Bismillah..
Dah beberapa kali sejak satay-hut ni wujud kat tepi jalan utama di Tg Karang, ayah asyik ajak ibu makan di sana. Tapi ibu macam segan-malas-malas sikit sebab sate aje kan. Kat KL pun banyak orang jual. Yang paling best yang kat 'pulau kecil' depan menara Celcom kat area Jelatek/Keramat tu. Sebelah Jalan Tun Razak. Sate kat situ, standard sate sedap bagi kita (ayah dan ibu). Sate-sate tempat lain macam Sate Station, Sate Kajang Samuri, sate pasar malam, takkan dapat menandinginya. Betul. Tak tipu punya.
Tapi, bak kata Wak Haji Nordin, rasa sedap kat lidah ni, subjektif. Ikut orang lah. Sedap kat orang lain mungkin tak kena dengan sedap kita. Baiklah. Sedap pada ayah dan ibu ni, kalau sate nya tak kering. Walaupun dah sejuk, ia tetap lembut. Rasa masin-manisnya seimbang. Kuah kacangnya tak terlalu manis. Ada rasa masin-manis-pedas-masam yang tak terlalu dominan. Kalau kuah sate Kajang tu, terlalu manis sampai ibu memang tak boleh masuk langsung. Makan sate kosong. Haih. Tekak memilih sangat :-D
Kalau waktu cuti sekolah macam sekarang ni, satay-hut ni memang full house! Tapi kalau musim biasa, tak ramai. Kali ini, ayah nampak sangat 'determined' untuk mencuba satenya. Lepas saja selamat hantar embah ke rumah Wak Haji Nordin di Poli Sabak Bernam, dalam pukul 8.30 malam kami berdesup ke Tg Karang. Alang-alang nak balik KL, dah lalu satu jalan, apa salahnya singgah. Kan.
Landmark kedudukannya ialah dalam Tg Karang, berdepan (lintas jalan) dengan RHB Bank dan deretan kedai-kedai makan, mini mart dan kedai hardware. Kalau malam, ia antara premis yang paling besar dan terang (lampu-lampunya) juga meriah. Macam ada kenduri kawin sebab asap tebal keluar dari kedai. Haha.
Masa kita sampai, dalam pukul 9 macam tu, orang masih ramai gila. Tempat duduk yang dalam kedai makan penuh sendat. Meja-meja yang dibuka di bawah langit (takde bumbung) pun penuh.
Cewah. Pakcik bertopi ni dating dengan wife dia kot. Sengih manjang. Kat depan tu, yang ada nama "satay Hut" dan gambar-gambar makanan tu, ialah menu lain yang ada di sini selain sate. Ramai juga yang makan nasi goreng dan mi rebusnya. Tapi sebab kita ni nak makan sate, dan selalunya kalau makan sate, takde pulak nak order menu lain. Jadi kita taklah mencuba makanan lain dalam menu ni.
Ica menung kat depan kolam ikan. Kenapa tu?
Orang ramai, sempit dan pelayan bersimpang siur. Tapi budak-budak tak lepaskan peluang 'berkelah; kat tepi kolam ikan yang agak tak berjaga ni.
Kolam ikan keli ni sedang besar dan tak dalam. Kalau masuk jejak kaki, mungkin setakat betis saja. Tapi ikannya, masya allah. Gemuk-gemuk. Cukup makan. Mungkin daging sate yang tak terjual tu dibagi makan kat ikan pulak. Haha.
Ingatkan ikan keli yang ni dah besar sangat ni. Sebesar lengan Ica. Fuh. Sedap kalau goreng garing ni.
Tapi sebenarnya ada lagi yang lebih besar. Sebesar kaki Ica pulakkk. Whoaaaa... best kalau bakar bbq nih (slurp!) maklumlah kita ni penggemar ikan keli sejati.
Kemudahan yang terdapat kat sini. Toilet dan musolla, selain sinki basuh tangan yang banyak. Kedai makan kalau kat kampong memang la macam ni. Kalau kat KL tu nan ado.
Yang beratur tu sebab nak bayar bil. Yang belah sini ni sedang tunggu orang kemaskan meja. Masa ni, kita sedang tunggu orang ambil order. Lama jugak tercangak-cangak. Mulanya tunggu meja kosong. Lepas tu tunggu orang kemaskan meja. Lepas tu tunggu orang ambik order pulak. Jenuh.
Nasib baik Ica ni pandai "kill the time" dengan buat hal sendiri. Terjumpa buaian ni.
Panjat lah Ica, asalkan jangan jatuh Ica atau buaian tu.
Harga sate at sini. Nak juga tengok kalau besar tu saiznya macam mana.
Yang tengah membakar kat hujung kedai tu memang gigih lah.
Waktu operasinya 4.30 petang sampai 2 pagi. Ini kat kaunter bayar bil.
Kaunter bil.
Kaunter bil dari tempat duduk ayah.
Happy dah dapat meja dan dah dibersihkan.
Menunggu sate yang masih dibakar...
Fuhh...fuh.... Tak main kipas tangan. Pakai kipas letrik yag besar terus. So dah takdelah jolokan kipas sate untuk kipas tangan yang dijual kat hardware. Tapi kipas letrik besar ni bolehlah tukar namanya jadi kipas sate pulak :-D
Bukan 1 kipas letrik yer. Ada 3 terus! Hebat... hebat....
Mungkin inilah yang menyebabkan sate kat sini begitu diminati. Ini juga mungkin rahsia daging sate tu lembut dan moist sampai ke hujung?
Ayah ni. Ibu suruh buat muka biasa aje. Dia pergi sengih pulak.
Kat belakang ayah tu, orang masih ramai yang menunggu order.
Ok sate kita dah sampai. Waaaaaa... (meleleh air liur lapar...)
Ayah kata, taknak tamak. Ambik 10 yang besra dan 10 yang kecil. Sate ayam saja yang ada. Daging dah habis. Sate jenis lain macam rusa, perut, hati? Takde. Kalau nak, pergi sate kajang. ahaks!
Ica dah tak sabar nak dig-in. Manakala ibunya sibuk ambik gambar. Macam tak selesai selesai!
Yummm....
Sebelum bertolak dari rumah Wak haji tadi, Ica dah makan nasi sesenduk, lauk ayam goreng. Minum milo 2 cawan. Ingatkan dia tak heran dengan sate ni. Tapi, makan juga...
Erm... yummmmmmmy! Dua tangan tu....
Kelainan satenya ialah pada daging yang memang lembut dan lembab walaupun satenya saiz besar dan dagingnya besar-besar. Dia tak kering bila dikunyah. Kuah sate pulak memang stail orang jawa. Ada pedas-pedas sikit, selain manis dan masin. Elok kalau dicicahkan dengan nasi himpit. Pendek kata, satenya sedap sampai cucuk yang terakhir. Alhamdulillah.
See. Makan sampai habis! Banyak juga sate yang Ica makan. Kecik dan besar.
Minumannya, ayah dan ibu limau ais dan Ica dengan teh o ais. Berapa bilnya?
Ohh taklah mahal. Bersesuaian dengan kualiti makannannya. Air pun masih tahap murah lagi tu :-D
Ahha.... Boleh lah repeat datang lain kali. Alhamdulillah.... Tapi kalau datang dengan harapan nak makan sate selain sate ayam tu, mohon dilupakan sajalah. Sebab kat sini, menu utama ialah sate ayam. Hihi.







No comments:
Post a Comment