Bismillah...
Akhirnya, berjaya juga melalui hari-hari terakhir peperiksaan semester ini. Berkat izin Allah dan usaha berterusan. Berterusan ke? Haha. Alhamdulillah... Walaupun kadangkala semangat belajar tu turun naik macam air kat sungai, tapi apa yang perlu dibuat, tetap dilalui hingga kesudahannya.
Status FB lepas habis exam. Memang tak menyempat. Lepas habis je jawab, lecturer kutip kertas jawapan, terus up dalam FB. Hihihii...nak bergolek sangat dah nih. Kononnya..
Kertas terakhir exam bertajuk Marine Insurance. Masa mula-mula semester, pensyarah selalu menakut-nakutkan kami. Katanya, kalau kertas Admiralty tu susah, subjek Carriage of the Sea lagi susah. Tapi yang paling susah sekali ialah Marine Insurance. Hah sudah. Rasa macam dah salah ambil program pulak. Dah kalau semuanya susah. Boleh buat ke?
Bagi kita yang takde basic latar belakang Marin Law dan International Law ni, mestilah kecut perut jadinya. Kan. Hailah lecturer ni pun satu. Kot ye pun. Relax. Bawa bertenang. Kalau betul susah, beri lah dorongan. Baru bersemangat orang nak teruskan. Ini belum mula apa lagi dah kondem.
Subjek ni memang susah. Tapi tak sesusah carriage of the sea. Sebab subjek ni dekat dengan kita yang gunakan perkhidmatan insurance. Antara orang yang beli insurance dan syarikat insurance. Itu saja. Kalau kita dah faham pokok asasnya, ranting yang kecil-kecil tu dah tak susah. Nak pusing tonggang terbalik bagi seribu satu kemalangan pun, kita boleh come back to basic. Alhamdulillah.
Pagi exam, ayah dan Ica yang baik hati telah beri 100% dorongan dan bantuan. Ayah bangun awal pagi nak bersiap-siap. Lepas tu dia kejutkan ibu dan Ica. Ica yang tidur lewat pun tak susah bangun. Pagi ini Ica terus dihantar ke rumah nenek. Boleh sambung tidur kat sana. Pukul 6.50pagi kita dah mulakan perjalanan. Dari rumah nenek ke Shah Alam ambil masa dalam 40 minit saja. Hari Sabtu tak jem awal pagi. Sampai Seksyen 3, singgah sarapan di Khalifah. Roti telur dan nescafe tarik.
Muka cuak. Tapi tak sangatlah berbanding paper sebelum ini yang kurang persediaan tu.
Lepas sarapan, ayah pun hantar ibu ke Dewan Sri Budiman. Dah ramai yang menunggu di sana. Calon-calon Diploma, Degree dan Masters dicampurkan di sini beramai-ramai. Jadi, dengan kawan sepejabat yang dah lama tak jumpa sebab tak sekelas, macam Kak Nor, Salena, Kak Rohaida, terjumpa la di sini. Dah macam sesi beramah mesra hari raya pula :-)
Dapat je paper, lepas isi attendance dan particulars kat buku jawapan tu, terus snap gambar. Haha. Tak takut ke? Member kat sebelah dah siap susun buku teks dan buku nota untuk jawab kejap lagi. Ibu tak bawa banyak. Hanya nota dan akta. Walaupun 'open book' exam, dan boleh bawa segala benda untuk dirujuk termasuk ipad, tablet, laptop, dan kalau mahu desktop sekali (hahaha) tapi ibu tahu mesti takkan sempat punya. Nak menulis lagi, nak fikir lagi, nak olah jadi aplikasi lagi. Kalau tambah dengan masa nak selak buku, memang tak sempat. Akta ibu pun siap bertagging dan flagging ikut warna. Nak selak tag pun kadang tak sempat. Haha. Padahal 1 soalan saja pun, tapi 3 muka surat. Itu pasal lah. Habis je baca yang dibelakang, dah lupa fakta yang di depan. Nanges.
Apa pun, kali ini, kertas yang ini, ibu lebih bersedia dan jawapan mungkin lebih teratur. Selebihnya ibu letakkan tawakkal pada Allah. Kalau ada rezeki, Insyaallah dapatlah keputusan yang baik. Kalau takde rezeki pun, lulus tu dah tentu. Insyaallah. Sebab lecturer kata, datang saja, buat exam. Lulus dia guarantee. Tapi jangan minta lebih-lebih. Baiklah.
Lepas saja exam, ayah pun tiba dengan muka kering sebab menunggu dan lapar. Ayah plan nak memancing, sekali kolam memancing tu buka pukul 10 pulak. Terpaksa batalkan saja. Kalau mula pukul 10, baliknya tentu pukul 1. Keringlah ibu pulak nanti. Okey sebab kesiankan ayah yang dah kering dan nampak lapar, ibu pun belanja dia lunch di Uncle K dalam SACC Mall. Ingatkan nak makan Chicken Mendi yang murah dan sedap tu. Sekali, baru pukul 12.30, dah habis. Terpaksa makan yang lain. Namanya tak ingat, tapi nasinya sama dengan Chicken Mendi. Ayamnya saja yang masak lain.
Inilah dia. Nasi yang bukan Chicken Mendi tu. Hidangannya besar. Banyak. Kami order yang sama aje. 2 nasi dan 2 teh ais limau.
Muka kering ayah.
Muka 'basah' ibu. heheh.
Basah dengan ke-happy-an tak terhingga sebab dah habis exam.
ABC yg mahal sampai RM10.80 tapi isinya sangat simple. Kacang tanahnya boleh dikira! Oh mungkin harga ais telah mencanak naik susulan kenaikan harga minyak tempatan. hihi.
Olololo comelnya dia sedut ais yang cair tu yer...
Pastu malu. Terus buat muka seposen. Tihii
ABC tadi tu, kena keluarkan seketul besar ice-berg nya demi menikmati yang lain. Nampak tak betapa nikmatnya orang oren menghabiskan ABC tanpa ingat kat kita ni (-_-) tahu-tahu je dah licin.
Eh ingatkan ibu yang belanja ayah. Sekali ayah pulak yang bayarkan RM55. Heheheheeh.
Alhamdulillah burp! beberapa kali kekenyangan, kita balik KL dan terus ke rumah nenek. Ambil Ica untuk bawa jalan-jalan di KLFC sebagaimana janjinya. Kalau takde janji, susah sikit nak tinggalkan Ica ni. Kat KLFC Ica beli mainan Eggs yang dalamnya ada mainan kecil-kecil.
Macam ini. Tapi ini gambar dari Google, nampak senonoh sikitlah. Yang Ica beli tu, dahlah tak banyak pilihan, tak cantik pula tu. Eggs ni, Ica tahu daripada Youtube. Tak tahulah kenapa minat sangat nak beli dan tengok isi dalamnya. Bila dah buka, dah tahu apa ada dalam, bukan Ica main pun. Terus dibiarkan jadi sampah. Masuk ke tong sampah juga akhirnya (-_-)
Ini contoh mainan dalam egg toys ni. Entah apa-apa kan? Dah Ica nak jugak. Dah janji pun. Layankan aje. Kang tak bagi, meroyan pulak Mek Ica ni.
Balik dari KLFC dah maghrib. Malamnya, melepak depan TV sambil lipat kain. Biasalah surirumah kan. Kononnya nak celebrate lepas habis exam ke apa. Takde maknanya semua itu :-D








No comments:
Post a Comment