Bismillah..
Untuk seketika, minat menulis ibu terpadam dek kesibukan mengemaskan rumah pasca buat longkang baru haritu. Banyak sangat yang nak dibersihkan daripada habuk simen dan pasir. Kerjanya remeh seolah takkan berakhir. Hal yang sama untuk sakit Ica yang tak nampak surut pun. Ica lembik tidak bermaya dan terpaksa ponteng tadika untuk Khamis dan Jumaat. Astaghfirullah. Entah apa agaknya hikmah ujian ini, atau apa agaknya dosa silam yang telah ibu lakukan sebagai kifarah kejadian ni. Semoga Allah bukakan jalan yang lebih mudah. Ameen.
Perihal rumah.
Bermula hari Khamis, ayah dan ibu pulun bersihkan rumah. Menyapu, mengelap, menyisih apa yang patut sebelum disusun semula seperti asalnya. Ayah pula melangsaikan niatnya nak tukar cat rumah sebab terlalu banyak ruang dinding yang berkuping dan pecah catnya kerana kontraktor si Tukang Atan dulu tak gunakan simen yang standard untuk dinding lembap. Hasilnya, banyak sangat kulat ditepi dinding. Langsung dibetulkan dek Tukang Din, ditarik kepingan cat yang lama, disalutkan dengan simen baru yang elok dan dikemaskan rata, tapi dengan bayaran RM300. Melayang lagi. Mujurlah ayah nak cat sendiri dinding ni. Jimat sikit kos. Jadi, tertutuplah sudah warna asal rumah ni, kuning keemasan, menjadi putih basic yang ayah campur sedikit nila biru. Alhamdulillah... Takde lagi cat terkopek dari dinding dan kulat air yang menanggal sedikit demi sedikit dan menyebabkan dinding nampak kotor dan menggelikan. Yang menyakitkan mata sudah berlalu. Syukurlah.
Ayah mengecat dengan bersungguh-sungguh dan penuh berdisiplin. Ibu risau juga kalau ayah tiba-tiba jadi hilang semangat pulak. Sebab mengecat ni perlukan semangat yang tinggi. Nak memulakan dan meneruskan hingga akhirnya. Syabas ayah!
Kami mengemas bermula ayah selesai mengecat. Dari pagi lagi ibu dah mula mengemas di dapur, mengelap baki habuk simen dan mencuci pakaian. Lepas tu masak nasi dan sup ayam untuk lauk tengahari kita.
Ruang dapur yang belah sinki utama saja yang berkemas. Yang table-top belah sini, memang fully -occupied dengan macam-macam benda yang belum disusun dan disisih.
Sementara itu di ruang depan, lagi berkecah nampaknya. Lantai pun belum dimop. Banyak gambar yang asalnya bergantungan, diturunkan dan belum disusun di dinding. Tapi Ica dah melepak di depan tv, walaupun ada daybed menghalang pandangannya ke arah tv. (-_-) masa ini ayah takde di rumah, Jadi ibu tak dapat buat kerja di sini sebab daybed berat. Ibu buat mana yang boleh saja. Tapi bila ibu nampak kelibat nyamuk menyusup dari bawah daybed, tanpa buang masa, ibu terus tolak daybed ke tepi dan lapangkan sikit laluan supaya nyamuk tak sembunyi di situ. Haih. Rumah yang kecil comel, kalau banyak sangat barang, memang sekejap saja dah jadi sarang nyamuk.
Ruang ini belum siap, tapi ibu cukup sukakannya. Buat sementara, inilah ideanya. Nak letak gambar-gambar kita satu keluarga. Kenangan abadi.
Mengemas almari buku dan membuang mana-mana yang tidak digunakan lagi. Buku-buku contengan dan latihan mewarna Ica lah yang paling banyak ibu buangkan. Cukup tinggalkan sikit-sikit saja yang boleh dijadikan kenangan Ica bila dah besar nanti.
Ahhh buku-buku lagi... Menggunung koleksi novel dan majalah yang belum disusun.
Selepas menghabiskan setengah hari di depan almari buku, akhirnya tersusunlah semuanya di dalam rak pink Ica yang selama ini tersadai tidak digunakan dalam bilik solat, ibu manfaatkan untuk isi buku-buku Ica dan buku sekolah ibu. Tak perlulah asyik buka-tutup pintu almari buku tu siap dengan bunyi-bunyi 'ketung-ketang'nya bila ambil buku dari dalamnya. Buat stress ibu saja. Bukan apa. Takut pecah berderai pulak kacanya nanti. Sekarang ni kalau nak buku yang selalu digunakan, hanya perlu ambil dari rak. Lepas tu letak semula di rak. Mudah. Siap ada tagging bahagian Ica dan bahagian Ibu. Bahagian ayah takde kat sini sebab semuanya ada dalam rak ayah di loteng.
Sementara itu dalam almari buku pula ibu letakkan buku-buku yang kadangkala saja kita akan membacanya. Jadi, dapatlah ibu meminimukan pembukaan pintu almari ini :-)
Rupanya, ibu ada banyak koleksi buku ilmiah dan panduan hidup. Siap ada bimbingan seks lagi tu? Adoi. Siapa yang hadiahkan buku ni ya? Tak ingat pula. Tapi kebanyakan buku ni orang yang beri. Ibu jarang beli buku (pecah rahsia) sebab rasanya macam jarang baca buku. Kalau ada pun, ibu beli majalah. Lebih terkini dan ikut perkembangan semasa. Buku ni tebal, pendapat tak variety sebab ikut apa kata penulis semata-mata. Mungkin sebab tu juga ibu tak beli buku. Tapi bila ada voucher buku 1Malaysia yang diberikan kepada semua pelajar, ibu beli juga buku-buku ni. Kalau ada masa bolehlah lepak depan almari dan baca. Insyaallah.
Ini pula koleksi novel yang tak seberapa. Ibu bukan peminat novel. Tapi ada beberapa kali rasa mcam nak membaca cerita tulisan penulis melayu. Rupanya sekarang ni novelis yang dilahirkan oleh syarikat percetakan, dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Ramai gila sampai tak tersebut namanya. Dulu, masa sekolah menengah, ada 2-3 saja yang betul-betul popular dan jadi sebutan. Sekarang ni, cerita tak menarik pun, jual juga dipasaran. heh.
Novel yang ibu beli ni, kononnya sebab nak bandingkan dengan tayangan drama di tv tu, sama ke tidak. Haha. Macam budak-budak. Padahal bukan selalu pun tengok drama melayu. Setia Hujung Nyawa dan Teduhan Kasih ibu tengok online. Adam & Hawa dengar cerita kawan saja. Suami Aku Ustaz, sebab kononnya minat dengan pelakon Ady Putra. Heh. Yang lain-lain tu ikut rasa hati. Kalau datang mood nak beli, beli lah.

Koleksi majalan Al-Ustaz, Solusi dan Q&A saja yang ibu simpan. Kenapa? Sebab majalah-majalah ini berbentuk ilmiah dan soal jawab keagamaan yang tak lapuk dek zaman. Ia relevan sepanjang masa dan disampaikan dalam bentuk yang santai. Jadi, kalau tiba-tiba rasa nak muhasabah diri, bolehlah ulang baca.
Termasuk koleksi majalah ayah, Pancing, Aperture, Umpan, Motor. Ini pun jenis-jenis ilmu terkumpul dalam bidang masing-masing, tapi bukanlah relevan selalu sebab terknoloji selalunya cepat berubah.
Yang lain-lain, macam majalah PA&MA, Hijabista, Milenia, Nona, Wanita, yang dah lapuk dek zaman dan lagha belaka, ibu dah pun asingkan untuk jual kepada lori "surat-khabar-lama".. itu pun kalau ingatlah nak jualnya. Kalau tak, letak je kat depan rumah tu. Nanti lori sampah angkutkan. Masa ibu mengandung dulu memang tiap bulan beli Majalah PA&MA dan apa-apa saja majalah keibu bapaan. Sampai penuh rak majalah di rumah dan di pejabat. Tapi tak sempat ulang baca. Ada sekali bila ibu ulang baca, rupanya ada banyak artikel yang diulang tulis di dalam edisi berlainan tarikh. Amboih. Copy-paste saja kot? Mungkin sebab tu ibu rasa tak berbaloi menyimpannya.
Masa baru pindah rumah dan sibuk menghias, tiap bulan beli Majalah Apartment dan Anjung Seri. Konon nak dapatkan inspirasi. Tapi tak lama tu baru sedar, kebanyakan rumah yang masuk majalah tu rumah yang besar, cantik atau rumah orang kaya. Langsung tak de kena mengena dengan rumah kita. Ceh buang masa je beli.
Masa nak dekat pilihanraya, ibu banyak beli Majalah Milenia yang berkisarkan sains politik. Kononnya bolehlah nak kenal-kenal tokoh pemimpin yang bagus. Heheh.
Bila lupa diri sekejap sebab asyik shopping tudung banyak-banyak sangat, mulalah beli Hijabista sebab nak tengok penggayaan tudung. Tapi selepas beli 4-5 kali, tak jumpa-jumpa pun fesyen yang sesuai dengan ibu. Yang decent dan manis. Nando! Membazir lagi. Hijabista tu kan majalah fesyen. Selalunya sesuai untuk yang suka berfesyen. Ibu ni apa. Tak tahu pasal fesyen pun. Kikikiki..
Bila tengok jenis majalah yang jadi koleksi ayah dan ibu, Ica boleh tengok, siapa yang lebih serius dengan hidup dunia akhirat. Kan? hahahahah...

Tada... dah siap pun ruang gambar keluarga. Nampak serabut sikit dengan bunga besar 3 keping tu. Tapi ibu suka sangat bunga-bunga tu, nampak sangat matching dengan dinding yang putih ni. Lagipun nampaklah kreatif sikit kat situ. Hahaha yelah apa-apa pun boleh...
Langsir pun dah siap cuci dan pasang semula. Penutup treadmill pun dah cuci. Barulah lapang pernafasan ni....
Amboi ayah tengah berehat sakan siap terkangkang bagai. Masa ni ibu tengah lap habuk dalam almari buku lagi, ruang atasnya. Meja tulis Ica dan toyogo isi patung-patung mainan Ica tu masih belum putuskan lagi nak letak di mana. Maklumlah rumah kecil comel saja, tapi barangnya banyak sangat.
Tapi ibu suka sangat ruang buku ni, nampak cosy dan klasik sangat. Siap ada mini lampu dan bantal tu memang ssedap kalau boleh duduk-duduk dengan buku. Heheh.
Perihal demam Ica.
Ica masih belum baik lagi demamnya. Kalau ikutkan kata doktor pakar kanak-kanak yang merawat Ica hari tu, Ica akan ambil masa untuk pulih daripada viral infection ini. Tapi, tanpa antibiotik dan berharap 100% pada vitamin C, tahap nak pulih tu memang sangat perlahan. Dah tu doktor kata, ubat demam hanya beri bila perlu, maknanya bila badan naik suhu saja baru beri ubat.
Tapi dah 2 hari Ica masih lemah. Tak berselera makan. Hanya berbaring saja. Kesian ibu tengok Ica. Ibu rindukan Ica yang banyak cakap, suka menyanyi dan menari, suka belajar, suka menulis dan melukis, suka baca buku kuat-kuat bagi ibu dengar, suka tengok tv sambil makan, dan suka main tablet sambil menyanyi. Dah seminggu sejak Ica demam, ibu tak nampak semua tu, ibu rasa rindu sangat :'-(
Haritu, ibu ada kongsikan prosidur di Columbia Hospital yang sangat smooth dan pantas diruang FB. Dan ada kawan ibu ni yang mengamalkan 'Natural Remedy' telah komen di situ.
Katanya, kena tingkatkan makanan anti-viral. Ibu fahamlah maksud dia tu, supaya jangan bergantung kepada ubat hospital yang drug-base dan tak elok untuk perkembangan kanak-kanak. Tak elok dari sudut, kalau banyak sangat ambil drug-base medicine ni, akan ada kemungkinan pembentukan batu karang dalam organ badan kita, atau badan kita akan menjadi imune kepada ubat-ubatan ni suatu hari nanti.
Ibu sebenarnya tak kisah dia nak komen apa pun. Tapi ibu ada sikit terasa kat sini macam dia je lah yang pandai. Ibu tak. Padahal, ibu bukan tak tahu dan tak pernah buat. Ibu bukannya emak yang main hentam saja beri anak makan apa adanya. Tidak.
Dia mungkin tak ambil ubat hospital sebab dia percaya ubat hospital memberi kesan yang buruk pada anak. Mungkin dengan hanya beri anaknya makanan natural, akan memberi anaknya kebaikan semua vitamin yang diperlukan untuk badan melawan penyakit. Tapi, anaknya bukan macam anak ibu yang sensitif ni. Kalau cakap pasal makan makanan sunnah, Ica memang ambil madu dan kismis secara berkala. Ibu masakkan Ica sup dengan bawang putih dan halia yang banyak. Ibu cuba beri Ica makan sayur sekerap yang boleh walaupun Ica ni pembenci sayuran. Ibu tak perlu jadi ahli natural remedy untuk tahu semua ini. Tapi, dah sampai masa Ica nak kena sakit, semua ni dah tak jadi apa. Kena ubat juga, sementara imuniti Ica terbina semula. Takkanlah nak biarkan Ica sakit dan baik sendiri.
Perkara yang simple pada budak lain, mungkin tak semudah itu bagi Ica bila melihat sejarah kesihatan kita. Ibu percaya masih ada doktor yang bagus untuk merawat Ica. Bukan ibu tak percayakan natural remedi yang dibanggakan sangat tu. Tapi, cara tu kena ikut masa juga. Lagipun kita lebih tahu apa yang diorang tak tahu mengenai kita. Kadangkala orang dalam FB ni suka bagi komen untuk kelihatan bijak, padahal komennya hanya akan buat orang lain terasa hati sebab bukannya dia tahu semua benda pun. Mungkin dia cuma tahu 1 daripada 10 saja, tapi hidupnya lebih bernasib baik drp semua orang. Seeloknya, tak perlu memandai-mandai. Bersimpati saja dah memadai. Orang tak harapkan nasihat dan tips sangat kalau dalam FB ni.
Apapun, ibu akui ibu tak masak sejak kita balik dari Mekah. Kesalahan ibu yang utama. Sebab ibu layan sangat jetlag, mengemas tak sudah, dan akhirnya kena pulak hadapi hari-hari dahsyat habuk sebab repair longkang. Rumah berserabut penuh simen di sana sini. Memang tak memasak langsung. Asyik makan diluar saja. Bila di rumah nenek, nenek lah yang masak seadanya. Sebab rumah nenek pun berkecah. Tapi nenek tetap nak masak walau sesimple nasi dan telur goreng kicap.
Untuk hari yang agak santai macam ini, sebab hanya kemas yang biasa saja, jadi ibu buat sup ayam dan bebola ayam baki entah bila tapi masih elok, ibu masukkan sekali kentang dan carrot, juga cendawan shitake kegemaran Ica. Ibu gorengkan bawang putih dan halia yang banyak dalam VCO sebelum gunakan sub bunjut yang ada tu. Perfectly tiada bahan tambahan lain. Hanya garam dan gula. Pecahkan telur dan taburkan daun sup. Bagi ibu dah sedap sangat ni. Tambahan pula musim panas, memang tekak nak makan yang sup-sup saja. Kawankan dengan ikan kembung segar goreng dan sambal kicap bawang putih, pergh! Sedap sangat. Dan inilah makanan untuk tingkatkan imuniti.
Asalnya nasi dan sup dalam pinggan ni ibu ambilkan untuk suap Ica, tapi Ica makan cendawannya saja. Aduhai anak. Ibu pun terus letak cili dan makan bakinya. Sayanglah kalau tak habiskan. Ayah pun berselera makan nasi dan sup. Kalau nak ikutkan, inilah makanan ruji kita selalunya. Terutamanya Ica. Nasi dan sup ayam. Dan ibu memang akan gunakan halia dan bawang putih yang banyak masa memasaknya. Ibu terfikir, tapi kenapa Ica terus jatuh sakit yang lama begini? Kesian Ica.
Akal ibu menjawab. Dah tentu sebab masanya sudah tiba untuk badan Ica perbaiki sistem imuniti badan. Mungkin Ica sedang diserang bakteria atau virus terbaru yang badannya belum kenal.
Rasanya ibu tak perlu jadi pengikut natural remedi pun untuk tahu makanan apa yang baik untuk seisi keluarga :-(

Hari Sabtu, badan Ica panas semula. Jadi, lepas makan ubat, kita ke klinik Dr Salmi di Cheras Perdana. Plan asal nak mandi swimming pool di K Klub Taman Melati dibatalkan. Ica sedih. Ibu pun sama. Tak dapatlah nak mandi sauna.
Katanya, demam, sejuk. Tapi tetap nak bergaya dengan gaun polkadotnya tu. Matching dengan cekak merah juga.
Klinik Kita, kalau hari Sabtu memang macam ada pesta ubat percuma kaedahnya. Ramai orang... dan lama harus menunggu. Perjalanan pergi sejam, dan balik sejam setengah sebab jem. Jumpa doktor hanya 10 minit. Berbaloi kah?
Dr Salmi meneliti keputusan blood test dan dia pun clueless mengapa Ica belum sihat walaupun dah seminggu lebih demam. Bila dia cek keadaan Ica, semuanya biasa saja. Takde yang pelik. Katanya, demam berpanjangan mungkin disebabkan Influenza atau Pneumonia. Tapi bukan Pneumonia sebab sel darah merah Ica normal.
Kenapa hospital tak cek untuk Influenza juga? Mungkin ia bukan musimnya. Manakala keputusan awal denggi ni boleh berubah-ubah mengikut sistem badan. Ada pesakit yang ambik 3 kali tests barulah dapat tahu ianya denggi. Jadi, Dr Salmi, mengikut pengalamannya, beri ubat yang lebih kuat untuk Ica. Ubat batuk kahak, ubat selsema dan Augmentin sebagai antibiotik. Dia beri tempoh hingga Selasa untuk lihat perkembangan Ica selepas ambil ubat-ubat ni. Kalau tak baik juga, kena terus ke hospital semula, dan dia akan tuliskan surat rujukan. Ah. Terpaksa berasa lega dengan cadangan Dr Salmi.

Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, Ica tidur saja di belakang walaupun cuaca kat luar panas berdeting dan muka Ica terkena silau. Ica tak pernah begini. Ibu risau juga. Tapi pasrah... Ibu tutupkan muka Ica dengan sapu tangan aje.
Ayah yang tengah baik hati, nak gembirakan Ica yang sedih dan nampak letih, ajak Ica jalan-jalan di KLFC. Konon nak tengok wayang, tapi tak ada cerita yang bagus. Takpelah. Jalan-jalan saja. Makan Tako-Tako, habis sebiji saja :-( selalunya habis berkotak-kotak..
Main di booth jualan tipu-tipu ni...
Selepas beli barang di Econsave, singgah makan sup cendawan di Delifrance. Alhamdulillah banyak juga yang Ica makan. Ibu lega sikit... Kalau tak, perut Ica kosong saja. Sebab tu takde tenaga nak jalan.
Balik rumah, masuk bilik dan lembik saja...
Kebanyakan masa, Ica hanya tidur... Ditemani mangkuk muntah dan tisunya... :'-(
Ibu sampai tulis ini dan letak di almari buku, supaya bila-bila Ica keluar bilik dan nampak ini, Ica akan ada semangat untuk makan dan jadi lebih sihat. Ibu dah beli cendawan shitake dan brocolli untuk buat sup kejap lagi. Ica suka makan cendawan. Kalau tak nak makan nasi pun, makan cendawan tu jadilah :'-(
Wak Haji, dalam Whatsapp mengingatkan ibu, selalu-selalulah beristighfar. Mungkin itulah yang menjadi asbab penyembuhan dan keluar dari masalah. Alhamdulillah... Ada yang mengingatkan kita yang selalu lupa ni. Astaghfirullah... Astaghfirullah... Semoga Tuhan ampunkan kita yang lalai ini...

No comments:
Post a Comment