Bismillah..
Kalau ikutkan info yang ada dalam cik wikipedia, Legoland ni didirikan atas tanah seluas 76 ekar dan dibuka secara rasmi pada 2012 tapi watertheme park hanya dibuka pada Oktober 2013. Patutlah Kakak Nadya & Familynya pergi masa awal-awal dulu review tempat ni bosan, takde mainan yang best, rides pun bosan, jauh beza dengan USS. Patutnya diorang datang sekarang la. Sebab sekarang ni selain ada Miniland yang menggunakan 30juta kepingan Lego untuk membuat binaan yang macam-macam mengikut negara-negara Asia Tenggara, Legoland ada 7 daya tarikan yang dicipta untuk aktiviti dilakukan bersama ahli keluarga. Tak la bosan kan.
Okay, gambar dan maklumat ni boleh tengok dari website rasmi Legoland ni www.legoland.com.my.
Ini pulak gambaran aktiviti secara ringkas. Fuh... Sempat ke tidak ni? Waktu operasi hanyalah dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Waktu kita tiba dah pukul 11 pagi. Itupun orang tak ramai memandangkan Isnin ialah hari bekerja. Memang sedang elok lah. Tapi menjelang tengahari, orang dah mula memenuhi semua tempat. Nak jelajah semua ni dalam kurang dari 8 jam, cukup ke? Belum masuk water theme park lagi? Aaaaa nanges!
Selepas pintu masuk, kita jumpa The Beginning, Lego Technic, Lego Kingdoms, Imagination, Lego City, Land of Adventure dan Miniland yang jadi centerpiece.
Legoland dari jauh. Masa ini sudah sampai tapi nak cari parking yang paling dekat dengan pintu masuknya.
Legoland Hotel. Wahauuuuu... Cantiknya colourfull...
Betul-betul di depan Legoland Hotel. Kenapa ayah tak beli pakej penginapan di hotel ni? Kata ayah harga yang ditawarkan agak mahal, walaupun dalam Matta Fair. Kira-kira RM1000 semalam. Aduyai. Mahal sangat tu. Standard hotel bajet di US, tapi macam presidential suite bagi orang biasa macam kita ;'( tapi takpe. Suatu hari nanti, kita beli juga pakej tu ya, mudah nak berulang alik ke Theme Park :-)
Dari tempat parking ke pintu depan Legoland kena naik escalator sikit.
Mula sekali jumpa ruang legar tempat perniagaan makanan dan barangan cenderamata.
Di sepanjang bangunan masuk ni juga ada butik pakaian, eksesori, restoran dan tak ketinggalan, Hello Kitty ni.
Dah tiba. Cuaca terik sangat masa ni. Pukul 11 pagi. Mulanya ambil gambar dari jauh.
Dekat sikit. Selfie bertiga. Orang kiri kanan tengok-tengok saja. Padahal ada jurugambar pro menunggu kat depan. Tapi nak jimat punya pasal, sanggup berselfie macam ni tengah panas. Dahlah monopod takde shutter. Tahankan jelah ya.... Hehe.
Dan akhirnya paling dekat dengan pintunya... wahaaaaa.... kami dah sampai sini :-)
Masuk saja, perkara pertama yang ditemui ialah Maybank.
Dan kartun ni. Semuanya made by Lego.
Ada kemudahan Stroller lah. Boleh muat hingga 40kg. Sedang elok bawa Ica dan beg pakaian kita. Dan air minuman kita.
Isi borang sikit dan bayar RM45 untuk seharian ni.
Dan dapatlah stroller kita, no. yang ke 100.
Ada juga kedai menjual cenderamata. Kononnya nak singgah bila balik nanti. Bersabar ye Ica...
Lego dalam bentuk pelancong dan anaknya.
Berhenti di Big Shop.
Untuk ambil gambar kenangan dengan sebiji Lego gedabak ni... Ica buat tak tahu saja, tak nak bergambar pun. Terpaksalah mak-ayahnya yang terlebih happy :-)
Selalunya lebih afdhal kalau ke kanan, sebab itu kita tak ikut sangat susunan aktiviti dalam map. Kita jumpa Lego City dulu. Dalam Lego City ni ada Junior Driving School.
Ini aktiviti yang dicadangkan. So, Ica tak buang masa pun. Terus ke dalam Nissan's building dan beratur sebelum dipanggil untuk sesi brifing cara memandu keretanya. Brifing dalam English. Hopefully Ica fahamlah.
Ica tengah beratur sekali dengan anak-anak mat saleh.
Biasa kalau jumpa palang camni mesti Ica nak main gantung kaki camtu. Sampai tak perasan teacher dalam driving school tu dah panggil.
Ayah dan ibu berdebar tunggu Ica keluar.
Minicar yang siap disusun selepas digunakan batch awal tadi.
Ok Ica, nanti balik KL Ica drive tau! ~ Kata ayah nak bagi semangat kat anaknya. Ica sengih je.
Muka ketat betul. 2 kali tersangkut kat divider jalan. Habis tu memandu dengan fikiran yang stress! Hehe.
Bila dah nak habis barulah senyum sikit. Kat sini, budak-budak ni belajar cara memahami petunjuk atas jalan, macam one way, traffic light colours, buckle up before driving, etc. Bagus juga.
Lalu saja di Boating School ni.
Masa ini tak singgah sini sebab nak cepat ke tempat lain yang mungkin lebih best. Ayah kan tourist guide kita..
The Shipyard ni lalu dulu, kemudian patah balik sebab Ica nak tengok gelongsornya.
The Shipyard ni luas, ada bumbung kanvas. Tapi cuaca sangat terik sampaikan plastik yang kena panas tu keluar bau macam terbakar. Ica main sini tak lama.
On the way nak naik keretapi, ada restoran makanan segera. Ingat nak singgah nanti kalau lapar :-)
Pintu depan railway station. Tengok jam pun dah pukul 12.15 tgh. Fuhhh time puncak kepanasan tropika! Sebelah ibu ni water fountain. Nampak segar macam nak terjun sini je.
Beratur nak naik keretapi keliling Lego City.
Dah naik train. Yeeee... suka sangat!
Dalam train boleh tengok overal activities yang boleh diikuti, dan melihat miniland secara laju. Ala tak puas lah macam ni. Nak kena tengok satu-satu baru puas hati!
Masuk ke Miniland, benda pertama yang dibuat oleh anak beranak ialah beli bekas air ni dengan jus mangga ais berharga RM20. Dah macam kat USS pulak. Tiap kali refill air bayar RM5 saja.
Kita mulakan penjelajahan ke Miniland dengan singgah ke Filipina dulu. Menariknya semua binaan kat sini ada bunyi-bunyian yang sinonim dengan keadaan bandar yang ditiru. Malahan aktiviti utamanya juga bergerak sendiri. Contohnya aktiviti utama kat sini ialah bot, jadi bot bergerak dari satu point ke satu point.
Masa ini ada fotografer ambil gambar kita. Ica tengah kepanasan. Kesian. Tak dapat nak tolong.
Miniland di Brunei.
Miniland di World Peace Gong.
Miniland di Vietnam.
Angkor Watt Cambodia.
Ini imaginasi peperangan raksasa dalam movie.
Gigih betul. Gazebo tepi air terjun pun daripada Lego.
Muka tentera yang berperang, ganas tak ingat.
Selfie berdua.
Tarian Singa di China.
Boat Quay Singapore.
Riverside Point Singapore.
Okey diorang dah tak larat nak tengok semua miniature kat sini, takpe, berehatlah. Ibu nak teruskan penjelajahan Miniland sebab ibu memang suka dengan binaan kecik-kecik ni, macam yang di Terengganu, koleksi masjid seluruh dunia tu. Bezanya, kat sini lebih mengujakan.
Merlion Singapore. Singa tu siap keluar air macam real Merlion.
Banyak binaan dari Singapore yang ibu capture maybe sebab memang banyak yang cantik-cantik ni dari sana. Macam pelabuhan ni. Singapore memang terkenal dengan sistem pelabuhan tercanggih di dunia. Ok sikit lagi Hong Kong lah.
Model kapal ni memang real. Siap dengan lifeboat kat tepi tu. MasyaAllah... terpegun sangat ibu.
Tangga turun di Dataran Maybank, KL.
Masjid Jamek, KL.
Dataran Bandaraya KL.
Tengok lori hotdog pun macam real. Fuh hebat...
Oh my KL!
Terpaksa selfie sendiri di depan KL City sebab takde siapa nak minta snapkan.
Stesen keretapi lama KTM. Cantik kan...
Bas RapidKL tengah bergerak ibu sempat snap. Pastu dia stop kat bus stop.
Landasan keretapi yang sangat teliti ditirunya. Subhanallah...hebat kuasa Allah bagi kreativiti kat pencipta mainan ni.
Sampai ke Putrajaya. Halo...
Tp agak confuse sikit sebab bunyi-bunyian kat sini lebih kepada konsert dan nyanyian. Diorang ingat masjid ni apa?
Cantiknya...
Dari depan masjid putra.
KLCC dan KL Tower dalam KL.
Ke KLIA kita...
Kapal terbang mengingatkan kepada MH370 :'(
Sangat real dan teliti.
Departure/Arrival hall antarabangsa.
Close-up.
Seluruh KLIA yang cantik binaannya. Syabas Lego!
Sementara itu, anak beranak dah masuk refill minuman mangga kedua. Amboi.
Legoland dari jauh... Diserikan dengan miniature Miniland yang berwarna warni. Cuaca memang panas membahang.
Muka merah padam lepas berjemur mengamati miniland.
Meneruskan perjalan ke Lego City semula. Ayah suruh Ica main di rescue academy ni. Jadi Fireman. Ade ke? Dah tentu Ica tak cukup umur dan perlukan parent ikut sekali. So, cancelled. Lelaki je yang bawa anak lelaki ke sini....
Berhenti di City Airport.
Alahai. Ayah suruh Ica dengan ibu naik benda ni.
Beratur dulu. Uniknya kat sini, Tak kisah berapa orang pun yang join, kapal tetap akan jalan. Masa ni ada sorang je yang tengah main.
Dan kitorang pun naik kapal ni. Wuhuuuu... Gayat laju dan jadi pening. Ibu lah tu... :'(
Ok dah sampai di Lost Kingdom Adventure.
Kat sini main tembak-tembak dalam gua sambil naik train. Macam kat Madagascar di USS. Bosan sikit lah bagi orang tua macam kita.
Ica mulanya nampak macam seronok. Tapi lepas tu Ica nangis takut. Aduhai... Ayah pulak yang enjoy sebab markah menembaknya tinggi. Macam main game.
Lepas tu kita ke Beetle Bouncee.
Nampak menarik, tapi hakikatnya?
Sebelum naik.
Masa kat atas.
Dalam permainan. Budak 2 orang tepi ibu tu happy tergelak-gelak. Cer tengok muka Ica? Siap suruh ibu pegang tangannya. Ibu lak tergelak-gelak takut campur kelakar...
Siap babai lagi. Ha nasib baik tak terselak sampai peha kain ibu tu. Fuh.
Lepas turun, Ica nak menangis sambil tersedu. takut sangat lah tu. Aduhai...
Lapar. Singgah makan ayam goreng dan fries di Jungle Cafe. Hidangan 3 ketul ayam goreng pedas dan sepinggan fries dan air teh o limau ais, ialah RM27. Mak aih! Kecik betul duit kita kat sini.
Lepas ni naik naik boat terjun tu pulak.
Makan sambil feeling-feeling nak buat aksi apa jap lagi. Hahaha.
Dan inilah dia.... Wohoooooo.... Cer tengok muka ayah dan ibu yang kelakar gila. Ica lagi teruk. Terus tutup muka. Tak cukup tangan ayah tutup muka Ica, dipegangnya lagi kasi rapat. Aih.
Adventure games la sangat sebab mahal. Satu token RM10.
Itu tempat kita makan tadi.
Bestlah bot terjun tu... Walaupun basah, tapi jadi segar sebab badan memang berpeluh dan panas. Kejap je yang lencun tadi kering balik. Kalau tak pun, ada body dryer dekat-dekat tempat main tadi. Bayar RM10 kasi sekali kering.
Ini dekat-dekat surau. Ayah dah jadi kurus, dan Ica ada kakak. Hehe.
Taman zoo. Ada dragon.
Zirafah..
Dragon lagi.
Jalan lagi untuk ke menara tinjau yang macam kat Melaka tu...
Ok jomlah kita.
Semuanya sama tentang menara tinjau ni dengan yang di Melaka.
Yang ni tak sempat masuk sebab dah petang. Nak kejar masa.
Tapi takpe. Ibu dan ayah memang tak minat pun aktiviti ni. Hehe.
Lagi sekali ibu menjadi mangsa untuk menemankan Ica main benda berpusing yang memeningkan kepala ni. Tapi takpe, Ica suka.
Nak tengok 4D tapi kena tunggu 30 minit sebab show pukul 3.30pm. So, Ica ajak masuk ke sini.
PlayFun Kids area.
Ica ni sporting. Bila ibu suruh dia beratur tuk naik train, laju je Ica pegi kat akak guard kat situ bagitahu umur. Lepas tu dengan cool nya naik tren ni berdua je dengan sorang minah Indon kecik yang sebaya Ica.
Ica kelam kabut main kat sini sebab kejap lagi ayah panggil nak tengok 4D.
Ok ayah dah panggil tu. Kena beratur nak masuk cinema.
Kat depan pintu masuk.
Sementara menunggu pintu dibuka.
Sementara menunggu wayang dimulakan.
Ok dah start.
Dan dah tamat.
Bandingkan dengan 4D di USS, sini agak kureng sikitlah.
Kalau di USS, guard pintu dah warning siang-siang sila masuk dan jalan sampai ke hujung barisan kerusi. Jadi takdelah orang nak stop kat tengah-tengah sebab nak nice view pastu orang nak lalu susah kan. Kat sini macam tu lah. takde guard jaga. Semua ikut suka sendiri. Tak berdisiplin.
Movienya dah tentu pasal lego heroes. Simulasinya tak kebabom macam USS punya lah. Sikit-sikit saja. Tapi kira okeylah daripada takde :-)
Kita dah sampai ke Lego Kingdom yang ada Istana lama ni. The dragon castle.
Observation Tower on our back.
Ala... The Dragon tutup for annual maintenance pulak...
Maka terpaksalah melayan budak ni shopping kat sini.
Jalan sikit dah sampai ke Royal Joust.
Sempatlah perasan jadi knights yang naik kuda...
Gaya nak kena ada tu.
Lalu depan dapur istana.
Macam kereta lembu je?
Ayah dengan muka kerek, sebab tak dapat naik rollercoaster The Dragon yang paling panjang ni. Padahal cuak tu. Sure lega bila ada maintenance, takyah naik. Kehkeh.
Wolves made of Lego. Hebat!
Yang ditunggukan ibu. Roller coaster Dragon Apprentice. Yeah!
Dari bawah tengok orang lain naik macam best je. Bebudak je pun yang naik. Roller coaster ni pendek je. Lepas naik, pening. Sebab masa naik tu ibu bukak mata, konon nak tengok keliling. Ayah dah cuak sangat tu. Ica pulak membebel sebab takut. Klakar...
Last sekali sebelum gi Water Park, ialah Forestman's Hideout.
Tempat ni sesuai untuk yang suka memanjat, menyorok, menguji ketangkasan sendiri. Tak sesuai untuk Ica yang lembik ni.
Nak naik tangga yang camni bukan main lama. Aduyai. Baby lagi dah lepas. (-_-)
Satu yang kita tak pergi dalam Lego Technic ialah Project x yang popular dan semua orang naik tu (-_-) basically sebab ayah takut tinggi. Duhhh...
So hanya dapat lalu saja.
Dan dapat tengok saja orang naik benda tu...
Termasuklah orang yang naik benda ni sorang-sorang macam baru lepas putus cinta gamaknya.
Apa pun taman tema Legoland ni memang best!
Alhamdulillah. Jumpa di Waterpark pulak ya.

















































No comments:
Post a Comment