Bismillah..
Tahun lepas kita datang, Lavender Garden ni belum siap sepenuhnya. Tahun ni, Alhamdulillah dah siap sebahagian besarnya. Ada sikit-sikit lagi yang masih di touch-up. Itupun ramai pengunjungnya. Masa Sabtu, kita lalu saja, tak tergamak nak singgah sebab orang terlalu ramai. Hari Isnin, orang tak ramai, jadi bolehla tengok bunga lama sikit, dan selfie lah.
Hello! Welcome to Cameron Highlands' Lavender Garden... Kata maskot kecik dengan simbol minion ni. :-)
Cantik rekaan batu ni, siap ada strawberi bergayutan macam real. Maklumlah masih baru. Kalau dah lama nanti gerenti dah kusam. Cuma, masalahnya binaan ni terletak rapat ke sisi jalan. Kereta lalu lalang laju-laju sebab ada selekoh besar depan tu. Jadi, dengan anak-anak, jangan sampai diorang terlepas ke depan sangat, takut terlanggar kereta.
Hehe...
Nak masuk ke dalam ni bukan free ya. Eh kenalah bayar, sebab diorang nak buat dan maintain taman ni bukan senang... Ok lah. RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak berumur 5 - 12 tahun.
Nah. Cantik kan view kat sini. Semuanya segar.
Tak tahulah kaitan kereta mini dengan taman ni :-) tapi ah biar je lah...
Ada pondok aiskrim, tapi minah kecik ni suka yang tiruan punya... aksi cliche nak makan aiskrim gergasi...
Fefeeling macam kat oversea (-_-)
Taman ni ada 3 tingkat. Bawah ni untuk bunga kecil-kecil macam lavender ni. Atas ada bunga besar-besar macam bunga matahari, dan strawberi. Tengah dekat tempat nak keluar ada kedai cenderamata.
Best betul ada monopod iphone ni. Memang asyik selfie bertiga saja. Alhamdulillah...
Ouch! Kena gigit lebah gergasi!!!
Ica kat taman angels..
Dalam kasut pun boleh tanam pokok... hidup segar pula tu. Suasana dalam taman ni taklah sejuk sangat macam kat puncak Brinchang semalam. Tapi tak juga panas terik sebab ada bumbung. Sedang elok saja.
View bawah tu, bunga-bunga kecil yang meranum. Nampak cantik sangat. Subhanallah...
Alamak. Rumah hantu....
Oh my Allah! Labu gergasi!!! - Padahal Ica tak tahu pun buah ni namanya labu. Ayah yang suruh Ica pose macam tu. Hiks!
Kalau petik sendiri strawberi ni bayar RM20/500gram. Tapi hari ini tutup, tak boleh petik sendiri. Kalau nak, boleh beli je dekat kedai tepi ni sebekas RM20 untuk sekilo. Lagi berbaloi. Tapi tak dapatlah merasai pengalaman petik sendiri buah yang cantik ni.
2 orang kepoci (-_-) yang sorang tengok ikan apa dalam kolam. Yang sorang lagi teruk. Mengintai apa yang ada dalam rumah ni. Haih.
Memang cantik, ala-ala English Old Castle yang ada kolam ikan koi di depan pintunya.
Padahal ianya adalah pejabat pengurusan taman ni.
Tangga atas kolam ikan ni menghubungkan rumah ni dengan kawasan rumah Smurf yang masih dalam pembinaan.
Kalau siap ni, macam cantik aje...
Belum siap pun dah nampak cantik sangat... Siap ada buaian.
Cendawan berwarna warni....
Di belakang tu penuh dengan bunga-bunga segar matahari merah kuning oren. Eeeee geramnyaaaaa...
Ha... bestnya kalau dapat petik semua bunga ni. Sekuntum RM2 kalau petik sendiri.
Potret keluarga lagi... :-)
Mini kincir air.. Naik ke atas lagi ialah kebun strawberi.
Ambil gambar dari sini saja lah.
Bunga seri pagi di sepanjang koridor. Cantik sangat!
Yang menjalar kat atas bumbung kedai strawberi ni pun cantik juga. Tolong!
Selfie dengan ikan.
Ini dekat level kafe. Pemandangan dari sini memang 'awesome'!!!
Beli makanan dulu... RM19
Untuk makanan ini... Boleh tahan mahal. Teh lavender dan teh strawberi. Mufin coklat pilihan Ica dan kek cheese strawberi pilihan ayah. Ibu tukang bayar saja (-_-)
Jemput makan - muka tak bersabar aje dua-dua orang ni, padahal pagi tadi dah sarapan.
Ok teh strawberi sangat sedap. Tapi teh lavender ~ super tak sedap! Haha... Tak terhabis pun.
Lepas kenyang makan, Ica turun dulu. Ibu snap gambar dari atas. Amboi... Macam nak cari gaduh je.
Masuk ke kedai cenderamata untuk laluan keluar taman.
Cantik kereta kuda penuh lavender ni. Rasa macam nak heret balik aje. Letak depan rumah. Haha.
Ada 2 seksyen dalam kedai ni. Belah sini seksyen lavender. Apa saja yang lavender - patung, bantal, key-chain, makanan...
Seksyen strawberi. Apa saja yang bentuknya strawberi dan hasil daripada strawberi.
Eh ini bukan la untuk dijual. Tempat taukeh melepak ni.
Ini untuk kraftangan yang lebih delicate dan rare.
Agak rambang mata juga nak beli cenderamata yang mana satu. Takkan lah beli semua kot. Bukan ada almari cenderamata kat rumah.
Dalam perjalanan ke hotel, singgah kat sini. Royal Berry. Pun tempat baru juga. Masa datang haritu, nampak macam ramai sangat yang berhenti singgah sini. Ada sorang remaja sakan berposing kat dinding kedai, macam model pulak. Itu yang buat ibu rasa nak singgah sangat. Hehe.
Tapi rupanya kedai biasa je. Takde orang datang pun kedai ni.
Budak merajuk tak dapat beli Twisties kat sini..
Kalau dah namanya merajuk tu, asyiklah tunjuk belakang. Tak nak senyum langsung. Haih.
Ok. Bye Royal Berry...
Dah siap packing nak balik KL.
Singgah makan dulu kat mamak ni. Alas perut sebelum singgah di Tanah Rata nanti. Baliknya kita ikut Tapah.
Berhenti sekejap tak jauh daripada Bharat Plantation ni, mengimbau kenangan 7 tahun lepas, masa honeymoon kita. Eh cewah. Mengadanya!
Selepas kira-kira sejam lebih, sampai lah kita ke Lata Iskandar ni. Ada 2 makhluk yang tak sabar nak mandi kat sini...
Nasib baik takde orang, jadi sempatlah nak bergurau senda kat atas ni.
Lepas tu turun mandi di bawah pula, sambil makan strawberi... Amboi.
Dah tahu takut, tapi nak jugak join ayahnya...
Ibu kat atas je. Tukang snap gambar kenangan.
Jenuh mandi dan jerit sakan, kita teruskan perjalanan lagi. Singgah beli petai dan makan durian. Lepas tu singgah lagi kali kedua.
Kononnya ayah terjumpa durian hutan.
Muka sengih puas hati. Yelah tu...
Padahal. Bukan durian hutan pun.
Ok dah tiba ke R&R Tapah. Ibu lapar... Makan dulu.
Dapat lauk ikan keli masak lemak cili api. Tapi Subhanallah, terlalu masin. Haih, untunglah pengendali kafe kat R&R ni. Mahal macam mana pun, tak sedap macam mana pun, orang tetap beli...
Muka Ica jadi merah kat pipi sebab berubah cuaca daripada sejuk nyaman kepada panas membahang..
Bila dah malam lagilah jadi pinkish macam ni... Hopefully takde apa lah. Banyak makan strawberi, harapnya dapatlah anti oksidan dan vitamin C tu diserap badan.
Sumber anti oksidan yang sangat sedap. Yummy! Takyah cicah coklat pun dah sedap sangat. Beli 2 longgok sebab nak buat aiskrim Malaysia perisa strawberi.
Yang ini takde kompromi. Harus dibeli. Sebab favourite ibu. Hehe...
Sekian perjalanan ke Cameron Highlands tahun ini. Insyaallah tahun depan kita pergi lagi.







































No comments:
Post a Comment