Bismillah..
Rentetan Ica muntah-muntah+berak-berak+demam bermula pada Rabu 8-1-2014. Tengahari tu Ica balik dari Tadika dengan sandwich yang dia sendiri buat masa KindyCooking lesson. Ibu cuma tengok sekali imbas aje bila Ica tunjukkan sandwich tu, sebab ibu tengah sibuk di depan laptop (-_-) selalunya ibu memang tak benarkan Ica makan apa-apa makanan yang Ica masak di Tadika. No particular reason. Tapi kali ni terlepas pula. Sandwich tu, intinya sosej yang dipotong nipis-nipis, sos, mayo dan keju. Agaknya nampak sedap lah bagi Ica. Tambahan pula bila balik dari tadika, Ica mesti kelaparan sebab waktu last makan ialah 10.30pagi. Balik dah 1 petang.
Tahu-tahu je sandwich dah habis ditelan. Ibu tak terkata. Tapi ibu pula suap Ica makan nasi dengan kuah kurma ayam. Tapi Ica makan sikit saja sebab dah kenyang. Sampai petang, Ica dah tak makan apa-apa. Ica tidur rehat sekejap dalam sejam. Maghrib macam biasa, mandi, solat dan masa mengaji. Ica kata perutnya sakit sangat. Ibu ingatkan sebab lapar dan perut dah masuk angin. Biasanya Ica bangun nap mesti makan apa-apa untuk manis mulut. Kali ni Ica tak makan apa. Lepas mengaji, ibu pun ambilkan nasi dengan kicap dan telur goreng macam yang Ica nak. Tapi baru sesuap nasi dan seteguk air, Ica dah muntah. Lepas muntah sekali, muntah lagi, dan lagi....
On the way nak lapkan muntah pun Ica muntah lagi. Dan lagi. Dan lagi.
Ica takut ibu marah sebab dah termuntah kat sofa. Takpe. Ibu tak marahpun. Terus snap gambar dan wassap kat ayah. Minta ayah balik cepat. Emergency. Bila ayah tiba, kita terus ke Klinik Kita Wangsa Maju, yang dah bertahun tak kita jejak, semata-mata sebab masa ni dah lewat 10.30 malam dan selain Klinik Izham yang ramai gila orang tu, kita terpaksa ke sini sebab Ica dah 5kali muntah. Dah takboleh nak menunggu lebih lama lagi. Dalam kereta muntah. Kat klinik pun muntah. Keluar klinik masa dalam kereta pun muntah juga. Muntah air semata.
Klinik Kita hanya bagi ubat tahan muntah Nuvomin dan ubat angin Colimix. Bila balik dari klinik, Ica makan je ubat, tak beberapa saat terus muntah lagi. Bagi lagi, muntah lagi. Lepas tu sepanjang malam Ica muntah. Ibu tidur sambil pegang mangkuk muntah Ica (-_-) sebab tak nak terlepas ke tilam lagi. Ayah yang letih tu pun beriya-iya tolong Ica muntah. Kami tidur lewat pukul 3 malam tu.
Khamis 9-1-2014.
Pagi-pagi lagi kita dah bergegas ke Klinik Kita Cheras Perdana, sebab nakkan pendapat Dr. Salmi. Masa di klinik Ica dah tak muntah. Tapi Ica langsung takde tenaga. Lembik aje walaupun tiap kali muntah, ibu akan paksa Ica minum air madu/air kosong sikit, untuk gantikan airnya. Sikit pun jadilah.
Jalan pun pakai kerusi roda nenek. Nasib baik nenek pinjamkan kerusi ni awal. Kita nak pinjam untuk ke umrah nanti. Tapi nenek dah hantar siap-siap. So, kita pun gunakannya untuk bawa Ica. Nak naik stroller dah tak muat. Nak dukung dah tak larat. Ini masa menunggu di Klinik Kita.
Bila jumpa Dr. Salmi, katanya Ica perlu terus di bawa ke hospital untuk masuk air. Kata Dr. Salmi, Klinik Kita Wangsa Maju tu, apabila ada pesakit yang muntah-muntah lebih 5 kali, jangan hanya beri ubat makan. Sebab ubat tahan muntah tu sendiri rasanya dah macam muntah. Mestilah nak dimuntahkan balik. Patutnya kena ada contingency plan iaitu bagi ubat bontot. Dr. Salmi macam marah je dengan Dr. yang kat Klinik Kita Wangsa Maju tu? Tapi memang patut pun. Ibu yang bukan doktor ni pun boleh agak, apakah sengal sangat doktor ni. Kita dah beritahu anak kita muntah dah 5-6 kali sebelum jumpa dia. Tak emergency ke bagi dia? Bagi lah ubat yang cepat berkesan. Adoi. Macam ni punya doktor pun ada. Elok jadi Ahli Farmasi je lah. Dah lepas ni jangan gi klinik sengal tu lagi.
Mulanya kita nak ke Columbia Hospital sebab dekat dengan rumah. Tapi bila call Prudential Insurance, dia belum register lagi. Masa tu dah terlepas Gleneagles Ampang, dan jalan sangat jem. Kita pun ke Tawakkal KPJ. Nak cari parking saja dah lama. Bila dah jumpa, kita terus ke kaunter kecemasan, sekali lagi situasi tak cemas bila nurse/kerani kat situ tanya nak jumpa Doktor pakar atau Doktor biasa. La. Patutkah ibu tahu? Ibu cuma nak anak ni cepat masuk air. Surat reference drpd Dr. salmi pun dah bagi. Tapi macam takde makna je pada diorang. Stup*d! Ibu pun kata, doktor biasa, baru dia suruh masuk ke kaunter lagi satu. Kaunter lagi. Keraninya lelaki yang muka toya, langsung beri ibu borang untuk diisi. Walaupun dah bagi surat refer, tapi tetap nak kena isi borang dulu? Takpelah. Sambil nak isi tu, dia bagitahu awal-awal, "Harini takde bilik kosong, sebab ramai pesakit". La. Habis tu? "Isi borang dulu, nanti jumpa doktor, bila doktor decide nak kena warded, dia akan refer ke hospital lain pulak.." Kalau tengok cara budak kerani ni cakap, memang rasa macam nak tampar muka dia laju-laju. Cakap macam kita ni tengah nak bercuti ke apa. Tak empathy langsung. Ibu pun cakap dengan ayah, baik kita cari hospital lain aje. Susah payah menunggu macam ni, nanti kena refer ke hospital lain pulak.
So, kita pun keluar dari Tawakkal, dan bertawakkallah ke Pusrawi. Alahai Pusrawi lagi.... No choice. Kalau nak patah balik ke Gleneagles Ampang, jauh dan jem. Kesian tengok Ica dah tak bermaya. Sampai di lobi kecemasan, ayah yang turun dan tanya dulu pasal kekosongan wad. Bila dah confirm ada kosong, barulah kita semua turun ke unit kecemasan tu. Seperti yang kita memang sedia maklum, unit kecemasan dia memang tak pernah cemas. Macam klinik biasa aje. Semua orang slow.
Sementara menunggu giliran jumpa doktor, Ica dah tak larat nak bangun dan duduk dalam kerusi lagi. So, ibu baringkan Ica kat katil sementara ni. Nasib baik ada katil ni dan ibu bawa kain batik dan tuala. Boleh la Ica rehat sementara dipanggil. Nasib baik tak lama sangat. Dalam sejam lebih macam tu sampai giliran. Tapi sempatlah Ica muntah+kencing+berak cirit dulu kat toilet hospital.
Ayah kat bilik doktor yang kat unit kecemasan tu. Ni dah takde mood nampaknya. Maklumlah dah lama menunggu.
Doktor yang buat kerja tu pun nampak macam slow semacam. Maybe dia kena confirmkan doktor mana yang boleh datang on-call. Pakar kat sini kebanyakkannya part-timer, ada klinik sendiri.
Lepas diperiksa ala kadar, dan isi borang (doktor tu yang isi), Ica pun terus dibawa ke wad dalam unit kecemasan ni.
Tunggu dalam 30 minit macam tu...
Barulah datang 2-3 nurses ni....
Eh ayah. Tengok vontot nurses comel ek? (-_-) gatal.
Dah macam nak sembelih Ica aje...?
Ohh rupanya diorang nak buat lubang masuk air dan ambik darah Ica sikit untuk diuji. Lama kakak ni kena ketuk-ketuk tangan Ica sebab tak jumpa urat hijau tu.
Ok dah jumpa. Ada kakak yang pegang tangan, kepala, sebab tak nak bagi Ica nangis terkejut bila kena cucuk nanti.
Ok, dah pun masuk air. Lega rasanya....
Nasib baik siap bawak bantal peluk ni pagi tadi. Terus boleh jadi teman tidur Ica.
Bila tengok ayah dan ibu makan, Ica teringin makan. Kita pun suap. Tapi lepas tu Ica muntah balik sebab perutnya tak boleh terima. Kesian dia.
Akhirnya, Ica pun tertidur...
Ica no. 6. Penyakit AGE? Acute Gastro Enteritis. Apa tu? Self-limiting disease? Maknanya tak pasal-pasal perut tak boleh terima makanan dan asyik keluarkan semula. Ada banyak penyebab untuk AGE, mungkin terlebih makan, gastrik, makanan tak hadam, atau food poisoning disebabkan kuman dalam makanan/jangkitan usus. Eh tulis macam doktor pula ibu ni. Eh ni bukan ambil dari google taw. Ibu jadi tahu sebab tahun 2010 masa Ica umur 2 tahun, Ica masuk Pusrawi juga sebab muntah-muntah macam ni secara tiba-tiba. Lepas menyusu muntah. Tak menyusu pun muntah. Kita suspect reflux. Tapi doktor kata food poisoning saja. Masa tu takde pun cerita pasal wabak rotavirus ke apa.
Ibu dan ayah bergiliran jaga Ica. Tempat ni sejuk sangat. Tapi kalau tidur tu mungkin tak sejuk sangat lah. Kami yang menunggu ni yang sejuk. Kejap-kejap ibu keluar sebab nak reply wassap kawan-kawan ibu yang tengah buat assignment carriage.
Ayah pula dah beberapa kali ke kaunter pendaftaran tanya bila nak dapat wad. Kita mula menunggu ni jam 12 tghari, pukul 3 baru ayah sign borang insurance, pukul 4 baru diorang fakskan, pukul 6.30 petang baru dapat wad (-_-) Wad Ar-Raihan tingkat 6. Bilik 4 orang. Alhamdulillah.
First visitor yang datang ialah teacher dari Tadika. Diorang datang bawa coklat Ferrero Rocher kegemaran Ica. Tapi bila makan coklat ni, Ica muntah. Kena stop dulu.
Ibu yang sms kat teacher bagitahu Ica masuk wad. So tak sekolah untuk few days. Sekali diorang visit terus. Alhamdulillah. Thanks to teacher mami dan teacher abg Faril. Ica malu bila orang visit dia.
Lepas tu nenek dan paklong pun datang juga. Thanx. Sampai malam diorang kat sini. Sementara tu ayah asyik tanya kat kaunter boleh tak dapat bilik 2 orang. Kebetulan ada orang baru discaj. Terus lah ayah book.
Dah pindah ke bilik 2 orang. Bilik ni kecik saja. Tapi ada tv. At least, Ica taklah boring sangat. TV ni bagusnya dapat channel astro yang kartun sampai 2 channel, yang movie, ada HBO dan FMP. Memang kesukaan ibulah tu. Alhamdulillah.
Lewat malam, Wak Laila, Wak Abah dan Abg Suhaib pun datang visit. Thanx.
Ica layan tv..
Sampai tertidur... Ibu pulak study dan buat assignment...
Siangnya...
Jumaat10-1-2014.
Bila dah masuk 2 botol air, Ica pun nampak ok sikit. Tak lemah sangat. Tapi bila nak buang air tu payah sikit nak angkat wayar dan botol air tu. Pastu Ica senang terkincit. Dia ingat kentut tapi sekali dengan berak cair. Asyik kena tukar seluar.
Ica tidur/tengok tv.
Nurse datang ambil suhu badannya setiap beberapa jam. Memang badan Ica hangat. Bila malam Ica demam. Tapi sebab nurse selalu datang cek, jadi nurse akan bagi ubat demam.
Dan drip ni tak putus-putus... Ada sekali dua yang drip ni dah tak mengalir, darah Ica akan keluar kat tube yang kat tangannya. Ica dah confused. Takut lah tu. Gesa suruh ibu panggilkan nurse. Bila nurse datang betulkan, ha barulah Ica lega. Haha.. kelakar.
Nurse buka sekejap wayar kat tangan tu sebab ibu nak mandikan Ica. Lepas tukar pakaian, bawa Ica jalan-jalan kat bilik taman permainan ni. Dulu tahun 2010, taman ni penuh dengan permainan. Sekarang ni, dah tinggal benda ni aje.
Ayah datang dah tengahari. Ayah pun tak sihat. Datang-datang terus tidur. Ibu juga yang berjaga sebab nak study.
Petang, kak Nadia dan Nufa pula visit Ica. Thanx. Numa tak ikut sekali sebab Numa pun tengah tak sihat. Sehari lepas Kak Nadia datang visit, Numa pulak admitted kat Gleneagles sebab demam dan pneumonia. Sehari lepas tu Nufa pulak demam sebab jangkitan kakaknya. Kesian...
Sementara diorang datang, ibu ke surau dulu untuk solat.
Sementara diorang datang, ibu ke surau dulu untuk solat.
Siangnya Ica berak banyak. Alhamdulillah memang itulah yang semua orang tunggu-tunggu. Ibu pakaikan pampers supaya senang nak bagi sample kat nurse untuk dihantar ke makmal.
Jumaat malam. Ibu dah bersiap-siap nak balik rumah. Tunggu ayah datang bawa nenek dan ambil ibu. Ica susah hati nak kena tinggal ibu. Ibu kata, ibu nak exam esok pagi. Nak keluar rumah awal-awal. Kalau tak nanti takut tak sempat. Lagipun nenek akan temankan Ica. Ica sedih. Ibu janji nak belikan Ica apa-apa yang Ica nak pesan. Ica pun order bekas pensil Hello Kitty kat Kaison tu.
Malam tu, pukul 2 pagi, nenek call ayah. Kitorang tengah tidur masa tu. Penant dan mengantuk sangat. Nenek kata Ica nangis dalam tidur. Cari ayah dan ibu. Kesian Ica.
Sabtu 11-1-2014.
Pagi-pagi dah bertolak ke Shah Alam. Sempat adjust lipstik ni sebab rasa macam merah sangat pulak :-) dah beberapa hari tak berlipstik. Bukan setakat lipstik, mandi dan berbedak pun tidak. Haha. Penangan jaga anak sakit dihospital.
Lepas je habis exam, ayah dan ibu pergi makan dulu kat Syed, dan terus balik KL. Jalan boleh tahan jem. Hari Sabtu kan hari orang jalan-jalan. Sampai KL terus ke Kaison dulu, belikan Ica pencil case Hello Kitty yang dia kirim semalam. Kalau tak beli nanti Ica kecik hati pulak.
Lepas beli pencil case, balik rumah, ambil apa yang patut, sempat singgah di McD belikan Ica kentang goreng, lepas tu berdesup kita ke wad semula. Ica dah monyok sebab ibu sampai lambat. Ayah terus hantar nenek balik rumah sebab nenek nak tengok saudara yang baru masuk hospital sebab stroke.
Lepas maghrib, ibu mandikan Ica, tukar pakaian dan lepas tu jalan-jalan kat lobi Pusrawi.
Dah lama tak jalan-jalan ye. Muka happy dapat naik lif. Baru naik lif je.
Singgah ko-op, tak tahu nak beli apa sebab mulut teringin nak makan, tapi perut masih tak terima...kesian anak ibu nih. Finally, ibu belikan aiskrim milo.
Ok dah bukak milo cup dan buang sampahnya dalam tong. Happy sangat dah tu sebab dapat jalan-jalan macam ni. Taklah terperuk aje atas katil wad.
Makan aiskrim dengan happy, sampai habis. Alhamdulillah... Perut yang kosong sejak pagi tadi akhirnya terisi juga dengan makanan. Tapi... lepas makan aiskrim ni, Ica nak minum air. Ibu suruh minum air kosong tak nak. Nak air kotak stawberry juga. baru seteguk dua, dah muntah. Pulak...
Dah pergi cuci kaki kat toilet, tapi masih nak lepak di lobi. Sampai dah jemu baru naik wad balik. Ayah pun kebetulan sampai, bawa makanan untuk ibu. Ica pun makan sikit. Sementara ayah ada, sempatlah ibu mandi dan solat. Bila ayah dah balik, Ica pun dah siap nak tidur semula.
Lepas tu ibu siapkan assignment yang belum siap sambil Ica tengok tv. Ayah dah balik rumah masa ni.
Ahad 12-1-2014.
Ibu tak tahan sangat dengan ward-mate kita ni. Anaknya kuat menangis. Lepas tu yang jaga dia sampai 2 orang, maknya dan maktoknya. Bila siang, ramai gila visitors yang datang melawat. Dengan ayahnya, datuknya, makcik pakciknya, entah-entah jiran tetangganya pun datang. Bising bingit sampai ke malam hari. Bersembang macam kat rumah sendiri. Tak perasan kot yang diorang ni datang melawat kat wad hospital. Wad kanak-kanak pulak tu. Ica siap "syyyhhhhh syhhhh" lagi tapi dorang buat derk je. Tak privasi langsung! Ibu suruh ayah tanyakan bilik single. Tapi belum ada kekosongan. Aduhai...
Hari ni diorang dah nak discaj. yay! Nasib baik diorang ada kenduri kat kampung, kalau tak, sure lagi lama diorang berkampung kat sini (-_-)
Sengaja buat perbandingan. Ini katil mak budak yang kuat melalak tu. Bersepah penuh barang tak bersusun. Pastu komplen tempat kecik sempit. Kenapa insuran anaknya bagi bilik kecil macam ni.
Ini katil kita. Ibu yang kemaskan. Kemas tak? Kemas la kan... Ruang yang sempit, kalau kita pandai susun dan ejas sikit, Insyaallah boleh jadi selesa. Masa ni Ica tengah kat toilet.
Ica kata tak sedap badan. Lepas mandi dan minum air milo sikit, Ica tidur balik. Masa doktor cek pun Ica tidur. Doktor kata, semalam doktor ada bagitahu nenek, Ica positive Rotavirus. Terus doktor tanya, kat mana kemungkinan Ica dapat jangkitan ni. Kat rumah atau sekolah. Sebab sekarang musim Rotavirus. Minggu lepas ramai yang admitted sebab kuman ni. Ibu pun tak tahu nak kata apa, sebab ibu takde pulak nak soal siasat kat tadika tu berapa ramai lagi yang kena sakit macam Ica ni. Kalau kat rumah pulak, ayah dan ibu takde sakit perut muntah-muntah macam ni. Entahlah.
Rotavirus tu selalunya kuman yang disebarkan melalui air. Belum ada hasil kajian lagi yang menunjukkan apakah sebenarnya punca Rotavirus melainkan jangkitan kuman pada air yang digunakan untuk keguanaan harian. Boleh terjangkit dengan sentuhan, air liur dan makanan.
Kalau orang tanya, apa beza Rotavirus dengan virus lain yang menyebabkan keracunan makanan? Ibu rasa, Rotavirus lebih lama nak baik. Takde ubat khusus, tapi boleh dihentikan dengan antibiotik dan gantikan bakteria dalam perut dengan probiotik. Tapi kalau tak silap, sekarang ni semua bayi diwajibkan imunisasi rotavirus masa baru lahir atau dalam lingkungan bawah setahun. Kecuali kalau ada baby yang ibu bapanya tak mahu imunisasikan, mungkin senang jadi pembawa. Tapi, macam demam cacar jugak, walaupun dah ambil imunisasi, tapi kebarangkalian kena sakit tu lagi, memang ada. Cuma, tahap teruk atau tidak.
Untuk kes Ica ni, Dr. Ruzini hanya preskripsikan ubat untuk kembung perut, antibiotik dan probiotik, selain teruskan drip air ke dalam badan sebab Ica susah sangat nak minum air kosong. Bila dah berak elok tu, maknanya dah keluar lah jangkitan tu. Insyallah.

Bila tengok Ica tidur lena macam ni, ibu rasa kasihan sangat kat Ica.
Ibu kena buat diari macam ni untuk pantau berapa kali Ica makan dan muntah dan berak. Senang nak tengok perkembangannya.
Katil ibu yang sentiasa kemas. Ehem. Mestilah. Hehehehe. Masuk bakul.
Bila letak kucing atas Ica, Ica tidur lagi lena. Tak bergerak langsung.
Tinggallah ibu melayan perasaan.... Sambil tengok tv, dan dengar jiran sebelah bersembang penuh semangat. Adeh...
Tak lama tu ayah pun sampai dengan pesanan-pesanan yang Ica nak makan. Ica nak makan mushroom soup dengan spagetti. So ayah pun beli set bigBox PizzaHut yang ada pizza dan ciken wing sekali untuk ibu. Thanx ayah. Ayah ni memang baik sangat...
Tapi Ica makan tak seberapa. Baru suap 4-5 sudu mushroom soup tu, muntah balik...
Bila dah agak lama kemudian, ayah suapkan Ica spagetti pulak. Dapatlah 2-3 suap. Tak boleh banyak, nanti muntah balik, rugi saja.

Lepas orang sebelah dah discaj, ayah pun apa lagi, sementara belum dikemaskan oleh nurse, ayah lenjan dulu lepak-lepak.
Petang, barulah dapat bilik single yang di order tu. Orangnya dah discaj. Alhamdulillah...
Bilik single ni sebesar bilik yang share 2 orang tu tapi seorang je duduk sini. Memang luas, lapang dan banyak kemudahannya. Ada meja solek, mini almari, sofa, kerusi dan meja kopi mini, dan tv. Tapi tv ni tak best macam tv sebelah. tv sini ada channel kerajaan aje. Boring...
Belah kiri yang hijau tu mini almari. Sini meja solek siap dengan cermin sekali.
tv. kerusi. Ada frame gambar lagi, tak kisahlah walau dah buruk.
Sofa pun dah buruk tapi kukuh lagi ni. Meja kopi pun yang biasa saja.
Yang penting Ica boleh tidur dengan lena sebab belah kiri ada ayah belah kanan ada ibu. Dah macam percutian di wad hospital pulak bila satu keluarga dapat tidur sebilik :-)
Isnin 13-1-2014.
Masih drip lagi sebab Ica tak boleh makan. Makan je muntah. Tapi keadaan Ica tak selemah masa mula-mula admitted tu. Ica dah okey, cuma mungkin perutnya masih 'bertatih' terima makanan. Ibu pun tak suap Ica banyak-banyak. Cuma pujuk Ica minum banyak sikit air masak.
Kesian tangan tu...
Tidur lena... Alhamdulillah....
Nurse nak bagi ubat pun Ica takde mood sebab baru bangun tidur.
Ibu study.
Kesian Ica... nak coloring tapi tangan berbalut.
Digagahkan juga...
Siap suruh ibu lukis kartun arnab lagi tu. Fuh...berpeluh ketiak ibu lukiskan. Hihi.
Harini Ica order ayamas kat ayah. Ayah pun keluar belikan, lepas tu ayah bersiap-siap nak pergi kelas mengajinya tiap hari Isnin dan Selasa. Tapi sempat ayah balik semula ke wad. Lepas tu ayah suapkan Ica nasi dengan ayamas. Alhamdulillah dah makan 3-4 sudu nasi dan sup. Minum pun banyak. Hampir setengah gelas.
Bila doktor cek dalam pukul 11, doktor cek perut Ica, dan tanya perkembangan muntahnya, doktor kata, Ica dah boleh balik hari ini. Yay!
Dah kenyang elok-elok, tetiba Ica kena makan ubat angin dan antibiotik. Makan je ubat, terus muntah lagi. Adoyai... Teruk sangat ke rasa ubat tu Ica? Baunya sedap aje macam rasa strawberry dan laici.
Muka kena marah.
Sedih...
Haih takpelah dah takde rezeki. Agaknya tak sedap kot rasa ubat tu. Lepas ganti cadar, pakain semua, Ica minum sikit, lepas tu tidur sampai petang.
Muka merajuk lepas kena sound dengan ibu... Ibu memang suka berleter, apatah lagi kalau Ica sengaja muntahkan ubat sebab tak suka rasanya. Tak boleh macam tu... Kalau tak nak makan ubat, nanti tak jadi baik.
Sementara tunggu insurance selesai, ibu bawak Ica jalan-jalan kat koridor wad. Masuk ke bilik bacaan.
Tak tahulah apa yang menariknya kat sini sebab semua mainan dah buruk dan ada yang langsung tak boleh digunakan lagi. Mungkin dah berusia berpuluh tahun dan dipegang oleh beratus ribu kanak-kanak.
Tapi Ica jenis tak kisah. Setiap yang Ica jumpa, macam satu penemuan terbaru yang menarik hati.
Bilik bacaan tu ada kemudahan tv juga.
Ica tunjukkan benda ni kat ibu. Macam tetek ibu katanya. Cet.
Eh. Konon nak tiru gambar tu. Yang atas nampak la comel. Yang bawah ni, nampak seksi ada le.
Ini pemandangan dari atas wad kelas 1. Taman yang ta terjaga. Sayang aje. Design lanskap dan cantik, tapi langsung tak dipelihara.
Sekolah rendah tamil Jln Fletcher. Muridnya tak ramai. Masa perhimpunan Isnin, nampak sejemput saja.
Dari kejauhan, bangunan tinggi-tinggi sekitar Ampang.
Langit macam nak hujan. Yang banyak bertingkek-tingkek tu, serumpun bangunan PPR.
PPR. Kalau tak silap lah. Kat area Jelatek. Cantik PPR ni sebab cat bangunannya sentiasa diperbaharui.
Yang sana tu tak tahu kat mana. Tapi langit yang mendung tu memang menginsafkan. Kerdilnya kita dibandingkan langit yang luas.
Ok, ini lah makanan ibu semasa temankan Ica. Tapi bila ayah datang, ayah mesti bawa makanan juga. Makan yang ni saja, memang tak kenyang. Tak sedap pun. Hehe. Mihun goreng yang lembik dan yakult. Kenapa yakult? Entah.
Lunch dengan nasi beriyani. Kononnya. Tapi takde rupa pun. Memang sangat tak sedap. Adoi...
Dinner, lauk ikan goreng yang dimasukkan dalam kuah asam pedas yang tak pedas. Omaigod rasanya sangat out!
Bfast hari Ahad, nasi lemak. Sambalnya sedap, tapi sikit sangat :-D
Ini borang ordernya...
Untuk bfast.
Borang order untuk makan lunch dan dinner.
Alhamdulillah proses discaj selesai pukul 6.30petang Isnin. Elok je kita naik ke atas dari jalan-jalan di lobi dan beli makanan ringan di koperasi, ayah pun sampai. Lepas tu, ibu kemas-kemas beg, ayah submit borang di kaunter farmasi, tak lama nurse datang hantar ubat. Selepas penerangan serba ringkas, kita pun balik rumah. Alhamdulillah... tak payah tidur wad lagi.
Ica kena habiskan 3 jenis ubat sampailah tarikh follow-up dengan Dr. Ruzini yang merawat Ica tu.
Botol biru ni probiotic, ambil sekali sehari 5ml saja. Rasanya sedap bau strawberry.
Botol hitam pulak antibiotik zinnat. 10ml sekali makan, 2x sehari. Antibiotik yang ni lah yang susah Ica nak telan sebab rasanya macam haiwan sikit. Heh.
Yang ni ubat kembung/angin colic drops kalau persistent kena ambil 3x sehari 10ml. Tapi kalau tak kembung perut tak perlu.
Selasa 14-1-2014.
Sehari lepas discaj, kebetulan cuti Maulid Nabi.
Kita masih tidur lagi masa semua orang datang nak visit. Wah...
Wak Haji dan Wak Hajah dari kampung pun datang, bawa embah sekali. Wak Husna dengan Wak Jenal datang dengan Aiman. Wak Laila dengan Wak Abah pun datang juga. Kakak Seha pun sama. Alhamdulillah... semuanya nak visit Ica.
Kita terpisat-pisat bangun pukul 10 masa diorang sampai :-D
Embah dan Wak Laila.
Sempat lah ayah goreng telur dadar dan ikan masin, masak nasi. Lepas tu ayah beli lauk kat kedai lambat kat depan tu untuk jamu diorang ni lunch. Tahu diorang datang nak ziarah Ica. Tahu diorang semua dah kenyang, tapi apa salahnya jamu dengan lunch. Orang datang bawa rezeki. Alhamdulillah. Memang letih layan tetamu. Ica pun nampak lesu saja. Tapi bukan selalu.
Rabu 15-1-2014.
Sehari lepas maulid nabi, Ica masih terbawa-bawa cara tidur di wad. Tak boleh bangun pagi. Haha. So, ponteng sekolah lagi hari ini. Sampai dapat mesej daripada tadika, bertanya, bila Ica nak datang sekolah semula. Ibu pun ambik kesempatan, tanya balik, sebab Ica hanya sekolah 9 hari je bulan January ni, ada discount tak untuk yuran January? Hehe. Takde jawapan. Takpelah.
Bila dah 5 hari tak makan, semua orang kata Ica nampak susut sangat. Memang lah. Ica pun terus try gaun ni. Gaun yang ibu pakaikan masa Ica umur 2-3 tahun dulu, masih muat tapi dah singkat rupanya..
Ini gambar lama Ica pakai gaun ni. Masa ni Ica masih kecil lagi dan gaun nampak labuh.
Alhamdulillah Ica dah mula berselera nak makan. Kita bawa Ica makan kat sini sebab Ica nak makan sotong goreng telur masin.
Sempat pakai inai kat tangan sebelah saja, semalam.
Ok jom makan. Sup sayur dan cendawan dengan seafood, sayur 4 sekawan yang pedas sedap, daging masak kicap kamheong.
Dan sotong goreng telur asin kegemaran semua orang. Wahhh Alhamdulillah.
Cuma, Ica tak boleh makan banyak. Nasi tu hanya 2-3 sudu. Sotong dan cendawan pun tak seberapa. Takpelah sayang. Asalkan Ica masih boleh makan. Alhamdulillah.
Itulah dia kisah yang panjang Ica sepanjang minggu ini.

No comments:
Post a Comment