Dec 13, 2013

Assignments and Exams.

Bismillah..

Rasa macam kejap sangat sem ni. Pejam celik, pejam celik, eh dah nak habis kelas. Eh, dah nak final exam. Eh, assignment belum siap? Hahaha...

Berbanding sem lepas yang lebih banyak rileks dan santai, musim ini banyak kerja membaca dan memahamkan. Banyak juga kelas ponteng sebab takut sangat nak kena presentation cases! Hahaha. Walhal, lambat laun, kena juga present (-__-) dia macam mati lah. Pasti. Lambat atau tidak, Allah yang tentukan masanya. Eh. Jangan ambil contoh mati lah. Ambil contoh kahwin ke, beranak ke, dapat kerja baru ke. Macam itu. Awalnya macam tak best. Bila dah lepas presentation, eh legalah! Tak mati pun. Malu sikit saja. Hidung masih ada lagi. Hahaha... Untuk kelas Marine Insurance, ada la 2-3 kali bentang kes. Untuk kelas Carriage, ada 4 kes. Tiap kali bentang, macam hampeh. 

Hampeh? Hoi malulah dah 10 tahun kerja tapi bila ke depan public saja, terus down macam nak terkincit. Apa lah. Buat malu kompeni saja. Hahaha. Tahu stage-freight? Gugup masa nak public speaking. Ia takde kena mengena dengan umur dan pengalaman kerja. Ok pengalaman tu ada la sikit counts. Kalau kerjanya hari-hari bercakap saja, mungkin takde langsung la rasa gementar bila sesekali nak kena buat pengucapan awam. Tapi kalau kerjanya 360 darjah lain daripada pengucapan awam. Memang tak membantu langsung.

Macam ibu ni. Kerja 10 tahun tu bukannya kerja yang kena buat submission, lepas tu present case, dan berhadapan dengan orang ramai untuk bercakap. Eh. Bukan sangat. Kerja ibu ialah duduk di belakang meja, mendengar, membuat pertimbangan dan memilih sebelum memutuskan. Simple. kan. Atau pun kerja menaip sambil baca, dari pagi sampai petang, untuk bos tercinta. Haha. Jadi, stage-freight is always there on my back!

Ok ok. Apa pun sem ini bakal berlalu. Exam bakal bermula akhir Disember ni. 30 Disember. Yaiks!! Harapnya jadual exam untuk semua paper ibu akan dianjakkan jauh sikit. Sebabnya, soalan assignment baru saja dapat minggu lepas, dan research title untuk Admiralty 1 pun baru je release. Jadi, dah tentu belum start buat lagi. Perlukan masa lebih banyak. Please... Please...

Well, hello. This is my macbook desktop display. Dan ini ialah gambar kita di Singapura pada 2011 melawat ke USS yang awesome :-)
 Tapi gambar dilitupi dengan kerja yang tertangguh ini. Argh.... Semua ikon diluar kotak yang terbuka, perlu di baca. Oh kecuali gambar 2 orang yang pakai tudung labuh cantik tu. Itu snap shot shopping online. Hehe. Mestilah sempat. Kotak yang bertajuk Admiralty, Carriage dan Marine Insurance itu pun nak kena baca. Hadoi... Ini tak termasuk senarai kes yang di-uplod oleh kawan-kawan dan lecturer dalam FB group. Hah. Migrain. Belum mula baca, baru tengok list, dah nak sakit kepala. Lepas tu tutup macbook dan buku, tutup lampu, tidur....
 Ini pula soalan assignment subjek Marine Insurance. Soalan saja 3 muka. Sama panjang dengan soalan exam. Ala, masters katanya... So, takyah nak komplen ok. Sila hadap. (-__-)
Ini pula soalan Carriage 1. Baca soalan saja sudah lelah. Belum fikirkan isunya. Dan pensyarah yang selalu kata "I have no life, but work" sebab dia yang pilih untuk jadi nerd, bukan orang lain, tu kata, ada baaaaaanyaaaaaakkkkk isu yang dia dah masukkan dalam soalan ni. Dan dia dah berjanji setiap orang akan gerenti lulus dengan B atau B- (-__-) so jangan mimpi nak dapat A? Argh! Belum lagi nak  mengalah. 

Next Monday and Tuesday would be the last classes for Admiralty and Carriage. But for Marine, this coming Sunday from 4pm-10pm would be the last class. Hoih, 6 jam direct mengadap buku Marine Insurance. Ada yang bakal panick attack tu! Nasib baik ibu ni cuti. Yelah walaupun kat rumah jadi bibik dan sangat penat denga urusan rumahtangga sebelum penat nak mula belajar. Sekurang-kurangnya, ada masa untuk diri sendiri, berbanding kawan-kawan yang bekerja dan belajar. Ambik banyak subjek pula tu. Subjek susah pula tu. Haih. Mungkin inilah yang sesetengah kawan ibu fikirkan tak nak sambung belajar tu. Susah nak bahagikan masa untuk diri sendiri, kerja dan keluarga, apatahlagi nak bahagikan lagi masa untuk belajar. Belajar pulak bukannya benda mudah. Eh. Ada ke benda yang mudah dalam dunia ni?

Oklah... Takyah membebel panjang. Sila ucapkan selamat maju jaya pada diri sendiri. Semoga otak ni menjadi lebih tajam dan senang faham bila baca semua ni nanti. Semoga exam nanti mudah-mudah saja. Ameen.

No comments: