Bismillah...
Hutan Lumut ni terletak di puncak Brinchang, 15 minit dari simpang jalan besar yang ada construction atas tapak bekas pasar pagi. Sama laluan dengan Ladang Teh Boh di Sungei Palas yang jadi a-must-visit bagi yang datang ke Cameron Highlands ni, tapi Sg Palas jalan terus, hutan lumut masuk kiri. Tak ada papan tanda yang elok, pun tapi ayah yang berani ni teruskan saja perjalanan.
Eh sebelum ke hutan, isi perut dulu dengan roti canai di kedai mamak depan tangga hotel ni. Hihi..
Perjalanan ke hutan ambil masa selama 15 - 20 minit, ikut hadlaju kereta dan perlu berhati-hati sebab lorong yang sempit dan cerunnya yang sangat curam. Tak ada papan tanda khas yang elok, cuma ada satu yang dah buruk dan tulisan malap. Ibu tak ambil gambar sepanjang jalan sebab hati tengah cuak. Ica pun senyap aje. Takutlah tu :-) haha, ibu dan Ica memang bukan jenis yang panjat-panjat gunung ni. Tapi ikutkan ayah yang teringin sangat tengok puncak, bersabar sajalah.
Ok dah sampai ke puncak dan ada tempat peninjau kat atas tu. Masa ini baru pukul 9 pagi, tapi matahari dah terik di bawah. Cuma kat sini, sejuk ya amat. Subhanallah. Hidung sakit sebab sejuk sangat.
Kita pun naik ke menara peninjau ni. Tinggi boleh tahan. Gayat sudah tentu. Tapi Ica tak naik. Ica duduk kat bawah saja. Sambil jerit-jerit "cepatlah turun...Ica takut ni..." memang tak bagi chance nak tengok pemandangan dari puncak yang lama sikit.
Sebelum naik ke menara peninjau. Pemandangannya dah cantik sangat. Apa tidaknya, sama tinggi berdiri dengan bukit di sana tu. Matahari terpancar mengenai muka, tapi bahangnya langsung tak terasa. Cuma silau saja.
Atas menara peninjau ni, susah nak dapatkan angle yang cantik. Sorry lah ayah, kena bebayang pulak. Tapi dibelakang tu, kita menyamai kedudukan awan... 5000 kaki dari aras laut.
Ibu pulak. Dalam pada gerun-gerun tu, suka juga duduk sini. Sejuk, nyaman, menyegarkan, walaupun sakit hidung..
Eh cehceh... Siap ada biasan cahaya berwarna warni pulak kat gambar ibu ni. Macam cun aje. Bleh la jadikan profile pic. Hahaha..
Cantik. Bukan ibu. Tapi gunung ganang berlapisan dibelakang tu. Subhanallah. Tidak ada perkataan yang sesuai mampu mencerminkannya.
Tak nampak belakang sebab terlalu silau. Ambik gambar pun dengan iphone je, bukan dslr...
Weeheeee kami dah sampai puncak Brinchang... Syukur Alhamdulillah...
Dalam perjalanan turun, sempat berhenti untul selfie dengan alam ciptaan Tuhan. Redup dan nyaman.
Macam kat oversea tak? Heheh... Feeling aje...
Ok dah tiba.
Pondok untuk bersiap-sedia memanjat gunung, atau jadi tempat perkelahan saja pun boleh..
Ke kanan Perak, ke kiri Pahang. Nak ke mana?
Ayah meneruskan perjuangan nak panjat gunung. Sementara Ica dan ibu turun ke kereta semula..
Ada satu grup orang cina tengah warm-up nak panjat gunung.
Inilah lumut yang memenuhi setiap dinding gunung kat sini. Besar-besar dan segar-segar...
Dan selfie lagi dengan hutan...
Sambil ayah kata, "seramnya tengok ada makhluk hitam..."
Tapi ibu lagi seram yang ini... hihihi
Dari bawah, menara peninjau kecik aje.
Lumut di bahagian bawah.
Dah mcm bunga lumut je ni.
Dah sampai kebun sayur. Segar bau daun sup. Ica berhenti sebab nak tengok pokok ni.
Dan dengan selambanya terus dipetik, sebab nak selfie dengan bunga.
Eh kebun teh pulak. Ladang teh...
Sementara yang kecil tu tak nak berpanas, duduk je dalam kereta sambil main bunga yang dia petik tadi.
Dah sampai ke simpang ke Sungei Palas...
Jalan kaki nak naik ke atas.
Fuh... tak sangka sampai ke atas ni dengan jayanya, Alhamdulillah.
Tak dapat berhenti minum-minum macam selalu sebab orang ramai sangat. Ahad kan..
Ladang teh dah jadi coklat tu sebab kepanasan terlampau. Kesian..
Lepas puas ronda ladang teh, balik bilik dan berehat. Lepas tu baru keluar semula untuk tengok strawberi tipu-tipu pulak.
Inilah dia.... Depan kedai S'Coner. Masa ni dah pukul 6 petang. Jadi kedai dah tutup.
Mesti dengan aksi cliche nak makan strawberi gergasi.
Oh ya. 7 kali datang sini tak pernah pun ambik gambar kat sini.
Kali ni, kita abadikan kenangan.
Dalam perjalanan balik ke hotel semula. Tapak pasar malam Sabtu dan pasar pagi Ahad. Penuh dengan sampah...
Kesian... Tapi jangan risau sebab hari Isnin pagi ada kontraktor yang bersihkan tapak ni.
Malam, kita ke Tanah Rata untuk lihat aktiviti malam kat sana. Siap ada pasar malam pula tu. Tapi kita tak beli apa pun. Kat Tanah Rata, kehidupan malamnya sama macam kat KL. Ada kedai-kedai yang buka hingga pukul 10 malam. Mungkin sebab ramai Mat Saleh yang menginap kat sini. Kedai cenderamata pun ada. Tapi harga barangannya agak mahal berbanding kat pasar malam Brinchang. Jadi, tak beli apa pun. Lepas tu balik, dan minum teh dulu kat mamak, sebelum naik bilik untuk berehat.







































No comments:
Post a Comment