Bismillah..
Cuti sekolah dah habis barulah kita jalan-jalan sebab kalau nak jalan masa cuti sekolah memang semuanya jadi sesak dan jem. Elok pula bulan lepas ada Matta Fair di KL, ayah ada beli beberapa pakej hotel yang open-date, jadi bila ada kelapangan nanti bolehla kita jalan-jalan dan menginap di tempat-tempat yang ayah beli pakej tu. Alhamdulillah.
Kali ini kita nak ke Legoland. Kesian kat Ica sebab asalkan tengok iklan tv je, nak ke Legoland. Tapi tak pergi pun sejak Legoland tu dibuka tahun 2012. Bila baca review orang yang dah pergi, katanya membosankan, servis tak bagus overall tak berbaloi pergi dan sebagainya. Tapi takpelah, kita berlapang dada dan saksikan sendiri apa yang menarik dan tidaknya Legoland Nusajaya ni.
Oleh kerana perjalanan yang jauh, kira-kira 300km dari KL, jadi kita tak terus ke JB. Kita singgah-singgah di beberapa area di JB untuk melepas lelah sebelum merehatkan badan di Johor Bahru Sentral.
Kita bertolak ke JB awal pagi dalam pukul 7. Hanya Ica yang sempat minum dan makan kismis untuk alas perut. Ayah kata nak singgah sarapan dalam perjalanan nanti.
Pukul 9.30 pagi dah tiba ke Kilang Claytan di Ayer Hitam. Kilang utama yang membekalkan barangan tembikar si sekitar Ayer Hitam ni belum buka pula. Jadi ayah ajak kita sarapan dulu.
Dekat-dekat dengan kilang Claytan ni ada food centre yang menempatkan banyak gerai makanan tempatan. Jadi moh le kita.
Akak tu sempat jeling kamera iphone ibu ;) Kat atas akak ni, ada senarai makanan tempatan dan harganya sekali. So kalau duit tak banyak tu boleh la bajet-bajet sekali. Hehe.
Walaupun masih awal lagi, tapi lauk pauk lunch dah sedia, malah dah ramai yang tapau lauk atau makan nasi berlauk. Ada kedai sebelah menyebelah pula hidangkan nasi ayam dan nasi goreng, pun dah ramai yang makan.
Rasa rugi pulak kalau makan nasi ayam aje, sama macam kat KL. Ayah order roti sardin, Ica roti canai dengan gula, jadi ibu order mi rebus muar ni. Hmm, baunya agak kurang sikit. Tapi rasanya ada la ok-ok. Dalam kuahnya ada kacang tumbuk yang tak lumat sangat. Mi nya sedap, tak pahit sebab direbus dahulu, so chemical semua dah hilang. Pedas sikit, sedap. Ada meatballs 2 biji dan potongan fishcake. Overall ok, cuma mi nya terlalu sikit dan kuahnya je yang penuh semangkuk ;)
Ica makan roti tak habis, sebab lepas tu Ica makan jagung cawan. Teh o ais segelas, hmmm lega perut yang lapar ni. Alhamdulillah.
Lepas makan, Ica terkinja-kinja ajak jalan-jalan tengok kedai kraftangan ni. Ada banyak teddies dan barangan tempatan yang boleh dijadikan cenderamata. Tapi tak beli kat sini sebab agak mahal dan kualiti tak bagus.
Kualiti tak bagus tu, maknanya kalau teddies macam patrick ni, kainnya jenis yang regang dan senang terkoyak, tak best kalau dipeluk sebab panas. Ibu ni bukanlah kerja kat kedai kraftangan dan cenderamata, tapi kita selalu jalan-jalan dan beli barangan di Kaison, KLFC tu, jauh lebih murah dan cantik, kualiti pula tahan lama. Jadi kalau setakat barangan cikai dijual mahal, ibu memang tak pandang. Macam mana nak tahu standardnya? Kebetulan diorang ada jual bantal bunga ros yang macam kat Cameron Highlands tu. Memang sebjik sama. Kat sini dijual RM49.90 tapi kat Cameron baru dalam RM20 saja. Kainnya lebih elok. Kalau kena tempat dan masa, boleh dapat RM18 atau RM15 kalau beli banyak.
Kita gerak dari kedai-kedai cenderamata ni dengan Ica merengek-rengek tak puas hati. Mulanya kita ke toilet awam yang dalam kawasan stesyen basnya. Lepas buat apa yang patut, barulah kita ke kilang Claytan semula.
Cuci mata sambil tengok mana yang cantik. Baru pukul 11 pagi tapi cuaca panas terik. Duduk bawah bumbung zink ni lagilah panas.
Budak merajuk.
Anyway, takyah tengok Ica, kita tengok deretan pasu-pasu besar yang comel-comel ni. Ei geram. Kalau datang bawa lori, dan rumah kita jenis banglo besar, memang nak angkut semua jenis dan buat water fountain sendiri. Hehe
Tak beli apa pun kat sini. Tak ada yang menarik hati sangat walaupun murah.
Kita singgah ke pusat jualan cenderamata ni. Panas kan.
Kat sini ibu belikan Ica teddy musang, katanya kawan Hello Kitty, macam watak dalam kartun Pororo pun ada juga. Takpelah asalkan Ica tak merajuk panjang. Ayah pula beli buah-buahan tempatan sikit untuk kunyah-kunyah kat hotel nanti. Ibu belum jumpa apa yang dicari.
Tak jauh dari situ, ada deretan kedai pasu lagi... Yang ini memang best, jadi rambang mata dibuatnya. Kedai ni jual secara borong. Ramai yang datang sini untuk beli doorgifts untuk keramaian macam kenduri kawin ke, majlis kesyukuran ke, etc.
Pilihan memang banyak dan cantik-cantik. Nak yang kecik, besar, tinggi rendah, semua ada.
Tu semua hasil kraftangan tembikar. Depan kedai ni pun penjaja barangan yang sama, cuma ada bantal-bantal dan patung-patung mainan.
Water fountain siap keluar asap.
Ada berani simpan ini kat rumah? Hahah..
OMG semua cantik-cantik.... Harga boleh kurang. Tapi tak banyaklah. Kalau RM110-RM135 dapat kurang jadi RM100. Kadang tu saiz kecil dan besar harganya sama. Tak tahu apa yang membezakan. Kena banyak tanya dengan penjaga kedai ni yang merupakan Indon-Indon lelaki dan perempuan.
Camnilah yang ibu nak... tapi nak yang kecik aje...
Camni ke.... Wahau harganya RM125.
Ni sesuai kalau rumah besar dengan konsep klasik/English..
Ini letak luar rumah pun cantik..
Akhirnya ibu beli 1 je yang ini. Paling kecil dan paling murah... Sobs..!
Pasu tinggi pun cun-cun semuanya... Oh tidak...
Semuanya cantiks...
Pun cantiks... Nanges tengoknya...
Oklah bandar Claytan, kami nak teruskan perjalanan ni. Bye.
Selfie dalam kereta pun boleh...hehe
Dah sampai Johor Bahru Sentral. Beli bilik Deluxe ni 2 hari 1 malam + tiket Legoland 2 dewasa = RM330. Kalau diceraikan harganya, tiket dewasa seorang RM105 dan biliknya RM120 saja. Alhamdulillah. Beli Combo ni masa Matta Fair, agak berbaloilah. Kalau harga biasa bilik saja dah RM300++ dan tiket dewasa RM165 seorang. Bolehla jimat sikit kat situ.
Berehat sekejap, sambil meregangkan badan. Ayah sempatlah tidur senafas dua sementara Ica menonton tv dan ibu update FB. Eh taklah update sangat. Saja nak cari perkembangan terkini MH370
Sukanya Ica dengan pool. Masuk je pintu ke kawasan pool terus menjerit "Swimming pool!!!" (-_-)
Acah-acah je ni.
Waktu ni pukul 4 petang. Saja jalan ke level swimming pool, tapi bukan nak mandi pun. Nak keluar makan petang sebenarnya...
Nak makan kacang Pool! Yey! Lokasinya restoran Hj Pool dalam deretan kedai-kedai makan di kawasan FoodCourt tak jauh daripada Bomba JB.
Orang ramai boleh tahan, sebab Ahad diorang kerja, jadi kebanyakan yang singgah minum petang ialah para pekerja yang keluar pejabat kul 5 petang. Jalan jem. Nak masuk Singapore lagi jem panjang. Dalam pada ramai orang ni, kitorang terus duduk depan dapur masaknya terus. Puas hati. Haha.
Tauhu bakarnya, marvellous!
Kacang pool nya. Masyaallah... Sedap banget... Bila sedap tu selalunya diorang letak sikit je kan. Dah la tu tengah lapar, share pulak dengan Ica yang sama-sama kelaparan... Tihtih..15 minit menunggu, makannya 5-10 minit saja (-_-)
Sedap pada kuahnya yang ada rasa sup daging sikit. Tak sama langsung dengan kacang pool Seksyen 7 Shah Alam tu yang macam kuah kacang hangit je.
Soda bandung dan ais jagung. Panas-panas pekena ais, pergh! Tak terkata.
Baru tahu, menu roti bakar cicah kuah kacang dengan daging ni dari Timur Tengah, pakcik Hj Pool yang komersilkan di JB ni, sempena namanya HJ Pool, maka jadilah kacang pool. Lor...ingatkan kacang tu yang namanya Pool.
Ini buntingnya. Mamat ni la yang kahwin dengan pelakon Wan Maimunah tu, amboi, kalau ke sana ke sini dengan Merz mestilah laku aje... hehehe
Lepas tu kita ke Stulang Pantai. Ada budak jakun pantai nak main pasir dan buat sand castle. Ok kita turutkan saja...
Macam cari 'galian emas' je dik??
Air pantai ni tak jernih dan ada bau yang tak syok sangat. Tapi rileks je adik-adik tu mandi petang kat situ. Yang ni lagi rileks, dah habis main pasir, basuh tangan ala-ala je kat gigi air.
Belakang tu the Zon... Dan pantai ni tak cantik sebab banyak sampah (-_-)
Pengutip sampah untuk dibuat sand castle (-_-)
Over-protactive mother, that's me.. Belakang tu Singapore.
Dah malam. Lepas mandi dan tukar pakaian, solat maghrib, dan mengaji. Kena juga mengaji walaupun tengah jalan-jalan.
Lepas tu tidur dengan patung bear nya. Yelah baru beli mesti sayang tak hengat. Kalau dah 2-3 minggu, gerenti dah bosan nak mintak yang lain pulak (-_-)
Johor Bahru Sentral ni hotel yang dah lama. Langsir pun dah buruk. Ayah tak berkenan hotel ni sebab lantai melekit takde carpet. Bilik air sempit. Bantal kotor. Katil tak selesa. Tapi bila malam, ayah tidur nyenyak saja. Ibu yang tak lena.
Terbangun pagi lambat sebab malam susah nak lena. Jadi lepas bersiap-siap, kita nak ke Legoland pagi ni.
Lobi hote kena naik tangga. Tepi tangga ada kafe kacil dan kedai cenderamata belah atasnya. Kalau petang sampai malam, ruang tangga ni jadi tempat lepak macam restoran luar.
Ayah dan Ica dan check-out.
Model Hotel. Boleh?
Ada Lego-Dragon la...
Aksi cliche buat-buat gerun-terkejut (-_-)
Nak turun tangga ada banyak pokok dalam pasu. Cantik sangat.
Ok pergi sarapamn dulu di ZZ Kafe. Tahun lepas kita makan kat sini sebab nak rasa sangat sup tulang nya yang fames tu.
Kali ni ayah pulak makan mi rebus tulangnya.
Ibu suap Ica nasi lemak ni. Ibu order nasi ayam. Tapi ibu lupa nasi ayam sini tak sedap (-_-)
Asalkan Ica makan nasi lemaknya, ok lah. Kang lapar, takde makanan leceh nak kena beli-beli lagi. Alhamdulillah dah kenyang. Jom ke Legoland!!!




























No comments:
Post a Comment