Bismillah..
Lagi 3 hari exam, kertas pertama Admiralty 1. Perancangan 2 hari sebelum ini berjaya dicapai. Alhamdulillah. Maknanya, kelmarin sempat siapkan assignment dan print out. Tunggu untuk binding saja, tengahari ini. Semalam, 1-1-2014, aktiviti paling pasif seisi rumah, jadi takde siapa yang memulakan study week.
Aktiviti pasif tu dah tentu merujuk kepada aktiviti tidur-makan-tengok tv dan repeat semula tidur-makan-tv... dari pagi-tengahari-petang. Malam barulah keluar rumah sebab nak makan. Masak pun malas. Subhanallah.
Ibu habiskan assignment pukul 7 pagi. Lepas siap print, baru boleh tidur dengan nyenyak. Ica dah mula tidur sejak pukul 10mlm. Pukul 2pg bila ayah balik dari jumpa kawannya, Ica terjaga semula. Tidur entah pukul berapa. Sebab tu, pagi lepas solat subuh tu, rumah kita sunyi semula, kecuali dengkuran kita bertiga, sampai la tengahari. Ayah bangun pukul 12, masak nasi, goreng ikan pekasam dan tumis sardin (makanan paling cepat disediakan). Pukul 1 kita semua makan. Lepas solat zuhur, tengok tv, mandi, pukul 4, ibu masuk tidur. Tak lama tu Ica dan ayah menyusul. Sampai lewat petang. Pukul 6 baru bangun solat asar. Sangat tak produktif. Ayah kata, aktiviti pasif ni buat dia lesu. Ayah ni mungkin semacam sama dengan superman. Perlukan matahari untuk tenaga.
Superman v Super-ayah.
Malam, kita pergi makan kat restoran Putra Tomyam di Tmn Melati. Kedai ni 'berkembar' dengan stall nasi kukus ayam rempah.
Kenapa kita kerap makan kat sini? Nasi ayamnya sedap. Boleh lah. Tak la kering wpun dia buka dari pagi sampai malam. Kita dah makan kat sini bertahun-tahun, sejak lantainya cuma simen yang licin tu, sampailah lantai dah cantik dengan jubin sekarang ni. Amboi untung berganda-ganda gamaknya...
Semua pekerjanya lelaki. Yang tak best, ramai Indon daripada melayu. Maybe nak jimat kos bayar gaji? Ica pun dah biasa sangat kat tempat ni. Kalau sampai-sampai tu siap pilih meja makan dan ambik bekas sudu yang pink saja.
Dari jauh dah nampak macam pelayan kecik Indon aje ni.
Nasi kukus makan kat sini, dia buat macam ni. Semua kuah dan sambal dicampur sekali. Kalau bungkus bawa balik, kuah kari dan sambal di asingkan.
Ayamnya pun boleh tahan besar. Garing. Wangi. Sebab goreng dengan rempah. Memang yumms sgt! Kawannya, teh o ais. Fuh... makan panas-panas memang meletup kat dalam mulut. RM7 sebungkus. Kalau nak rasa lain sikit, ada ikan keli rempah juga. Tapi tak pernah try lah.
Ohh pelayan kecik ni makan nasi ayam je. Yang tak pedas tapi sedap tu. Bukan main bergaya makan sendiri tapi sebenarnya lepas ayah dah habis makan, ayah suap Ica sampai kenyang. Kalau harap Ica suap sendiri, memang tak habis la nasi tu. Membazir aje. Sepinggan RM6 tau.
Dah kenyang makan, burpppp! Alhamdulillah.... kita lenggang perut dulu. Jalan-jalan sekitar rumah. Bukan jalan kaki. Tapi naik kereta. Haha. Memang aktiviti pasif di tahun baru.
Gambar pertama kita bertiga di tahun baru 2014. Cheeeseeeee!









No comments:
Post a Comment