Bismillah..
Hari ini 28-1-2014 Rabu, jadual masih kosong. Maknanya aktiviti bebas. Kebetulan Hj Raof Demam pulak. Maka tiada orang yang pergi umrah hari ni. Daripada duduk diam je dalam bilik, kita pun jalan-jalan ziarah luar. Tapi ziarah ni tak termasuk dalam pakej. So, kena bayarlah harga shuttle van sekepala 35riyal.
Seronok sangat Ica dapat duduk dengan ayah di depan. Ica tambangnya percuma sebab kanak-kanak. Ibu dibelakang terpaksa berhimpit dengan jemaah lelaki (-_-)
Rombongan dibawa oleh Ustaz Mamat Indon yang ibu tak ingat namanya. Dia kerja di hotel Nada Deafah. Ejen Wira Saujana jugaklah. Dah lama dia tinggal di Mekah ni. Jadi sepanjang perjalanan dia bercerita tentang orang-orang Mekah dan pembangunan di Mekah. Dialah yang bagitahu kita, hotel Nada Deafah pun bakal diruntuhkan suatu hari nanti bagi projek pembesaran ruang legar Masjidilharam.
Dia juga beritahu, kat sini pokok yang ditanam ditepi jalan macam ini, dihadiahkan oleh pihak diRaja dan sangat tak ternilai. Kalau beli kereta terpakai yang bagus baru SR2500, kalau langgar pokok, dendanya SR3000. Nilai pokok lebih mahal daripada kereta.
Lojik juga, sebab kat sini nak jumpa pokok bukan senang. Pokok nak tumbuh pun susah agaknya sebab kawasan kering dan takde hujan. Udara berdebu dan kebanyakan kereta mahupun dinding bangunan dipenuhi debu. Nampak macam buruk saja. Tapi bak kata Ustaz Ashraf di Madinah haritu, debu Madinah dan Mekah ni suci. Agaknya sebab tu lah kalau kereta berdebu teruk pun tuannya tak cuci :-)
Kita melawat ke Muzium hari ni. Lawatan sambil belajar lah namanya.
Dalam muzium ni dapat percuma 3 botol air zamzam. Tapi kita tak minum air ni sebab ada air zamzam yang disediakan dalam tabung air kat tepi tangga muzium. Jadi 3 botol ni kita bawa balik lah untuk sedekah pada jiran. Bijak tak? Hehe.
Muzium ni mempamerkan sejarah mengenai 2 Masjid paling suci di dunia iaitu Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Nak masuk sini rupanya bukan senang. Kenderaan kena bergilir. Tak boleh masuk sekali harung, kena tunggu di luar pagar. Bila satu kenderaan macam bas pelancong keluar, barulah yang diluar boleh masuk satu-satu. Masa lawatan sangat terhad pula tu. Hanya 20 minit saja. Termasuk parking, bergerak ke dalam dan ambil gambar. Kalau lambat, bakal dihalau. Nasib baiklah muzium ni tak besar sangat.
Ini gambaran MasjidilHaram sekarang. Cantik kan.
Ini pula gambaran Masjid Nabawi. Pun cantik juga.
Ini Ka'bah dan kelilingnya pada suatu masa dahulu...
Ini tangga kat mana eh? Ala tak ingat pulak...
Bingkai Hajarul Aswad.
Pintu Ka'bah.
Ka'bah suatu masa dahulu.
Ka'bah suatu masa yang laaaaamaaaa dulu :-)
Ada banyak lagi koleksi sejarah dalam muzium ni tapi takkan nak uplod semuanya dalam blog. Cukuplah sekadar beberapa saja sebagai kenangan. Lagipun hanya 20 minit, nak ingat semua memang mustahil :-)
Sebelum beredar, kita minum dulu puas-puas air zamzam ni. Kebetulan memang takde sesiapa pun yang nak minum kat sini. Kita jelah... Rugi tak bawak botol kosong tadi. Hiks.
Dari muzium, kita gerak ke ladang unta. Ada banyak spot ladang unta kat tepi-tepi jalan ni. Kata Ustaz, pengembalanya orang badwi, bukan orang mekah. Empunya unta pula mungkin orang Mekah, atau Madinah.
Untuk orang yang tak minat zoo dan unta, macam ayah ni, memanglah kena gelak je dek unta tu. Ica pulak macam terpegun, tapi nak pegang takut. Unta-unta ni gemuk-gemuk dan friendly sangat. Maybe sebab selalu jumpa orang. Hehe.
Masa kami tiba, pengembalanya terus perah susu dan offer kalau nak minum terus. Erk.
Ibu memang sukakan haiwan. Bila dapat pegang unta yang gemuk ni, rasa macam nak bawa balik pulak. Haha. Untanya segar-segar. Bila pegang badannya, bergegar dagingnya yang berisi air. Lain macam pegang lembu ke, kambing ke, kucing ke, zirafah ke, gajah ke.
Tengok tu, eksaited sangat ibu nih. haha. Ada pulak anak unta yang bulunya kerinting halus macam teddy bear. Memang tak puas memegangnya.
Ramai yang beli susu unta ni disebabkan banyak khasiatnya. Tapi, tengoklah muka ayah yang sangat curiga dan agak loya dengan cara pengendalian susu ni. Hihi. Ibu pun beli 2 botol. Sebotol habis minum dalam van. Sebotol lagi simpan dalam fridge. Tapi bila nak minum tu, rasa geli geleman pula bila teringatkan cara susu tu dikendalikan. Tambahan pula teringat ada makcik-makcik yang kata, susu ni tak dimasak lagi, tak elok lah. Apalah. Tapi ada juga yang suruh ibu beli kencing unta tu untuk ubat lelah Ica. Subhanallah. Susunya pun tak tentu nak minum, inikan pula kencingnya? Takpelah makcik...
Gambar penempatan golongan sederhana Arab dan pengembala.
Pengembala badwi ni duduknya tengah padang gembala. Rumahnya cuma lapisan kayu plywood disusun jadi pondok. Tak tahu mana diorang ni dapat sumber air. Nak cuci tangan. Nak bersuci, etc. Pegi perah susu tu, pastu dah pegang badan unta tu, dah pegang nenennya, pastu tangan yang sama pegang botol recycle tu, isikan susu, pastu jual. Nampak dalam susu tu macam habuk-habuk halus bila didiamkan mendap. Ei. Itu yang jadi tak teringin nak minum lagi. Tapi kalau bab rasanya, tak ubah macam susu HL, ada manisnya, lemaknya, cuma banyaaak masinnya. Haha. Tak sure masin susu atau masin dek peluh pengembala. Hihi.
Tapi khasiatnya banyak. Antaranya untuk redakan lelah, sakit rahim, dan entah apa lagi, boleh google lah nanti. Ayah dan Ica dapatlah seorang seteguk. Yang lebihnya, ibu yang kena habiskan. Huhu.
Sebelum beredar, sempatlah Ica ambil gambar kenangan dengan kawanan unta yang peramah ni.
Dari sini, kita ke Masjid Hudaibiyah pula untuk Miqat, bagi sesiapa yang nak buat umrah sendiri, berniat ihram di sini. Tapi sebab Hj Raof demam, takde siapa yang pergi umrah hari ini. Kat masjid ni, sunat untuk berhenti solat. Sejarahnya, masjid ini dulu jadi tempat Nabi s.a.w menandatangani perjanjian keamanan dengan kaum kafir Quraisy. Masjidnya kecil saja. Orang yang datang ramai pula tu. Jadi, kita tak masuk pun. Hanya duduk diluar ambil gambar, dan shopping kacang-kacang yang dijual pakcik Arab ni.
Orang arab berduyun-duyun masuk ke dalam masjid.
Jemaah kita berduyun-duyun beli kacang. Si penjualnya bukan yang berkopiah putih kat tengah-tengah tu ya. Yang tu Jali namanya, ahli jemaah kita :-D punya lah lama dia kat situ, makan kacang-kacang dan tolong bungkuskan untuk orang lain, sampaikan dia pulak yang tolong menjual pada orang arab lain dan khabarnya dia dapat bekalan free beberapa kilo. Wahh...
Bukan apa. Bila jemaah kita semuanya nak beli, sebab semua kacang-kacang, kurma dan buah tin kat sini segar-segar, orang lain yang lalu lalang pun semuanya singgah nak beli. jadi penjual jadi kalut nak layan ramai sangat orang. Asalnya setiap kilo harga berlainan. Tapi bila dah ramai sangat, jadi pukul rata je sekilo semua 40 riyal. Untung... Ayah beli buah tinn banyak sikit kat sini sebab masih segar dan lembut.
Ini dalam perjalanan balik semula ke MasjidilHaram melalui pekannnya. Ada pun pokok kurma yang meranum. Cuaca tak panas sangat tapi sangat berdebu.
Kereta-kereta kat sini hebat-hebat, besar-besar dan mewah-mewah belaka. Tapi kebanyakannya pasti ada kemik dan hampir kesemuanya berhabuk tebal.
Melalui kedai-kedai kecil macam ini. Tapi kebanyakannya tutup. Kenapa? Tak tahu pula.
Projek pembinaan ada di mana-mana sepanjang jalan.
Kedai-kedai tepi jalan ni mengingatkan kita pada Jalan TAR di KL. Kan? Cuma tak berhabuk macam ni lah.
Bangunan yang masih dalam renovation. tadi terserempak dengan bangunan hotel Tabung Haji Malaysia. Patutlah jemaah musim haji kena naik bas untuk ke MasjidilHaram, sebab jauh lokasi hotelnya.
Ini antara hotel yang menempatkan jemaah dari tanah arab. Diorang datang ke Masjid dengan teksi atau van buruk/prebet sapu kalau kat Msia.
Tiba berhampiran hotel Nada, sempat singgah beli jus mangga di kedai tepi jalan dan aiskrim ala Baskin Robin. Penjualnya orang arab yang fasih cakap melayu. Tak perlu speaking pun. Weird but feel blessed. Hihi.
Beli 2 ais krim, tapi satu yang habis. Satu lagi ni Ica yang punya. Tamak. Tapi tak terhabiskan.
Naik ke bilik untuk solat Zuhur, kemudian lunch di Food Court. Lepas makan berehat sekejap sebelum Solat Asar berjemaah di bilik. Kat sini, walaupun aktivitinya tak berat, tapi mudah letih. Kalau dapat berehat tu memang best sangatlah.
Pukul 5 petang kita dah gerak ke masjid. Kali ni ayah ajak solat di tingkat atas tempat tawaf. Maghrib pukul 6, jadi masih sempat lagi nak tengok suasana keliling Ka'bah menjelang Maghrib. Selalunya, waktu hampir Maghrib ni lah Ka'bah jadi sempit dan sesak.
Nampak angin yang meniup kain ibu tu? Angin tu bukan jenis yang sepoi-sepoi nyaman macam di Madinah :-) angin tu hangat bawa pasir halus. Kena kat mana memang pedih juga. Sebab tu ibu pakai face-mask macam jerebu kat KL. Kalau tak pakai ni, terasa habuk masuk dalam hidung dan terus ke dada. Rasa nak batuk lama-lama. Elok kalau dibilaskan dengan air zamzam. tapi risau nak terkucil pula :-D ada je lah alasan kalau orang malas ni kan. Haha.
Suasana petang. Orang dah mula membanjiri kawasan sekitar dataran masjid. Sebenarnya susah nak tengok dataran ni kosong kecuali pukul 1 hingga 3 pagi sebab orang ramai kat dalam masjid tengah buat saie atau tawaf. Itupun taklah lengang terus.
Nak naik ke sini ni, Masya Allah, pun bukan mudah. Terpaksa berpatah balik daripada laluan semalam. Masuk ke lorong wheelchair, dan memotong barisan yang sedang bergaduh dengan pengawal. Lorong untuk wheelchair ni hanya seorang yang menolak kerusi saja boleh masuk. Kalau macam kita ni, boleh la masuk semuanya kan. Tapi ada juga yang takde wheelchair sebok nak jugak masuk, pastu bila guard tak bagi masuk, tahan dia bergaduh kat situ. Sudah.
Dari atas ni, boleh lah selfie dengan Ka'bah. Kat bawah tu memang orang ramai sangat. Sesak. Sempit. Nampak masing-masing bergelut dengan kesempitan tu.
Ayah puns empat berselfie sendiri. Heheh.
Ibu pegang sejadah untuk kita solat. Kat tingkat atas ni pun orang ramai. Duduk tepi ni tak boleh, sebenarnya. Ada je pengawal halau kita suruh belah atau tawaf. "Ya Hajjj!!! Tawaf! Tawaf!!" Dahla cakap kuat-kuat. Terpaksa bergerak jugak. Beberapa kali kaki ni kena langgar wheelchair. Nasib baik tak apa-apa. Selalu kalau kena tu kaki macam bengkak ke apa. Kat sini biasa aje. Alhamdulillah.
Sementara tunggu azan, terus ambil barisan yang dah memang siap sedia. Duduk sebelah family arab ni. Anaknya 2 orang. Pastu cakap arab, suruh ibu minum air. Diorang ni macam baik je. Suka offer makanan dan minum.
Lepas azan Maghrib je, ayah kena masuk ke barisan depan, bersama dengan jemaah lelaki. Tak boleh campur lelaki-perempuan dalam satu saf. Tinggallah ibu dengan Ica kat belakang. Ica main tablet. Time solat, Ica pun solat lah. Lepas ba'diyyah Maghrib, ayah buat Tawaf sunat. Kelebihan tawaf kat atas ni, walaupun taklah lapang sangat, tapi semua ornag bergerak laju, dan takde siapa yang berebut nak solat di Multazam macam kat bawah. Jadi ayah siap tawaf dalam 30 minit saja. Itupun dia jalan relax je tak la laju-laju. Lepas tu ayah suruh ibu pulak tawaf sendiri. Tapi, macam malas pula. Kang tak sempat nak siap sebelum Isyak.
Suasana tawaf di depan ibu duduk.
Yang berkerusi roda boleh lah rileks-rileks.
Selfie dengan menara zamzam.
Yang kaki kudung sebelah pun kuat semangat tawaf kat sini.
Ada crown menara atas kepala Ica. Hehe.
Lepas siap solat Isyak, sempat selfie sebelum beredar.
Tingkat atas sekali, rooftop tu untuk kaum lelaki solat saja. Lepas tu diorang melepak tengok kat bawah.
Lagi sekali selfie. Kat atas ni angin kuat bertiup dengan habuk daripada pembinaan yang macam tak berhenti langsung kat atas tu. Berceracak kren sambung menyambung kerja. Memang unik. Ingatkan kalau 2-3 kren kat Msia tu dah besar sangat projek nya, kat sini, sam[ai berpuluh kren buat kerja serentak. Hebat.
Oh ya. Lepas turun dari sini, tekak rasa sakit macam nak demam. Mungkin banyak sangat sedut habuk dan kena angin tak sihat.
Berhenti minum air zamzam. Itupun berebut. Haih. Sabar sajalah. Nak naik berebut, nak turun berebut. Nak minum pun berebut. Subhanallah.
Asalnya, ibu nak bangun qiam dengan ayah. Sempat berpesan dengan kak Umi bilik sebelah. Tapi menjelang lewat malam, badan menggigil, tekak rasa perit. Langsung makan ubat demam dan minum air zamzam lebih sikit. Tidur sampai pagi. Syukurnya, walaupun Ica pun kena angin habuk, dia biasa saja. Sihat saja tak batuk langsung. Subhanallah...





































No comments:
Post a Comment