Jan 1, 2014

Pengakhiran 2013 Resolusi 2014.

Bismillah..

Selamat jalan 2013. 

Alhamdulillah, kebanyakan moment menarik 2013 telah ibu catatkan di blog ini. Terutamanya kenangan kita melihat tempat orang, makan, makan dan makan... dan kenangan bagaimana Ica membesar sepanjang tahun. Juga kenangan bagaimana ibu melayari kehidupan yang kadangkala bosan, tapi boleh dijadikan panduan hari depan. Insyaallah. Kenangan-kenangan ni tak boleh dibeli dan hanya kita saja yang boleh menilainya.

Pencapaian 2013 yang paling membanggakan ialah Ica boleh membaca. Yay! Alhamdulillahi robbil 'alameen... Semakin hari pembacaan Ica semakin laju walaupun Ica tak faham setiap makna perkataan yang dibaca. Iqra' pun semakin fasih dan lancar menghabiskan Iqra' 5 setiap maghrib dengan ibu. Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan kesabaran dan ketekunan kepada kita dalam usaha menambah ilmu dunia dan akhirat. Ibu harap, dan berusaha, agar Ica dapat menghabiskan Iqra 6 dan boleh membaca alQuran dengan sendiri, betul sebutan dan tajwidnya, menjelang umur Ica 7 tahun. Jadi, bolehlah sekali dengan usaha belajar solat dan menajamkan bacaan-bacaan dalam solat nanti. Insyaallah. Mudah-mudahkan Allah beri keringanan dan kemudahan.

Bagi ibu sendiri, tahun 2013 penuh dengan perkara yang manis-manis saja. Alhamdulillah. Mungkin pada awal tahun tu, tak begitu bagus kerana perlukan sikit adjustment. Tapi towards pertengahan dan akhir tahun, banyak yang seronok untuk dikenang. 

Tahun 2014 bakal mencatatkan permulaan tahun yang paling indah bila kita dapat bersama-sama menunaikan umrah nanti. Insyaallah. Hati ibu memang tak sabar sangat. Asyik shopping barang keperluan saja. Padahal dah banyak tu. Sabar...sabar...

Tapi sebelum melalui keindahan yang dinantikan tu, ibu harus menempuhi peperiksaan semester 2 yang akan bermula minggu pertama Januari dan akan berakhir pada 18 Januari nanti. Genap-genap 4 hari sebelum umrah. Insyaallah. Semoga segalanya dipermudahkan.
Bulan Jan 2014 dalam planner ibu sudah agak fully-booked dengan pelbagai perancangan. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik, ameen. Insyaallah.

Haritu ibu ada merancang untuk tukarkan tadika Ica. Tapi masa Ica cuti ni, ibu jadi sibuk dengan pelajaran ibu, sampai tak terfikirkan pun. Lusa dah nak masuk sekolah balik. Tapi, bila sesekali memikirkan semula, ibu rasa, biarlah Ica di tadika sekarang. Mungkin ibu kena tambah sikit usaha untuk seimbangkan kemahiran Ica. Nak cari kelas yang membenarkan pelajaran fardhu ain sekitar kawasan rumah pun bukan senang. Nak pindah-pindah sekolah nanti, bakal mengganggu emosi Ica bila terpaksa bertukar suasana dan kawan-kawan. Ini bakal difikirkan semula nanti. 

Apapun, ibu berharap dan berdoa, mudah-mudahan tahun 2014 bakal menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun 2013. Itu saja resolusi, atau janji ibu pada diri sendiri dan harapan ibu pada takdir yang Allah tentukan. Ibu ni kalau nak beresolusi tak kira tahun baru ke tak. Tiap hari pun ada resolusi. Cuma selalunya tahap pelaksanaan tu yang turun naik. Macam iman kita juga. Adakala tinggi, ada kala rendah. Kalau tahun 2014 ini menjadi tahun akhir hidup ibu, ibu berdoa semoga ibu bakal pergi dalam iman Islam yang kukuh. Ameen...


No comments: