Mar 11, 2014

Cameron2014 : Masih sejuklah disini.

Bismillah..
Ini ialah kali ke 7 percutian ke Cameron Highlands. Sejak ayah dan ibu berkahwin, kita tak pernah gagal ke sini. Mulanya berbulan madu. Tapi selepas-selepas itu pun kita ke sini juga sebab nak dapatkan aura sejuk ala-ala Switzerland musim panas. Kikikiki boleh? 

Tahun 2007, Cameron Highlands masih sangat sejuk kerana cuaca tengaharinya nyaman sampai tak terasa bahang mentari yang terkena kulit. Tapi setiap tahun selepas itu kita dapati perubahan pada persekitaran dan cuacanya sedikit demi sedikit. Tahap sejuk tu dah tak sesejuk dulu. Logiklah, dengan banyaknya hotel dan rumah tumpangan baru dinaikkan, juga kebun-kebun bunga dan sayuran di tepi lereng siap dengan tempat melwat yang lebih eksklusif, semua ini 'menyerap' kedinginan tanah tinggi yang subur ni.

Tapi kita tetap juga datang. Tak ada apa-apa sambutan istimewa. Hanya nak berubah angin. Maklumlah KL sangat berjerebu. Air pula siap dicatu. Walaupun rumah kita belum terkena, tapi lambat laun jadualnya pasti ada. Jomlah kita release tension ke tanah tinggi. Tak perlu lama, 2 hari cukuplah.

Kali ini ibu yang beriya-iya sangat nak ke Cameron Highland. Ibu yang packing baju semua orang, bangun awal pagi siap memasak, bawa beg masuk dalam kereta dan susun tempat tidur Ica pun ibu yang buat. Ayah cuma booking bilik hotel, dan masuk dalam kereta, dan drive. Alhamdulillah :-)
Masa nak gerak ni dah pukul 8.30 pagi. Matahari dah terik. Pelik juga 8.30 pagi terik mcm ni.
 Sempat sarapan dulu di rumah, ibu buat nasi goreng. Tak habis, tapau lagi.
Dapat ambil pic bertiga sebab ayah belikan ibu monopod baru. Yay! :-D Kalau takde monopod pun setakat ambik gambar dalam kereta macam ni, boleh aje. Tapi tak relax macam inilah. Hihi..
Perjalanan ikut Simpang Pulai ke Cameron Highland ambil masa dalam 4 jam. Campur berhenti ke toilet dan regangkan belakang badan ayah, jadi dalam pukul 12 lebih kita sampai ke sini. Tak keluar kereta pun, just berhenti tepi jalan dan keluarkan monopod. Tapi tak dapat full pic la...
Macam biasa kita mesti singgah di ladang strawberi pertama masa nak naik ke Brinchang. Tahun lepas, ladang ni ada sayur dan buah markisa yang ranum. Tahun ini, hanya ada strawberi dan cactus kering saja. Mungkin kesan cuaca panas menyebabkan sayuran tak menjadi. Tapi kedainya masih macam dulu. Barangannya pun tak berkurangan, macam dulu :-)
Ececeh... kelebihan dengan monopod ni macam inilah. Boleh kreatif lebih-lebih sikit. Orang lain tengok macam kita ni jakun bergambar :-) haha apa nak buat, memang jakun pun...hehe
 Boleh la selfie dengan ikan...
Dan selfie dengan tembok ni yang selama ini kita tak pernah hairan pun. Masa ini pun ayah dan Ica tak hairan. Sebab tu boleh la selfie (tihtihtih...)
Nak keluar dari kedai pun sempat ambil pic ni. Siap dengan orang-orang yang tengah makan kat meja tu pun join masuk dalam gambar kita. Hehe...
Aiskrim Malaysia perisa strawberi yang ayah dan Ica tengah pegang tu, mahal sikit kat kedai ni RM1.50 sebatang tapi sedap & manis, tak macam yang di pasar malam, harganya RM1 je sebatang tapi rasa klorin dan tak manis sebab dia guna strawberi sikit sangat..
Ini dulu tapak pasar pagi, depan simpang naik ke Hutan Lumut dan Sungei Palas ladang Boh tu.. Sekarang ni dah jadi construction site dan ada bangunan hotel yang dah siap. Hebat. Cepat betul diorang buat kerja. Sabtu Ahad pun kerja juga.
Sampai ke hotel Rainbow tempat kita nak menginap, kerani kaunter kena cek dulu sistem sebab ayah beli bilik daripada Agoda. Kenapa beli di Agoda, sebab murah separuh harga. Kalau walk-in untuk bilik tripple sharing, semalaman RM280. Ayah beli di Agoda RM190 saja. Alhamdulillah, jimat sikit kat situ. 

Kita pernah juga walk-in masa datang sini. Ada banyak hotel dan rumah tumpangan sekitar Brinchang ni. Nak yang macam mana ikut selera sendiri dan poket kita. Tapi kalau walk-in kenalah terima ada yang ada. Harga weekend memang tripple mahal daripada hari biasa. Tapi selalunya full-house bagi hotel yang dah established macam Rossa Pasadena yang ada 3 ke 4 bintang. Kalau kita tak kisah hotel cikai dengan harga sedikit mahal, boleh la duduk di Jasmine, Kowloon, etc. Hotel Rainbow ni, dikira hotel bajet jugak kot, sebab biliknya taklah besar mana, tapi kelebihannya banyak...

Kalau nakkan hotel yang lagi best, kat Tanah Rata banyak pilihannya. Tapi, kalau datang Cameron Highlands ni duduk kat Tanah Rata, macam tak syok sangat kot sebab jauh daripada pasar malamnya. hihik.. Lagipun, Brinchang lebih sejuk daripada Tanah Rata. Ikut measurement sendiri je ni.
 Hotel ni tak tinggi sangat, hanya 4 tingkat je. Kalau naik tangga pun boleh.
Bilik 3 orang tak besar mana, tapi selesa lah ada ruang sikit antara katil dan toilet. Yang penting terang dan nyaman...

Ayah sempat lah tidur sejam dua, melepas lelah. Ibu tak boleh tidur sebab badan rasa macam nak demam. Mungkin sebab bertukar cuaca secara tiba-tiba. Daripada panas terik berjerebu, ke cuaca sejuk nyaman. Sebenarnya taklah sejuk sangat sampai sakit hidung. Tapi sejuk jugalah sampai kena duduk bawah selimut selalu. Dahlah tak bawa baju sejuk, sebab ingatkan tak sejuk mana pun... Ha jangan under-estimate sejuk di cameron ni yea. Bila dah macam ni baru menyesal. 
 Kalau nak jalan kaki ke pasar malam, tak jauh, dan tak berbukit. Nak makan kat kedai-kedai makan depan hotel pun tak jauh, hanya lintas jalan. Kalau nak minum malam-malam, turun je ke bawah, ada kedai mamak depan tangga hotel. Kedai runcit hanya sebelah saja.
 On the way nak makan malam, tapi awal lagi ni.
Orang ramai sangat kalau hari Sabtu malam, sebab ada pasar malamnya. Selalu memang kat sini je kita dinner walaupun makanannya takdelah sedap sangat... Mahal pula tu. Takpelah, asalkan dapat makanan yang panas-panas macam tomyam dan sup tulangnya. Memang sedap.
Kita cari sate yang best, kita makan tahun lepas kat gerai depan kedai tomyam ni, tapi makcik tu dah tak jual. Terpaksa order sate yang budak-budak jual kat depan kedai ni. Satenya kurus-kurus je, tapi sebatang RM1. Boleh tahan mahal. Sedap ke? Tak pun... Serius.

Kat pasar malam takdelah memborong apa pun. Cuma belikan Ica sepasang baju dan ibu sehelai tshirt. Ayah beli strawberi dan makanan pasar malam. Yang best, jagung bakar, keledek rebus, cendawan goreng memang fresh-fresh belaka sebab hasil tanaman kat sini yang di masak terus.
Sampai je kat bilik, terus menghurung strawberi ni. Segar dan tak masam langsung. Kalau di pasar malam, boleh beli longgok dan lebih murah daripada yang dijual kat kedai tepi jalan. Semuanya segar dan sedap. Takyah cicah sos coklat pun. 2 pelastik kita habiskan sambil tengok tv. Harap tak cirit lah esok harinya sebab makan buah banyak-banyak ni. Haha.
Ica menayang huruf A baru beli kat pasar, dan sepit rambut tulang ikannya.. Memang benda-benda macam ni lah yang Ica akan beli tiap kali ke pasar malam Brincang ni. Pastu tahannya kejap aje. Nama pun made in China kan...
 Key-chain ni Ica belikan untuk teachers kat tadika. Siap pilihkan lagi teacher siapa dapat bentuk apa.
 Yang star berlampu ni Ica punya lah. Sudah tentu..
Dan sepit rambut tulang ikan ni. Pada masa ibu tulis entry ni, sepit ni pun dah hilang entah ke mana..

Kalau cakap pasal sovenir dari Cameron Highland, balik-balik bantal, key-chain, fridge magnet, setokin dan mafla colorful, payung dan beg dengan gambar strawberi. Sama je tiap tahun ada. Semuanya Made in China. Agaknya kalau pergi Guangzhou boleh pilih yang lagi best kot? HIhihi...

Ok habis sudah aktiviti malam ini. Brinchang bukanlah pekan yang moden macam KL. Lepas pasar malam tutup, suasana kampung pun menjelma. Dengan bunyi cengkerik dan riang-riang bernyanyi seronok sebab cuaca sejuk nyaman. Ayah kata, kalau takde kedai 24jam macam 7-11 susah juga kalau ada apa-apa. Eh. Dia pulak yang susah. Orang Brinchang ok aje?

Kalau nak apa-apa, pergilah ke Tanah Rata. Sana town dia. Kita cerita esok. 

No comments: