehinggalah ibu jumpa ayah, barulah ibu selalu 'tengok langit'. Tengok aktiviti luar.
Jia selalu kata, dia nak kurangkan tidur, sebab ada banyak benda yang boleh dibuat ketika berjaga. Bagusnya dia. Kalau ibu, lebih suka tidur daripada berjaga tak buat apa. Hahaha. Kalau berjaga hanya untuk tengok tv atau majalah atau suka-suka jalan-jalan window shopping, pun tak berbaloi. Lebih baik tidur. Hahahaha. Ibu baru tersedar, hobi ibu ni tidur rupanya... Patutlah kalau tak dapat tidur yang cukup (lama), ibu sakit kepala. Dulu selalu tonsil membengkak. Tak pun selsema tak baik-baik. Sekarang ni, bila tidur dah cukup, badan jarang sakit. Tekak pun ok. Dah lama tak selsema. lelah pun jarang-jarang. Cuma, sakit belakang pulak, sebab lama sangat atas katil tu. Hahahahaha (gelakkan diri sendiri).
Bila Jia selalu "kira" aktiviti yang dia buat sepanjang minggu, ibu pun selalu akan cuba mengingat kembali, apa yang ibu dah buat sepanjang minggu. Berbaloi ke tidak. Apa pencapaian yang ibu dah buat minggu ni. Kalau Jia, balik kampung dan berpeluang menghabiskan masa dengan keluarganya, adalah suatu pencapaian yang besar ertinya. Lagi satu, Jia ni suka ikut kursus hujung minggu dan menyertai jogaton/larian berkumpulan yang diadakan sekitar KL. Tak kisahlah siapa pun yang anjurkan, asalkan dia dapat ikut serta. Kadang tu dia beraktiviti naik bukit, redah hutan, main kayak. Huh, sungguh lasak dia ni. Ibu? Haih, kiamat kot kalau ibu buat benda-benda tu semua. Memang ibu tak pernah teringin nak ikuti dan mustahil ibu akan ikuti. Ibu tak suka kotor, bau hutan, air yang dalam (sungai, kolam, laut) dan selalu terbayangkan susahnya nak buang air kat tempat yang dibuat aktiviti lasak ni. Ibu cuma pernah berkemah dipadang sekolah masa tingkatan 3, sebab aktiviti wajib Puteri Islam. Kena tidur bawah kemah, memang tak boleh tidur langsung. Dengan berlengas, panas takde kipas, takde bantal, tidur atas beg saja.Tak bukak kasut. Nasib baik boleh buang air kat tandas sekolah. Itupun dah nazak sangat keadaannya. Tak mahu lagi dah.
So, panjangnya muqaddimah. Jom tengok gambar sambil mengira aktiviti yang telah berlaku.
Isnin.
Pagi ke tengahari rutin biasa. Selepas Ica ke tadika, ibu pun takde apa nak buat, sementara tunggu zuhur, tengok tv, main dengan Noneng. Pukul 4.30pm, ke kelas, macam biasa.
Lepas kelas, dalam pukul 9 lebih, pergi makan dengan kawan-kawan sekelas, Jia, Farah, Najihah dan Dya di seksyen 2 Shah Alam,. Semuanya adik-adik, beza umur dalam 7-11 tahun! Nasib baik diorang ni tak perasan umur ibu yang dah tua. Diorang kata, macam baya-baya diorang saja. Amvoi!
Malam ni, ibu makan nasi goreng daging. Patutnya ibu nak makan nasi goreng daging merah pedas. Tapi masa ibu cakap tu, nasi goreng daging...pastu terberhenti, bersambung pulak dengan ...daging merah, pedas. Rupanya mamat ambik order tu ingat 2 nasi berbeza. Sudah... 2 pinggan pulak sampai. Takpe, ibu minta bungkuskan satu, yang ni ibu makan. Boleh tahan sedap.
Tempatnya, Gerai No. 12 Bunga Rose. Menu lain-lain madam char kuay teow, mi goreng dan nasi goreng yang lain pun nampak sedap. Sebab tu agaknya ramai yang datang makan sini. Alhamdulillah.
Selasa.
Hari ini kelas dibatalkan, dan dibawa ke hari Ahad. Sebab lecturer Dr. Ooi tu sibuk sangat dengan borang-borang yang nak diisi untuk audit.
Sebab hari ini free, ayah day selesaikan urusan di JPN awal pagi. Ica dan ibu kat rumah, bangun lewat sikit, tapi terus bersiap-siap. Dalam pukul 10pagi, ayah balik ambil kita, terus kita pergi ambil gambar untuk permohonan Visa ke saudi Arabia.
Tadaa!!! Kita bertiga. Muka sama saja. Bulat. Mata sepet. Mata besar sebelah macam juling. Ada tanda kat pipi belah kanan. Ibu tu tanda kena minyak panas. Ica tanda kena cakar Noneng. Ayah pulak tanda apa? Tak tahu :-) Ibu paling tak suka kena buka spek sebab mata tu nampak juling berair, dan besar sebelah :-( pastu muka tu nampak lebar sangat :-( apa nak buat....
Lepas ambil gambar, kita pergi makan kfc dekat dengan kedai gambar tu. Bagus juga ada one-stop-centre macam Plaza Idaman ni. Semuanya ada kat sini, memang convenient sangat. Ada Ong Tai Kim, pasaraya. Ada kedai macam-macam, kedai gajet, kedai baby, kedai kek, kedai emas, kedai kosmetik, kedai baju, kedai kasut, kedai eksesori...macam-macam lah... kedai-kedai lama yang jual house-ware product pun banyak. Kedai 2 ringgit pun adaaaaaa... Semua adalah, pendek kata.
Hiks. Budak ni tengah merajuk lepas kena marah dengan ibu sebab tak dengar kata... Haih budak sekarang kan memang macam tu. Tak boleh ditegur. Padahal tegur untuk kebaikan dia juga.
Lepas Ica ke Tadika, belah petang tu ayah dan ibu kemas rumah siap vakum dan mop lantai sebab esoknya Ustaz yang jadi Mutawif kita tu nak datang rumah, bagi brifing. Eh macam segan aje sebab rumah tak cantik macam rumah mak Ngah Intan kan. Tapi takpelah... Rumah sendiri. Lepas kemas, rasa macam ada kekurangan pula Sebab lantai kat depan tv tu dah takde tikar/carpet. Nampak la kesan-kesan comot yang tak boleh dicuci dengan sabun. Nak kena kerik. Plan seterusnya ialah cari tikar kecik atau carpet kecik.
Lepas ambik Ica petangnya, kita ke AEON Wangsa Maju nak cari tikar yang diimpikan. Tapi sayangnya tak ada. Penat jalan, kita rehat dulu minum-minum kat sini.
Budak kelaparan ni, dah makan 2 karipap dan secawan air mineral, dalam AEON Big ni, dia ambik pulak 1 bungkus roti berinti strawberi, lepas tu makan 2 potong pizza. Isk isk isk.... Nasib baik tahan sampai malam...
Rabu.
Hari ini memang ibu tak ada kelas. Jadi ibu bangun lewat sikit. Sempatlah siapkan hadiah yang Ica nak bagi kat Teacher Yati yang dah nak bersalin dalam minggu ni.
Ica yang tulis sendiri.1) Tahniah cikgu atas kelahiran babby baru, ikhlas dari Arissa.
2) Tahniah cikgu. Semoga selamat melahirkan baby yang comel dan sihat. Ikhlas dari Arissa.
Ayat skema macam ni, memang tak sah kalau bukan dari ayah. :-D
Ini kotak hadiahnya, masukkan dalan paper-bag. Isinya ialah Tupperware set, yang kecil-kecil tu, 4 biji, siap dengan organiser nya sekali. Ibu dapat beli ni 2 set, satu lagi untuk kenangan ibulah. Yang ni, sebab Ica dah lama minta supaya ibu beli hadiah untuk teacher Yati, jadi ibu berikan yang ini. Set ni hanya boleh beli dengan setiap pembelian bernilai RM190 saja. Haritu, ibu tengok dalam display box tu ada set ni, nampak cantik, ibu berkenan. Tak sangka pembelian ibu melepasi had kelayakan untuk beli set ni juga. :-)
Ini kotaknya...
Buka, tengok dalam, macam ini rupanya...
Keluarkan sebiji bekas, macam ini rupanya... Warnanya terang, cantik sangat. Bagi penggemar jenama Tupperware ni, memang mencairkan iman juga ya. Tapi kalau tak pakai tupperware, nampak macam biasa saja. Plastik juga. Takde kelebihan pun. Kena api, gerenti berlubang. Mahal pula tu. Baik tak payah! Okeylah terpulang kepada penerimaan masing-masing. Ibu suka beli dan hadiahkan orang tupperware ni selain rekabentuk yang istimewa, ia juga ada jaminan seumur hidup. Tapi harga yang mahal tu, memang ibu pun tak sokong sangat. Ia jadi mahal sebab perniagaan di MLM-kan. Haih. Macam tulah.
Ini kotaknya...
Buka, tengok dalam, macam ini rupanya...
Keluarkan sebiji bekas, macam ini rupanya... Warnanya terang, cantik sangat. Bagi penggemar jenama Tupperware ni, memang mencairkan iman juga ya. Tapi kalau tak pakai tupperware, nampak macam biasa saja. Plastik juga. Takde kelebihan pun. Kena api, gerenti berlubang. Mahal pula tu. Baik tak payah! Okeylah terpulang kepada penerimaan masing-masing. Ibu suka beli dan hadiahkan orang tupperware ni selain rekabentuk yang istimewa, ia juga ada jaminan seumur hidup. Tapi harga yang mahal tu, memang ibu pun tak sokong sangat. Ia jadi mahal sebab perniagaan di MLM-kan. Haih. Macam tulah.
Bila bekas dah cantik, tak payah nak balut-balut lagi. Terus saja masukkan dalam paperbag recycled. Nasib baik tak buang paperbag ni haritu. Ibu ni kalau mengemas memang asyik nak membuang aje. Ada juga gunanya. Alhamdulillah. Ica bukan main suka dapat bagi hadiah kat teacher Yati. Tapi hari ini, Teacher Yati dah admitted sebab dah nak bersalin, ada komplikasi darah tinggi pula. Jadi, tak dapatlah Ica bagi kat Teacher Yati hari ini juga. Tunggu ajelah teacher Yati lepas cuti bersalin nanti. Ica pun kata, ada teacher baru kat tadika, namanya teacher Ida. Macam mana Ica describe teacher Ida ni? Dia tak cantik, tapi tak gemuk. Tapi dia baik sangat. Hmmm okeylah tu...
Belah petangnya, Ustaz Raof dan isterinya pun datang rumah. Dari pukul 2 sampai pukul 5 petang Ust brifing pasal ibadah umrah. Pukul 5 lebih, lepas minum petang, Ust pun beransur. Perkongsian yang sangat bermanfaat ni, tak boleh nak chip-in dalam entry yang ini. Kena buat entry lain pulak pasal umrah. Nantilah. Insyaallah.
Belah petang, lepas ambik Ica dari tadika, kita pun keluar makan kat restoran Aisyah. Kat Gombak ni. Tak jauh daripada Sekolah Antarabangsa, dan SRI Al Amin.
Ha, inilah dia Duta Kedai Makan ni. Namanya ayah. Hahahaha.... Hepi betul kalau dapat makan kat sini, sebab harganya murah, rasa pun sedap. Kalau perut tengah lapar gila, mulut terasa macam nak makan yang besar-besar aje, contoh macam siakap 3 rasa yang bersaiz agak besar, sup ekor mangkuk besar, nasi pinggan besar, tapi duit dalam poket tak berapa besar, jadi boleh la makan kat sini :-) Selalunya satu set hidangan nasi untuk 3 orang, air teh o ais 3 gelas, sup ekor, siakap 3 rasa, kangkung belacan, telur dadar, tak pernah melepasi RM50. Paling mahal pun sebab ada tambah dengan kerabu seafood lah mangga lah, jadi RM53 saja. Itupun sebab baru ni harga gula naik. Hihi. Memang berbaloi-baloi. Ini contoh makanannya. Gambar lama ni. Kita pun dah lama sangat tak snap gambar baru...
Ini siakap 3 rasa tu. kalau tak tulis pun boleh tahu kan. Saja nak label kan. Tapi ikan ni kurus sikit. Ada masanya dapat ikan yang agak kecik, tapi selalunya dapat ikan yang besar sederhana. Mmmm memang sedap. Ikannya digoreng garing. Kuahnya tak pedas. Cuma agak terlebih minyak sikit. Ica suka makan isi ikan goreng ni dengan nasi dan sup kosong.
Ini lauk yang penuh. Kali ini ikannya besar juga kan... Sebelah ayah tu sup ekor yang murah tapi best gila!, mana nak dapat semangkuk sup ekor yang ada 4 hirisan tebal ekor lembu, yang fresh dan lembut, dengan harga RM6! Kalau kat Ayam Penyet AP, semangkuk RM10!.... siakap 3 rasa, kangkung belacan, telur dadar (tak nampak) dengan sambal belacan ngam! Pergh! Lepas makan ni boleh tersandar sampai tido.
Sepatutnya hari ini ada kelas, tapi sebab Dr. Ooi masih sibuk, kelas dibatalkan dan digantikan Jumaat. Alamak lemah longlai rasanya. Sebab kalau kelas hari Jumaat, means, weekend dah jadi pendek :-( sebab sepatutnya weekend starts on Friday...
Aktiviti hari ini ialah study. Baca caselaws. Buat shortnotes, lepas tu print out. Memang kerja bosan. Tapi lepas baca buku, lega sikit nak g kelas Dr. ooi tu. Ada la jugak ilmu dalam kepala otak ni :-D
Ini setting dah siap study. Lepak depan tv. Hari ni tak ke mana-mana sebab study. Bagus kan.
Jumaat.
Selalunya Jumaat la paling best, sebab dah takde kelas dan esoknya weekend. Walaupun tak bekerja, tapi weekend tu masih sangat bermakna sebab Ica ada kat rumah, dan ibu tak perlu kelam kabut siapkan Ica ke sekolah :-) Tapi sebab hari ini ada kelas, so rutin tu dah jadi macam hari biasa ke sekolah lah. Pagi lepas siapkan Ica, ibu mandi-dan bersiap-siap, lepas tu baca buku. Baca nota dan persiapkan minda untuk kelas petangnya. Kelas Dr. Ooi ni tak boleh buat sambil lewa. Kalau tak dapat jawab apa yang dia nak, memang sakit telinga kena perli.
Pergi kelas agak lewat, dekat kul 5pm. Sempat isi minyak dulu sebab dah tinggal 2 bar. Isi RM50, dapat banyak ni aje?
Memang tak untung... Selalunya RM50 full tank.
Tapi lepas jalan dalam 25km, barulah bar tu naik semula... full tank juga. Alhamdulillah... Dulu masa baru-baru pakai Myvi ni full tank dalam RM50 aje. Sekarang sejak minyak naik harga ni, full tank kena RM70-80.
Sebab keluar lambat, NKVE memang dah jem padat macam ni. Nasiblah... Kalau ada vvip yang lalu lagi sakit hati. Dahlah kita kena beratur panjang macam ni, kat hujung jalan ada tol lagi, yang dia, sedap-sedap memotong dengan bantuan polis trafik yang menghon orang dari jauh lagi suruh ketepi. dahlah tak bayar tol. Kereta pun percuma. Minyak kita yang support. Huh!
Begitupun, sampai Mitrans dah pukul 6.30pm, tetap jadi orang paling awal yang sampai... Kelas Dr. Ooi ni kat MITRANS. Bangunan yang mengadap Masjid Sultan Zainal Abidin dalam UiTM ni. Ohh itu gambar adik-adik students tengah kawad. Teringat pulak zaman doku-dolu masa ambil ko-kurikulum di ITM Melaka. Ibu ambil persatuan ADASI, singkatan untuk asas-asas dalam Islam. Bukan apa. Memang lah kalau pasal fardhu ain tu kacang aje sebab 5 tahun sekolah ugama kan. Tapi kalau ambik persatuan lain, mesti ada aktiviti lasak, kawad berkemah dan lain-lain, jadi kenalah join persatuan yang pasif sikit. Duduk kat mesjid dengar ceramah ilmu, menghafaz surah dan aktiviti naqibah, pun best juga kan. Refresh sikit lah bab-bab agama nih :-)
Alhamdulillah malam ni kelas agak bagus. Nasib baik ibu baca buku dan case laws lebih sikit. Maklumlah 2 hari punya study kan. At least, ada la jugak yang boleh di bawa dalam perbincangan kelas.
Habis je kelas, dengan Jia dan Dya pergi makan kat Seksyen 2 lagi, kali ni ambik warung belah lain pulak. Niatnya, memang nak cuba semua warung yang ada di Seksyen 2 ni. Tiap hari 1 warung. Boleh? Pasal makan, boleh punya...
Jia order nasi putih dengan lauk tumis udang dan sup sayur.
Gerai No. 28 Gerai Eizayus.
Sabtu.
Horey! Hari yang ditunggu-tunggu untuk isi masa lapang dengan yang tersayang. Kita nak tengok wayang, tapi semua movie, 18SG, 18PL. Takde pun yang Ica boleh tengok. Kat KLFC. Bosan. So, kita ke WWMall lah pulak. Lepas beli tiket, makan ais krim kat sini.
Amboi Ica, gembira dapat pau ibu ais krim yang mahal ni. 3 scope RM13. Gila tak? Kena habiskan walaupun tak sedap macam BR.
Inilah dia... Free Birds. Kisah ayam belanda/Turkey yang nak mengubah sejarah untuk mengeluarkan dirinya daripada menjadi menu utama Thanksgiving. Iya, memang cerita ni berdasarkan kepercayaan Kristian. Tapi watak ayam belanda tu sendiri banyak pengajarannya. Cerita ni happy-happy aje. takde yang saspen ke, sedih sangat ke, ngeri ke. Memang best lah. Ibu suka. Ica pun suka. Ayah je yang nampak macam confused!
2 ekor ayam belanda tu ialah Jake dan Reggie, watak utama yang dimainkan suara oleh Woody Harrelson dan Owen Wilson. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat sini. Ayah tu konon-konon aje happy. Siap beli pop corn dengan air, katanya daripada dia tertidur lebih baik makan. Pastu dalam cinema asyik main tukar-tukar seat sebab banyak seat kosong. Haih.
Lepas tengok wayang pun kita masih melepak-lepak sekitar TGV tu. Siap solat zuhur, naik semula, makan tako-tako. Siap try Chatime yang perisa durian tu. Lepas tu pening kepala sebab manis sangat. Menyesal! Ibu terus pening sampai balik rumah. Ayah siap beli barang dapur kat NSK W. Maju, tapi ibu dan Ica lepak dalam kereta saja. Tidur. Hujan pulak tu. Pening kepala ibu tak hilang-hilang sampaikan nampak kereta-kereta parking bergerak-gerak sendiri. Haih.
Apa pun, malam ni dapat juga ibu tengok movie The Breaking Dawn part 2 yang orang dok cerita-cerita tu. Cerita ni dah basi la kan sebab musim menontonnya tahun lepas. Tapi ibu ni biasalah, masa bekerja dulu, tak ikut perkembangan filem. Sibuk katanya. Bila keluar kat channel FMP, barulah dapat tengok. Alah biasa aje ceritanya. Taklah kedebabom sangat. Apa yang best sangat tu, ibu pun tak faham.
Apa pun, malam ni dapat juga ibu tengok movie The Breaking Dawn part 2 yang orang dok cerita-cerita tu. Cerita ni dah basi la kan sebab musim menontonnya tahun lepas. Tapi ibu ni biasalah, masa bekerja dulu, tak ikut perkembangan filem. Sibuk katanya. Bila keluar kat channel FMP, barulah dapat tengok. Alah biasa aje ceritanya. Taklah kedebabom sangat. Apa yang best sangat tu, ibu pun tak faham.
Ahad.
Ibu masih layan pening. Sepatutnya ada kelas petang ni, tapi sebab pening yang melampau, ibu takut tak boleh nak drive. Cuaca mendung pula tu. Ibu pun cancel nak g kelas. Ayah keluar ke Dataran, ada pameran motosikal. Dari tengahari, lepas kita balik makan kat Keramat tu, pukul 1 lebih, ayah dah keluar dan dengan gembiranya balik lewat petang. Amboi ayah! Sementara tu kita kat rumah, apa lagi, layan katil lah. Ica pun lena sekali. Tidur lepas zuhur tu sampai lah masuk asar. Ayah balik, dalam kul 6 kita keluar makan ni.
Char Kuay Teow Mali.... Ibu teringin makan ni lepas tengok instavideo siapa tah tadi, makan udang besar-besar. Fuh... Alhamdulillah apa yang ibu inginkan tercapai...
Malam ni ibu layan Final AF, sementara ayah dan Ica dalam bilik, yang ayah layan movie dalam macbook, yang Ica layan kartun dalam tablet. Baguslah. Ibu conquer tv. Bukan senang nak dapat peluang ni. Eh.Apa pun, AF2013, yang menang ialah Faizul, budak Sabah. Yang ibu paling tak suka pulak tu :-( ah lantak lah... Bukan ibu tengok sangat pun AF ni. Setakat tengok konsert yang final ni sebab nak tengok Nabila yang selalu kena hentam tuh...hahahaha boleh?
Sambil tunggu keputusan, Ica nak tengok kartun. Layan kejap kartun ni. Ica pun kata : "Ica tahu dalam tu ada tangan orang kan? Kenapa nak kena buat macam tu?" Maknanya perlu ke nak buat kertun dengan tangan macam tu kot? Haih, ibu pun tak tahu nak kata apa. Ini first time dia tengok watak elmo ni. Selalunya dia cuma suka yang kartun.
Tengah layan. Dah lewat sebenarnya. Masa ni ayah keluar jumpa kawan. Ica lepas tu lapar burger benjo. Kirim dengan ayah daripada pukul 11, pukul 12.30 baru ayah balik. Ica dah tertidur dah. Duhh.. ayah memang suka kalau keluar balik lambat.
Ok. Dah siap pun lakaran seminggu. Dah lewat sangat ni. Nak kena tidur untuk esok. Jumpa lagi. Insyaallah.











No comments:
Post a Comment