Mar 20, 2014

Kesan catuan air.

Bismillah...
Hujan dah semakin kerap sejak beberapa hari ini, Alhamdulillah. Sejuk sikit bumi KL dan sejuk sikit rumah teres kita yang kecil molek ni. Kebetulan embah datang sejak hari Sabtu lepas, dan hujan membasahi bumi hampir setiap hari, jadi embah pun suka lah. Kalau dalam berita tv tu, beberapa kawasan dalam KL dah ada yang banjir. Biasalah KL, asal hujan, jalan jem, asal lebat sikit je, banjir. Especially tempat yang rendah dan sistem longkang tak elok. Kesian kat mangsa banjir, mudah-mudahan sabar dan dapat bantuan sewajarnya pihak berwajib. Lagi malang kalau kena banjir tapi air masih dicatu (-_-)

Kita pun masih dicatu. Tapi nasib kita lebih baik daripada orang lain, sebab 2 hari ada air 2 hari takde air bagi kita, masih ada air walaupun perlahan alirannya. Masih boleh basuh baju dan buat aktiviti harian macam biasa. Cuma tak syok air perlahan. Tu je. Aish tak bersyukur pulah dia... Rumah hujung simpang, masuk kawasan Taman Ibukota, memang kering takde langsung air. Walaupun belum masuk musim catuan haritu, kita masih bermain air, diorang dah takde air. Kesian kan. Padahal hanya berbeza lorong saja. Mungkin lorong kita, paip air kita sama haluan dengan paip rumah VIP KL kot? Rumah Datuk Bandar KL misalnya? Hahah... Tak kisahlah. Asalkan ada air. Kalau tidak, memang agak mencabar juga nak kena simpan air. Dahlah ibu ni 24 jam ada dirumah selain hari pergi kelas, jadi banyak aktiviti melibatkan air. Kalau kerja, sekurang-kurangnya boleh la membuang di pejabat sana.

Tadika Ica pun dicatu. Ibu suspense jugak kalau Ica kata berry kat tadika time air takde. Basuh dengan apa. Flush ke tidak. Ei. Budak kan ramai. Teacher mana ada masa nak tengokkan semua orang. Sebab tu, tiap kali balik dari tadika je, mesti ibu suruh Ica mandi dan tukar baju. Haih kalau ibu kerja nanti, siapalah yang nak uruskan semua ni... Anyway, walaupun takde air kat tadika, Ica bawa balik makanan hasil tangan kindy cooking nya. Wah.
 Dengan bangganya menunjukkan spagetinya pada ibu. Ibu tertelan-telan liur. Bukan sebab nampak sedap dan teringin. Tapi sebab suspense..
Ok gambar ni terang sikit :-) 
Walaupun suspense, ibu benarkan Ica makan jugak sebab spageti ni kegemaran Ica. Ibu rasa sikit, hmmm ok lah. Rasa macam spageti biasa yang ibu masak. Tawakkal sajalah. Harap Ica tak sakit perut lagi. Kali akhir ibu benarkan Ica makan makanan hasil kindy cooking ialah.. eh tak ingat bila. Tapi makanannya ialah sandwich telur. Sebab lepas tu Ica warded muntah-muntah sakit perut kena rotavirus masa ibu exam (-_-) teruslah ibu kata "boleh masak dan bawa balik, tapi, please jangan makan okey!" hihi.. Itu time ada air. Ini masak time air dicatu, erk...ibu pasrah dan bertawakkal.

Semalam, lepas habis kelas, ibu dan ayah makan di Seksyen 7 Shah Alam. Ayah dengan baik hatinya nak hantar dan ambik ibu dari kelas. Jadi, kitorang makan dulu sebelum balik rumah sebab Ica ada dengan embah dan Wak Laila. Ibu dah siap-siap masak nasi dan lauk lebih untuk dinner Ica dan embah. Jadi kitorang makan la nasi arab, lambchop dan kacang pool. Kongsi-kongsi. 

Sebelum makan baru perasan diorang tengah takde air. Faham-faham sajalah macam mana peniaga masak/sediakan makanan dengan air yang terhad. Kalau ada air yang banyak pun bukan diorang masak macam kita kat rumah kan. Ada sikit rasa geli tekak juga. Tapi sebab perut lapar, tawakkal 'alallah saja. La haula wala quwwata illa billah...
 Nasi arab di D'Arab Cafe punya. Ada cawangan merata kan? Kat Taman Melati pun ada. Rasanya, taklah sedap sangat tapi cili hijau tu memang best lah. Rasa macam nak gi beli cili hijau tu sekarang jugak. Hehe. Set nasi dan air sirap ais RM15 je. Tak mahal.
 Gaya orang kelaparan tak jumpa nasi sehari suntuk. Hehe..
Ibu pilih western. Lambchop ni RM15 je. Harga budak-budak UiTM nak makan. Memang sesuai lah. Sosnya mak aih. Too generous sampai nampak macam tertumpah ke apa. Masin MSG tahap MasyaAllah tak tahu nak kata apa. Tapi bila makan coleslaw dan taugeh hijau tu, ok lah jadi balance. Nama pun tengah lapar kan... 
Dah habis nasi dan lambchop kitorang makan kongsi-kongsi, tetiba ayah kata nak rasa kacang kolam ni. Kacang pool. Rasanya macam famous kat area JB kot. Tapi tak pernah rasa. Oklah meh try. Kalau makan kuah saja, mak aih macam kuah kacang yang hangit sikit. Tapi bila digaulkan dengan cili dan bawang, dicicahkan dengan roti bakan yang tebal tu, share pulak berdua, time ni hujan tengah lebat pulak tu, eh sedap pulak. Haha. Harga pun murah RM6 je. Harga student kan.
Lambchop tu beli kat sini. Lelaki yang tukang masaknya. Selalu kalau lelaki ni, agak berkira dengan air. That means, agak cincai kan. Tapi harapnya budak-budak tukang masak ni taklah macam tu. Harapnya diorang cuci bersih. Harapnya yang masin sangat tadi tu hanyalah makanan semata, takde perisa selain tu, Tawakkal 'AlalLah... :-)

Bagi ibu, catuan air ni ada sejarah tersendiri dalam hidup. Masa ibu sekolah menengah dulu, 5 tahun menginap di asrama penuh di SMKA Simp. 5, Selangor, air memang tak pernah cukup untuk kegunaan semua murid. Bayangkan lah 5 tahun menadah air untuk mandi setiap pagi. Berbiji-biji baldi bertukar ganti sebab pecah punggungnya bila dihentak masa naik tangga.

Masa tingkatan 1, dorm ibu dibangunan sekolah yang diubahsuai menjadi bilik asrama. Sebilik ada 24 orang. Memang crowded. Air selalu tak ada. Masa mula-mula sekolah, at least 2 minggu lah tak mandi. Yer, tak mandi. Cuci muka dan gosok gigi saja. Lepas tu pakai bedak wangi kat ketiak, pergi sekolah. Dahla panas. Pakai tudung labuh. Tabahkan saja. Sekolah sesi petang pulak tu. Pastu baju yang dah 2 kali pakai masuk dalam almari, berbau satu almari. Aduhai... Tapi lepas tu hantar dobi lah selesai masalah. Dobi kutip baju 2 kali seminggu. Jadi soal baju memang takde masalah sangat. Cuma baju tidur dengan baju prep je yang tahan tak cuci, bawa balik rumah masa cuti hujung minggu kedua. Sabtu Ahad minggu pertama tu ada aktiviti kokurikulum. Jadi tetap tak boleh membasuh. Hanya boleh mandi saja. Itupun kena cari tempat mandi yang agak jauh daripada dorm. Kena bangun awal pagi dalam pukul 5.30 macam tu. Lepas mandi tidur balik, dan bangun masa azan subuh. Junior kena solat jemaah di surau. Memang hectic hidup di asrama yang serba daif.

Bila dah masuk bulan kedua, dah tahu letak duduk kawasan sekolah, dah tahu kat mana nak cari air untuk mandi, barulah rasa survive sikit. Normal sikit, boleh mandi tiap hari dan basuh baju sekali sekala. Tapi kena tahu rutin pula, sebab tempat yang ada kolah tu kat blok lain dan penuh dengan senior tingkatan 2. Kena pandai pilih masa yang sesuai. Lepas prep pagi, ada masa sikit untuk persediaan ke sekolah, terus ke blok yang ada kolah mandi yang ada air tu, mandi dan basuh baju. Air kat kolah tu bukannya penuh pun. Cuma paip air berpelampung tu sentiasa ada air yang keluar. Tadah sikit-sikit dalam baldi, atau cedok air dari dasar kolah, dapatlah mandi. Kena mandi berkemban. Malu usah cakap. Kadang mandi dalam toilet. Sebab segan dengan senior yang cantik-cantik budak KL belaka. Tak tahu kenapa masa tu kalau budak KL mesti putih gebu cantik. Kalau budak kampung ni kita boleh kenal jenis yang sawo matang, gemuk sikit. Heheh. Masa inilah boleh membasuh sesuka hati. Tapi sampai pukul 12 je, lepas tu kena pergi makan dan solat zuhur di surau sebelum masuk ke kelas. Dah tak busuk macam mula-mula tu, dan selesa lah sikit nak belajar kan...

Bila asrama baru siap, kami berpindah ke asrama baru pula. Ingatkan nasib akan berubah. Nampak asrama macam cantik. Yelah sebab baru. Bilik mandi ada toilet dan shower. Shower ada langsir plastik lagi. Kolah air ada 7. Satu yang paling besar 4 segi. Memang menimbulkan bunga-bunga harapan tak perlu bangun awal pagi dan berebut air lagi. Asrama ada 2 wing, 3 tingkat. Tiap tingkat ada toilet setiap wing. Hari pertama mandi dalam shower sangat membahagiakan. Maklumlah, setahun mandi ke sana sini. Lebih-lebih lagi orang kampung macam ibu ni, mana ada shower bagai. Kat rumah mandi kolam je. Paling advance, mandi tempayan, air hujan sejuk putih. Air kolam kan macam teh susu sikit.

Selesai pindah asrama baru hari Ahad. Pagi Isnin tu bangunlah pukul 6 pagi konon tak risau takde air. Hampeh. Air tak cukup. Dah ada yang bangun lebih awal. Jadi air tinggal sikit. Yang dalam 7 tempayan besar tu, hanya 2 yang ada air. 5 lagi salurannya sumbat dan hanya keluar air sikit-sikit saja. Dahlah dalam tempayan tu ada pasir, sampah rumput rampai semua. Takkanlah nak ambil air kat situ. Dalam kolah besar 4 segi pun air dah sikit. Masa tu lah berebut air. Masuk dalam baldi, dan cari bilik air untuk mandi. 

Semua bilik air di tingkat 2 dan 3 takde airnya, baik dalam toilet mahupun shower. Dalam toilet tingkat 1 bawah sekali saja yang ada air. Tapi keluarnya segan-segan ayam pula. Kena tadah. Nak masuk toilet ni kena cop dulu. Lepas budak A, geng-geng dia budak B sampai G. Walaupun dalam satu bilik mandi ada 4 toilet, setiap toilet tu dah ada 'empunya' nya. Diorang dah cop dengan baldi, toiletries, tuala, etc. Jadi kalau nak guna, kena tunggu geng dia habis mandi, baru boleh. Kalau tak dicop dengan barang pun, kalau sorang geng dah ada dalam tu, kita tetap kena tunggu sampai habis geng dia mandi baru boleh masuk. Kekadang kita tunggu dah lama ni, geng dia masih tidur lagi, pun tetap tak boleh masuk. Kalau masuk jugak? Ada la yang kena maki kejap lagi. Haru ke tidak? Selalunya ibu malas nak gaduh rebut jamban. Kena lah gunakan shower room berlangsir plastik tadi, tapi takde airnya. Jadi, angkut air dengan baldi ke dalam shower tu. Tiap hari begini. Dapat shower kat tingkat 1 ni pun dah kira syukur sangat, tak payah angkat baldi tu sampai level 2 dan 3. Sebab kalau bangun dah lewat tu, memang kena naik tangga ke tingkat atas. Bayangkan lah. Kita kerja mengangkut baldi berisi air pagi-pagi. Adoi. 

Kalau pagi-pagi nak terberry? Kenalah tahan sikit, berry kat sekolah, kat blok akademi. Kalau datang sekolah awal, boleh la berry kat toilet blok akademi belum ada orang, air pun banyak :-) 

Sarapan pagi mula pukul 6.30 pagi. Tapi jadi crowded pukul 7 pagi sebab 7.30 dah masuk kelas. Kalau nak suasana lengang dan tak berebut, kena korbankan sikit masa tidur. Bangun awal pagi. Pukul 5.30 hingga 6 tu masih ok. Lepas mandi terus solat subuh. Sebab dah tak junior, solat je dalam dorm. Lepas tu siap-siap pergi sarapan di dewan makan. Ibu memang tak pernah tak sarapan sebab takde duit nak beli makanan pagi pukul 10.10 masa rehat sekolah nanti. Kenyang sarapan tu boleh tahan sampai masa makan tengahari pukul 2 petang. Lepas sarapan dalam pukul 7 dah sampai kelas. Blok akademik dengan asrama tak jauh. Dalam 300-500 meter saja. 

Lepas sekolah, makan tengahari dan kena laju-laju pergi tadah air untuk kegunaan bila emergency macam nak terberry tak kira masa. Lepas solat zuhur kena turun prep. Lepas prep pukul 4.30 petang tu terus pergi mandi dan basuh baju. Bila dah settle hal yang melibatkan air, barulah boleh rehat dan baring-baring sebelum makan malam dalam pukul 6.30-7.30 malam. Kalau petang dah simpan air, malam balik prep boleh terus tidur. Tapi kalau balik prep tu tidur, lepas prep malam tu kenalah tadah air, basuh baju, mandi, etc. Kalau tak, memang susahlah pagi-pagi esoknya nak mandi.

Dalam dorm takde kipas. Asalnya ada kipas dinding tapi tahan beberapa minggu je. Rosak. Asalnya ada jejaring perangkap nyamuk, tapi ia memerangkap sampah dan menyebabkan panas dorm tu. Terus kitorang buangkan saja. Tapi bila difikirkan balik, lojik ke dorm takde kipas? Dahlah ramai murid dalam 1 dorm tu. 24 orang dalam bilik biasa. 42 orang dalam dorm panjang. Tapi dalam dorm panjang ada kipas siling. Cuma terhad lah. Sejuk sikit bila tidur malam.

Masalah lain ialah toilet tersumbat. Semua yang di tingkat 3 tersumbat walaupun baru saja beberapa bulan digunakan. Hanya ada 1 atau 2 toilet saja yang tak tersumbat. Tapi kalau dah nak terberry masa 'peak-hour' pagi-pagi tu, dan tak sempat nak ke blok akademik, memang terpaksa tuutp mata je, berry kat toilet yang tersumbat tu. Geli memang la. Tapi dah takde pilihan lain.

Sedih kan. Kenangan takde air kat sekolah. Bila dah jadi lebih dewasa, ibu jadi semakin matang dan tahu cara yang lebih baik untuk menguruskan diri dan air di asrama. Tapi bila duduk level 3, kena juga turun naik angkat air. Nak mandi pagi di level 3, kenalah simpan air di level 3. Tak pun angkut air dari level 1 ke level 3 sebab kat level 3 memang takkan keluar air :,-( dan pengalaman ini berlarutan sampai habis sekolah pun. Sampai ada satu ketika tu, masa sibuk nak angkat air, terjatuh kat tepi longkang sebab selipar licin. Perut ibu kena bucu longkang :'( sakit tak terkata. Tapi masa tu buat tak rasa je lah. Bila dah tua-tua ni, badan selalu sakit-sakit terutama sakit belakang. Yelah dulu tiap hari angkat baldi air naik tangga.

Lepas bersalin Ica tu ibu ada sakit kat bahagian rahim kat perut yang terkena bucu longkang tu. Tukang urut kata, kesan jatuh yang lama. Hmm memanglah. Sebab memang betul terjadi. Tapi dah urut. Cuma nyerinya masih ada :'(

No comments: