Feb 27, 2014

Columbia-Asia Hospital, Setapak.

Bismillah..

Demam Arissa yang tak kebah-kebah menjelang hari ke 4 walaupun dah makan ubat demam menyebabkan kita terpaksa juga ke hospital untuk buat scanning. Manalah tahu, denggi ke, jangkitan kuman berbahaya ke. Pagi Khamis tu, ayah dan ibu pening juga nak pilih ke hospital mana. Pusrawi ke? Macam tak larat nak tunggu staff dia buat kerja terlalu slow. Tawakkal? Sentiasa penuh. Lebih-lebih lagi musim denggi ni. Taknaklah kerja turun naik lif saja nanti. Gleneagles? Jalan nak ke sana mesti jem pagi-pagi macam ni. Akhirnya, kita buat keputusan nak ke Columbia Asia saja sebab ini yang paling dekat dengan rumah. Dalam 10 minit perjalanan saja. Takde jem, siap boleh ikut jalan belakang/jalan pendek.
Columbia Asia ni baru buka tahun 2013. Masa dia masih dalam proses pembinaan, kita dah berangan-angan nak ke sini kalau demam ke sakit ke, sebab dekat dengan rumah dan nampak cosy aje. Bila dah buka, kita pun nak ke sini masa Ica muntah-muntah hari tu, tapi bila call ke Prudential BSN Insurance, katanya diorang belum cover lagi Columbia Asia Setapak. Kalau nak pergi hospital yang sama, kena ke Puchong. Mak aih. Jauh sangat tu. Bukan hospitalnya yang kita nak. Kita nak yang terdekat dengan rumah. Jadi terus cancel dan ke Pusrawi juga :-(

Hari ini, walaupun Prudential BSN masih kata belum cover Columbia Asia Setapak, tapi kita macam malas nak fikir panjang. Pergi sajalah. Kalau kena warded pun, nasiblah. Lepas tu boleh claim kemudian dengan Insurance.

Kita pun sampai ke sini pukul 11 pagi lebih. Orang taklah ramai mana. Tempat parking kereta yang tak besar mana tu pun masih banyak petak kosong. Mungkin tak ramai yang ke sini sebab Prudential belum cover kot? Heheh.
 Ok ini kaunternya. Masuk je kat pintu depan, atau keluar saja lif dari parking bawah tanah, ke kiri terus jumpa kunter ni. Belum sampai ke kaunter dah ada orang cakap "Selamat Datang, Encik. Boleh saya bantu?" Amboi. Orang tak ramai boleh lah. Macam datang kedai pulak rasanya.

Pendaftaran pun tak lama. Kita beri pada kerani tu IC dan kita isikan borang serba ringkas. Lepas tu kita beritahu dia apa masalahnya. Contohnya, anak saya demam tak baik-baik dah 4 hari. So nanti dia boleh direct kita ke doktor yang sepatutnya. Dalam 2 minit macam tu siaplah.
Dia beri kita kad kecil ni. Namanya kad appoimnent dan kat bawah tu ada nama doktor tu Dr. Khairul. Rupanya doktor ni Doktor Pakar Kanak-Kanak (tertulis di pintu biliknya). Kerani kaunter arahkan kita untuk ke Nurse Station yang kat belakang sekali, hujung bangunan untuk jumpa Dr Khairul ni.
 Ok masa kat seksyen kanak-kanak tu, kena menunggu sekejap dalam 10 minit sebelum nama Ica di panggil misi. Tengok tu nama Ica dah pun keluar kat skrin tv besar ni.
 Sementara menunggu. Muka budak demam. Siap peluk Hello Kitty dengan Parrot (patung Columbia Asia yang baru beli jap tadi masa kat kaunter pendaftaran).
Selepas 10 minit menunggu, doktor pun panggil. Check-up sikit. Cek suhu badan, telinga, kulit, dan tekak, akhirnya doktor kata kena ambil ujian darah sebab dia cek takde apa yang tak kena secara fizikalnya.
 Ambil darah di makmalnya tak jauh dari tempat menunggu tadi.
Ok dah siap. Ica nangis mengada sekejap sebab takut tengok jarinya kena ambik darah. Padahal sikit je nurse tu cucuk.
 Menunggu sambil selfie. 
 Sambil tengok sekeliling. Hospital baru. Kotak-kotak macam ni ada melambak di mana-mana. Ohh ada iklan nak buat IVF lah... RM10k saja? Ohh... BERMULA daripada RM10k...

Yang baru nak keluar bilik tu pesakit yang baru discaj lepas bersalin. Comel anaknya sebab kacukan Cina-Singh. Jadi anaknya macam hindustan, hidung mancung, kulit putih. Yang baju hijau tu nurse dia. Baju nurse tu terpakai untuk semua nurses kat sini. Lengannya separuh saja tertutup.
Drama doktor berjumpa bayi yang mungkin dia conduct deliverynya dulu.. Doktor kat sini nampak muda-muda dan kebanyakannya Muslim dan bertudung. Alhamdulillah. Tapi tetap kesian dengan staff nurses Muslim yang terpaksa pakai baju yang nampak lengan tu. Kesian diorang. Semoga Allah ampunkan kekhilafan diorang...
Ica bosan menunggu. Ruang lobi lengang takde orang sangat. Kerusi menunggu ada banyak dan kat mana-mana ada. Tapi sebab orang tak ramai, kosong sajalah.

Dalam 15 minit macam tu, ayah ajak gi minum kat kedai mamak kat tepi hospital. Keluar jalan kaki sikit je, seberang jalan, ha dah sampai pun.
First time pekena kopi ais dan tosei ni. Baru makan dalam 10 minit macam tu, tetiba dapat call dari hospital. Doktor panggil masuk sebab report ujian darah dah siap. Woweeeee cepat sangat tu...
Daripada report ni, Doktor pun jelaskan. Hemoglobin Ica normal, jadi bukan pesakit thalassemia. Tapi sel darah putih tengah menurun dan ini ada kaitan dengan jangkitan kuman.
 Tapi bukan denggi la. Fuh... leganya. Alhamdulillah. Doktor tanya berapa ml kita bagi Ica ubat demam sebelum ni. Ayah kata 5ml. Sebenarnya tak cukup sebab untuk berat Ica 27.7kg, Ica kena ambil dalam 8ml. Sebab itu demam Ica masih on-off sebab ubat demam tak cukup. Dalam sehari Ica kena ambil 3 kali 8ml ubat demam. Doktor juga tak sarankan antibiotik. Tapi, Ica kena makan vitamin C untuk meningkatkan imuniti badan. Jadi, doktor cuma beri paracetamol saja, dan vita C tu nanti ayah beli di farmasi. Sebab Ica tak suka yang chewable tu, ayah plan nak belikan Scott's Emulsion, Vita C dan minyak ikan. Doktor kata tak kisah jenama apa, asalkan vitamin C. Baiklah.
 Selesai dengan doktor, kita disuruh ke Cashier, sebelah kaunter pendaftaran ni. Masa ni kena tunggu turn sikit sebab kaunter tengah penuh. Kerani kat sini comel-comel belaka. Bawa je kad apoimen tadi dan serahkan kat cashier tu. Tak pun hanya maklumkan nama pesakit, diorang boleh cek online.
 Lepas tu ayah bayar bil sambil ibu tunggu kat depan farmasi ni.
 Depan kaunter tadi ada mini-kafe. Memang sedang elok je dia punya susunan seksyen. Ica tengah nak beli donut kecik.
 Lepas bayar bil, ayah terus ke farmasi untuk ambil ubat. Ubatnya memang dah tersedia sebab diorang ni semua online jer. Cepat sangat maklumat tiba. Bagus betul...
 Ica makan donut dulu. Ayah kenapa? Hepi je tu? Sebab semuanya cepat ek? Memang pun..
 Ibu duduk kat kerusi di ruang menunggu tak jauh dari kafe ni.
 Susunan seksyen yang sangat sesuai. Sini ruang menunggu. Sana kafe. tak jauh dari kaunter. Cuma diorang kena ada satu kedai koperasi kot? Ke tak perlu sebab kat luar tu sebelah je hospital ni ada macam-macam kedai makan? Pun ye jugak.
Bilnya. 
RM221.45 untuk sebotol paracetamol. Eh. Bukan.
Untuk kurang setengah jam blood test report dan perkhidmatan yang sangat laju, ini memang berbaloi. Barulah namanya membayar untuk keselesaan dan kepantasan. Cuma sedih sikit, Ica tak dapat nak admit. Kalau tak, boleh review bilik hospitalnya pulak. Haha. Boleh camtu?

No comments: