Bismillah...
Entry yang asal ibu edit semula sebab rasa macam tak sesuai nak relate kan cerita sedih dan serious dengan hobi shopping. Jadi nak dikongsikan di sini tentang website pakaian plus size muslimah yang selesa, feminine dan harganya kompetitif.
Ini koleksi pakaian plus size yang ibu beli online dan butiknya di Bandar Baru Bangi. Namanya KZNabihah. Kalau nak tengok koleksinya yang lain, macam jubah flowy, skirt flowery dan blouse besar-besar, boleh add istagramnya. So far, ibu dah beli 2 skirt, 1 blouse dan 1 jubah. Semuanya daripada kain lycra yang jatuh bila dipakai. Harganya agak mahal. Blouse ni RM83 tapi harga ahli RM78, skirt RM78 dan jubah RM140. Tapi puas hati sebab memang saiznya sesuai untuk plus size. Kalau size biasa tapi mengandung, pun sedang elok nak pakai.
Ibu paling suka jubah lycra ni sebab potongan kainnya kembang ala-ala princess. Tapi kainnya agak nipis, jadi kena pakai kain dalam untuk jubah dan skirt.
Ini kat butik KZNabihah. Ada wallpaper yang sesuai jadi background.
Koleksi kat sini bukan untuk plus size je. Yang kurus dan budak kecik pun ada bahagian memasing.
Ibu juga suka shopping di Uyyun. Sebabnya ada shawl lebar dan flower crown comel.
Shawl ni kainnya jenis murah je, sebab nipis dan corak outdated, tapi harganya masih mahal RM39, patutnya letak RM20 atau RM15 je. Tapi ibu beli jugak, sebab dia lebar dan senang nak lilit. Tutup mata je tang harga mahal dan kualiti yang kurang tu.
...dan flower crown ni. Actually dah ramai yang jual flower crown macam-macam jenis, tapi ibu berkenan yang jenis ni sebab getah. Sesuai pakai kat budak lasak, tak takut tercucuk ke apa. Ica pulak suka yang sunflower berbanding rose. Tak kisahlah. Asalkan jangan putus getahnya asyik dok pakai-bukak.
Ini kenangan di butik Uyyun di tingkat atas butik Radiusite. Kat jam ni la orang selalunya ambil gambar. Excuse shawl ibu yang tak senonoh tu, sebab nak tukar shawl jap lagi.
Kat luarnya pun siap ada perhiasan ala-ala taman. Kalau Ica ikut ni, memang nahas dikerjakan semuanya.
Keadaan dalam butik Uyyun. Dia jual skirts, blouses, tudungs, shawls, cardigans & accessories. Ibu tak pernah cuba pakainnya. Tapi dalam IG ada adik yang agak berisi orangnya, pakai skirt tutu signature butik ni. Nampak elok je. Kalau setakat plus size tahap XL, memang masih boleh melanggan di sini.
Lagi, butik tudung yang ibu selalu beli ialah Radiusite, yang tak perlu diperkenalkan lagi. Kaitannya dengan plus size? Sebab kebanyakan rekaan ialah shawl, dan shawl boleh digayakan plus size body sebab takde ukuran fix untuk muka. Kalau nak jadikan shawl tu jatuh lebar pun boleh. Cuma rekaan Radiusite ni selalu yang terbaru dan kreatif. Jadi kalau kita pakai tu, lain dari yang lain.
Dan Anggunzara. Butik ni banyak pilihan shawl yang berbucu bulat dan tidak bercorak, sesuai digayakan dengan baju kurung atau baju bercorak. Shawls yang dikeluarkan besaiz panjang hampir 2meter, jadi sedang elok menutupi dada bagi plus size.
Selain tu, ibu shooping juga di Butik Plus size Cucucamber ni. Terbaru ibu order Nautical Long Top yang mabeles ni.
Tak sabar nak tunggu delivery minggu depan. Ibu beli yang biru merah dan hitam pink. Boleh padankan dengan skirt denim. Weeee... Tops ni harganya RM73 sehelai. Agak mahal tapi kainnya sangat bagus dan ibu ada beli jenis yang sama di Jusco, lebih mahal lagi. Ibu juga ada koleksi tops yang lain dan koleksi cardigan yang selesa kainnya.
Beli saiz lebih besar dan ia jadi macam separa jubah. Selesa dipakai dengan seluar silat masa kat Mekah. Siang tak panas. Malam boleh cover sejuk. Boleh terus bawa solat, takyah telekung lagi.
Yang ibu pakai tudung labuh tu, ibu beli di D Mahligai Scarf yang beribu pejabat di Muar ni. Ibu beli 2 tudung labuh umrah dengannya, memang selesa, sejuk dan tak busuk walaupun kerap berpeluh yang banyak. Nak tahu harga kena terjah blognya dulu. Lepas tu rambang mata nak memilih. Bersabar lah nakkk... :)
Boleh bawa riadah.
Kebun bunga.
Jalan-jalan balik kampung ke, gi KLCC ke...
Panas terik pun takpe. Ia mengekalkan tahap sejuk kat leher. Suka sangat! Tapi ayah kata, bila pakai tudung labuh ni, muka jadi matang sangat, dah standard makcik-makcik pulak :'(
Oleh sebab itu, koleksi shawl tetap tak boleh dilupakan... Alhamdulillah shawls daripada Anggunzara tak menghampakan. Sweet je walaupun dah ketinggalan zaman coraknya.
Warnanya sesuai dengan ibu. Dalam cuaca panas, dia tak menghalang angin.
Dan saiznya sedang elok tutup dada :-) dan harganya tak la mahal. Sesuai dengan kainnya. Yang ni RM35.
Kira okey lah kan....
Jadi lepas ni kalau nak shopping pakaian dan tudung, boleh la ke websites ni semua. Tak payah keluar duit isi petrol lagi. Duduk rumah, klik klik klik, bayar, pastu tunggu posmen hantar. Mudah. Hanya nak kena ada duit yang banyak je lagi... :-)












1 comment:
pening jap cerita pasal gila tadi..
tak gila lagi..
suka sangat kan..
Post a Comment