Apr 18, 2014

Gold Coast Morib Part 3

Bismillah..

Terlajak bangun paginya sebab tidur malam terganggu. Ayah dapat berita salah seorang kawan yang menyertai 'Ride to Samui Thailand' kemalangan di Tapah, pukul 3 pagi. Lepas tu ayah tak boleh lena sampai pagi. La hawla wala quwwata illa billah... 

Kalau ikut perancangan asal, ayah sepatutnya menyertai konvoi Ride to Samui ni selama 5 hari bermula 11 April. Kalau ayah ikut sekali, memang dia dalam perjalanan balik ke KL daripada Thailand malam tadi. Tapi seperti biasa, ibu tak izinkan ayah pergi. Satunya, ibu tak suka ayah bawa motor jauh-jauh. Bahaya lebih banyak daripada memandu kereta. Keduanya, bukan program kebajikan pun. Setakat suka suki, takde hala tuju. Bagi ibu hanya buang masa. Takde pahala pun. Dahlah tinggalkan anak isteri kat rumah. Haih. Baik pergi memancing saja. Nasib baik ayah tak jadi pergi. Saspen juga ibu ni. Maklumlah, ayah dah bermodalkan beratus ringgit untuk menyertai konvoi tu. 

Ibu ingatkan, ayah terkesan dengan kemalangan tu. Sebab tu tak boleh tidur. Tapi rupanya tak. Ayah kata kawannya yang kemalangan tu, memang jenis senang tertidur atas motor. Selalu takde apa. Kali ni accident pulak. (-_-) Inna Lillahi wainna ilaihi rojiun... Takdir Allah tu takde siapa yang boleh mengatasinya. Nasib baik tak meninggal. Sekurang-kurangnya ada harapan kedua untuk bertaubat ke apa. Muka dah rosak teruk tu. Ish ish ish... Bukanlah maksudnya kalau yang suka riding ni perangai teruk suka enjoy sana sini, lupa Allah. Tidak. Tapi mungkin Allah nak cuit sikit kita ni dengan peringatanNya. Mungkin ada banyak perkara lain yang lebih penting tapi dilupakan dengan selambanya. Mungkin dah tiba masa kita tengok balik apakah yang lebih penting tu, dan perbaiki diri. Macam tu.

Eh, sambungan holiday kita. 
Pagi ini buffet sarapan memang sangat best. Best lagi? Oleh kerana dinner malam tadi takde ambil gambar makanan, kali ni, kena ambik. Masa kita turun pun dah lewat sikit, pukul 9 lebih. Jadi, kenalah manfaatkan masa yang ada ni sebaiknya. Pukul 10 dah tutup.

Round pertama, bubur nasi dan mini pau bersama chicken dimsum. Hmm sedap semuanya. Sarapan dengan dimsum? Memang macam orang kaya ;)
Rounde kedua, lontong dan puding roti bersama sos krim. Nyummy... Semuanya sedap mak aih... Puding roti tu sedang elok manisnya. 
 Ini untuk ayah dan Ica. Dimsum ayam tadi, makan dengan sos cili, lagi sedap. Masya Allah...
Budak ni on-diet katanya. Makan cornflakes dengan susu, dan kek pandan dua hiris. Lepas tu agar-agar mangga dan strawberry. Top-up dengan beberapa hiris buah tembikai dan tembikai susu. Haih. Tak berbaloi bayar RM18.. (-_-)
Eh, dah habis round? Kita makan tak lah banyak sangat kan, tapi kenyang gila. Dengan kopi dan air mangganya, sampai lupa nak cuba mi kuah, mi rebus, mi goreng, western pancake, fruit salad... (-_-)
Masa ni pun dah pukul 10 pagi. Kafe pun tutup sharp on time. Visitors yang makan ketung ketang tadi, dah pun beransur pergi...
Suka sangat makanan kat sini sampai sanggup berhenti kat pintu depannya untuk bergambar dengan harga buffet.
 Kalau ketinggian Ica bawah 90cm tu boleh makan percuma. Tapi Ica terlebih sikit. Hehe. Takpelah..
On the way ke bilik, di kiri kanan ialah kedai-kedai cenderamata yang diusahakan secara persendirian.
 Singgah lagi di sini ya.. barulah betul.
 Dan patung Buddhist warna merah ni melambangkan apa? Entahlah..
 "Biasa dia ni..."
 "Sayang sikit..."
Balik ke bilik, siap tukar pakaian macam semalam, lepas tu anak beranak ni terus "gedebush!" masuk dalam kolam.
 Tahan betul anak beranak ni berpanas dalam cuaca tengahari. Pukul 10.30 sampai pukul 1 tengahari.
 Okey dah siap nak check-out.
 Family frame.
Sementara ayah check-out, ibu singgah di kedai cenderamata, nak cari fridge magnet. Kecil je, tapi mahal. Semua ni RM9.90 baik yang kecik atau yang besar. Ibu beli satu je untuk kenangan.
 Dan seperti biasa, Ica mesti nak lain dari yang lain. Cekak rambut berlampu. (-_-)
 Rasa comel kot bila pakai cekak liplap tu? Haih...
Mengabadikan kenangan sebelum meninggalkan pintu hadapan Gold Coast Morib Resort. Percutian singkat yang berbaloi ;) Alhamdulillah...
Gold Coast Morib? 
Checked!

No comments: