May 9, 2014

9 Mei ~ Birthday.

Bismillah...
Alhamdulillah... hari ini genap umur ibu 36 tahun. Ooh...dah tua rupanya... 

Kalau ikut tua atau muda, umur 36 sudah agak tua untuk beberapa perkara, tapi mungkin agak muda untuk sesetengah benda. Terpulang pada pemikiran yang menginterpretasikannya.

Bagi ibu, umur 36 ni sudah tua untuk hiburan, nyanyian, drama tv, majalah hiburan, gosip hiburan, etc. Kadangkala bila buka tv tu, penuh dengan artis-artis yang ibu tak kenal langsung. Kalau buka radio tu dah takde lagu-lagu yang nyaman di telinga ibu.

Ada sekali tu masa dalam kelas masa break, lecturer ibu yang umurnya dah 50an tu tiba-tiba tanya pada ibu "what type of music that u like?" sebab dia sangat meminati pop, R&B & jazz, dan suka sangat dengar radio, masih boleh ikut nyanyian yag didengari, malah telinganya tak lekang dengan earphone yang disambungkan ke macbook mahupun ipodnya. Sedangkan ibu, macbook, iphone dan ipad, hanya untuk internet saja! Ahh membazir betul :-)

Bila dia tanya, barulah ibu tersedar yang ibu dah takde minat mana-mana jenis muzik. Takde penyanyi yang ibu suka. Takde lagu yang selalu bermain di fikiran. Ada pun lagu tema kartun movie Frozen, sebab Ica asyik ulang main lagu tu dalam youtube. Dalam kereta pun kalau ibu sendirian, memang tak buka radio. Dulu-dulu masa keluar kerja pagi-pagi, ibu dengarkan ikim.Fm. Dengar tazkirah pagi. Bila balik, dengar tazkirah petang pula. Eh, macam warak aje ibu ni? Ah sebenarnya tak. Tapi mungkin jiwa ibu dah jadi tua untuk hiburan. Jadi kekosongan yang ditinggalkan oleh 'hiburan lagha' tu kini mengharapkan nasihat dan ceramah ugama pula, mana tahu.

Tapi malu juga bila nak jawab dekat lecturer ibu tu. Ibu cuma kata "I dont fancy particular music. I only hear songs in the car..." untuk tidak membuatkan dia fikir ibu ni pelik. 

Tapi, dalam umur begini, ibu terasa masih muda dalam hal ibadah khusus. Nak bangun solat malam pun susah. Liat sangat. Bangun ke tandas, lepas tu tidur semula. Haih. Nak mengaji sehelai dua muka AlQuran pun masih malas, padahal AlQuran dah memang letak di depan tempat sujud. Allahuakbar! 

Selain itu, tiba-tiba bila dah agak tua ni, hobi nak melancong tu semakin bertambah. Seiring dengan hobi suka shopping tak kira window shopping mahupun shopping online. Subhanallah... Setakat ini, hampir setiap hari tak lepas tengok gambar-gambar yang instagrammers uplod untuk jualan barang baru, macam telekung, shawls, tudung, jubah, baju dan blouse plus size, kerongsang. Apa??? Kerongsang pun beli online? Haha.

Yang paling ibu terasa kekurangan diri bila dah agak tua ialah kadar ingatan yang semakin menurun. Asyik lupa. Kalau simpan barang, lepas tu mesti lupa letaknya. Kalau tiba-tiba ubah simpanan barang daripada tempat biasa, memang takkan jumpa la. Kalau jumpa pun, bukan pada masa ia diperlukan. Ini mesti dah terjangkit dengan ayah yang super-pelupa.

Tetap nak salahkan ayah. Haha. Ayah super-pelupa, bukak almari baju pun tak tutup semula. Nasib baik almari sliding, taklah pintunya kena kat muka kita bila nak lalu. Tapi, ada masanya ayah bukan sekadar lupa sidai tuala lepas pakai, main campak je kat mana-mana, kadang lupa masukkan baju busuk dalam bakul baju kotor, tersepuk aje baju jatuh kat celah-celah penyangkut telekung, nasib baik ada bau busuk tu boleh detect, kah kah. Selalu sangat ayah tak tutup balik drawer yang dia tarik/buka. Iyer...drawer tu. Serius pelupa! Kalau drawer tu letaknya kat tepi dinding, orang tak lalu lalang, ok lah kan. Kalau drawer table top yang kat tengah dapur tu, memang gerenti akan kena langgar la. Kita yang melanggarnya terasa sakit. Drawer yang kena langgar dengan badan besar ni mestilah bakal tersenget. Yang pelupa juga yang terselamat! Memang tak patut. Hahah.

Pagi 9 Mei, tiada yang istimewa. Cuma ibu sengaja tak bangun buat sarapan untuk Ica. Hanya pesan pada Ica minum air madu dan makan kismis untuk lapik perut sebelum minum pagi di tadika nanti. Kalau ibu beriya buat sarapan pun, Ica cuma makan sesuap dua saja. 

Cumanya, lepas subuh tadi, bila jenguk FB, birthday wish pertama malam tadi ialah daripada long-timed-cyber-friend yang tak pernah jumpa in reality, walaupun dia hanya duduk di Damansara :-)
*CL : Cik Lin. Nama pendek yang ibu selalu gunakan semasa di alam cyber masa muda-muda dulu. He is so sweet. Tak pernah lupa harijadi ibu. Dan akan jadi antara yang terawal wish. Kalau FB birthday notification tu ibu tak hidupkan pun, dia akan jadi antara yang menyelinap dalam ucapan birthday kawan-kawan ibu yang ingat. Ala kawan yang ingat tak ramai pun. Mungkin sorang dua. Tapi bermakna sangat, sebab bukan senang nak ingat birthday orang bila sibuk dengan hal lain. Kenapa tak jumpa dengan Benny Gemok yang tak gemuk ni, sebab ibu segan dengan dia. Takpelah. Kita kekal kawan cyber saja :-) mungkin kalau dia dah kahwin suatu hari nanti, ibu akan jumpa dia.

Ayah pula lepas hantar Ica, terus menghilang diri. Geram pulak ibu ni. Ingatkan nak la pergi makan berdua dengannya. Dahlah orang lain semua dah wish "happy birthday", tapi ayah tak wish lagi. Padahal kalau masa belum kahwin dulu, sanggup dia tunggu lewat malam sebab nak jadi orang pertama yang wish harijadi. Sekarang ni, jadi orang last pun takpe. Jumpa depan mata pun, boleh lagi hantar wassap jer...? (-_-) Itupun nak dekat pukul 10 pagi! :-( *ibu merajuk.
Bila tengok kat hp, rasa macam best jer tengok tarikh ini. 
Jumaat 9 Mei, ada muka Ica yang pinkish, tanda Ica tengah sihat wal-afiat. Alhamdulillah...

Sebenarnya tiada hadiah sebaik kurniaan kehidupan ini. Syukur pada Allah... Dalam usia 36, hidup sudah lengkap dengan setiap yang ibu mahukan. Ada kerja bagus, ada suami yang boleh diharapkan, yang menyayangi dan dijadikan tempat melepas geram,hikhik.. Ada anak, walaupun seorang tapi membesar sihat dan rajin berusaha, masih ada emak yang boleh dijadikan tempat mengadu walaupun serba serbi tak larat, malahan bila diberitahu "Mak, harini harijadi saya...!" jawabnya cuma "Jadi...?" (-_-)
*Mak memang tak pernah faham kenapa harijadi tak sama dengan hari lahir yang sebenar, sebab dulu ibu dilahirkan pada hari Selasa, kenapa harijadi sekarang jatuh pada hari Jumaat pula. Adoyai!!

Syukur dalam usia ini sudah ada rumah sendiri walaupun kecil cukuplah jadi tempat berteduh yang lengkap segalanya. Juga ada kereta nasional yang sudah habis bayar dan masih baik prestasinya, malah ada rezeki kereta kecil lagi satu yang boleh bawa kita ke hulu ke hilir sampai ke mana-mana yang kita suka, ada duit sikit-sikit untuk kegunaan duniawi dan sikit-sikit beli saham akhirat, Insyaallah...

Ada peluang belajar lagi dan insyaallah grad Masters tak lama lagi, percuma pula tu, ada cuti panjang pula tu. Alhamdulillah....

...dan si Noneng minah gebu ni yang selalu mendoakan kesejahteraan kita sekeluarga. Alhamdulillah...
Bulu Noneng yang dipendekkan haritu, dah memanjang... Gebu balik. Tapi banyaklah gumpalan bulunya kat lantai (-_-)

Patut bersedekah lebih sikit pada hari Jumaat. Hari jadi pula tu. Manalah tahu dengan sedekah tak seberapa tu menjadi asbab Allah memanjangkan lagi usia ini. Insyaallah... Mudah-mudahan.

No comments: