Bismillah...
Oleh kerana ini adalah Umrah pertama kita, maka ibu dan ayah telah mula buat research kecil-kecilan sejak 3-4bulan sebelum tarikh berangkat. Nasib baiklah Mak Ngah Intan dan suami banyak bagi tips. Diorang tu selalu pergi Umrah. Kali akhir ialah January 2013 diorang gunakan khidmat Wira Saujana Agency beribu pejabat di Batu Caves. Ayah dan ibu pun terjah Officenya di Batu Caves, tingkat atas Tabung Haji. Kat situ kita jumpa dan dengar taklimat serba ringkas yang diberikan oleh Cik Emi. Dia terus berikan jadual tentatif Umrah 2014 pada kita dan harga pakejnya sekali. Kita pun balik dan berfikir dulu. Yelah... Ini kan kali pertama. Kalau boleh nak hotel yang dekat dengan masjidilharam, penerbangan yang selesa, servis yang bagus dan serba serbinya yang ok pada harga berpatutan sebab nak bawa anak kecil sekali kan...
(1) Pilih Agency.
Suami Mak Ngah Intan pun cerita, masa umrah, dia ikut mutawif ni, namanya Haji Raof. Orangnya baik, rajin, dan sangat membantu. Langsung kita pun dijemput ke rumah Mak Ngah Intan untuk dengar serba sedikit 'bisnes plan' Ustaz Raof ni. Manalah tahu, kita berminat nak ikut dia. Diorang jemput sekali jiran tetangga dan rakan taulan yang berminat nak Umrah 2014 dengan Hj Raof ni. Bila dah jumpa orangnya, dah dengar ceramahnya, dah faham fizikalnya, ayah pun terus buat keputusan untuk ikut ejensi Hj Raof ni.
Pada asalnya, Hj Raof ni hanya mutawif dengan Wira Saujana. Tapi sikit demi sikit, dia mula buka ejensinya sendiri Min Hakim yang beribu pejabat di Klang. Yang membuatkan kita senang dengan Hj Raof ni ialah cara dia yang sempoi tapi dedicated sangat dengan kita. Lagipun, harga yang ditawarkannya lebih murah daripada Wira Saujana sendiri. Kalau di Wira Saujana, kita hanya ikut ajensi dan takkan kenal dengan mutawif umrah kecuali bila di Mekah nanti. Tapi kalau ikut Hj Raof ni, dia akan sentiasa bersama dengan kita sepanjang masa ibadah, dari Madinah hinggalah Mekah, dan balik ke Malaysia nanti. Paling best, Hj Raof akan datang sendiri ke rumah untuk bagi taklimat sebanyak 2 kali dan hantarkan beg dan uruskan segala keperluan dokumen. Bagus kan? Mana nak dapat agensi yang macam ini? Harga pakej pula lebih murah daripada Wira Saujana sendiri. Macam mana nak tolak peluang ni?
(2) Pilih tarikh dan syarikat penerbangan.
Pada mulanya, ibu plan nak pilih tarikh pada bulan Februari 2014 sebab tak nak terlampau rushing selepas exam. Exam kan selesai pada 20 Januari. Tapi tarikh yang ibu nak pilih tu tak kena dengan tarikh Hj Raof. Akhirnya, selepas berbincang dengan ayah, kita pun pilih tarikh 22 Januari 2014, iaitu 2 atau 4 hari selepas exam. Mudah-mudahan Allah beri kelapangan walaupun tarikhnya memang singkat. Pasal penerbangan pula, selepas dengar taklimat Cik Emi haritu, kita pilih untuk ke Madinah dulu baru ke Mekah, dengan pesawat Saudi Arabia. Kenapa?
Kalau ke Mekah dulu baru ke Madinah, kita akan melalui tempoh yang lama dan memenatkan dalam perjalanan. 8 jam dalam pesawat, dan tiba di Jeddah, beberapa jam menunggu bagasi lepas tu beberapa jam lagi dalam bas untuk ke Mekah. Dalam pakaian ihram. Tentu kurang selesa. Bila tiba di Mekah nanti kena terus ke Masjidilharam pula kan. Macam penat sangat aje.
Kalau ke Madinah dulu, dari KLIA ke Airport di Putra Muhammad bin Abdul Aziz, Madinah, selepas 8 jam dalam kapalterbang, beberapa jam tunggu bagasi, terus naik bas dalam 45 minit atau sejam ke Madinah, sampai di hotel terus boleh berehat. Kecuali tertakluk kepada jadual yang ejensi berikan.
Jadi, kita pilih ke Madinah dulu baru ke Mekah. Naik penerbangan Saudi Arabia hari Rabu. Penerbangan SAUDIA ni jadualnya hanya pada Isnin, Rabu dan Jumaat saja. Alhamdulillah. Dengan Hj Raof ni, semuanya dimudahkan. Bayar RM1000 deposit, serahkan dokumen pada dia untuk apply visa, lepas tu tunggu dia datang rumah. Memang sangat mudah. Dokumen yang dia minta ialah kad pengenalan dan sijil lahir Ica, dan surat nikah ayah dan ibu. Tapi surat nikah dan sijil lahir Ica ni ayah sendiri yang ke JPN untuk pengesahan. Juga ke Wisma Putra untuk pengesahan kad pengenalan. Yang ni ayah yang nak buat sendiri.
(3) Pelan tindakan.
Oleh kerana pada masa persediaan ni, ibu memang sibuk sangat dengan assignment dan exam yang dah hampir, jadi ibu dah buat perancangan dan senarai perkara yang perlu dibuat supaya tak ada apa yang tertinggal atau jadi last minute. Ibu masukkan perancangan untuk :
(a) Senaraikan peralatan/keperluan.
(b) Tarikh shopping.
(c) Tarikh untuk dapatkan suntikan Pneumokokus.
(d) Tarikh untuk pertimbangkan untuk suntikan hormon atau ubat pil perancang untuk tahan haid.
(e) Tarikh untuk berkemas.
Semua ini ibu masukkan dalam planner yang lengkap supaya tak tercicir satu pun. Selain itu, ibu dah siap buat monitoring tarikh akhir haid supaya boleh tentukan sama ada nak ambik hormon atau tak. Alhamdulillah sekali lagi ibu rasa sangat dimudahkan sebab haid ibu berganjak setiap bulan daripada akhir bulan ke awal bulan dan terus ke tengah bulan. Bermakna, pada tarikh ibu nak berangkat, ibu dah pun selesai haid. Jadi ibu tak perlu ambil hormon pun. Yay! Alhamdulillah...
Ibu buat senarai barangan yang perlu dibawa macam ini.
(A) Ayah.
- Kain ihram 2 pasang (sebab nak buat umrah lebih sekali, jadi perlu ada 2 pasang untuk hantar dobi)
- Tshirt biasa dan baju kurta (jubah sekerat) - 5-6 helai. Ayah tak suka pakai jubah. Maafkanlah dia sebab tak ikut sunnah dalam hal ini :-)
- Pakaian dalam secukupnya.
- Seluar kungfu/sukan ~ jenis yang lebar dan senang bergerak - 2 helai.
- Kain pelikat - 1helai.
- Kopiah - 2.
(B) Ibu.
- Telekung tanpa kain - 3.
- Tudung labuh (dan anak tudung) - 3.
- Baju separa jubah (sebab ibu pun tak suka pakai jubah juga, hehe) - 2.
- Blouse - 2.
- T-shirt biasa - 2.
- Seluar kungfu - 1.
- Skirt lebar - 3.
- Pakaian dalam secukupnya. Ibu bawa 5 pasang dan kerap cuci sendiri semasa di Mekah.
- Setokin secukupnya. Silap ibu hanya bawa 3 pasang sebab tak cukup. Tapi beli lagi di Mekah.
(C) Ica.
- Baju pasang - may be dalam 7-10 pasang. Memang banyak sebab takut kalau Ica muntah dalam bas atau dalam flight.
- Baju sejuk untuk kegunaan dalam flight/bas dan kalau di Madinah cuaca tengah sejuk.
- Seluar dalam secukupnya.
- Tudung - 3.
- Telekung -1.
- Buku tulis/contengan, pensil warna, crayon, pensil tulis, buku cerita, buku mengaji, etc.
- Mesin nebulizer yang berat tu...
- Ubat-ubat termasuk cool-fever.
- Losen, minyak bayi, mandian.
(D) Yang Am.
- Toiletries (optional kalau boleh gunakan yang hotel punya, tapi di Mekah hanya disediakan yang asas saja, iaitu sabun) ibu bawa syampu, berus & ubat gigi, pencuci muka dan bedak.
- Ketip kuku, gunting.
- Tali untuk jemur pakaian. Tapi ibu bawa hanger dan penyepit. Memang sangat berguna. Siap tak bawa balik sebab beg tak muat masa balik :-)
- Benang dan jarum jahit (kot kalau ada yang terkoyak masa tu)
- Beg kecil untuk isi selipar masa ke masjid - 2.
- Selipar extra untuk ayah dan ibu.
- Ubat demam dan sakit perut. Minyak angin dan counterpain untuk lenguh-lenguh badan.
- Buku panduan.
- Alquran yang mudah dibawa.
- Sejadah kecil - 2.
- Wet tissue - 1 pek.
Masa mengemas, ibu labelkan setiap barangan dan masukkan dalam plastik kecik macam ini supaya senang nak cari.
Contohnya plastik ni untuk isi gunting(untuk tahallul sangat penting), ketip kuku, benang dan jarum, pisau lipat dan pisau cukur. Ini masuk dalam beg cargo.
Untuk dalam flight, memang ibu sediakan mini-kit dalam handbeg. Isinya cuma panadol, minyak cap kapak, inhaler untuk hidung tersumbat, counterpain kecil untuk sakit otot dan lipgloss. Lipgloss sangat penting sebab lama dalam flight dan bas menyebabkan bibir pecah-pecah. Ibu beli yang mentholatum dan takde bau dan warna. Hanya rasa nyaman. Lega sikit bibir yang pecah ni. Jadi pecah bibir sebab kurang minum dan cuaca kering panas. Nak minum banyak risau asyik kencing dan susah nak perbaharui air wudhuk. Nak kencing pun payah juga.
Cool fever, panadol actifast & soluble dengan pil chi kit teck oun ni memang penting sangat. Nakkan serapan ubat yang bagus, kenalah ada vita C ni. Redoxon paling murah kot :-) Ini masuk cargo.
Dalam beg bimbit ibu buat senarai macam ini supaya tak lupa apa isi kandungan beg. Dalam beg cargo pun sama. Sorry dengan perkataan 'spenda' tu. Hahahah. Tak sensor langsung. Ape lah ibu nih.
(4) Persediaan mental dan fizikal.
Secara psikologinya, ibu memang sangat bersedia nak ke sana. Tapi jangan over-confident pulak. Tak baik tu. Biar bersederhana.
Persediaan yang ibu maksudkan ni ialah belajar redha dan berlapang dada dengan apa yang berlaku. Sebab kita tak tahu apa yang kita sedang tuju di negara orang tu. Tanah suci pulak lagi. Kena baiki niat dengan betul, merendah diri dan banyakkan sabar. Minta pada Allah yang baik-baik saja untuk kita. Insyaallah.
Persediaan fizikal pula mestilah tentang usaha memperbanyakkan ibadah. Solat, mengaji, bangun malam dan sebagainya. Tapi ibu memang gagal bab ni. Sebab masa exam, jadual tidur pun dah lari. Huru hara hidup. Apatah lagi nak bangun malam untuk qiamullail. Ini memang ibu tak berjaya lakukan :'-(
Lagi satu, nak kena kekal fit sebab kat Mekah nanti nak jalan jauh dan bergasak dengan orang Arab untuk rebut tempat solat :-) Sepatutnya 2 bulan sebelum ke sana, kita dah start buat senaman. Berjalan selalu, regangkan otot dan urat saraf semua.Yelah untuk ketahanan diri juga. Yang ni pun ibu gagal juga :'-( sebab asyik bangun lewat. Cuma ibu amalkan Shaklee. Walaupun tak begitu membantu.
Persediaan fizikal ibu memang gagal. Jadi, tak payah nak merungut bila badan sakit-sakit ya... Cuma berdoa yang banyak sajalah mudah-mudahan Allah beri keringanan pada kita. Ameen..
Persediaan kemahiran ibadah pula, Hj Raof datang rumah 2 kali untuk taklimat dan ajar kita tentang umrah ni. Baik betul Hj Raof datang dari Klang ke KL. Alhamdulillah. Dia siap ajar cara pakai ihram kat ayah.
(5) Persediaan doa dari keluarga.
Restu orang tua tu sangat penting. Duit belanja pun tak kurang pentingnya. Ahak! Syukur Alhamdulillah sangat sebab Mak Ngah Intan sudi menaja tambang Ica sepenuhnya dan separuh tambang ayah dan ibu. Manakala nenek pula bermurah hati bagi kita duit belanja yang banyak. Alhamdulillah. Memang tak disangka-sangka begini murah rezeki orang nak berumrah kali pertama ya.
Ayah yang sangat bersyukur pada Allah dengan rezeki yang banyak sangat ni telah belanjakan sikit duitnya untuk makan-makan keluarga 2-3 hari sebelum kita berangkat. Tak buat dirumah sebab ayah kesiankan ibu penat nanti nak kemas rumah dan sebagainya, sebab ibu baru je habis exam dan dalam proses nak kemas beg. Ayah memang baik. Ayah belanja kita semua makan di Restoran Chinese Moslim Sharin Low di Ampang. Alhamdulillah. Niat ayah yang selama ini asyik disebut, akhirnya terlaksana dengan mudahnya. Hari Sabtu ibu exam, Ahad malam ayah belanja makan. Semua yang dijemput kebetulan lapang. Hebatnya perancangan Allah.
Ini kita. Yang happy dan sangat bersyukur. Alhamdulillah....
Dari kanan Mak Ngah Intan, suaminya Cik Zul, Baby Nufa dan maid.
Belakang ibu tu kakak Seha.
Kakak Nadia dengan Numa.
Belah sini family ayah. Belah sana family ibu. A perfect combination.
Tudung biru ni Wak Laila. Tudung Merah tu isteri Abg Epi yang sebelahnya tu, dan Kak Fira dan Abang Syamir yang baju hitam. Yang tudung merah grey ni Wak Husna, dengan Aiman dan Wak Jenal.
Abang Epi dan isterinya dan anak mereka, Arissa Sofia.
Wak Laila, Wak Matsah dan Abg Suhaib.
Menu makan malam ni ialah nasi putih berlaukkan kegemaran kita semua iaitu sup tahu, sotong telur masin, udang butter, lemon chicken, daging black pepper, kacang panjang telur asin dan tauhu teur asin. Minumannya sirap soda dan teh cina. Dessertnya pencake dua rasa. Semuanya sedap sangat. Alhamdulillah semua orang kenyang. Dapatlah berkumpul dengan keluarga sebelum pergi jauh. Sempatlah dibacakan doa selamat sebelum makan tu, untuk kita ni. Mudah-mudahan doa mereka selalu dengan kita. Insyaallah...





No comments:
Post a Comment