Apr 18, 2014

Gold Coast Morib Part 2

Bismillah..

Sesiapa pun, kalau lepas mandi, berendam dan main air dalam kolam berjam-jam, dalam kes kita ni lebih kurang 3 jam, mesti akan berasa lapar tak keruan. Ha sebab itulah, elok saja waktu menginjak ke pukul 6.30 petang, kita bertiga dah mula serbu kafe hotel. Alhamdulillah...
Oleh kerana bilik hotel kita letaknya di hujung blok, manakala kafe pula di bahagian depan blok tak jauh daripada kaunter reception, jadi sempat berhenti di beberapa spot yang cantik untuk ambil gambar bersama. Kali ini ada monopod lah ;) yang ini kawasan dalam ruang reception yang agak luas dan ada beberapa bahagian settee untuk lepak-lepak.
Lampu yang melekat kat dinding ni cantik sangat, itu pasal berhenti snap gambar di sini ;)
Kapal layar ini betul-betul di sebelah meja reception. Buat muka tak malu suruh ayah snap satu kat sini ;) sambil sempat ibu jeling kerani kaunter yang manis-manis belaka tersenyum-senyum tengok kita.
Makan malam ayah dan ibu sudah termasuk dalam pakej. Ica pula, kena bayar asing RM25. Kebetulan bila beli pakej penginapan ini, kita dapat voucer bernilai RM40 percuma, jadi blehlah gunakan voucher ni untuk bayar dinner Ica. Tapi malangnya voucher ni boleh pakai sekali aje. Takpelah. Alhamdulillah. Walaupun Ica makan tak sampai langsung nilai RM25 tu, tapi sekurang-kurangnya Ica kenyang gila lepas makan kat sini. Kebetulan kebanyakan makanan menjadi kegemaran Ica.
Di pintu masuk ke kafe, ada backdrop untuk sambutan hari jadi. So adalah sebiji kek tipu-tipu yang diletakkan kat sini. Apa lagi. Ambik kesempatan lah kita ;) Ica pun terus berangan nak buat birthday party kat sini. Err..
 Suasana dalam kafe. Masih tenang takde orang sebab awal lagi. Dewan makan ni memanjang ke belakang dan rasanya boleh muatkan seribu orang dalam satu-satu masa. Meja pun banyak. Ada penyaman udara dan kipas. Tapi yang hampir dengan pantri sana tu agak panas. Kalau ramai orang, lagi tak terasa aircondnya. 
Ibu baru nak berlagak macam waiter, kepala Ica dah masuk frame ;)
Walaupun konsep dining kat sini ni moden, tapi diorang takde tempat sinki basuh tangan merata macam kat kebanyakan hotel. So, diorang letak tempat basuh tangan ala-ala tradisional kenduri kampung kat setiap tiang. Bijak...bijak.

Oh ya, kawan ayah kata, kalau weekend, kafe ni penuh. Nak masuk ambil makanan pun kena beratir, kadang tu melepasi pintu masuk tadi. Dahsyat betul tarikan kat sini ni? Eh yeke?
Ini ialah sajian yong tou foo. Macam biasalah, ada pilihan kueytiaw dan segala jenis cakes dan balls, mi kering dan mi kuning, dan sayur-sayuran segar.
Ayah tengah masakkan ketam stick & balls untuk Ica.  
Sebelah yong-tau-fu ada ayam goreng mamak, tapi rasanya lebih sedap daripada yang kat mamak, hehe. Sebelahnya ada cendawan goreng tepung atau tempura dan sosnya sekali. 
Yang bergayutan dan bergunungan tu hanyalah perhiasan. Kat sini ada grilled stingray fish atau ikan pari bakar dan kuah asam yang pedas tak ingat. Tapi sedap. Sengaja tak ambik gambar dekat-dekat, sebab hanya dengan menyebutnya dan terkecur liur ni. Huh. 
Wetern salad pun ada. Macam-macam jenis kobis dan salad ada di sini. Tapi macam tak luak je sampai ke sudah? Hehe. 
Yang bertutup ni semua makanan melayu. Nasi putih, lauk kambing masak arab, ketam goreng kari, sayur sawi, tauhu, dan pasta carbonara. Kebanyakan orang yang makan nasi mesti ambik ketam goreng kari tu. Ala takde gambarnya...
Ini kalau nak buat rojak kot.. 
Manisan. Mostly kek dan agar-agar. Yang menarik tu, susunannya yang kemas dan nampak macam sedap. 
Kaunter buah-buahan tempatan yang menyegarkan. Ica dan ayah makan tembikai banyak gila.  
Sampai ada gambar makan tembikai ni? Muka samseng pulak tu. (-_-) 
Masa ni dah kenyang... Tak teringat nak snap gambar walau satu pun masa makan. Maknanya, terlalu lapar... Overall dinner kat sini memang sedap. Semuanya sedap. Sangat sedap. May be sebab kita terlalu lapar, jadi makan apa pun sedap, atau memang makanan kat sini memang sedap. Alhamdulillah. 
 Nampak waiter yang berdiri kat tepi-tepi tu? Rajin diorang tu. Asal ada je pinggan kosong terus dikutip. Stiker yang melekat atas meja tu untuk maklumkan, kalau ada makanan tak habis, akan ditimbang, setiap 100 gram dendanya RM10 akan dimasukkan dalam tabung kanak-kanak malang yang tak cukup makan di seluruh dunia. Inisiatif yang bagus.  Takdelah Ica nak bazirkan makanan.
Kami dah kenyang. Alhamdulillah.
 Kat mana-mana pun kita gunakan monopod ni, mesti ada orang di kiri kanan yang tengok-tengok sambil senyum-senyum sinis. Hahah. Kalau masa kat Mekah dulu bawak monopod sure ramai yang join sekali ;)
Lepas makan, nak melenggang perut, kenalah jalan-jalan sikit. Ini diluar pintu masuk ke kaunter reception. 
Waktu siang panas terik, jadi hanya waktu malam yang senang bergambar. 
 
 
 
 
Ini akar pokok laici yang telah berusia 200 tahun, dikekalkan dan di craft dalam bentuk burung merak. Harganya 30 ribu ringgit. Ada ke orang nak beli?
Tertulis kat situ "nice to see nice to hold once broken considered sold" ;) macam paksa beli aje?
Kawasan lobi. Sesuai tempat melepak sambil melayari internet, sebab kat sini je boleh wifi. Kat bilik hotel tak dapat. Malah nak dapat coverage agak susah.
Ayah stay kat lobi sebab nak 'dating' dengan hp nya.  
 Ibu dan Ica balik ke bilik. Dallam perjalanan nak ke bilik tu, kita melalui wall of fame ini. Ibu snap gambar Ica, lengkap ada gambar dan tulisan.
Bila Ica snap gambar ibu, dahlah ibu bellum senyum lagi, pastu nampak lantai je yang banyak ;) 
 
 
 
Ok baru tiba ke bilik kita... Alhamdulillah. Kalau jalan malam-malam sorang-sorang, masa tak ramai orang datang sini, memang agak mengerikan ya. Terutama bagi si penakut macam kita ni.
Oleh kerana katil single ni bila dirapatkan senang nak terkuak semula, risaulah kalau Ica jatuh kat tengah-tengah. Ayah pula malas nak minta tukar bilik dan tak order extra bed :( jadi solusinya ialah turunkan tilam, Ica tidur atas katil dengan lapik selimut toto, ayah tidur atas tilam yang berkatil, dan ibu tidur tepi sini atas tilam saja. Bila malam, sejuk sangat, ibu pakai selimut toto, Ica pakai selimut kain pelikat ayah, dan ayah tak berselimut sebab kulit ayah dibuat daripada kulit buaya ;)
Yang tak bestnya, minta bantal extra pun takde. Hotel ni tak sediakan bantal extra. Apatahlagi selimut extra. Kesian kan. Tuala extra takde, bantal dan selimut extra takde. Apa pun takde yang extra. Cukup-cukup je :) nasib baik makanan sedap. Dah kenyang dan mengantuk, marilah tidur. zzzzz...

No comments: