Bismillah..
Yang dikomersilkan di tv dan radio, termasuk media internet, ialah Hari Ibu jatuh pada Ahad kedua bulan Mei. Jadi tahun ini ia jatuh pada 11 Mei 2014. Tapi sejak Jumaat 9 Mei lagi orang dah mula mengucapkan salam hari ibu kepada ibu-ibu seluruh dunia. Tak kurang juga yang kata hukum menyambutnya ialah haram sebab hari ibu ni ikut-ikutan ajaran Kristian. Ust Azhar Idrus dalam kuliahnya ada bagitahu, Hari Ibu ni diangkat oleh Kristian untuk mengingati pengorbanan Mary sebagai Ibu Tuhan.
Dulu-dulu, especially masa ibu membesar, hari ibu ni macam tak wujud saja. Tapi sekarang dengan kecanggihan teknologi dan begitu cepatnya menjadi viral sesuatu isu, Hari Ibu telah menjadi komersil seluruh dunia menjadi antara hari perayaan yang patut dibuat sambutan besar-besaran, bahkan banyak syarikat gergasi yang di negara Islam sendiri terang-terang menyambutnya. Di kebanyakan pasaraya tergantung megah kain rentang mahupun banner sambutan perayaan Hari Ibu, jualan sempena Hari Ibu, makanan istimewa Hari Ibu seperti coklat dan kek, kad ucapan Hari Ibu, malah sambutan pasaraya hingga tahap membuat hiasan syarikat dengan tema Hari Ibu, sama macam sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.
Dulu-dulu, especially masa ibu membesar, hari ibu ni macam tak wujud saja. Tapi sekarang dengan kecanggihan teknologi dan begitu cepatnya menjadi viral sesuatu isu, Hari Ibu telah menjadi komersil seluruh dunia menjadi antara hari perayaan yang patut dibuat sambutan besar-besaran, bahkan banyak syarikat gergasi yang di negara Islam sendiri terang-terang menyambutnya. Di kebanyakan pasaraya tergantung megah kain rentang mahupun banner sambutan perayaan Hari Ibu, jualan sempena Hari Ibu, makanan istimewa Hari Ibu seperti coklat dan kek, kad ucapan Hari Ibu, malah sambutan pasaraya hingga tahap membuat hiasan syarikat dengan tema Hari Ibu, sama macam sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.
Bagi ibu, kita bukanlah nak meraikan Hari Ibu ke apa. Kalau nak menghargai ibu, tak perlu hari-hari tertentu. Ia mesti dibuat setiap hari. Tapi lumrah manusia biasa, kita ni selalu lupa. Jadi bila ada hari-hari tertentu macam harijadi, hari anniversary dan sebagainya, sekurang-kurangnya kalau hari biasa kita lupa meraikan, hari tertentu ini menjadi hari istimewa mengingati orang-orang di sekeliling kita. Sama halnya kalau dalam Islam, kita tak berpuasa sunat membabi buta ikut suka kita je. Ada hari-hari tertentu dan kita digalakkan mengingati sejarah kewujudannya, contohnya hari asyura, puasa sya'ban, puasa rejab, puasa 6 di bulan syawal, etc. Jadi, maknanya kewujudan hari-hari tertentu untuk buat sesuatu perkara tertentu atau memperingati/lebih menghargai orang-orang tersayang tu, takdelah sepatutnya haram. Malahan ianya memang sepatutnya istimewa. Yang haram tu cara sambutan dibuat. Kalau melebih-lebih, berunsur maksiat sampai tak ingat Tuhan, yang asalnya halal pun boleh jadi haram.
Kita celebrate ke hari ibu ni? Sebenarnya tidak. Sebab kita bukan jenis kisah sangat dengan sambutan apa-apa perayaan. Harijadi ayah bulan Januari tu berlalu masa kita di Mekah. Tak ada pula kita buat apa-apa yang istimewa selain ucapan harijadi kat ayah. Itupun kita macam confused sikit dengan tarikh sebab Mekah lambat sehari daripada kita. Hahah..... Tapi oleh kerana harijadi ibu ni kebetulan selari minggu dengan Hari Ibu, jadi terasa agak special sikitlah. Hehe perasan. Secara tak langsung jadi double celebration yang tak sengaja. Boleh?
Hari Jumaat 9 Mei 2014, belah petang selepas Ica balik dari tadika, kita ke KLCC. Macam biasalah kalau nak makan best, kena ke KLCC sebab ada tempat kegemaran kita kat situ. Apa lagi kalau bukan Chilli's di aras 3 Suria KLCC tu. Sebelah TGV, selalunya lepas makan kita mesti tengok wayang. Tapi Jumaat ni takde mood dan takde movie best yang kita nak tengok. Jadi, lepas makan, proses lenggang perut hanya di Kinokuniya melayankan Ica nak beli buku (ye ke?) dan ibu beli sikit cenderamata. Eh, macam bukan duduk KL saja nak kena beli cenderamata bagai? Haha. Apa yang lebih bestnya ke KLCC kali ini, ialah kita naik LRT Putra dari Stesen W. Maju ke KLCC. Dah 5 tahun lebih tak naik LRT. Last kita naik masa Ica berumur belum setahun pun, dan masih digendong ayah di dada, dan sesekali duduk dalam stroller bayi. Cepatnya masa berlalu. Kali ini, si potpetpotpet ni begitu jakun tengok kiri dan kanan sepanjang jalan. Siap masa LRT jem di W. Maju pun siap buat spekulasi sendiri. Hahah...
Sebab dah lima tahun tak naik train PUTRA ni, semua pun dah nampak lain. Sekarang dah pakai token, tak pakai tiket lagi.
Pilih destinasi dan jenis laluan.
RM2 seorang.
Masukkan duit dan ambil baki berserta token.
Swipe token untuk masuk.
Naik ke aras LRT. Ica pegang kuat kat ayah. Maklumlah kali pertama..
Train belum sampai.
Train baru sampai. "Cepatlah ibu!!!" amboi kecohnya dia..
Sepanjang perjalanan bertanya itu ini. Potpetpotpet... Semuanya nampak cantik di matanya, hatta air sungai yang kotor coklat tua tu (-_-)
Bangga gila dapat naik LRT PUTRA.
Dah tiba ke stesen KLCC.
Sempat...
Kat Suria KLCC aras 3.
Model Adidas yang tak famous. Khkih...
Ica geli-gelikan kaki puma. Ade ke?
Sementara tunggu ayah ke toilet..
Ayah terpaksa cucuks untuk belanja ibu makan besar harini. Hihi..
Ica nak bergambar dengan motosikal besar di dalam tu tapi malu dengan salesgirl yang duduk kat tepinya.
Ok dah masuk ke Chili's..
Happy ya..?
Ibu tentulah happy... nak makan..
"Kids free meal" kali ini Ica ambil set drummet dengan fries dan milo ais yang boleh top-up.
Ibu dengan lamb chop terbaik. Fuh sedap sangat dengan sayur di grilled dan mashed potato dengan gravynya masin berlemak tu...
Big mouth mushroon burger ni memang menjadi pilihan ayah bila makan kat sini. Di tambah pula dengan minuman teh o limau ais daripada Heaven&Earth yang menyegarkan, malah boleh di isi semula beberapa kali pun. Memang nyaman...
Dessert kita, Moulton Choc.. Kek coklat lava dengan aiskrim vanila di atasnya yang disaluti coklat cair macam aiskrim McD Con-Choco-top. Yummy!
Aksi cliche.. Tp kali ni Ica makan tak seberapa..
Bagi yang tak pernah makan di Chilli's dan baru pertama kali, budget harga makanan yang kitorang makan tadi tu dalam RM100++. Kelebihan makan kat sini, pertamanya minuman boleh refill sebanyak mana yang suka dan kids eat for free! Lagi satu yang ibu suka, friesnya segar, tak lembik macam di sesetengah restoran fast food, dan makanan kanak-kanak yang disajikan tidak membimbangkan. Contohnya, ayam goreng tak begitu masin dan digoreng dengan minyak baru/berkualiti. Jadi rasa makanan tu masih segar macam masak sendiri. Tak terlalu masin dengan MSG macam disesetengah kedai. Tapi kalau suka benau masin-masin, ada garam dan pepper disediakan.
Lenggang perut jalan-jalan disekitar level 3, naik ke Kinokuniya, dan jalan semula ke level bawahnya. Hanya mampu lihat saja dekorasi lampu berwarna warni yang cantik-cantik tu...
Jenuh memilih buku dan menangis sedih bila ayah tak approved buku kartun yang Ica nak, tapi akhirnya ibu yang kesian kat Ica tetap belikannya (kelemahan ibu ialah air mata Ica...), akhirnya dapatlah Ica buku yang diinginkan. Alhamdulillah. Nasib baik ada ibu tak kedekut (-_-), jadi kita pun pulang semula ke W. Maju dengan LRT tadi. Boleh tak Ica siap tanya, "Balik nanti kita naik LRT lagi ke?" (-_-) takkan nak jalan kaki kot...
Di stesen destinasi, token bukan swipe lagi, tapi dimasukkan dalam 'tabung' swipe tu sebelum pintu terbuka untuk laluan. Ayah tukang masukkan token, ibu jalan dulu. Lepas tu turn Ica pula. Memang happy je Ica buat aktiviti macam ni.
Kebetulan masa tiba di stesen W.Maju, pintu tren tak boleh buka. Kita menunggu dalam 10-15 minit sambil dimaklumkan melalui interkom bahawa terdapat masalah teknikal, semua tren bergerak lebih perlahan, jadi yang di stesen tidak dibenarkan bergerak. Ica pun potpetpotpet tanyakan ibu lagi kenapa tren tak bergerak, apa masalahnya. Ibu kata, masalah teknikal ni kita tak tahu apa dia. Dan menyebabkan tren tak boleh digerakkan. Lepas dapat info daripada ibu, teruslah si potpetpotpet ni repot pada ayah yang tren tak boleh gerak disebabkan masalah yang kita tak tahu (-_-) nak tunjuk pandai kat ayah le tu..
Kebetulan masa tiba di stesen W.Maju, pintu tren tak boleh buka. Kita menunggu dalam 10-15 minit sambil dimaklumkan melalui interkom bahawa terdapat masalah teknikal, semua tren bergerak lebih perlahan, jadi yang di stesen tidak dibenarkan bergerak. Ica pun potpetpotpet tanyakan ibu lagi kenapa tren tak bergerak, apa masalahnya. Ibu kata, masalah teknikal ni kita tak tahu apa dia. Dan menyebabkan tren tak boleh digerakkan. Lepas dapat info daripada ibu, teruslah si potpetpotpet ni repot pada ayah yang tren tak boleh gerak disebabkan masalah yang kita tak tahu (-_-) nak tunjuk pandai kat ayah le tu..
Hasil penjejesan air mata tadi, dapatlah Ica beli buku komik Frozen yang harganya RM30 dan buku aktiviti Hello Kitty RM33.90. Bila buka di dalam, tak lain tak bukan hanyalah aktiviti lukisan kartun saja. Buku Frozen tu penuh dengan lukisan untuk diwarnakan dan buku Hello Kitty pula ialah buku boleh padam bila ditulis dengan pen pink. Macam material papan putih yang ditulis dengan "white board marker". Ica dah suka sangat tu sebab boleh tulis-padam banyak kali. Eloklah. Jimat sikit buku dan kertas.
Ica dengan bangganya menunjukkan kreativitinya melukis Hello Kitty. Hmm.. suka lah tu.
Ibu pula beli fridge magnet special edition, macam yang ini perbandingan menara-menara tertinggi di dunia..
Pemandangan KL dengan KL Tower...
..dan pemandangan Shah Alam, tempat ibu menuntut ilmu...
Balik dari KLCC, Ica bersiap-siap ke taekwando class pulak. Pukul 7.50 malam, lepas solat maghrib terus pergi dengan ayah, sementara ibu kat rumah lipat kain, sapu lantai dan sebagainya. Elok lepas kelas, Ica dengan ayah ke pasar malam, memang letih gila lah Ica takde rehat langsung.
Sabtu 10 Mei 2014, kita keluar rumah tengahari lepas pukul 12.40, sampai di area Restoran Sambal Hijau di Sg Penchala, sebelah Penchala Link, Damansara, dah pukul 1.25, kebetulan tengah azan. Lalu saja di Restoran yang terkenal dengan makanan pedas ni, rasa macam tak nak masuk, sebab orang ramai gila. Tapi ayah ajak solat dulu. Kalau tak nak makan pun, solat je, lepas tu makan di Ikea. So, kita pun solat berjemaah Zuhur di Masjid sebelah restoran ni. Selesai solat, cuba-cuba jengah ke restoran, eh, ada tempat duduk kosong betul-betul depan pintu di pondok kecil sebelah restoran. Ha, pucuk dicita ulam mendatang. Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Sedang eloklah tu. Rezeki Allah nak bagi. Agaknya sebab kita solat dulu kot? Alhamdulillah. Dapatlah kita menikmati hidangan enak pedas sedap di sini.
Restoran Sambal Hijau ni memang terkenal di kalangan orang KL dan Lembah Klang, sebab lauknya banyak pilihan dan sedap pula tu. Dulu masa kedainya kecil, bercinta betul bila nak makan kat sini. Kena datang awal pukul 11-12 tghari macam tu atau datang lewat, pukul 2-3 petang. Kalau tak, orang ramai sangat takde tempat duduk. Kena cop tempat sambil tunggu orang makan. Popular sebab asyik keluar-masuk tv kot?
Sekarang ni kedai dah diluaskan lagi. Tempat yang kita makan ni, asalnya tempat memasak/persediaan nak memasak oleh para pekerjanya, macam siang sayur, cili, bawang, etc. Sekarang jadi pondok makan yang nyaman. Ruang kedai jugak ditambah terus ke belakang. Jadi taklah sesak sangat dibahagian kaunter dan ruang mengambil lauk-pauk. Kat sini, manisan cuci mulut pun sedap-sedap. Macam tapai pulut, puding karamel, apam, lompat tikam/bubur sumsum, kek red velvet, kek coklat, etc semua ada. Cuma ibu kurang berkenan dengan harga makanannya yang agak mahal. Hehe. Mana tak mahal, kalau makan banyak, banyaklah kena bayarkan. Ok dah jangan membebel.
Untuk yang pertama kali makan kat Sambal Hijau ini, jangan lupa try sambal hijaunya yang sedap, dan bajet makanan ialah seketul lauk RM5. Jadi boleh agaklah yang lain tu macam mana. Tapi kualiti makanan dan rasanya, memang bagus. Sedap!
Kita teruskan perjalanan ke Ikea, sebab ibu nak cari pemotong epal. What? Jalan jejauh semata-mata nak cari apple cutter jer? Hehe.. Ngengada...
Main tangga..
Selepas 2 jam mengukur Ikea yang ramai gila pengunjungnya tu, akhirnya kita ke store barang lah, untuk kutip apa yang diingini. Ica sempat rembat 2 biji anak patung kucing dan burung hantu, yang ibu lupa tengok harganya, sekali bila bayar, rasa cam nak pengsan sebiji RM20 padahal patung camtu je. Sabo la ya..
Patung kucing grey..
Dan owl yang boleh kita masukkan tangan ke dalamnya untuk main puppet.. (-_-)
Balik ke rumah dah lewat petang 6.30. Nasib baik sempat solat Asar. Belah malamnya, ingat nak makan siakap 3 rasa dan tomyam campur dekat Aisyah, Gombak, tempat kegemaran bersama. Punyelah jauh perjalanan nak sampai, sebab hujan dan jalan agak licin dan jem. Bila tiba, dalam pukul 8.30 tu, tengok-tengok kedai tutup pulak. Teruslah berpatah balik ke Taman Melati, makan nasi arab di Hadramawt. Kali ini sebab bawa embah, jadi kena cuba sesuatu yang special sikit. Lagipun embah kan tak pernah makan nasi arab. Memang sesuai lah hujung minggu Hari Ibu, pekena Nasi Arab pula. Alhamdulillah.
Hadramawt penuh. Masa ini dah pukul 9 lebih. Embah pun dah masuk angin perutnya. Masam saja.
Lepas order apa yang patut, selfie kejap.
Muka ibu dan embah, memang sama spesen kan...
Muka ibu dan embah, memang sama spesen kan...
Mendy ayam untuk embah dan ayah.
Kambing untuk ibu. Pergh! Tak pernah mengecewakan :-)
Embah makan dengan lajunya sebab lapar. Kesian. Tapi pelik sikit sebab embah ni tak biasa makan lauk banyak-banyak macam ayam setengah ekor macam tu. Jadi dia ingat nak tapau baki ayamnya untuk buat lauk esok hari (-_-) adeh.
Makan sambil pegang tudung sebab tak nak tudung terlurut ke depan. Tak pakai serkop.
Minuman pula teh o limau sejuk. Subhanallah. Memang kena sangat dengan lemak-lemak ayam dan kambing ni, minum masam-masam manis. Alhamdulillah sedap sangat. Ica makan nasi yang ibu suap dan 2 mangkuk kecil sup cendawan. Ica memang hantu sup cendawan. Panas-panas pun dihirupnya.
Lepas makan yang masin-masin, makan manis-manis pulak. Ini manisan orang arab, mesti ada kacang pistacio dan badam, ada salutan madu dan gula yang manis sangat. Tapi sedap. Tak tahu apa namanya, tapi setiap satu potong harganya RM2.
Bagi yang pertama kali makan nasi arab di Hadramawt Taman Melati, bajet harga makanan macam yang kita makan tadi ialah dalam RM110. Kenyang gila makan 4 orang. Embah siap kata, tak pernah jumpa nasi berempah yang sedap macam ni. Hehe. Sebab dulu kita bawa embah makan kat Sharin Low, makan masakan china moslem, macam-macam komplennya. :-) kali ini memang pilihan embah lah! Embah punya happy tu sampai ke rumah pun masih bercerita, betapa kenyangnya dia dan sedapnya makanan yang dia baru makan. Lepas tu seronoknya dapat tengok keadaan luar rumah pada waktu malam. Sebab embah t ak keluar rumah. Hanya gunakan kasutnya dan jejak keluar pintu bila nak pergi rumah orang lain (-_-) kesian embah. Sekurang-kurangnya terhiburlah sikit ya.
Begitulah sambutan hujung minggu kita pada hari Ibu. Takde apa yang lain dan pelik. Cuma bila dikatakan 'menyambut' sesuatu, tak sah kalau takde makan-makan yang istimewa. Betul kan? Wallahua'lam.




























No comments:
Post a Comment