Dec 15, 2013

Membebel emak-emak.

Bismillah..
Dah pukul 1.30 malam ni, mata tak boleh lelap pula. Selalunya, jadi begini kalau ada hal yang tak selesai. Baru kejap ni tadi selesaikan urusan 'homework' untuk kelas esok. Ya, esok Ahad. Ada kelas ganti terakhir, dan kelas terakhir untuk subjek Marine Insurance 1 sem ini. Wow weee... Tapi yang pedihnya, hakikat perlu diterima, kelas terakhir ini akan ambil masa 6 jam ya. Aduh. Bisa mati berdiri nggak?

Sebab kedua tak bole lena, ialah sebab ayah belum balik dari melepak lagi. Kebelakangan ini ayah memang kerap keluar melepak dengan kawan-kawan motornya. Ibu pulak, kerap sakit hati sebab geram dengan ayah. Dah tua-tua pun masin nak lepak dengan kawan-kawan motor, kat kedai mamak Wangsa Maju. Minum tak seberapa. Perut gerenti penuh asap kenderaan yang lalu lalang. Ibu juga kerap membebel dengan ayah. Tapi telinga ayah tu umpama tembok tebal. Tak dihiraukannya. Nak marah macam mana lagi? Dah puas membebel. Mohon pada Allah saja yang mengubah hatinya. Sebab Allah tu Maha Bijaksana, boleh membolak balikkan hati kita. Mudah-mudahan yang baik-baik saja.

Sebab ketiga ialah kerana menjelang peperiksaan dan banyaknya assignment yang belum siap ni, membuatkan ibu banyak berfikir tentang pembahagian masa di rumah. Mana nak uruskan Ica, nak sediakan makan minum embah, uruskan rumah dan masa untuk diri sendiri. Balik-balik ini sajalah yang dibebelkan. Haih.

Manakan tidak. Kelas terakhir minggu lepas ialah hari Selasa. Jadi, Rabu hingga Sabtu kan lapang. Sepatutnya. (-__-) ibu memang merancang untuk buat sekurang-kurangnya 1 assignment dan baca beberapa kes untuk kelas esok. Tapi hari Rabu ibu rehat. Tak buat apa. Khamis pun rehat. Tak buat apa. Jumaat nak mula belajar, sepupu Ica dan Wak Husna datang. Sabtu nak buat kerja, Paman Azam dan Wak Laila datang. Hari yang ibu ada mood nak buat kerja sekolah, hari itulah juga yang penuh dengan tetamu dari tengahari sampai petang. Jadi, apa? Penat lah.

kalau hari yang ibu kata tak buat apa tu, sebenarnya aktivitinya flat saja. Bangun lewat. Celik mata terus ke dapur. Mengemas dapur. Lepas tu masak. Siap masak, kemas dapur lagi, lepas tu mandi. Siap mandi, basuh pakaian sambil tengok tv dan tunggu Ica balik dari tadika. Bila Ica balik saja, rutin ibu jadi lebih flat.

Maksud flat tu apa? Samaaaaa sajalah. Bila Ica balik, Ica akan jadi moody sangat. Tak dengar kata ibu, nak buat hal sendiri. Amboi! Ibu yang akan paksa Ica mandi. Ibu yang mandikan. Tukar pakaian. Suapkan makan. Lepas tu ajak solat. Selesai semua, baru tengok tv. Lepas tu pujuk Ica tidur petang. Sejam sekurang-kurangnya. Lepas Ica tidur, ibu jemur baju, bagi kucing makan, sapu laman, tengok tv. Angkat kain dan lipat kain tu memang tak dapat dielakkan.

Bila semua dah berlaku, tahu-tahu dah malam. Ah! Cepat gila masa berlalu. Rasa macam baru aje nak tengok tv, nak layan movie di HBO atau FMP. Ala... Bila dah maghrib, suruh Ica mandi. Solat bersama. Lepas tu ajar Ica mengaji. Flat. Memang setiap hari. Lepas tu makan malam. Lepas makan barulah aktiviti menarik. Itupun tak ke mana. Mengadap tv atau internet di telefon. Flat nya...

Oh ya, minggu ini, setakat hari Selasa, hari Rabu sampai hari Sabtu, ibu tak keluar rumah pun. Haih teruk betul. Suka berkurung. Jauh beza dengan ayah yang suka 'tengok langit'. Ibu cuma keluar untuk sidai baju, angkat baju, hantar dan ambil Ica sekolah. Oh satu lagi, keluar makan tengahari. Itupun kalau tak masak. hari Rabu selalunya hari tak masak.

Ibu fikir, perlu ada privasi sikit. Tak nak buat kerja rumah. Tak nak masak. Tak nak uruskan Ica. Tak nak ambik tahu pasal bilik embah. Berapa kali embah nak terkencing atas lapik kaki depan pintu bilik air. Berapa kali nak tukar kain. Berapa kali najis embah tercicir atas carpet masa embah nak cuci poket najisnya. Dan, tak nak rasa letih menyapu lantai setiap hari tapi masih tetap ada habuk, sampah dari daun sireh dan tembakau embah yang bersepahan, dan bulu Noneng yang asyik tercabut bergumpalan dan ringan ditiup angin entah ke mana-mana. Rasa macam penatnya buat benda yang sama setiap hari (-__-) ibu suka kalau dapat duduk di depan macbook ni, dari pagi sampai pagi lagi. Penat blogging, buat kerja sekolah, lepas tu rehat tengok FB, lepas tu buat kerja sekolah lagi, baca kes lagi... Tak perlu sekejap-sekejap bangun nak jawab panggilan Ica dan embah. 

Ica kalau nak menyuruh ibu tu, bukan kira ibu tengah buat apa. Ibu tengah makan pun dia suruh cucikan berak, ambikkan barang kat tempat tinggi, bukakan suis lampu, sapukan bedak, tukarkan channel tv (-__-)

Tapi, kalau tanpa rutin ni, ibu mesti sunyi. Hahaha.

Kadang tu sukar terima hakikat yang kita ni hidup bukan kerana kita, tapi kerana insan-insan lain disekeliling kita. Ibu syukur sangat, masih ada emak yang boleh ibu berkhidmat, kalau pun bukan untuk balas jasa. Ada anak yang comel keletah dan bijak, pinjaman Allah. Untuk ibu sedar, siapa ibu. Bila tengok sikap dan perangai Ica, ibu seolah tengok ke dalam cermin diri. Ica adalah ibu masa ibu kecil. Sesuatu yang ibu takkan nampak, kalau Ica tak ada.

 Embah dan ibu.. Beza umur dalam 38 tahun. Tengok tang hidung. Memang sama.


 Embah yang happy. Katanya, dengan tudung hitam dia terasa lawa. Hahaha.

Hidung yang sama. Kulit pun bakal menjejaki nasib yang serupa. Hitam-hitam macam tahi lalat hidup tu, entah apa. Geram rasa nak cubit sampai tercabut. Kutil-kutil penyebok.
Ibu dan Ica. Tak sama pun hidungnya... Mungkin Ica ikut hidung nenek.

 Aktiviti siang hari bila tak hujan, dan cuaca agak panas. Ica dan Aiman. Si Aiman siap pakai baju. Padahal nak mandi tempat sempit saja. Si Ica pula melampau selambanya. Pakai panty aje (-__-)

 Noneng yang pucat sebab sakit perut dan muntah-muntah. Mungkin sebab makan plastik banyak sangat sampai dah tersumbat perutnya? (-__-) kucing lain makan ikan ke, ayam ke, dia, makan plastik. Dah ke doktor. Tapi lepas 2 hari masih takde selera makan lagi. Haih. Yang kami ni, dah sibuk fikir, kalau dia mati nanti, nak beli kucing parsi baru ke tidak. Ade ke patot...? (-__-)
 Macam sedap aje tu. Tengok cara embah makan.
Dan tengok pula cara cucunya makan. Amboi... sama nampaknya....? Hahahaha.

No comments: