Bismillah..
Rutin taekwondo Ica pun bermula. Hiyaarh!! Hehe. Hari pertama ialah pada Jumaat malam 11 April.
Lepas bayar yuran dan beli uniform, dapatlah pakaian yang ditunggunya. Hehe suka betul Ica dengan baju keras ni. Nak kena rendam lama dengan softener supaya kainnya lembut sikit.
Ayah tengah betulkan talipinggang Ica.
Masa ini Ica kena dengar taklimat pertandingan. Muka boring aje. Ibu snap gambar ni curi-curi sebab Ica tak suka ibu snap gambar. Nanti Ica malu.
Lepas stretching, Ica ke belakang. Masa ini latihan dah mula. Dahlah rendah, duduk dibelakang, dah tentu tak nampak cikgu mengajar di depan.
Rileks.
Masa latihan yang ini, semua murid tak kira warna tali pinggang akan bercampur dalam satu bilik. Sebab itu ada besar-kecil dan pelbagai warna tali pinggang kat sini.
Ini masa latihan melompat pusing kanan dan kiri.
Sementara menunggu Ica buat latihan, ibu dan ayah duduk-duduk di ruang depan pendaftaran dan ibu isikan buku kehadiran Ica ni. Selepas mendaftar, murid akan diberikan uniform, batches dan buku kehadiran ni.
Inilah ruang ibu bapa duduk-duduk sementara menunggu anak berlatih. Oleh sebab tempat ini hanyalah lot kedai tingkat atas, jadi, ruang agak terhad. Tambahan pula ada bilik yang dikhaskan untuk ballet dan piano, jadi ruang tengah inilah yang digunakan sepenuhnya untuk menunggu. Nasib baik ada aircond. Tapi kalau ramai sangat orang kat sini, panas juga.
Hari Jumaat, latihan pada pukul 8 hingga 9 malam. Manakala Ahad pula pada jam 9.30 hingga 10.30 pagi. Nampaknya rutin Ahad ibu pun akan berubah selepas ini sebab pagi ibu kena hantar Ica ke kelas taekwondo, petang, ibu pulak ke S.Alam untuk kelas Marine Insurance.
Pagi-pagi ayah dah siapkan baju Ica, dan buku kedatangannya. Ibu siap balut buku ni sebelum ia jadi belacan. Buku ni ada panduan latihan dan tahap peperiksaan.
Dah siap. Hari ini ibu hantarkan Ica sebab ayah ada kerja sikit. Pukul 9 dah siap mandi, makan dan siap pakai baju. Kita pun slow-slow ke Rampai Business Centre. Kelas Ica ni kat sebelah Hong Leong Bank. Bila sampai awal, pukul 9.15 pagi, parking lot pun banyak lagi. Yey.
Ica tak bagi ibu snap gambar masa latihan. Baiklah. Ibu snap nyorok-nyorok ni. Masa ini Ica tengah beratur ambil giliran untuk kick-up. Ha nasib baik boleh buat. Hihi.
Sempat menguap tu... (-_-)
Sementara Ica buat latihan, ibu pun duduk kat tempat menunggu sambil bukak macbook dan buat persediaan nak ke kelas ibu petang nanti. Pukul 10.35 pagi macam tu, Ica habis latihan dan kita pun beransur pulang. Alhamdulillah selesai.





No comments:
Post a Comment