Apr 3, 2014

Legoland2014 : Water Park

Bismillah..
Masa semakin suntuk ketika kita sampai ke taman tema airnya. Dah pukul 4.50 petang. Pintu keluar ditutup pukul 6, tapi semua pengunjung akan diarahkan keluar 10 minit sebelum tu, yelah nak tukar baju, mandi semua. Takkanlah pukul 6 tutup, pukul 6 baru nak keluar dari air :-) Jadi, tak sampai sejam Ica dengan ayah berlibur kat sini.
Ini yang dalam website. 
 Ini yang real, di pintu masuk ke water park. Anaknya dah sampai ke depan.
 Tinggallah maknya sorang-srang je selfie (-_-)
 Hotel Legoland.
 Ruang tiket.
 Pintu masuk.
 Jumpa kawan Lego kat sini. Belakang Ica tu changing room dan lockers area.
 Ini ialah panduan aktiviti yang boleh dibuat dalam water park ini. Cuma perlu pilih saja ikut kesesuaian umur anak-anak.
Macam Brick Blaster ni sesuai untuk orang dewasa, sebab gelungsurnya tinggi. Paling dekat dengan bukit yang ada tulisan Legoland tu.

Joker Soaker ni pulak sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Ramai kanak-kanak yang dibiarkan lepas oleh ibu bapa masing-masing sebab tempat ni kurang bahaya dan ada ramai life guard yang tolong jaga.

 Yang ini memang sesuai untuk kanak-kanak. Tapi orang dewasa pun boleh juga. Especially bagi mereka-mereka yang takut dengan gelongsor tertutup macam ni.
 Yang ni untuk orang dewasa.
Ha yang panjang gila ni pun untuk orang dewasa.
 Ibu selfie kat depan Lego Wave Pool.
 Lifeguard suruh budak kecik pakai life jacket.
 Ambik gambar dulu sebelum terjun dalam pool.
 Eh. Baru melangkah setapak dua dah terus duduk?
 Ayah kena pimpin Ica masuk dalam pool. Ibu duduk tepi je, jaga beg. Tapi sebenarnya ada locker kat tempat salin baju tadi. Cuma kadar sewanya agak mahal antara RM100-RM200 satu unit. Tapi ramai je yang letak beg baju merata dalam bilik tu. Ibu tak nak mandi sebab tak selesa ramai-ramai macam ni walaupun ada juga perempuan yang bertudung ikut mandi manda.
 Kat sini mostly orang dewasa yang mandi dan test keupayaan berenang pada kedalaman sekitan 1.5 meter dihujung pool.
 Panoramic Pool. Selesa. Banyak tempat duduk berbumbung.
 Budak ni takut air.
 Kesian tak? Penakut air dalam. So berkuak bebas kat tepi pool aje, tp dengan life jacket jugak (-_-)
 Ayah ajak Ica pindah tempat lain lah. Sebab Ica tak enjoy kat sini.
 Lepas kena marah dengan ayah sebab laju je lari ke arah tangga tu.
 Splash N Swirl dengan Joker Soaker ada kat bawah ni. Yang biru bumbung ptih 4 segi tu khemah untuk sewaan. Dalamnya ada kemudahan katil, kerusi meja dan kipas. Rak kasut dan rak makanan/pakaian pun ada. Rata-rata yang menyewa ni jenis yang ada anak kecil ramai, ada baby, nak privacy lepas mandi manda.
 Splash and Swirl dari belakang.
 Belah sana sikit yang ada macam benda melengkung putih tu tempat buat raft dan naik raft mengelilingi waterpark.
 Dekat sangat dengan hotel. Jelesnya. Kalaulah dapat duduk sini 1-2 malam. Penat-penat main air, naik hotel, tidur. Esoknya turun balik, main lagi. (-_-)
 Khemah jenis bumbung saja pun ada banyak. So cuma ada kerusi singles dan bangku, atas khemas ada kipas. Lepas mandi duduk bawah khemah ni memang segar badan lah. Silap-silap boleh terlelap.
 Ni jenis yang tak nak letak barang dalam bilik persalinan, main letak-letak kat kerusi batu yang bersepahan ni. Yang bulat-bulat merah biru tu tempat letak lifejacket. Bagusnya tempat ni kaya dengan tong sampah. So takdelah orang nak buang sesuka hati.
 Tengok tu bapak-anak tengah beratur nak naik splash n swirl.
 Baru sedar ibu ada kat bawah ni.
 Entah apa yang lifeguard tu tengah cakap, sampai dua-dua tercengang semacam.
 Ha dua-dua dah gelongsor ke bawah. Mulanya Ica dulu. Pastu ayah. Pastu Ica. Ayah duduk bawah. 
 Ayah kata Ica turun dengan pelbagai skill. Kejap kaki dulu, kejap kepala dulu, macam superman tu  (-_-)
 Diorang nak try yang biru ni pulak, jenis bertutup. Tapi tak jadi sebab Ica takut.
 Panoramic view.
 Situ zoo pool. Kolam lebih kecil untuk kanak-kanak atau bayi dengan ibu bapa. Ada tarikan haiwan.
 Beruang, zirafah, arnab dan badak. Ica tak pandang dah tempat ni (-_-)
 Selfie dengan Joker Soaker.
 Tengok Ica tu, main sorang-sorang sebab ayah dah jemu asyik naik tangga berkali-kali. Sebenarnya ayah nak naik yang tinggi sekali. Cuma, takut nak tinggalkan Ica kat sini sensorang.
 Sib baik Ica berani bawa diri sendiri. Ikut suka Ica je lah.
 Lepak kat bawah sambil tunggu air dalam tong kuning kat atas tu penuh dan tumpah ke bawah.
 Main gelongsor.
 Pusing-pusing kat sini.
 Dari atas ni boleh nampak Technic Test Site punya roller coaster. Wah... macam best aje la...
 Mulanya ingat nak beli makanan untuk ayah dan Ica makan lepas mandi. Sekali tengok, harga nasi lemak ayam je dah RM22. Tak jadi.
 Paling murah pun RM15 mini combo cocktail sosej. Ala sosej je pun. Tak jadi.
 Nama pun international standard kan. So kena terima.
 Dah siap mandi dan tukar pakaian. Masa ni dah nak dekat pukul 6. Berduyun-duyun orang tukar pakaian dan mandi. Dalam bilik air siap ada sabun sekali. Ica ni bergambar dengan body dryer yang bayar RM10 keringkan badan dalam 15 minit tu.
 Tepi bilik persalinan ada Baby Care, dan surau.
 Nak masuk surau, selfie dulu dengan hotel Legoland :-)
 Ok, dah nak balik. Sayang nak tinggalkan tempat ni sebab seronok dan banyak aktiviti boleh dibuat.
 One more time.
 Ingat nak snap last picture, sekali dia dah merajuk la... Sebab ibu tak nak singgah kat mini mart beli cenderamata dia. Apalah lagi yang nak dibeli, yang kat tangan tu dan beli beg princess Lego. Mahal tu RM39.90 (-_-)
 Ibu pun dapat beli magnet sebesar ibu jari ni je.
 Dengan harga RM19.90 (-_-) kecil betul duit kita kat sini.
Dan gambar kita terjun tiruk ni RM35.... Untuk kenangan sepanjang hayat.

Oklah selesai pengembaraan kita ke Legoland. Alhamdulillah. Kalau ada kesempatan, Insyaallah boleh la datang lagi ya.

No comments: