Bismillah..
Sejak kebelakangan ni, Ica suka sangat menggunakan perkataan separuh-separuh, tak kiralah perkataan English atau Melayu. Contohnya, bila lapar, Ica kata "Ayah... ayah... I m hung-hung.." berulangkali. Ayah dah tentulah pelik-pelik dengan perkataan baru. Rupanya, Ica nak sebut "hungry" tapi dipendekkan separuh jadi "hung" dikalikan dua pulak.. (-_-) Jadi lepas tu perkataan "hung-hung" pun dah jadi kebiasaan Ica sebut bila lapar.
Masa di Kellie's Castle, ada ice-box aiskrim di tempat kaunter tiket. Mulanya Ica tak mahu masuk ke Kellie's Castle yang agak menyeramkan dari jauh. Takut kononnya. Tapi bila nampak icebox, terus nak minta aiskrim. Mana boleh... Banyak cantik dia... Ibu kata, kalau nak aiskrim mesti masuk Kellie's dulu. Langsung Ica pun mahu. Tapi masa masih di atas, Ica dah goyang-goyang tangan ibu minta aiskrim. Tapi ibu buat tak tahu saja. Jadi, Ica beralih pada ayah. "Ayah... ayah... Ica nak ais-ker... ais-ker...!" Ayah kata sebab dah pernah dengar Ica sebut perkataan hung-hung, jadi, ayah fahamlah Ica nak aiskrim..
Hari ini, ayah bagi tahu pada ibu, Ica menambah perkataan separuh yang baru lagi, iaitu "tembi". "Ayah... Ica nak tembi... nak tembi..." sambil menunjuk pada sebiji tembikai yang ayah beli semalam.
Tembi???
Ini mesti pengaruh kawan di tadika. Sebab ibu dan ayah tak pernah cakap dengan perkataan sekerat-sekerat ni. Hish!

No comments:
Post a Comment