Feb 7, 2014

Umrah 2014 ~ Perjalanan yang panjang dan Madinah yang menawan.

Bismillah..
Hari yang dinantikan pun menjelma. Syukur sangat... 22 Januari 2014, pukul 9 pagi kita dah bersiap-siap untuk memulakan perjalanan dengan ibadah berikut.

(1) Mandi sunat musafir. Mandi biasa yang dimulakan dengan niatnya.
(2) Solat sunat musafir. Solat sunat 2 rakaat yang dibacakan surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas disambung dengan doa mohon Allah permudahkan perjalanan ini.
(3) Solat sunat taubah. Solat sunat 2 rakaat sama surahnya seperti di atas, tetapi diiringi dengan doa mohon pengampunan Ilahi.
(4) Pakai kemas dan wangi. Wangi yang tak keterlauanlah. Asalkan jangan bau busuk sudah... Ingat. Perjalanan ni lama dan jauh. Daripada bau tengik dan menyusahkan orang lain, lebih baik bau wangi/segar :-)

Alhamdulillah nenek dan Pak Long temankan kita ke KLIA. Tapi kita naik Nissan Serena kawan ayah yang namanya Che' tu. Nenek bawa makanan untuk kita sarapan dan kalau nak bawa bekal. Tapi ayah tak mahu bawa. Jadi, kita makan saja cekodok cicah sambal tu sambil bersiap. Pak Long siap bercuti untuk kita. Alhamdulillah. Pukul 10.40pagi bertolak dari rumah  ke KLIA.
 Muka bahagia dan berdebar rasanya....
 Dah sampai KLIA. Tengok la beg kami tu. Besar gila. 47kg. Isi pakaian 10 hari untuk 3 orang. Alhamdulillah.
Sampai KLIA pukul 12. Pergi makan di Secret Recipe dulu. Dalam pukul 1 ada taklimat ringkas oleh kru SAUDIA Mesia. Pukul 2 terus solat. Pukul 3 dah masuk dalam kapal terbang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Penerbangan direct KLIA Madinah, tapi singgah transit di Riyadh dalam sejam untuk service dan tukar kru & penumpang.
Happy faces. Alhamdulillah. Syukur kerana Allah memakbulkan doa kita untuk menjadi tetamu Rasulullah dan tetamu Allah. Syukur juga sebab untuk penerbangan pergi ini, kita dapat seat satu row, tepi tingkap pula tu, thanx to kawan ayah yang kerja kat KLIA ni. Alhamdulillah.
Ica pun nampak happy...
 Kita bertiga...
Kelebihan SAUDIA berbanding  AirAsia X, kalau ikutkan testimoni orang lain, ialah ruang duduknya yang lebih lebar dan selesa. Ibu tak tahulah betul ke tak, sebab tak pernah naik AirAsiaX lagi :-) tapi SAUDIA ni oklah. Cuma ibu tak pandai nak adjust seat tu, jadi duduk tegak saja sepanjang perjalanan, lenguh jugalah.
 Berebut dengan ibu nak duduk tepi tingkap sebab nak tengok bawah.
 Kan Ica?
 Nasib baik ada tv kecik ni. Taklah bosan sangat duduk lama sampai 8 jam...
Yang bagus tentang video yang ada dalam mini-tv ni ialah semua mobie dah diedit dengan baik. Mana-mana part yang 18SX dah dibuang. Part-part yang orang pakai seksi pun dah disensor. Jadi, orang boleh menonton dengan tenang dan tak leka sangat. Hihi.
 Ica dah bukak tudung pun... Kejap aje jadi warak.
 Pramugari SAUDIA ni tak friendly. Tak senyum. Cakap pun tak selembut pramugari MAS/Air Asia dengan kita. Takpelah...
 Eh eh ayah ni kenapa happy sangat nie? Amboi dia...
 Kejap kejap tengok luar tingkap sebab nak tau sama ada dah sampai atau belum..
Kejap-kejap layan video katun...
 Ayah dan ibu makan spageti daging.
 Ica punya nasi dengan ikan masak lemak.
 Ica cuba untuk tidur...
Dan terlena juga... Tapi sekejap sangat.. dalam 20 minit macam tu. Kenapa kita susah nak tidur ni ya?
 Masa lalu atas lautan, pemandangan bosan sangat..
 Ni kebetulan nampak daratan, barulah cantik...
 Awan macam buih sabun..

 Kawasan pergunungan kat India...
 Cantik kan..
 Subhanallah...
 Masih di atas India yang sangat luas..
 Ica tak dapat tidur. Bosan dengan video kartun. Main ipad pula.
Bibir dah mula merekah dan pecah-pecah sebab lama kena aircond dalam flight. Nasib baik ada lipgloss.
 Asyik refer benda ni sebab rasa macam lama sangat nak sampai dan mata tak boleh lena...
 Ok Ica dah bosan dengan ipad. Melukis pula...
 Menulis pula...
 Ok video semula..
 Layan spongebob...
Dah sampai sini. Tanah arab.
 Tanah Arab dari atas. Putih dek padang pasir yang luas dan tandus.
 Bercabang-cabang.
 Bertompok-tompok macam kiambang.
 Makan lagi. Nasi dengan ayam.
 Sampai di Riyadh. Transit sejam sebelum terbang semula. Pemandangan malam di kota Riyadh.
Alhamdulillah sampai di Madinah. Lapangan Terbang Prince Muhammad. Pukul 9.15mlm tunggu nak lepasi imigresen yang lembap dan kurang staff. Penat dan bosan menunggu. Memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mulut tak henti dengan tasbih dan tahmid. Mohon Tuhan berikan kesabaran yang kental. Tapi ibu lebih risaukan Ica. Sebab Ica dah lebih 12 jam tak berehat dan nafas dah turun naik macam lelah. 

Turun daripada kapal terbang, terus naik bas ke imigresen tadi. Selepas melepasi Imigresen yang lama, tunggu bagasi pula. Ambil bagasi, dan cari money-changer pula. Tapi orang terlalu ramai di kaunter Money-Changer yang dalam airport. Batalkan saja niat, dan mula naik bas untuk ke Madinah. 

Di sini, kita disambut oleh ustaz Suhaimi, orang Banjarmasin Indonesia yang dah lama jadi ejen kepada Wira Saujana dalam menguruskan kedatangan tetamu Rasulullah. Beliaulah yang jadi tour-guide kita dan segala apa pertanyaan boleh ditujukan padanya. Very friendly and helpful.
Bandar Madinah dari jauh.

Dalam bas kita ikut ustaz ni baca doa :
(1) Doa naik kenderaan.
(2) Berselawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
(3) Ketika sampai ke Madinah, membaca doa dan mengucapkan salam ke atas Nabi Muhammad.

Diceritakan bahawa Imam Malik r.a. yang datang ke Madinah tidak sanggup memakai kasut untuk memijak bumi yang menyemadikan Nabi Muhammad. Beliau sanggup tidak berkasut dan hanya membuang air seminggu sekali di luar Madinah. Begitu ketinggian hormatnya pada bandar Nabi ini. Bagi kita pula, tentu susahlah nak buat macam ni kan. So, yang paling boleh dilakukan ialah, menjaga tatasusila perbuatan dan perkataan kita semasa di Madinah. Jangan buang sampah merata tempat dan menyabari sikap warga Madinah.

Nabi s.a.w penah bersabda, antara yang mendapat syafaat Baginda selain mati di Madinah, ialah orang yang bersabar dengan sikap orang arab di Madinah. Jadi, faham-faham sajalah ya.
Tunggu dapat kunci bilik. Ica dah terlelap.
Pukul 11.10 malam baru sampai ke hotel kita Movenpick. Terletak dalam 50 meter daripada Masjid Nabawi. Alhamdulillah.
Madinah ni memang bandar yang membangun dengan pesat. Movenpick dari belakangnya nampak tersepit ditengah-tengah bangunan lain yang tinggi-tinggi. Ini pemandangan waktu siang, bukan pada hari kita baru sampai tadi.
Movenpick dari pintu depannya. Di sebelah kanan ialah lorong ke Masjid Nabawi. Di dalam bangunan Movenpick ni, tingkat bawahnya ada pasaraya BinDawood yang famous tu. Tempat beli belah besar yang mengandungi bermacam-macam gerai jualan barang. Nanti kita tengok apa ada situ.
Bas-bas pelawat dan kereta besar-besar akan parkir di depan pintu hotel.
Sesampai di hotel, Ica kena ambik gas dulu. Lepas tu makan ubat. Mandi dan tidur. Sekejap saja Ica dah pun hilang dalam selimut tebal hotel yang nyaman...
Bersepah sangat tapi memang tak sempat nak mengemas. Bilik hotelnya sederhana besar. Ada ruang pantri dan toilet yang selesa, kecuali lantainya yang asyik menakung air. Tak terasa asing langsung tidur kat sini. Mungkin sebab terlalu letih.
 Selfie di depan cermin hotel.
 TV yang besar ni tak ditonton pun sebab memang tak sempat. Ah tapi bukan ada siaran yang kita faham. Semua rancangan tv yang ada kat hotel ni dah translit ke bahasa arab.
 Lensa hp ayah merakamkan Masjid Nabawi jam 3 pagi. Cantik.
Ayah selfie di Masjid Nabawi.
Ibu selfi dalam bilik hotel dengan muka sembab sebab bangun awal sangat.

Pukul 11.30 mlm naik hotel. Pukul 3 pagi Hj Raof kejut dengan panggilan telefon untuk sama-sama mengerjakan ibadah qiamullail. Baik kan dia? Sampai telefon ke bilik hotel. Sekali ni saja Hj Raof guide kita semua supaya lepas ni pandai-pandailah buat sendiri. 

Oleh kerana Ica tidur dengan culas, takkanlah nak kejutkan dia. Jadi, ayah seorang saja yang bangun dan ke Masjid Nabawi. Ibu temankan Ica tidur. Tapi ibu tak tidur pun. Ibu mandi dan bersiap-siap macam ayah juga cuma ibu tak ke masjid lah. Solat malam di bilik saja. Alhamdulillah boleh bangun malam. Kalau di KL nak bangun kencing pun susah, kat sini memang keinginan nak solat malam tu, macam ringan saja. 

Sambil sesekali ibu memantau Ica yang kerap terjaga sebab batuk dan lelah. Kesian Ica. 2 kali ibu bagi nebulizer untuk tenangkan tidurnya. Pukul 4.30 pagi sekali, pukul 6 pagi sekali. Tak dapat nak jarakkan 4 jam pun sebab nafasnya terlalu sempit. Pukul 7 pagi dah bersiap-siap pula nak turun sarapan sebab hari ini ada ziarah luar.

Jujurnya memang tak ingat langsung tarikh, hari dan masa kalau di KL. Sampai saja di aorport Madinah, terus tukar waktu ke waktu Madinah (Saudi). Waktu Malaysia kan cepat 5 jam daripada Saudi. Jadi, badan memang letih sangat sebab tak boleh nak adjust lagi dengan waktu Saudi. Kalau baring je kat bantal, mesti terlena.

Pukul 7.30 pagi dah turun ke lobi untuk lawatan. Sarapan pun laju-laju saja sebab ayah tak nak kita tertinggal dengan jemaah. Ica pula memang nampak tak sihat sangat sebab tak cukup tidur dan ubat lelah mula efektif. Tapi doa dalam hati dan dimulut memang tak pernah lekang, minta pada Allah supaya Ica ok dan bertahan sampai habis umrah.
Ini jam dinding di lobi hotel. Kena ambil gambar waktu solat supaya senang nanti. Memang sangat berguna gambar ni walaupun kat masjid memang ada jam yang sama. 
Begitu pun teruknya lelah, Ica tetap nampak happy-go-lucky sangat. Asyik main dan terlompat sana sini. Kenapa Ica pakai baju sejuk tu? Sebab cuaca Madinah masih sejuk lagi, dalam 17-19 degree. Nyaman lah. Tak sejuk sangat. Tapi tak juga panas. Dalam lobi ni sejuk. Kat luar hotel nyaman. Plus minus asap rokok dan debu kota, masih selesa lagi pada kita.

Kekurangan yang paling ibu tak suka tentang jemaah kita, ialah tak menghormati masa. Hj Raof kata tunggu di lobi pukul 7.30 pagi, selepas sarapan, tapi selepas sarapan tadi, ada yang masih naik ke bilik lagi. Disebabkan beberapa kerat yang suka berlengah, yang lain kena menunggu lama. Pukul 8.30 pagi baru kita semua naik bas. Apa yang ibu malas sangat pasal menunggu ni, ialah kesejukan di lobi membuatkan kita nak terkencing selalu. Walaupun ibu jaga minum, tak nak terkencing sebab leceh nak kena buka stokin semua masa nak perbaharui wudhuk, tapi kalau asyik menunggu, lambat laun mesti rasa tu ada juga. Tahankan sajalah. Sambil berdoa semoga dipermudahkan urusan ini.
Lawatan hari pertama, ke Masjid Quba. Naik bas dari Movenpick ke sini dalam 30 minit. Ica sempat tertidur. Bila bangun Ica jadi moody sangat. Kesan ubat batuk dan ubat lelah tadi. Turun dari bas, ayah dan ibu berpecah. Ayah ke tempat lelaki. Ibu dan Ica  berjihad ke tempat perempuan yang sempit dan terlalu ramai orang.

Solat sunat di Masjid Quba. Sejarahnya, nabi pernah bersabda, barangsiapa yang berwudhuk dan menunaikan solat 2 rakaat di sini, pahalanya menyamai orang yang berumrah. Subhanallah. Dulukala, Rasulullah akan ke mesjid ini pada hari Sabtu. Jadi, Ustaz kata, kalau hari Sabtu memang akan ada ramai yang datang solat si sini. Subhanallah. Ini yang bukan Sabtu pun dah memang ramai orang, apatah lagi kalau hari Sabtu?

Orang terlalu ramai. Ibu lupa bawa plastik kasut. Bawa masuk kasut dan Ica tolong pelukkan kasut. Orang yang ramai sangat tadi sampai tak nampak Ica. Kesian kaki Ica dipijak orang, nasib baik tak apa-apa. Ibu solat pun tak khusyuk. Ingatkan nak solat dhuha sekali. Tapi tak sempat. Ibu kesiankan Ica. Laju-laju ibu selesaikan solat. Tanpa doa panjang pun. Terus bangun dan tarik Ica keluar mesjid.
Nak merakamkan kenangan di sini. Tapi Ica jadi marah-marah. Tak selesa dengan keadaan sesak dan dia sendiri moody. Cari ayah tak nampak. Kebetulan ada pasar di sepanjang kakilima ke mesjid. Ica nak shopping, tapi ibu tak bawa duit. Ayah pun tak nampak batang hidung. Ica jadi baran sebab tak dapat nak shopping ;'-(
 ...dan menangis tak nak digambar dengan mesjid Quba. Subhanallah. Ibu tahan sabar. Bila sampai di stesyen bas berhenti, ibu lupa pula bas yang mana yang kita naik tadi. Terus menunggu di tepi jalan. Ayah tetap hilang tak nampak bayang. Lamanya ayah solat. Susah kalau macam ni. Tak ada telefon nak call.  Tunggu dalam sepuluh hingga 15 minit di tepi jalan, hingga dihampiri pengemis lelaki minta duit, apa yang ibu boleh jawab ialah "la ma fi" (sorry I dont have any), akhirnya ibu ajak Ica bangun dan jalan untuk survey bas yang ada. Bas bukan satu atau dua, malah berbelas yang parking dekat tepi mesjid Quba. Alhamdulillah. Jumpa pun dengan bas kita tu.

Oh ya, dalam bas ni, kita ada Ustaz yang lain pula yang menjadi tour guide, Ustaz Ashraf, kalau tak silap namanya. Dia ni student Universiti Madinah tahun pertama. Sangat bagus. Sangat warak dan sangat tajam ingatannya dengan sejarah Islam.

Ustaz ni cerita, Madinah dulu ialah bandar yang ada awan hitam diatasnya. Maknanya, bandar berpenyakit dan tak ada pedagang yang sudi singgah di sini. Sehinggalah Nabi s.a.w membersihkan bandar ni yang asalnya bernama Yathrib dan meniup keluar awan hitam tadi, hingga Madinah menjadi sebuah bandar yang bukan saja masyhur tapi resourceful. Manakan tidak, Madinah ni bukan tempat bercucuk tanam buah-buahan, tapi segala jenis buah ada dijual disini. Contohnya pisang, anggur, limau, etc. Menarik kan.
Bas berhenti di satu kawasan tanah lapang yang dikelilingi oleh Bukit Terbakar. Gambar ini ibu menunjuk ke kawasan bukit yang hangus tu.
Ini tak menunjukkan ke arah mana-mana tempat bersejarah. Hanya ambil gambar kenangan saja. Hihi.
Gambar pintu masuk ke ladang kurma, ada mural baru siap sehari sebelum kami datang.

Tempat kedua lawatan hari ini ialah ladang kurma. Ada kedai menjual kurma dan kacang-kacang kat sini. Ustaz kata, makan la sebanyak mana pun secara percuma. Akan mula dicaj bila dibungkus dan ditimbang. Menarik!

Sejarahnya, Nabi s.a.w diwahyukan oleh Allah untuk menanam sendiri 300 pokok kurma di ladang ini. Ada seorang sahabat yang curi-curi tanam satu pokok sebab beliau kecian tengok Nabi s.a.w menanam dengan tangannya sendiri. Tapi pokok yang dicuri-curi tanam ni tadi layu dan mati. Hinggalah Nabi s.a.w menggantikan dengan pokok baru yang kemudiannya hidup subur seperti yang lain.
 Ibu dengan mural pintu masuk. Di lukis oleh pekerja ladang ini. Dulukala ladang ni terletak dalam perkampungan orang Yahudi, tapi kerajaan Arab Saudi dah pindahkan diorang ke kawasan lain.
 Bergambar sambil beratur minum teh o panas percuma kat sini.
Semua orang ambil peluang minum teh sambil menikmati pemandangan ladang kurma yang nampak segar-segar ni. Pokok kurma hanya mengeluarkan buah sekali dalam setahun. Dalam bulan Julai hingga September setiap tahun, sebab bulan-bulan ini bulan paling panas di Madinah.
 Ica dah ok sikit masa ni, taklah moody sangat. Lagipun dapat minum teh o percuma, suka lah dia.
Pokok kurma yang segar dan cantik. Eh cantiknya macam kelapa sawit pulak.
Eh Ustaz Ashraf ni ada dalam selfie ibu. Siap sengih lagi tu. Ahak!
Keadaan dalam gudang/pasar kurmanya pula sangat havoc... Contohnya penjual ni, tengah entertain sorang makcik dari Indon ni.
...Makcik ni beli banyak sangat kot, sampai tersengih gembira penjual ni dibuatnya. Haha.
Kat dalam ni lah kalau nak rasa kurma sampai kenyang pun boleh. Ustaz kata, ramai yang 'rasa' sampai sekilo tapi beli setengah kilo saja. haha.. Ada berjenis-jenis kurma kat sini. Yang ada badam, yang ada coklat, yang dicmapur kekacang, sebut saja, semua ada, semuanya fresh dan sedap.
Coklat pun ada... Ica merasa beberapa jenis coklat. Macam best aje, rasa sikit, tak berkenan, pass kat ibu :-(
Berjenis-jenis kacang yang dah siap dipek dan ditanda harga. Murahlah kalau dibandingkan di KL atau di Thailand :-) dan memang rasanya fresh. Tak lemau.
Orang memang ramai sangat, tapi sempat ambik gambar kat tengah-tengah nie. Hihi.

Kita kan belum ada duit Saudi lagi masa ini. Tapi sebab gudang ni terima RM, so, ayah pun beli lah beberapa jenis kekacang dan coklat untuk buah tangan kita balik hotel nanti...
Ok, Ica dah penat berebut kat dalam gudang, terus naik bas. Rehat atas bas lah.

Ayah pula dengan hasil tangkapannya tadi.
Ayah nak geng dengan Ustaz lah tu...
Gambar beberapa buah bas yang parking kats ini masa ini. Kalau ambil gambar panoramic, lagi banyak bas boleh masuk. Heh.
Hehe.
Dalam perjalanan, sambil menuju ke tempat seterusnya, Ustaz bercerita mengenai Madinah dan sejarahnya. Memang best kalau tak perlu membaca. Dengar saja. Ustaz pulak bercerita dengan penuh perasaan. Memang menusuk ke dalam hati. Ustaz bercerita tentang Bilal bin Rabah yang asalnya ialah hamba sahaya yang masuk Islam. Tuannya marah padanya hingga dijemurnya Bilal di tengah panas terik cuaca Madinah, dan diletakkan batu besar di atas dadanya. Terik panas Madinah ni, boleh cecah 45 degree. Bolehlah dibayangkan. Dengan kesengsaraan panas dan sukar bernafas, beliau terus mengungkapkan "Ahad! Ahad!" bermakna Allah yang Esa. Hinggalah beliau dibebaskan oleh sahabat Nabi s.a.w dan dimerdekakan. Beliau menjadi Bilal yang terkenal. 

Tapi bila Nabi s.a.w wafat, beliau meninggalkan Madinah dan berhijrah. Selepas begitu lama, beliau kembali ke Madinah, dan semua orang request untuk dengar azan daripadanya. Mulanya beliau tak mahu kerana bila mengalunkan azan, beliau jadi rindu dengan Nabi s.a.w dan sedih. Tapi akhirnya, beliau memenuhi permintaan. Bila azan dilaungkannya, maka seluruh Madinah datang bertanya, adakah Nabi s.a.w hidup semula, sebab Bilal azan, mengembalikan kenangan mereka pada Rasulullah :'-(

Pernah Jibril turun ke bumi dan bertanya pada Nabi s.a.w, tak solat subuh ke? Sebab malaikat dilangit tak dengar azan oleh Bilal. Betapa hebatnya laungan azan Bilal. Beliau azan untuk seluruh alam, hingga malaikat pun ternanti-nantikan laungan azannya. Subhanallah.

Dari jauh, dah nampak Bukit Uhud. Bukit yang diangkat ke syurga oleh Allah. Bukit yang terlalu cintakan Nabi s.a.w hingga terukir nama Muhammad yang bercahaya di atasnya.
Bukit Uhud ni lebar. Kalau tak silap 3km unjurannya. Kat sinilah berlakunya peperangan di antara kafir Quraisy dan tentera Nabi s.a.w yang banyak mengorbankan sahabat-sahabat Nabi s.a.w termasuk Saidina Hamzah r.a, ayah saudara dan saudara susuan Baginda. Nabi s.a.w sendiri mengalami luka-luka agak teruk dalam peperangan ini dan disangkakan telah mati kerana Baginda terjerlus ke dalam sebuah lubang dan hilang dari pandangan. 
Ica di sebelah Ustaz, yang sedang beri ceramah pendek tentang sejarah peperangan Uhud tu.
Dibelakang kami ialah pusara syuhada' perang Uhud yang dipagari. Di tempat kami berdiri ni, Ustaz cuba visualized kan bagaimana peperangan berlaku. Nabi s.a.w menempatkan skuad memanah di atas bukit untuk menyerang dari atas. Sementara yang di bawah berlawan dengan musuh yang datang. Selepas peperangan tamat dan musuh cabut lari, skuad memanah dari atas telah turun ke bawah untuk mengutip rampasan perang, dan pada ketika itulah musuh rupanya datang menyerang semula dan mengorbankan sahabat-sahabat nabi s.a.w. 
Ayah curi-curi snap gambar kat dalam tempat yang berpagar ini. Lapang dan kosong. Tapi luas tanahnya. tempat bersemadi para syuhada perang Uhud. Sobs... :'-(
Banyak pengajaran daripada kisah perang Uhud ini. Di mana kekuatan iman para sahabat dan kecintaan mereka terhadap Nabi s.a.w tiada bertepian. Nyawa jadi korban. Hanya syahid yang didambakan, demi tertegaknya Islam. Sedangkan kita pada hari ini?
Mengabadikan kenangan di Bukit Uhud.
Bukit Uhud dari kejauhan. Nampak tegap terbentuk cantik.
Dari Bukit Uhud, kita naik bas untuk kembali ke Madinah. Oleh sebab bas tersalah lorong, dia telah melalui laluan sebenar para pejuang peperangan Bukit Uhud ni. Subhanallah. Ustaz kata, memang inilah kali pertama macam ini berlaku kepada rombongan jemaah dibawah seliaannya. Mungkin rezeki jemaah kita. Alhamdulillah. Jauh juga laluan daripada Madinah ke Bukit Uhud yang dilalui para syuhada ni. Patutlah dalam ceritanya, sepanjang perjalanan daripada Madinah ke Bukit Uhud, sebahagian tentera Islam telah menarik diri kerana dihasut oleh musuh Islam yang munafiq. Memang sempat kalau nak menghasut sebab perjalanan yang jauh.

Ok dalam bas ni juga kita hanya lalu kawasan Masjid Qiblatain dan Masjid 7. Huih nasib baik tak singgah. Sebab apa, ibu nak terkencing sangat dan dah letih setengah hari dalam lawatan. Walaupun seronok. Memang tak disangkal. Tapi pelawat yang ramai, suasana yang havoc dan macam-macam karenah orang buat kita rasa letih. Syukurlah tak perlu turun lagi :-) lagipun kita nak cepat balik ke madinah untuk solat Zuhur.

Masjid Qiblatain ini sejarahnya dahulu umat Islam solat menghadap ke Masjidil Aqsa sehinggalah turunnya perintah Allah kepada Nabi s.a.w ketika solat Zuhur 2 rakaat yang pertama, supaya berpindah qiblat ke MasjidilHaram di Mekah. Jadi 2 rakat berikutnya Nabi s.a.w mengimamkan jemaahnya ke qiblat yang baru. Sementara Masjid 7 pula ialah tempat berlakunya perang Khandaq dan asalnya ialah tempat ibadah Nabi s.a.w sebanyak 7 tempat kecil yang kemudiannya dimasyhurkan menjadi mesjid.
Pemandangan Masjid Nabawi waktu siang. Ini baru dipintu masuknya. Orang terlalu ramai. Nak pula masa ni dah pukul 12, masuk Zuhur dalam 12.20pm macam tu. Dah dikira lewatlah kalau nakmasuk dalam masjid. Tapi ibu nak jugak masuk dalam Masjid, nak merasai pengalamannya. Kesian kat Ica lah. Dahlah kecil, terhimpit sana sini. Sorry ya. Ini baru perjuangan kecil-kecilan. Harus tabah.
Di dalam kawasan luar masjid, tapi dikira kawasan masjid juga. Ayah bawa uncang kasut. Ibu bawa plastik saja. Untuk mengelakkan tersesat, ibu pastikan ada 'port' biasa untuk tunggu ayah dan sepanjang jalan, memang akan tengok kiri dan kanan untuk bagi biasa mata ni. Maklumlah, ibu ni kan selalunya cepat lupa jalan.
Ok ayah tunjukkan pintu 7b, ada kiri dan kanan. Pintu ni adalah pintu ke bawah tanah, menuju ke toilet dan parking bays. Kita akan selalu tunggu kat sini lepas solat. Macam tu janjinya.

Usai solat, ayah bawa kita cari Money Changer di sekitar luar pagar masjid. Kebetulan ada pasar macam pasar malam tapi start lepas Zohor, habis sebelum Maghrib. Orang memang ramai gila. Subhanallah.
Dia macam bangunan KLCC, ada jambatan kecil atas ni dengan tulisan Bin Dawood.
Antara kedai-kedai yang ada kat sini.
Menunggu ayah tukar duit sambil Ica makan gula-gula yang orang Arab sedekah. Kat sini memang agak pelik bagi Ica. Asalkan tercakap je "Ica lapar la ibu..." tak lama lepas tu ada je orang sedekah. Gula-gula, coklat, kacang, wafer, biskut. Terpulang kat Ica je lah nak makan ke tidak. Kalau tak suka, macam yang ni, dia buang je. Subhanallah...
Kat dalam Bin Dawood yang bawah tanah tu, ada berpuluh kedai yang sama. Kedai mainan, kedai jubah, kedai sejadah, kedai tasbih, kedai jam tangan, kedai handfon, kedai kurma. Apa lagi? Waktu ni ayah tengah beli minyak wangi. Ayah kan lama kalau nak menawar. Ica pulak tak betah diusik orang Arab. Diorang ni suka dengan Ica kot. Tanya-tanya apa nama Ica. Tapi Ica tak nak jawab. Langsung dipanggil Maryam. Ha sudah. Nama baru nih. Hehe.

Ica usyar mainan-mainan yang ada. Tapi takde satu yang berkenan. 
Ayah tengah menawar harga minyak wangi kat kedai yang betul-betul depan escalator ni. Kat sini peniaga pandai cakap melayu. Itu yang mudah nak shopping. Ibu beli pokok kurma kristal kat sini. :-)
Dah siap shopping, balik hotel. Perut pun dah lapar ni.
Makan nasi lauk ikan dan macam-macam lauk lagi yang hotel ni sediakan. Mesti wajib ada menu kambing, ayam dan seafood, termasuk ikan. Ica pula makan apa saja. Alhamdulillah. Kalau kat KL Ica suka makan isi ikan. Kat sini, Ica suka makan kulit ikan pulak. Haih, apa-apa lah nak..
Menjelang Maghrib, kita datang lagi ke Masjid ni. Memang best. Bercuti hanya untuk beribadah kepadaNya. Berehat dan adalah sampingan lain macam jalan-jalan dan shopping. Tapi pun tak shopping apa, sebab niat asal untuk datang menjenguk tempat Nabi s.a.w ni. Kata ustaz, kat sini, kalau kita bagi salam, Nabi s.a.w sendiri yang menjawab salam kita. Alhamdulillah...
Sementara tunggu azan Maghrib, lepak dulu di perkarangan masjid. Lepas azan, ayah masuk ke dalam. Ibu dan Ica solat diluar saja. Sebab tak nak berebut tempat kat dalam tu. Belah perempuan terlalu ramai orang. Ada seksyen khas tak boleh bawa kanak-kanak.
Santai. Kenapa orang arab tengok perut ayah tu? :-)
Lepas solat Maghrib, on the way nak ke hotel tu, kita sempat masuk ke Bin Dawood lagi. Nak beli kurma. Lalu kat tempat makan orang arab dalam bangunan Bin Dawood ni. Simple saja air pancurannya.
Ada kedai serbaneka macam 7eleven tu.
Kedai kunci/jam/alatulis?

Ok kenapa kita tak duduk saja di masjid dan buat ibadah sampingan macam mengaji, solat sunat, solat ganti, etc? 

Sebab pertama, kita solat di kawasan luar masjid yang menjadi laluan. Kalau berada di perkarangan masjid, memang tak boleh nak stay still. Ada saja risiko kena pijak atau langkah. Kedua, ibu sebenarnya lebih concernkan keselamatan Ica lebih daripada keselesaan ibu. Ica tak sihat dan tak suka keadaan ramai orang berpusu-pusu. Solat Zuhur kali pertama dalam masjid siang tadinya, Ica kena himpit dengan minah arab sebelah dia. Terpaksa sujud di kaki orang pula tu sebab barisan sangat sempit. Muslimah begitu ramai hingga tak ada ruang lagi untuk menyelit. Ketiganya, takpelah kalau tak dapat solat dalam masjid, sebab ayah dah pun solat dalam masjid. Apa juga pahala yang ayah dapat kerana ibadahnya, akan share sama dengan ibu selagi ibu taat pada perintahnya. Insyaallah... 

Mulanya ralat juga tak dapat berebut-rebut dengan minah arab untuk solat dalam masjid. Tapi bila difikirkan semula, kalau berebut hingga jeopardize keselamatan Ica pun apa gunanya. Kita datang sini untuk beribadah. Dan Ica adalan tanggungjawab ibu walau di mana sekali pun. Jadi Ica akan menjadi priority ibu. Takpelah. Allah tahu niat kita. Insyaallah Dia takkan hampakan harapan kita.

Ayah pula, tak betah duduk dalam masjid kalau kita ada diperkarangan masjid. Sebab tu, habis je solat jenazah dan solat ba'diyyah, ayah terus dapatkan kita. Itu yang jadi jalan-jalan cuci mata sebelum sampai ke hotel. Hihi.
Okey dah sampai kafe, makan dulu... Alhamdulillah...

Hai dah panjang sangat ni. Nampaknya, akan sambung pasal lawatan ke Rawdah dalam next entry, Insyaallah...

No comments: