Feb 9, 2014

Day 3 ~ Ayah umrah kedua.

Bismillah...

Kat sini ayah rajin qiamullail. Pukul 4 pagi ayah mesti dah ke masjid. Ibu pun qiam juga, tapi hanya di bilik. Lepas solat tidur semula sampai pukul 7 bila nak sarapan nanti barulah ibu kejutkan Ica, mandi dan bersiap. Ayah pula lepas solat-solat sunat dan solat Subuh, akan tunggu hingga selesai solat dhuha, baru ayah jalan balik ke hotel. Bagus ayah ni. Mudah-mudahan amalan macam ni kekal sampai ke Msia nanti ya.
Burung-burung merpati dekat dengan dataran Masjid yang gemuk-gemuk sebab orang bagi makan gandum. Bertuah jadi burung-burung ni.

Hari ini, kita ke Masjid untuk solat Suhur bersama-sama. Ayah nak ajak kita solat di ruang solat tingkat atas.
 Bersemangat kita pergi Masjid sebelum pukul 12. Sebab kalau dah lambat sangat nanti jalan nak masuk ke situ pun jem.
 Ini laluan ke atas, bahagian kerusi roda saja dan seorang pembawa.
 Masa ni belum ramai lagi yang nak naik.
 Tapi ruang solat dah agak penuh.
 Tak boleh bercampur jemaah lelaki dan wanita. Jadi, Ica ikut ayah di bahagian lelaki. Ibu dibelakangnya saja, dibahagian perempuan.
 Tak lama lepas tu ruang solat jadi penuh sesak dan polis pun tak dapat kawal jemaah yang duduk di laluan.
 Ibu tersepit dalam jemaah orang Arab Tukey yang suka duduk dalam kumpulan diorang. Kebanyakannya dah tua dan berkerusi roda.
 Mulanya tadi, ibu duduk dah sedang elok dalam garisan tali merah putih tu. Sedang-sedang untuk sujud nanti. Bila dah ramai, ada 3 barisan lagi mencelah di depan ibu. Memang sujud kat atas kaki orang lah. Nak buat macam mana. Dah ramai sangat. Nak kebelakang, pun dah ramai yang menyempit dibelakang. Tawakkal sajalah. Allah saja yang Maha Mengetahui perasaan dan niat kita.
 Usai solat, kita bergambar kenangan di tempat burung merpati makan tadi.
Dibelakang tu Le Meridien makkah, dan dibelakangnya hotel kita. Tak jauh lah kan.

Selepas lunch, ayah ikut rombongan Hj Raof untuk umrah kali kedua. Jemaah kena keluar ke Tanaim untuk Miqat dan niat Ihram. Ibu rasa macam nak ikut, tapi siapa nak jaga Ica. Takkan nak suruh jemaah wanita jaga Ica. Macam menyusahkan pula. Ica pun bukannya nak dengan orang lain. Akhirnya ibu redha dan mengalah saja. Bukan ke setiap amalan suami yang ikhlas, pahalanya akan mengalir juga pada isteriya yang redha. Mudah-mudahan. Insyaallah.

Jadi sekali lagi Ica dan ibu keseorangan. Lepas Asar, kita bersiap-siap nak ke Masjid. Petang ni kita berdua saja. Sebab ibu dah tahu nak masuk ke belah mana. Kalau pergi awal, jalan masih lengang. Tak putus ibu mohon pada Allah mudah-mudahan semuanya dimudahkan. Syukur Alhamdulillah memang Allah beri kemudahan tu. Jalan memang kosong, tak terhimpit langsung. Masuk ke ruang solat terus ada tempat kosong yang selesa.
 Oleh sebab datang awal, kena bawa tablet supaya Ica tak berkeluh kesah sangat. Sempatlah ibu nak mengaji dan solat sunat dengan senang hati.
 Ica pun senang hati juga sebab takde lah bosan sangat.

Kami duduk dibelah tiang. Ada ruang sikit yang takde carpet, tempat letak beg-beg jemaah dan kasut. Tapi, memang ujian betul, ada pulak 2 orang jemaah Indonesia yang menyelit di situ. Dah jadi sempit pula. Disebelah ibu pula, yang tadinya lapang, tiba-tiba masuk seorang perempuan arab tua menyelit. Dah jadi bertambah sempit. Subhanallah. Bau badannya pula memeningkan kepala ibu. Ya Allah... memang ujian...
Lepas solat Maghrib, Ica buka telekung dulu, sebab panas katanya. Lepas tu lapar. Asyiklah lapar. Kebetulan ada orang aran di barisan belakang yang bawa makanan, dia bagi roti dan seketul kecil cheese kat Ica. Dapatlah Ica mengalas perut. Silap ibu lah tak bawa jajan dan air. Manalah nak tahu. Selalunya Ica tak lekas lapar macam ni.

Masa menunggu Isyak, ayah call. Katanya, tawaf terlalu ramai orang hingga bersesak dan bertolak. Dahlah panas terik lepas Asar tadi. Jadi ayah lari ke hotel. Nak masuk bilik tak boleh sebab kunci biliknya pada ibu. Sudah. Ibu berkira-kira nak balik tapi sayang nak tinggalkan masjid. Tapi saf ibu pun dah tak selesa ni. Sempit dan tak tahan dengan bau badan orang sebelah. Akhirnya, baiklah, ibu balik. Ica pun suka sangat sebab nak balik hotel.

Elok sampai dihotel, ayah dah ke ka'bah semula menyambung tawaf dan diteruskan dengan saie. Jadi, kita berdua sajalah yang makan malam dulu, dan lepas tu lepak dalam bilik. Macam selalu. 
Ica dengan aktiviti selalunya. Dah beberapa hari tak sekolah, rasanya Ica rindukan sekolah. Setiap lukisan semakin kemas dan bermakna.

Semenatara itu, ayah kirimkan gambar dia Miqat tadi.
 Haram bermula di sini....
Berakhir di sini...

Rupanya inilah gambar terakhir ayah ada rambut. Sebab bila balik selesai umrahnya yang kedua, ayah jadi botak (Juvana!) hahahah...
Hahaha... muka macam kerek gila. Macam kerja nak lepuk orang saja. Eh, ke muka macam nak kena lepuk? Hahaahaha....

No comments: